USUL AL TAFSIR KULIAH KEDUA U MOHAMAD ZAHIR

  • Slides: 28
Download presentation
USUL AL - TAFSIR KULIAH KEDUA U. MOHAMAD ZAHIR BIN KASIR Dikemaskini oleh Siti

USUL AL - TAFSIR KULIAH KEDUA U. MOHAMAD ZAHIR BIN KASIR Dikemaskini oleh Siti Fairuz Bte Ramlan

NUZUL AL QURAN SECARA BERANSUR

NUZUL AL QURAN SECARA BERANSUR

Ayat diturunkan secara beransur-ansur / berperingkat-peringkat • Al-Quran turun ke atas Nabi s. a.

Ayat diturunkan secara beransur-ansur / berperingkat-peringkat • Al-Quran turun ke atas Nabi s. a. w. secara beransur selama 23 tahun, kebanyakan waktunya Nabi s. a. w. berada di Mekah. (106: )ﺍﻹﺳﺮﺍﺀ ( ﻳﻼ ﺍ ﻯ ﺍ ﺍﻟ ﻯ ﺍ • )آﻨ • Dan al-Quran itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian. Kata kunci: di Mekah, beransur-ansur selama 23 tahun

Hikmah Penurunan Al-Quran Secara Beransur-ansur Melalui pembahagian al-Quran kepada Madaniyyah dan Makkiyyah, dapat diketahui

Hikmah Penurunan Al-Quran Secara Beransur-ansur Melalui pembahagian al-Quran kepada Madaniyyah dan Makkiyyah, dapat diketahui bahawa al-Quran turun ke atas Nabi s. a. w. secara beransur mempunyai hikmah-hikmah tertentu seperti: 1. Meneguhkan hati Nabi s. a. w. berdasarkan firman Allah Ta‘ala (al-Furqan 25: 32 -33) - Maksudnya: Dan berkatalah orang-orang kafir “Mengapa al. Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun sahaja? ” Demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya secara tartil (teratur dan benar). Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa) sesuatu yang ganjil, melainkan Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya. 2. Memudahkan hafalan, kefahaman dan amalan terhadap al-Quran kepada manusia dengan membacanya sedikit demi sedikit. Firman Allah Ta‘ala (al. Isra 17: 106) - Maksudnya: Dan al-Quran itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian. Kata kunci: teguhkan hati nabi, mudahkan hafalan

Hikmah Penurunan Al-Quran Secara Beransur-ansur 3. Memotivasikan kesungguhan mereka untuk menerima dan beramal dengan

Hikmah Penurunan Al-Quran Secara Beransur-ansur 3. Memotivasikan kesungguhan mereka untuk menerima dan beramal dengan ayat-ayat yang turun. Cara beransur menjadikan manusia menanti-nanti dengan penuh semangat dan kerinduan terhadap penurunan ayat khususnya apabila keadaan amat memerlukan seperti peristiwa al-Ifk (fitnah/pendustaan) dan al-Li‘an (laknat melaknati). 4. Pensyariatan secara berperingkat sehinggalah sampai ke tahap sempurna 1. seperti dalam ayat-ayat pengharaman arak yang mana meminum arak itu merupakan amalan dan kebiasaan manusia. Adalah berat bagi mereka sekiranya turun ayat yang serta-merta mengharamkan arak. ) Kata kunci: motivasi/ pensyariatan yang berperingkat

Contoh hikmah ke empat • • Ayat pertama turun ialah firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah

Contoh hikmah ke empat • • Ayat pertama turun ialah firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah 2: 219) - Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosanya lebih besar dari manfaatnya. ” Ayat ini membuka penerimaan mereka terhadap pengharaman arak kerana akal yang waras menuntut supaya meninggalkan perkara yang dosanya lebih besar daripada manfaatnya. Ayat kedua turun ialah firman Allah Ta‘ala ( al-Nisa 4: 43) - Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan. Ayat ini melatih mereka supaya meninggalkan arak pada masa-masa tertentu iaitu masa solat.

Sambungan Contoh hikmah ke 4 • Ayat terakhir turun ialah firman Allah Ta‘ala (al-Maidah

Sambungan Contoh hikmah ke 4 • Ayat terakhir turun ialah firman Allah Ta‘ala (al-Maidah 5: 90 -92) - Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul. Nya dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesunguhnya kewajipan rasul Kami, hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang. • • Ayat ini melarang sama sekali minum arak pada semua ketika selepas hati manusia terbuka untuk menerima pengharaman arak dan juga selepas jiwa-jiwa dilatih meninggalkannya pada masa-masa tertentu.

