UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA National University of Malaysia UNDANGUNDANG

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA National University of Malaysia UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN & SYARIKAT (CCCG 2423) PENSYARAH: PN. ASMIDAH BTE AHMAD MCL, LLB (Hons) UIAM Peguambela & Peguamcara

DEFINISI & CIRI-CIRI PERKONGSIAN

BHG 1: UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN- Definisi: - Seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961 mendefinisikan Perkongsian sebagai “perhubungan yang wujud antara beberapa orang yang menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapat keuntungan” Sumber undang-undang: Akta Perkongsian 1961 & undang-undang Inggeris, c/ref: s 47(1) AP- kaedah ekuiti dan Common law yg digunakan dlm perkongsian akan diteruskan dalam penguatkuasaan, kecuali setakat mana ianya tdk konsisten dengan peruntukan ekspres AP.

Ciri-ciri perkongsian (a) Adanya perhubungan ant. beberapa org (b) Perhubungan yg wujud adlh utk menjlnkan perniagaan (c) Perniagaan yg dijlnkan bagi maksud mendptkan keuntungan

a) Adanya perhubungan ant. beberapa org - minimum sekurang 2 nya 2 org - Seksyen 14 & Seksyen 47(2) Akta Perkongsian memperuntukan bil. maksimun bagi perkongsian ilh 20 org & bagi perkongsian yg menjlnkan perniagaan secara mengamalkan sesuatu profesion ilh 30 org.

b) Perhubungan yg wujud adlh utk menjlnkan perniagaan - Seksyen 2 Akta Perkongsian mentakrifkan perniagaan sbg termasuklah perdagangan, perkerjaan @ profesion sbrg -Contoh kes: Customs & Excise Commissioner lwn Lord Fisher

c) Perniagaan yg dijlnkan bagi maksud mendptkan keuntungan - Seksyen 3(1) Akta perkongsian mentakrifkan perkongsian memerlukan, ant. lain, perniagaan dijlnkan dgn maksud mendpt keuntungan

Selain takrif perkongsian dibwh s 3 AP, Seksyen 4 Akta Perkongsian juga menggariskan beberapa keadaan yang mempengaruhi kewujudan sesebuah perkongsian: 1] Tenansi bersama, tenansi sepunya, harta bersama atau hak milik separuh dengan sendirinya tidak mewujudkan perkongsian terhadap apa-apa yang dipegang atau dipunyai, sama ada tenan-tenan atau pemilik-pemilik berkongsi ataupun tidak apa-apa keuntungan yang diperolehi daripada penggunaannya. • Contoh kes - Kes Davis lwn Davis (1894) - m/s 90
![2] Berkongsi keuntungan kasar tidak bererti perkongsian wujud, sama ada pihak-pihak yang berkongsi keuntungan 2] Berkongsi keuntungan kasar tidak bererti perkongsian wujud, sama ada pihak-pihak yang berkongsi keuntungan](http://slidetodoc.com/presentation_image/1191d9ac274bce8dd4c54c9d80642539/image-9.jpg)
2] Berkongsi keuntungan kasar tidak bererti perkongsian wujud, sama ada pihak-pihak yang berkongsi keuntungan tersebut ada atau tidak ada hak atau kepentingan bersama atau sepunya terhadap harta daripada mana atau daripada penggunaan mana keuntungan itu diperolehi. • Contoh kes - Kes Cox lwn Coulson (1916) – m/s 90 3] Berkongsi keuntungan perniagaan oleh seseorang adalah bukti prima facie bahawa beliau adalah pekongsi dalam perniagaan itu.

