USRAH VERSITY membina sahsiah remaja BAB 3 ALAM
USRAH VERSITY membina sahsiah remaja
BAB 3 ALAM AKHIRAT USRAH REMAJA
HAKIKAT KEHIDUPAN Penciptaan Nabi Adam a. s. Kehidupan di Dunia Alam Akhirat
Apakah MASALAH PALING UTAMA / PALING BESAR yang dihadapi oleh setiap manusia? (sehingga dikatakan ‘ibu’ kepada segala masalah? )
Masalah paling besar/utama adalah menghadapi perbicaraan di hadapan Allah pada Hari Kiamat kelak dan nasib diri akan ditentukan sama ada akan ke Syurga atau Neraka.
ALAM AKHIRAT Apakah kejadian-kejadian yang akan berlaku pada ALAM AKHIRAT nanti?
Sangkakala Pertama Sangkakala Kedua Berpisah Dikumpulkan / Sedih Dahsyat Keadaan Buta Buku Catatan Timbangan Balasan / Penyesalan
Sangkakala Pertama Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan pada hari ketika tiupan pertama menggoncangkan alam. Tiupan pertama diiringin tuipan kedua. Hati manusia pada waktu itu sangat takut. Pandangannya tertunduk (An Nazia'at: 6 -9) Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap); Dan apabila bintang gugur berselerak; Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu); Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar; (At-Takwir 81: 1 -4)
Sangkakala Pertama Sangkakala Kedua Berpisah Dikumpulkan / Sedih Dahsyat Keadaan Buta Buku Catatan Timbangan Balasan / Penyesalan
Sangkakala Kedua Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) menghadap Tuhannya. (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami? , (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul! (Yasin 36: 52)
Sangkakala Pertama Sangkakala Kedua Berpisah Dikumpulkan / Sedih Dahsyat Keadaan Buta Buku Catatan Timbangan Balasan / Penyesalan
Berpisah Dan apabila datang suara yang memekakkan (sangkakala kedua), pada hari itu manusia lari dari saudaranya, dari ibubapanya, dari isteri dan anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan. Banyak muka pada hari itu berseri-seri tertawa dan bergembira. Dan banyak pula muka pada hari itu tertutup debu, dan ditutup lagi oleh kegelapan. Mereka itulah orang-orang kafir lagi derhaka. (Abasia : 33 -42)
Sangkakala Pertama Sangkakala Kedua Berpisah Dikumpulkan / Sedih Dahsyat Keadaan Buta Buku Catatan Timbangan Balasan / Penyesalan
Dikumpulkan / Sedih Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan). (Yasin 36: 53) Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya. (Ghaafir 40: 18)
Sangkakala Pertama Sangkakala Kedua Berpisah Dikumpulkan / Sedih Dahsyat Keadaan Buta Buku Catatan Timbangan Balasan / Penyesalan
Dahsyat Berkata Aisyah r. a. : Aku mendengar Nabi s. a. w bersabda: “Manusia akan dihimpunkan pada hari kiamat dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhatan. Lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Kalau begitu manusia di hari itu saling melihat antara satu sama lain. Baginda menjawab: “Wahai Aisyah, urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada melihat seseorang akan orang lain. ” (Hadis riwayat Muslim)
Sangkakala Pertama Sangkakala Kedua Berpisah Dikumpulkan / Sedih Dahsyat Keadaan Buta Buku Catatan Timbangan Balasan / Penyesalan
Keadaan Buta "Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat? " Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan". (Taha 20: 124 -126)
Sangkakala Pertama Sangkakala Kedua Berpisah Dikumpulkan / Sedih Dahsyat Keadaan Buta Buku Catatan Timbangan Balasan / Penyesalan
Buku Catatan Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata: " Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. (Al-Kahfi 18: 49)
Sangkakala Pertama Sangkakala Kedua Berpisah Dikumpulkan / Sedih Dahsyat Keadaan Buta Buku Catatan Timbangan Balasan / Penyesalan
Timbangan Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Az-Zalzalah 99: 6 -8)
Sangkakala Pertama Sangkakala Kedua Berpisah Dikumpulkan / Sedih Dahsyat Keadaan Buta Buku Catatan Timbangan Balasan / Penyesalan
Balasan / Penyesalan Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam - Api neraka itu membakar muka mereka, dan tinggalah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat. (Sambil dikatakan kepada mereka): "Bukankah ayat-ayat. Ku selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya? " Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat. "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim. " (Al-Mu'minuun 23: 99 -108)
RUMUSAN ALAM AKHIRAT Akhirat adalah urusan yang paling utama dan masalah paling besar bagi manusia kerana setiap orang akan ditentukan sama ada akan ke syurga atau neraka. Perlu ingat setiap hari.
- Slides: 25