Tertib susunan Al-Quran • Susunan al-Quran ialah bacaannya satu persatu sepertimana yang termaktub dalam

Tertib susunan Al-Quran • Susunan al-Quran ialah bacaannya satu persatu sepertimana yang termaktub dalam mushaf dan dihafal dalam dada. Susunan al-Quran terbahagi kepada 3 jenis: 1. Susunan perkataan di mana setiap perkataan diberi tempatnya dalam satu-satu ayat. Susunan ini sabit dengan nas dan ijmak. Setakat ini, kami masih belum jumpa dengan orang yang menyalahi kewajipan susunan ini dan pengharaman menyalahinya. Tidak dibenarkan membaca: . ﺍﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ ﺭﺏ ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ untuk menggantikan ayat kedua surah al-Fatihah: ﺍﺍﻳ ﻟ ﺍ Kata kunci: susunan perkataanmengikut nas dan ijma’

-Tertib susunan Al-Quran • Maksudnya: • Abdullah bin al-Zubair telah berkata kepada Uthman bin

-Tertib susunan Al-Quran • Maksudnya: • Abdullah bin al-Zubair telah berkata kepada Uthman bin Affan berkenaan ayat (al-Baqarah 2: 240, yang bermaksud): “Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). ”Bagaimanakah ayat ini dinasakhkan oleh ayat (al-Baqarah 2: 234, yang bermaksud): “Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beriddah) empat bulan sepuluh hari. ”Sedangkan ayat kedua ini susunannya sebelum ayat pertama. Abdullah berkata, “Kenapa kamu menulisnya? ” Jawab Uthman, “Wahai anak saudaraku, aku tidak akan mengubah satupun ayat-ayat itu daripada tempatnya. ”

-Tertib susunan Al-Quran 3. Susunan surah di mana setiap surah diberi tempatnya dalam mushaf.

-Tertib susunan Al-Quran 3. Susunan surah di mana setiap surah diberi tempatnya dalam mushaf. Susunan ini ditetapkan melalui ijtihad dan tidak wajib. Terdapat sebuah hadith diterangkan: ﻓﻘﺮﺃ ، ﻟﻴﻠﺔ ﺫﺍﺕ ﻭﺳﻠﻢ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺃﻨﻪ : ﻋﻨﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻴﻤﺎﻥ ﺑﻦ ﺣﺬﻳﻔﺔ • ﻋﻦ . [3] ﻋﻤﺮﺍﻥ آﻞ ﺛﻢ ، ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ ﺛﻢ ، ﺍﻟﺒﻘﺮﺓ ﻭﺳﻠﻢ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻨﺒﻲ Maksudnya: Daripada Huzaifah bin al-Yaman r. a. bahawa beliau pernah solat bersama Nabi s. a. w. suatu malam di mana Nabi s. a. w. telah membaca al-Baqarah, kemudian al-Nisa, kemudian Ali Imran. Kata kunci: susunan surah-mengikut ijtihad ulama’

-Tertib susunan Al-Quran Dalam riwayat lain disebut: ﺃﻦ ﻭﺫﻛﺮ ، ﻳﻮﻧﺲ ﺃﻮ ﺑﻴﻮﺳﻒ ﺍﻟﺜﺎﻧﻴﺔ

-Tertib susunan Al-Quran Dalam riwayat lain disebut: ﺃﻦ ﻭﺫﻛﺮ ، ﻳﻮﻧﺲ ﺃﻮ ﺑﻴﻮﺳﻒ ﺍﻟﺜﺎﻧﻴﺔ ﻭﻓﻲ ، ﺑﺎﻟﻜﻬﻒ ﺍﻷﻮﻟﻰ ﻓﻲ ﻗﺮﺃ ﺃﻨﻪ : ﺍﻷﺤﻨﻒ ﻋﻦ ﺑﻬﻤﺎ ﺍﻟﺼﺒﺢ ﺍﻟﺨﻄﺎﺏ ﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﻣﻊ ﺻﻠﻰ Maksudnya: Daripada al-Ahnaf bahawa beliau membaca surah al-Kahf pada rakaat pertama dan surah Yusuf atau Yunus pada rakaat kedua. Beliau mengatakan bahawa beliau solat subuh bersama Umar bin al-Khattab dengan dua surah itu. • Ibnu Taimiyah berkata, : “Dibenarkan membaca satu surah sebelum surah lain dan begitu jugalah didalam penulisan. Disebabkan inilah, mushaf-mushaf para sahabat berbeza-beza dalam penulisan. Akan tetapi selepas mereka bersepakat atas satu mushaf pada zaman Uthman, perkara ini menjadi salah satu daripada sunnah al-Khulafa’ al-Rashidin. Terdapat hadith yang menunjukkan bahawa mengikut sunnah mereka adalah wajib. ”

