USRAH VERSITY membina sahsiah remaja BAB 2 PENCIPTAAN
USRAH VERSITY membina sahsiah remaja
BAB 2 PENCIPTAAN ADAM A. S. USRAH REMAJA
HAKIKAT KEHIDUPAN Penciptaan Nabi Adam a. s. Kehidupan di Dunia Alam Akhirat
Ceritakan kisah penciptaan Nabi Adam a. s. • Kenapa Allah cipta Adam? • Apakah respon Malaikat bila dapat tahu penciptaan Adam? • Apa berlaku kepada Nabi Adam ketika di syurga? • Bagaimana dia tertipu? • Apakah janji Iblis? PENCIPTAAN ADAM
PENCIPTAAN ADAM Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya: "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji. Mu dan mensucikan. Mu? ". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
REAKSI IBLIS Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? " Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah. " Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina". (Al-A'raaf 7: 11 -13)
PENCIPTAAN ADAM "Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim". (Al-A'raaf 7: 19 -22)
HELAH IBLIS Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selamanya di dalam Syurga)". Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".
PENCIPTAAN ADAM Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata? " (Al-A'raaf 7: 19 -22)
JANJI IBLIS Iblis menjawab: Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, maka aku akan benar-benar (menghalangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka, dari kiri dan kanan mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (Al-A'raaf 7: 16 -17)
PENCIPTAAN ADAM Apakah pengajaran utama dari Penciptaan Adam?
Apakah pengajaran utama dari Penciptaan Adam? 1. Manusia dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi, suatu tanggungjawab dan amanah yang amat berat. 2. Soalan dari para Malaikat menunjukkan sifat semula jadi manusia suka melakukan kerosakan. Tetapi Allah lebih mengetahui, masih ada manusia yang akan beramal soleh. 3. Iblis musuh yang nyata : Ia bersumpah akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia. 4. Lihat bagaimana Iblis memperdaya Adam dan Hawa, begitu licik sekali. Maka manusia perlu berhati-hati. 5. Keterlanjuran Nabi Adam a. s. di syurga menunjukkan manusia bersifat lemah, pelupa dan mudah melakukan kesilapan.
Ketahuilah kita sebagai Manusia adalah lemah. Sama seperti Manusia memerlukan udara untuk bernafas, makanan dan minuman untuk hidup, Manusia juga memerlukan Hidayah petunjuk, Peringatan, Perlindungan dari Allah untuk selamat. Itulah -> ISLAM
Wahai anak Adam! Janganlah sekali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan ibubapamu daripada syurga, ia menanggalkan pakaian untuk diperlihatkan aurat keduanya. Sesungguhnya ia dan pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. Nota: Tukarkan anak Adam kepada nama (Al-A’raafsendiri. 7: 27)
RUMUSAN PENCIPTAAN ADAM A. S. 1. Manusia diciptakan mempunyai tujuan, iaitu untuk menjadi khalifah di Bumi. 2. Iblis adalah musuh yang nyata dan telah berjanji akan menyesatkan anak-anak Adam. 3. Manusia bersifat lemah. Belajar dari kesilapan Adam. Perlu berpegang pada ISLAM.
- Slides: 15