Manakala Seksyen 4(c) Akta Perkongsian pula menggariskan beberapa keadaan yang tidak menjadikan seseorang itu sebagai pekongsi dalam sesuatu perniagaan: 1] Seseorang pemiutang yang menerima wang pembayaran hutang daripada keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan penghutangnya. • Contoh kes - Kes Badeley lwn Consolidated Bank (1888) - m/s 92 2] Seseorang pekerja atau wakil yang mengambil bahagian dalam perniagaan yang gajinya dibayar hasil daripada keuntungan perniagaan majikannya. • Contoh kes - Kes Abdul Gaffoor lwn Mohamed Kassim & Ors (193132) – m/s 93
![3] Seseorang balu atau anak kepada pekongsi dalam perniagaan yang telah mati dimana mereka 3] Seseorang balu atau anak kepada pekongsi dalam perniagaan yang telah mati dimana mereka](http://slidetodoc.com/presentation_image/1191d9ac274bce8dd4c54c9d80642539/image-11.jpg)
3] Seseorang balu atau anak kepada pekongsi dalam perniagaan yang telah mati dimana mereka menerima secara anuiti sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi dalam perniagaan. • Contoh kes - Kes Commissioners of Inland Revenue lwn Lebus’s Trustees (1946) – m/s 93 4] Seseorang yang memberi pendahuluan secara pinjaman dan menerima kadar faedah yang berubah mengikut keuntungan atau menerima sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan firma. • Contoh kes – Kes Re Young ex p Jones (1896) – m/s 94
![5] Seseorang yang menerima secara anuiti atau sebaliknya, sebahagian daripada keuntungan sesuatu perniagaan sebagai 5] Seseorang yang menerima secara anuiti atau sebaliknya, sebahagian daripada keuntungan sesuatu perniagaan sebagai](http://slidetodoc.com/presentation_image/1191d9ac274bce8dd4c54c9d80642539/image-12.jpg)
5] Seseorang yang menerima secara anuiti atau sebaliknya, sebahagian daripada keuntungan sesuatu perniagaan sebagai balasan kepada jualan nama baik sesuatu perniagaan. • Contoh kes - Kes Rawlinson lwn Clarke (1860) dan kes Aw Yong Wai Choo lwn Arief Trading Sdn Bhd & Anor (1992) – m/s 95

PEMBENTUKAN PERKONGSIAN

Perkongsian menyalahi undang-undang Status Perkongsian Pembentukan Perkongsian Perjanjian perkongsian Pendaftaran perkongsian Keupayaan

Status Perkongsian Di sisi Undang-undang Perkongsian tdk mempunyai keperibadian di sisi undang 2 yg berasingan dgn individu 2 yg mewujudkannya. Seksyen 6 Akta Perkongsian - Membenarkan orang 2 yg mewujudkan perkongsian secara bersama ini disebutkan sbg sebuah firma & nama di bawah mana perniagaan mereka dijlnkan disebut nama firma.

Kaedah 77, Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980 - Tindakan undang 2 blh diambil oleh, @ terhadap pekongsi 2 atas nama firma. - Kesemua pekongsi mestilah dinamakan a) Plaintif (Sekiranya firma hendak mendakwa) b) Defendan (Sekiranya firma hendak didakwa)

Perkongsian Menyalahi Undang-undang Sekiranya ia diwujudkan a) utk melaksanakan suatu tujuan @ objek yg menyalahi undang 2, b) utk menjalankan suatu tujuan yg sah di sisi undang 2 ttp dilakukan dgn cara yg salah. Mahkamah tidak akan mengiktiraf sbrg hak individu 2 yg mewujudkan perkongsian berkenaan ttp pihak ke-3 yg ikhlas, yg tidak mengetahui ttg ketidaksahan perkongsian, adlh berhak utk membuat sbrg tuntutan ke atas perkongsian berkenaan.

Perkongsian dianggap tidak sah di sisi undang 2 apbl bil. pekongsi 2 nya ≥ 20 org bagi perkongsian biasa. Bagi perkongsian yg menjlnkan perniagaan secara mengamal sesuatu profesion, tidak hak maksimum utk mewujudkannya, dgn syarat amalan profesion tersebut hdklah sesuatu yg lazimnya tidak dijlnkan oleh syarikat @ badan perniagaan yg diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965.

Keupayaan Seseorang dikatakan layak berkontrak a) Dewasa b) Berakal sempurna c) Tidak hilang kelayakan utk membuat kontrak menurut mana 2 undang 2 yg ia tertakluk c/ref : S 11 Akta Kontrak 1950 - minor tdk blh memasuki kontrak. Tetapi tdk menperjelas ttg kesan kontrak yg dimasuki oleh minor.