Penulisan Dan Pengumpulan Al-Quran • Penulisan dan pengumpulan al-Quran terbahagi kepada 3 peringkat: 1.

Penulisan Dan Pengumpulan Al-Quran • Penulisan dan pengumpulan al-Quran terbahagi kepada 3 peringkat: 1. Peringkat pertama: pada zaman Nabi s. a. w. dimana cara yang dipentingkan ialah hafalan melebihi penulisan kerana ingatan kuat dan hafalan cepat 2. Peringkat kedua: pada zaman Abu Bakar pada tahun 12 Hijrah. Sebabnya ialah banyak al-Qurra’ (para hafiz) telah terbunuh dalam peperangan al-Yamamah di samping kekurangan orang yang tahu menulis dan alat tulis. 3. Peringkat ketiga: pada zaman Amir al-mukminin Uthman bin Affan pada tahun 25 Hijrah. Sebabnya ialah berlakunya perselisihan manusia dalam bacaan (qiraat) al-Quran berdasarkan perbezaan lembaran-lembaran al. Quran yang berada dalam tangan para sahabat.

NUZUL AL QURAN IBTIDA’I DAN SABABIY 1. Penurunan Ibtidaiy, iaitu yang tidak didahului oleh

NUZUL AL QURAN IBTIDA’I DAN SABABIY 1. Penurunan Ibtidaiy, iaitu yang tidak didahului oleh sebab-sebab yang memerlukan penjelasan al-Quran. Kebanyakan ayat-ayat al-Quran adalah di bawah bahagian ini. Contohnya ialah firman Allah Ta‘ala (al -Taubah 9: 75) 2. Penurunan bersebab (berpunca), iaitu yang didahului oleh sebab-sebab yang memerlukan penjelasan al-Quran. Sebab (punca) itu pula terdiri daripada beberapa bentuk 1. Soalan yang dijawab oleh Allah Ta‘ala 2. Peristiwa yang memerlukan keterangan dan peringatan 3. Perbuatan atau kejadian yang memerlukan hukum.

Nuzul As Sababiy/ Asbabun Nuzul 1. Soalan yang dijawab oleh Allah Ta‘ala. Contohnya firman

Nuzul As Sababiy/ Asbabun Nuzul 1. Soalan yang dijawab oleh Allah Ta‘ala. Contohnya firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah 2: 189) - Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah “Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji. ” 2. Peristiwa yang memerlukan keterangan dan peringatan. Contohnya firman Allah Ta‘ala (al. Taubah 9: 65) - Maksudnya: Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab “Sesungguhnya Kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main sahaja” Ayat ini turun dalam peperangan Tabuk berkaitan seorang lelaki munafik yang berkata, “Tidak pernah kami lihat orang-orang yang perutnya lahap, lidahnya penipu dan pengecut pula semasa bertempur seperti qari-qari kita itu. ” Orang yang dia maksudkan ialah Rasulullah s. a. w. dan para sahabat. Perkara ini kemudiannya sampai kepada Rasulullah s. a. w. lalu ayat al-Quran turun berkaitannya. Lelaki tersebut datang dan memberi alasan kepada Nabi s. a. w. . Baginda hanya menjawab (dengan membaca potongan ayat ini (al-Taubah 9: 65) - Maksudnya: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat. Nya dan rasul. Nya kamu selalu berolok? ”[1] 3. Perbuatan yang memerlukan hukum. Contohnya firman Allah Ta‘ala (al-Mujadilah 58: 1) - Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang bersoal jawab denganmu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar perbincangan antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha melihat.

