USK 1012 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA BAB
USK 1012 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
BAB 1: PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN Takrif Tamadun
BAHASA ARAB • Al-Umran - merujuk kepada binaan, bangunan, membaiki dll. ﺍﻟــﻌــﻤــﺮﺍﻥ • Al-Bunyan [ ]ﺍﻟــﺒـﻨـﻴـﺎﻥ merujuk kepada binaan; bangunan. • Al-Thaqafah [ ]ﺍﻟــﺜـﻘــﺎﻓــﺔ merujuk kepada budaya; ilmu pengetahuan, kebudayaan. • Al-Hadarah [ ]ﺍﻟــﺤــﻀــﺎﺭﺓ merujuk kepada maju; kemajuan, pembangunan. • Al-Madaniyyah [ ]ﺍﻟــﻤـﺪﻧــﻴــﺔ merujuk kepada pekan, bandar, kota dan sifat kebandaran manusia seperti lakuan akhlak, kehalusan adat sopan dsb.
Tamaddun [ ]ﺗــﻤــﺪﻥ merujuk kepada kehalusan budi pekerti.
2. Bahasa Inggeris • Culture = refined understanding and appreciation of art, literature, etc [pemahaman dan penikmatan kesenian, kesusasteraan dan lain-lain yang halus. ] • state of intellectual development of a society [keadaan perkembangan intelektual sesuatu masyarakat. ] • customs, art, social institutions, etc of a particular form of culture [adat, sastera, institusi sosial, dll dari kumpulan atau orang tertentu]
2. Bahasa Inggeris • Civilization = becoming or making somebody civilised [menjadi atau membuat seseorang bertamadun].
Daripada istilah civilize = cause [somebody or something] to improve from a primitive stage of human society to more developed one [menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi bertambah baik dari peringkat primitif masyarakat manusia kepada peringkat yang lebih maju].
• Improve the behavior or manners of somebody; refine [menjadikan kelakuan atau perangai seseorang bertambah baik; menghaluskan]. • Civility = [act of] politeness [perbuatan] kesopanan. • Civilly = adv. Politely = dengan sopan.
Bahasa Melayu • Peradaban • Kebudayaan • Tamadun • Madani
PENGERTIAN TAMADUN Sarjana Muslim • 1. Abu Nasr al-Farabi [870 -950 M] al-Siyasah al-Madaniyyah [Pemerintahan Negara Kota]
Ara' Ahl al-Madinah al-Fadilah [Pendapat-pendapat para Warga Kota Utama] Telah memperkenalkan istilah al-madaniyyah pada abad ke 10 M. ~ Istilah ini merujuk kepada sebuah kehidupan bernegara [bermasyarakat] yang berteraskan akidah, syariah serta kemuliaan akhlak.
Tokoh lain yang turut mempopularkan istilah ini pada abad belakangan: • Muhammad Farid Wajdi [1878 -1904 M] dengan tulisannya al-Madaniyyah wa al-Islam • Syeikh Muhammad Abduh [1849 -1905 M] dan muridnya Sayyid Muhammad Rasyid Rida [1865 -1935 M] dalam tulisan mereka al-Manar. S. M. Abduh 1849 -1905
Secara khusus pula Abduh menulis buku berjudul al-Islam Din al-'Ilm wa al. Madaniyyah - [Islam Agama Ilmu dan Ketamadunan].
2. Abdulrahman Ibn Khaldun [732 -808 H /1332 -1406 M] - abad 14 M. Kelahiran Tunis dan meninggal di Kaherah. Sejarawan, Sosiologis dan Sasterawan.
Tulisan beliau Tarikh Ibn Khaldun dan al. Muqaddimah menggunakan istilah tamadun sebagai al-umran dan al-hadarah.