Relatif- Perkongsian blh wujud ant. kanak 2 & org dewasa. Pekongsi kanak 2 tidak akan bertanggungan selaku pekongsi ke atas hutang 2 firma @ liabiliti kontraktual yg lain. Apbl mencapai usia dewasa, pekongsi kanak 2 blh melepaskan dirinya drpd bertanggungan selaku pekongsi dgn cara menamatkan perkongsiannya dgn firma tersebut.

Kegagalan melakukannya akan menjadikannya bertanggungan selaku pekongsi. Contoh kes: William Jacks & Co (Malaya) lwn Chan & Yong Trading Co (1964)

Kes William Jacks & Co (Malaya) lwn Chan & Yong Trading Co (1964) Jack menuntut sejumlah wang RM 12, 734. 91 sbgai bayaran brg 2 yg tlh dijual kpd pihak defendan yg merupakan pekongsi 2 dlm sebuah firma. Yong yg masih kanak 2 sms brg 2 tersebut dibeli tidak mengambil sbrg langkah pembelaan ttp Chan tlh menafikan tuntutan Jacks dgn mendakwa ant. Lain bhw brg 2 tersebut adlh utk kegunaan peribadi Yong yg masih kanak pada ketika itu.

Sambungan… Mahkmah memutuskan, walaupun brg 2 yg dibeli adlh utk kegunaan peribadi Yong, itu tidak bermakna firma tersebut & pekongsi 2 nya tidak bertanggungan selakunya. Oleh kerana, Yong tidak mengambil sbrg langkah utk menamatkan perkongsiannya dgn firma tersebut slps dia mencapai usia dewasa, maka, dia juga turut bertanggungan selaku pekongsi firma itu.

Perjanjian perkongsian Perkongsian Boleh wujud secara bertulis atau secara lisan Kontrak perkongsian atau artikel perkongsian memperuntukkan perkara-perkara seperti: Nama firma Pihak-pihak kepada perjanjian Jenis perniagaan yang dijalankan Tempat perniagaan Tempoh diwujudkan Harta perkongsian Pengurusan perniagaan Akaun dan modal perkongsian Cara-cara perkongsian boleh dibubarkan

Seksyen 35 Akta Perkongsian menyatakan bahawa perkongsian akan terbubar apabila kematian mana-mana pekongsinya Seksyen 21 Akta Perkongsian menyatakan bahawa mana-mana peraturan hendak diubah, ia hanya boleh dilakukan berdasarkan persetujuan semua pekongsi dan bukan majoriti.

Pendaftaran perkongsian Perlu didaftar mengikut Akta Pendaftaran perniagaan 1956 maklumat-maklumat hendaklah diberitahu kepada pendaftar perniagaan seperti tarikh permulaan perniagaan, nama pekongsi-pekongsi, tempat utama perniagaan, jenis dan bentuk perniagaan Kalau berlaku sebarang perubahan terhadap maklumat-maklumat yang berikut perlu melaporkan ke Pejabat Pendaftaran Perniagaan.

BHG 2: “PERHUBUNGAN RAKAN KONGSI DENGAN PIHAK KETIGA” 27

PERHUBUNGAN RAKAN KONGSI DENGAN PIHAK KETIGA KUASA-KUASA EJEN TANGUNGAN /LIABILITI PEKONGSI DAN FIRMA TANGGUNGAN KONTRAK KUASA NYATA KUASA ZAHIR TANGGUNGAN BAGI KESALAHAN- KESALAHAN TANGGUNGAN BAGI MENGEMUKAKAN DIRI KUASA NYATA EKSPRES KUASA NYATA TERMAKLUM / TERSIRAT TANGGUNGAN TERHADAP PENYALAHGUNAAN WANG AMANAH TANGGUNGAN BAGI PEKONGSI YANG MENDATANG DAN YANG KELUAR TANGGUNGAN BAGI KESALAHAN JENAYAH 28

4. 2. PERHUBUNGAN RAKAN KONGSI DENGAN PIHAK KETIGA Prinsip/Konsep asas yang perlu difahami; q Setiap pekongsi adalah ejen kepada firma itu dan pekongsi-pekongsi yang lain bagi tujuan perniagaan perkongsian q Sebagai ejen, seseorang pekongsi itu berhak menjalankan sesuatu perniagaan berdasarkan kuasa yang diberikan kepadanya.