Faedah mengenal Asbabun Nuzul 3. 4. Penjelasan dari Allah S. W. T atas sesuatu

Faedah mengenal Asbabun Nuzul 3. 4. Penjelasan dari Allah S. W. T atas sesuatu masalah. Contohnya hadis mengenai tayammum: ﻓﺄﻘﺎﻡ ﺃﺴﻔﺎﺭﻩ ﺑﻌﺾ ﻓﻲ ﻭﺳﻠﻢ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﻣﻊ ﻭﻫﻲ ، ﻋﻨﻬﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﺭﺿﻲ ﻟﻌﺎﺋﺸﺔ ﻋﻘﺪ ﺿﺎﻉ ﺃﻨﻪ • ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﻓﺬﻛﺮ ، ﺑﻜﺮ ﺃﺒﻲ ﺇﻟﻰ ﺫﻟﻚ ﻓﺸﻜﻮﺍ ، ﻣﺎﺀ ﻏﻴﺮ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻭﺃﻘﺎﻡ ، ﻟﻄﻠﺒﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺑﻜﺮ ﺃﺒﻲ آﻞ ﻳﺎ ﺑﺮﻛﺘﻜﻢ ﺑﺄﻮﻝ ﻫﻲ ﻣﺎ : ﺣﻀﻴﺮ ﺑﻦ ﺃﺴﻴﺪ ﻓﻘﺎﻝ ﻓﺘﻴﻤﻤﻮﺍ ﺍﻟﺘﻴﻤﻢ ﺃﻴﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﺄﻨﺰﻝ : ﻭﻓﻴﻪ • Kefahaman ayat dengan tepat. Contohnya firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah 2: 158) - Maksudnya: Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke baitullah atau berumrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa‘i antara keduanya. ﻛﺎﻥ ﻓﻠﻤﺎ ، ﺍﻟﺠﺎﻫﻠﻴﺔ ﺃﻤﺮ ﻣﻦ ﺃﻨﻬﻤﺎ ﻧﺮﻯ ﻛﻨﺎ : ﻗﺎﻝ ، ﻭﺍﻟﻤﺮﻭﺓ ﺍﻟﺼﻔﺎ ﻋﻦ ﻋﻨﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺭﺿﻲ ﻣﺎﻟﻚ ﺑﻦ ﺃﻨﺲ ﺳﺄﻠﺖ • ( ﺍ ) : ﻗﻮﻟﻪ ﺇﻟﻰ ( ﺍﻟ ﺍ ﺍﻟ ) : ﺗﻌﺎﻟﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﺄﻨﺰﻝ ، ﻋﻨﻬﻤﺎ ﺃﻤﺴﻜﻨﺎ ﺍﻹﺳﻼﻡ • Dengan ini jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan “tiada keberatan” bukanlah penjelasan asal hukum sa‘i, akan tetapi yang dimaksudkan ialah penolakan rasa berat untuk melakukan sa‘i antara keduanya kerana menganggap sa‘i adalah amalan jahiliyah. Hukum sa‘i telah dijelaskan oleh Allah Ta‘ala dalam firman. Nya (al-Baqarah 2: 158) yang bermaksud: Sebahagian dari syiar Allah. Kata kunci: penjelasan / kefahaman

Kekuatan Hafalan Para Salafus Solehin • Sekiranya seorang membaca syair sehingga 1000 rangkap syair,

Kekuatan Hafalan Para Salafus Solehin • Sekiranya seorang membaca syair sehingga 1000 rangkap syair, sekiranya ia didengar oleh seorang yang lain maka dapat diulangi syair tersebut tanpa ada kesilapan. Ini dilakukan oleh Ibnu Abbas • Maka penghafalan Al Quran suatu perkara yang lumrah dikalangan umat Islam • Penghafalan Hadits Nabi s. a. w. juga diambil berat oleh ulama.

Penulisan & Pengumpulan Al Quran 2. Peringkat kedua: pada zaman Abu Bakar pada tahun