Istilah al-umran dan al-hadarah oleh Ibn Khaldun merujuk kepada "sekumpulan manusia yang tinggal kekal di suatu kawasan [penempatan], kota dan tanah pertanian; di sana terdapat kegiatan meneroka bidang pertanian, kemakmuran dan pencapaian taraf hidup yang berteraskan agama"
3. Jurji Zaydan [1861 -1914 M] Sasterawan dan Sejarawan Lubnan. Lahir dan belajar di Beirut, meninggal di Kaherah. Dari kalangan reformisme. Tarikh al. Tamaddun al-Islami
Pada abad 19 dalam tulisan-tulisannya terutama Majalah al-Hilal yang diasaskan pada 1892 mempopularkan istilah al-tamaddun.
Istilah ini diguna-pakai secara meluas dalam bahasa Melayu [Malaysia, Indonesia], Parsi dan Swahili di Timur Afrika.
SARJANA BARAT Para sarjana Barat mula membincangkan aspek dan teori ketamadunan pada awal abad ke 19
Clive Bell (18811964) was a British art critic and philosopher of art who defended abstract art.
Clive Bell dengan bukunya Civilization and Old Friends menegaskan bahawa tamadun merupakan kriteria masyarakat selain menjadi kayu ukur penentu tahap pencapaiannya.
Redfield Bukunya Introduction to the Civilization of India. 1897 -1958 Menegaskan bahawa tamadun seumpama beberapa puncak pencapaian manusia sama seperti puncak-puncak gunung di permukaan bumi.
3. Darcy Riberio dalam tulisannya The Civilised People memberikan takrif tamadun sebagai puncak pencapaian masyarakat dalam proses kemajuan.
KESIMPULAN Pengertian tamadun dalam perspektif sarjana Muslim lebih tepat dan menyeluruh kerana menekankan unsur akidah sebagai asas dan sumber pembinaannya.
CIRI-CIRI UTAMADUN
27 7 wonderful
CIRI-CIRI UTAMADUN • Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar, kepolisan atau Madinah. • Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya seterusnya terhasil peningkatan jangka hayat penghidupan yang lebih stabil dan panjang.
CIRI-CIRI UTAMADUN • Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur. • Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri bagi menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.
CIRI-CIRI UTAMADUN • Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan. • Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.
CIRI-CIRI UTAMADUN • Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.
CIRI-CIRI UTAMADUN 1. 2. 3. 4. 5. 6. Wujud Negara Dan Sistem Pemerintahan Yang Teratur Wujud Stratifikasi Dan Organisasi Sosial Wujud Kota Dan Bangunan Serta Seni Bina Wujud Aktiviti Ekonomi Wujud Sains Dan Teknologi Wujud Sistem Bahasa Dan Tulisan 7. Wujud Sistem Agama Dan Kepercayaan Mohd Nasir Ripin, et. al. (2003)
33
34
35
36
37
38
39
40
41
Yeehaaa!! Inilah Tamadun Kebanggaanku! 42
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN AGAMA, BUDAYA DAN BANGSA
1. TAMADUN & AGAMA - Kehidupan bertamadun adalah kehidupan yang berteraskan budi pekerti yang tinggi, mulia dan bermaruah. - Sifat tersebut berkait rapat dengan sistem kepercayaan dan kehidupan beragama seseorang atau masyarakat. - Kelahiran tamadun silam adalah menifestasi kehidupan beragama.
“Sesungguhnya terdapat dalam sejarah bandar-bandar tanpa istana, tempat-tempat perusahaan tanpa kota, tetapi tiada pernah ditemui bandar tanpa rumah ibadat”. – Ramli Awang, Tasawwur Rabbani, 1977: 109.
Stephen Fuchs dalam [Origin of Religion, 1975: 18] menyebut: "No tribe or people in the world, however primitive or highly civilized, is without a belief in the existence of superhuman powers or deities, is consequently without religion".
Agama Ikatan kepercayaan manusia kepada Tuhan. Al-Din Cara atau sistem hidup yang syumul untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
"Islam adalah sistem yang syamil merangkumi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, material dan hartabenda atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah sepertimana ia juga adalah akidah yang benar dan ibadat yang sah" - al-Banna dalam Risalah al-Ta'lim.
