USRAH VERSITY membina sahsiah remaja BAB 6 KALIMAH
USRAH VERSITY membina sahsiah remaja
BAB 6 KALIMAH TAUHID USRAH REMAJA
Apakah maksud AKIDAH? Apa maksud NAFI dan ISBAT pada kalimah tauhid? Apakah tuntutan-tuntutan utama setelah seseorang mengucapkan kalimah syahadah?
Aqidah dari segi bahasa berasal dari bahasa Arab (“Aqad”) yang bermakna 'ikatan' atau 'sangkutan' atau menyimpulkan sesuatu. AKIDAH Definisi ‘Aqidah' bermaksud 'kepercayaan', 'keyakinan' atau 'keimanan' yang mantap dan tidak mudah terurai.
Nafi dan Isbat pada kalimah tauhid Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Dapat bezakan? Aku sembah Allah Aku makan nasi Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan hanya Allah Tiada makanan yang aku makan melainkan hanya nasi
TUNTUTAN SYAHADAH 1. SEMBAH DAN SERAH DIRI (hanya kepada Allah)
TUNTUTAN SYAHADAH 2. TUNDUK DAN TAAT (hanya kepada Allah)
3. CINTA TERTINGGI (hanya kepada Allah) TUNTUTAN SYAHADAH Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai; (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul. Nya dan (daripada) berjihad untuk agama. Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan. Nya (azab seksa. Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (At-Taubah 9: 24)
Tauhid Rububiyah • Terdapat pada setiap manusia • Sifat semulajadi manusia yang mengakui kewujudan Tuhan. Pengakuan Tuhan wujud tetapi bukan pengakuan untuk tunduk pada Tuhan. Maka apabila mereka menaiki kapal mereka berdoa kepada Allah dengan memurniakan ketaatan kepada. Nya. Maka apabila Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba mereka kembali mempersekutukan Allah. (Surah Al Ankabut : 64)
Tauhid Uluhiyah • Terdapat pada setiap muslim • Pengakuan untuk tunduk dan taat, menyerahkan dirinya kepada Allah. Baginya Allah sahajalah tempat teragung untuk di sujud, sembah, taat, memohon, berserah, cinta, kemuliaan, malah segala-galanya. Seperti yang dilafazkan di dalam solat; "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku malah matiku adalah untuk Allah. ” (Surah Al-An’aam: 162). Sesungguhnya orang-orang yang sebenar- benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul. Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Surah Al-Hujuraat: 15)
Tauhid Uluhiyah & Tauhid Rububiyah Nota: Terdapat perbezaan pendapat tentang pelajaran Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah kerana ia tidak diajar oleh baginda Rasulullah s. a. w tetapi oleh ulama pada zaman selepas baginda. Namun pengajaran penting yang boleh diambil manfaat adalah ia menekankan bahawa erti Tauhid yang bermakna adalah ü Pengakuan menyerah diri dan beribadat kepada Allah (dengan menturuti segala perintah. Nya), dan X bukan hanya mempercayai Allah tetapi tidak mahu tunduk beribadat kepada. Nya.
Apa akibat jika tidak memahami sepenuhnya tuntutan syahadah?
AKIBAT Kita akan mendapati umat Islam yang mengaku MUSLIM tetapi: 1. Tidak menunaikan perintah Allah seperti solat (tidak tunduk dan taat pada Allah). Betapa ramai yang tidak menunaikan solat? 2. Melanggar perintah Allah seperti zina, arak dan judi (tidak tunduk pada Allah). Keruntuhan akhlak di kalangan remaja. 3. Jarang berbuat baik kepada orang lain seperti derma dan menghulur bantuan (tidak menyerah diri kepada Allah kerana mementingkan diri). Umat islam tidak saling membantu. Jiran tetangga buat hal sendiri. 4. Cinta dan utamakan dunia (kuasa, nama, kekayaan) sehingga bersifat materialistik. Umat islam berpecah dan tidak bersatu.
Apa erti SYIRIK dan apakah akibatnya?
SYIRIK Bermakna menyekutukan Allah Melebihkan atau menyamakan sesuatu dengan Allah Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan. Nya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki. Nya (menurut aturan Syariat. Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. (An-Nisaa' 4: 48)
Pengakuan untuk tunduk dan taat, menyerah diri secara menyeluruh hanya kepada Allah. Baginya Allah sahajalah tempat teragung untuk di sujud, sembah, taat, memohon, berserah, keredhaan, cinta, kemuliaan malah segalanya. Seperti yang dilafazkan di dalam solat; "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku malah matiku hanyalah untuk Allah. ” (Al-An'aam 6: 162)
RUMUSAN KALIMAH SYAHADAH Fahamilah tuntutan kalimah syahadah: 1. Sembah dan menyerah diri hanya kepada Allah. 2. Tunduk dan taat kepada Allah. 3. Cinta tertinggi hanya kepada Allah.
- Slides: 17