Penulisan & Pengumpulan Al Quran 2. Peringkat kedua: pada zaman Abu Bakar pada tahun 12 Hijrah. Sebabnya ialah banyak al. Qurra’ (para hafiz) telah terbunuh dalam peperangan al-Yamamah. Di antara mereka ialah Salim Maula Abi Huzaifah yang mana Rasulullah s. a. w. telah memerintahkan supaya belajar al-Quran daripadanya. Abu Bakar mengeluarkan perintah supaya al-Quran dikumpul agar tidak luput. ﻓﻠﻢ ﻳﺰﻝ ، ﻓﺘﻮﻗﻒ ﺗﻮﺭﻋﺎ ، ﺃﻦ ﻋﻤﺮ ﺑﻦ ﺍﻟﺨﻄﺎﺏ ﺃﺸﺎﺭ ﻋﻠﻰ ﺃﺒﻲ ﺑﻜﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻤﺎ ﺑﺠﻤﻊ ﺍﻟﻘﺮآﻦ ﺑﻌﺪ ﻭﻗﻌﺔ ﺍﻟﻴﻤﺎﻣﺔ ﺇﻧﻚ : ﻭﻋﻨﺪﻩ ﻋﻤﺮ ﻓﻘﺎﻝ ﻟﻪ ﺃﺒﻮ ﺑﻜﺮ ، ﻓﺄﺮﺳﻞ ﺇﻟﻰ ﺯﻳﺪ ﺑﻦ ﺛﺎﺑﺖ ﻓﺄﺘﺎﻩ ، ﻋﻤﺮ ﻳﺮﺍﺟﻌﻪ ﺣﺘﻰ ﺷﺮﺡ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﺪﺭ ﺃﺒﻲ ﺑﻜﺮ ﻟﺬﻟﻚ : ﻗﺎﻝ ، ﻭﻗﺪ ﻛﻨﺖ ﺗﻜﺘﺐ ﺍﻟﻮﺣﻲ ﻟﺮﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻓﺘﺘﺒﻊ ﺍﻟﻘﺮآﻦ ﻓﺎﺟﻤﻌﻪ ، ﺭﺟﻞ ﺷﺎﺏ ﻋﺎﻗﻞ ﻻ ﻧﺘﻬﻤﻚ ﺛﻢ ﻋﻨﺪ ، ﻓﻜﺎﻧﺖ ﺍﻟﺼﺤﻒ ﻋﻨﺪ ﺃﺒﻲ ﺑﻜﺮ ﺣﺘﻰ ﺗﻮﻓﺎﻩ ﺍﻟﻠﻪ ، ﻓﺘﺘﺒﻌﺖ ﺍﻟﻘﺮآﻦ ﺃﺠﻤﻌﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﻌﺴﺐ ﻭﺍﻟﻠﺨﺎﻑ ﻭﺻﺪﻭﺭ ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﻣﻄﻮﻻ. ﺛﻢ ﻋﻨﺪ ﺣﻔﺼﺔ ﺑﻨﺖ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻤﺎ ، ﻋﻤﺮ ﺣﻴﺎﺗﻪ • Umar bin al-Khattab telah mencadangkan supaya Abu Bakar mengumpulkan al-Quran selepas peperangan al-Yamamah. Pada mulanya, Abu Bakar tidak menerima cadangan ini kerana beliau sangat berhati-hati dalam melakukan sesuatu urusan. Umar pula tidak putus-putus mengulangi cadangannya sehinggalah Allah Ta‘ala melapangkan dada Abu Bakar untuk menerima cadangan itu. Abu Bakar terus memanggil Zaid bin Thabit lalu berkata sambil didengar oleh Umar, “Sesungguhnya kamu seorang pemuda yang berakal dan kami tidak mensyakimu. Kamu juga sering menulis wahyu daripada Rasulullah s. a. w. . Carilah dan kumpullah ayat-ayat al-Quran. ” Zaid berkata, “Akupun bergegas mencari al-Quran dan mengumpulnya daripada pelepah kurma, batu-bata dan dada manusia. Mushaf yang terkumpul itu berada dalam tangan Abu Bakar sehingga beliau wafat. Kemudian dipegang oleh Umar sepanjang hayatnya. Kemudian dipegang oleh Hafsah. ” Kata kunci: inisiatif dari saydina umar

Penulisan & Pengumpulan Al Quran Perbuatan ini adalah satu kebaikan Amir al-mukminin Uthman r.