KESIMPULAN Agama Dan Tamadun Berkait Erat
2. TAMADUN DAN BUDAYA - Pendapat para sarjana tentang kebudayaan:
S. KHUDA BUKHS: "Kebudayaan [culture] bermakna pencapaian dalaman atau pemikiran". ABU BAKAR HAMZAH: "Kebudayaan adalah sesuatu yang dihasilkan oleh manusia dalam bentuk abstrak". AGUS SALIM: Kebudayaan bermakna segala usaha dan daya upaya yang dikerahkan dengan menggunakan hasil pendapat untuk memperbaiki sesuatu dengan tujuan mencapai kesempurnaan".
Budaya dan kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan tamadun kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji merupakan ciri masyarakat bertamadun.
Kesan-kesan budaya tanpa penerapan identiti agama dan nilai akhlak setempat akan memberikan satu suasana yang negatif di dalam sesetengah masyarakat dan ditakuti bakal meracuni pemikiran isi masyarakat
KITA DIROSAKKAN OLEH BUDAYA BARAT
KITA DIROSAKKAN OLEH BUDAYA BARAT Gejala syaitanisme
% ZINA SEBELUM KAHWIN TELAH MENINGKAT
SETIAP HARI 19 ORANG MENGHIDAPI HIV AIDS SETIAP HARI 3 KEMATIAN AKIBAT HIV AIDS
31, 983 (Jan 2005 – 25 mei 2005) – statistik oleh Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan. Melayu - 22, 160 orang Menurut Agensi Dadah Kebangsaan – 70% Melayu dan 79% daripadanya adalah belia (20 29 thn) 5 KES BARU PENAGIH SETIAP HARI Cina - 4, 737 orang India - 3, 258 orang
25% PELAJAR SEKOLAH TELAH MENAGIH ROKOK Gejala Merokok Menular Di Kalangan Umat Melayu. Lebih 70% perokok di negara ini adalah Melayu. • Hukum merokok adalah HARAM berdasarkan fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (1995) • 4 juta kematian setahun di seluruh dunia disebabkan rokok/tembakau
Peratusan minum arak ikut kaum menurut WHO, Melayu 24%, Cina 52% dan India 38%. 200, 000 ribu rakyat Malaysia adalah penagih arak 45% dari remaja bawah 18 tahun adalah pengguna arak 24% daripada peminum arak di Malaysia adalah di kalangan orang Melayu.
video 1 video 2 REMPIT ANAK MALAYSIA
Wajah generasi baru yang confuse!!!
3. TAMADUN DAN BANGSA Kamus Dewan, 1995: 102 = Bangsa adalah jenis manusia daripada satu asal keturunan. ~ Bangsa adalah sekumpulan manusia yang mengiktiraf dirinya sebagai komuniti yang umumnya meletakkan taat setia tanpa sebarang konflik yang besar terhadap kumpulannya.
Kemunculan Tamadun seringkali dikaitkan dengan bangsa seperti Tamadun bangsa Cina, Tamadun bangsa India, Tamadun bangsa Mesir, Tamadun bangsa Melayu dan seumpamanya.
NOTE Bangsa tidak menunjukkan hubungan yang begitu ketara dengan tamadun. Ini disebabkan ia tidak menjadi dominasi penting sehingga mampu mengatasi kepercayaan.
Tamadun Islam dan tamadun Barat sebagai contoh mengandungi lebih dari satu bangsa. Membuktikan kepercayaan bersifat lebih universal hingga melampaui bangsa sedang bangsa tidak boleh melampaui kepercayaan.
KESIMPULAN q Kepercayaan (agama) mencernakan perjalanan hidup Seseorang q Aturan-aturan adab sopan, moral, perangai, budi pekerti teradun dalam atur cara keagamaan seseorang. q Tanpa agama yang benar kehidupan manusia dianggap tidak bertamadun
- Slides: 73