Penulisan & Pengumpulan Al Quran Perbuatan ini adalah satu kebaikan Amir al-mukminin Uthman r. a. yang dipersetujui oleh semua orang. Usaha ini menyempurnakan usaha pengganti Rasulullah s. a. w. , Abu Bakar r. a. dalam mengumpulkan al-Quran. Perbezaan antara usaha Uthman dan usaha Abu Bakar dalam mengumpul al-Quran ialah, tujuan mengumpul al-Quran pada zaman Abu Bakar ialah mengumpul semua ayat-ayat al-Quran dalam satu mushaf supaya tidak luput sebahagian daripada ayat-ayat itu tanpa diperintahkan agar manusia bersatu atas mushaf tersebut. Ini kerana belum ada lagi kesan perbezaan bacaan yang menuntut supaya diperintahkan bersatu atas satu mushaf. Sementara tujuan mengumpul al-Quran pada zaman Uthman ialah mengumpul semua ayat-ayat al-Quran dalam satu mushaf dan diperintahkan agar manusia bersatu atas mushaf itu sahaja kerana kesan perbezaan bacaan amat menakutkan. Usaha mengumpul al-Quran ini menghasilkan kebaikan yang besar kepada umat Islam seperti kesatuan umat, kesatuan pemikiran dan wujudnya keharmonian. Ianya juga telah menolak kerosakan yang besar seperti perpecahan umat, perbezaan pemikiran dan menghindaripada berlakunya kebencian dan permusuhan. Sejak daripada itu, al-Quran tetap dengan keadaannya, dipersetujui oleh semua umat Islam, diwarisi secara tawatur oleh yang muda daripada yang tua. Al-Quran tidak dapat dicemarkan oleh tangan-tangan pembuat kerosakan. Al-Quran tidak dapat juga dipupuskan oleh hawa nafsu orang yang sesat. Segala puji hanya bagi Allah Ta‘ala, Tuhan langit dan Tuhan bumi serta Tuhan sekalian alam. Kata kunci: bacaan secara tawatur

Ber. Tajwid & Adab Tilawah al-Quran • Tajwid –dari segi bahasa: memperelokkan sesuatu Dari

Ber. Tajwid & Adab Tilawah al-Quran • Tajwid –dari segi bahasa: memperelokkan sesuatu Dari segi istilah: memberikan kepada huruf akan hak-hak dan tertibnya, makhraj dan asalnya dengan sebaik mungkin. Ilmu Tajwid – satu disiplin ilmu atas kaidah 2 berkisar pada cara waqaf, ikhfa’, iklab, idgham dan sebagainya. ( tatacara membaca al-Quran) Kata kunci: memperelokkan bacaan dengan kaedah tertentu

Hukum Bertajwid Hukum mempelajari Tajwid. • Ianya terbahagi kepada 2 sudut iaitu secara teori

Hukum Bertajwid Hukum mempelajari Tajwid. • Ianya terbahagi kepada 2 sudut iaitu secara teori dan secara amali; • Secara Teori hukumnya adalah seperti pembelajaran ilmu yang lain iaitu Fardhu Kifayah. • Secara Amali hukumnya dikhilafkan ulama iaitu sebahagian mengatakan: 1. Fardhu ‘Ain 2. Sunnat / digalakkan.

Adab Mem. Baca al-Quran • • Sunnah ber. Wuduk Tempat bersih & suci Khusyuk,

Adab Mem. Baca al-Quran • • Sunnah ber. Wuduk Tempat bersih & suci Khusyuk, tenang & hormat Bersiwak Basmalah Tartil – bacaan tenang, bertajwid MEMIKIRKAN/TADABBUR etc

Rasm Al Quran Definasinya dalam istilah ialah: ﻛﺘﺎﺑﺔ ﻓﻲ ﻋﻨﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺭﺿﻲ ﻋﺜﻤﺎﻥ ﺳﻴﺪﻧﺎ

Rasm Al Quran Definasinya dalam istilah ialah: ﻛﺘﺎﺑﺔ ﻓﻲ ﻋﻨﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺭﺿﻲ ﻋﺜﻤﺎﻥ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﺍﺭﺗﻀﺎﻩ ﺍﻟﺬﻱ ﺍﻟﻮﺿﻊ • ﻭﺣﺮﻭﻓﻪ ﺍﻟﻜﺮﻳﻢ ﺍﻟﻘﺮآﻦ ﻛﻠﻤﺎﺕ • Perletakan tulisan kalimat-kalimat Al Quran dan huruf-hurufnya sebagaimana yang telah Khalifah Uthman bin Affan telah setujui cthnya baris, ejaan perkataan di dalam al-quran. • Penulisan dirujuk dari zaid bin thabit (penulisan klasik)

Sentuhan Minggu hadapan • • • Nasikh & Mansukh Aam & Khas Definasi Tafsir

Sentuhan Minggu hadapan • • • Nasikh & Mansukh Aam & Khas Definasi Tafsir Ahli Tafsir yang masyhur Mukjizat Al Quran dari aspek bahasa.