4. 2. 1: KUASA-KUASA EJEN KUASA NYATA Kuasa sebenar yang diberi oleh prinsipal kepada ejen Terbahagi kepada 2: i. Kuasa nyata ekspres ii. Kuasa nyata tersirat KUASA ZAHIR Kuasa yang diandaikan oleh pihak ketiga yang berurusan dengan ejen itu sebgai dimiliki oleh ejen itu, walaupun ejen tersebut tidak mempunyai kuasa itu

KUASA NYATA 1. Kuasa nyata ekspres Kuasa sebenar yg diberi secara bertulis / melalui tutur kata. 2. Kuasa nyata termaklum/tersirat Kuasa sebenar yg boleh diandaikan drpd keadaan yg berkaitan atau perlakuan pihak-pihak atau disimpulkan drpd benda-benda yg disebut atau bertulis

KUASA-KUASA EJEN eg KUASA NYATA “KUASA SEBENAR YANG DIBERI OLEH PRINSIPAL KEPADA EJEN” CTH : A arahkan B jualkan rumahnya dengan harga RM 100, 000. Di sini kuasa sebenar B ialah menjual rumah itu dengan harga yang ditetapkan 32

eg 1 KUASA NYATA EKSPRES “ KUASA SEBENAR YANG DIBERI SECARA BERTULIS ATAU MELALUI TUTUR KATA” CTH: Perjanjian bertulis antara A dan B, A sebagai prinsipal melantik B sebagai ejennya bagi memasarkan barangan syarikatnya di Kuala Lumpur. Di sini, B dikatakan telah dilantik oleh A secara bertulis dalam perjanjian sebagai ejen pemasarannya. 33

eg 2 KUASA NYATA TERMAKLUM/TERSIRAT “KUASA SEBENAR YANG BOLEH DI ANDAIKAN DARIPADA KEADAAN-KEADAAN BERKAITAN ATAU PERLAKUAN PIHAK – PIHAK ATAU DI SIMPUL DARIPADA BENDA YANG DISEBUT ATAU DI TULIS CTH: A Tinggal di bangi dan ada kedai di Kuala Lumpur, sekali- sekala datang ke kedai itu. Kedai tersebut di uruskan oleh B. B biasanya memesan brg-brg untuk kedai itu daripada C atas nama A, dan membayar harga brg-brg daripada peruntukan wang A. Semua ini dilakukan dengan pengetahuan A. Di sini B dikatakan mempunyai satu kuasa termaklum daripada A untuk memesan brg-grg drpd C atas nama A untuk kedai itu. 34

KUASA ZAHIR § Contoh Kes: “Panorama Development (Guildford) Ltd lwn Furnishing Fabric Ltd(1971)” § Kedudukan seseorang pekongsi sebagai ejen dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen-seksyen 7, 8 dan 9 khususnya, dan Bahagian II Akta Perkongsian amnya § Undang-undang ejensi yg terkandung dalam Bahagian X, Akta Kontrak 1950 dan common law serta ekuiti juga terpakai bg menentukan kedudukan seseorang pekongsi sbgai ejen

KUASA ZAHIR “KUASA YANG DIANDAIKAN OLEH PIHAK KETIGA YANG BERURUSAN DENGAN EJEN ITU SEBAGAI DIMILIKI OLEH EJEN ITU, SUNGGUHPUN PADA HAKIKATNYA EJEN TERSEBUT TIDAK MEMPUNYAI KUASA” KES: Panaroma Development (Guildford) Ltd lwn Furnishing Fabric Ltd (1971), B adalah setiausaha di syarikat defendan. Sebagai setiausaha syarikat defendan , beliau menyewa kereta-kereta mewah daripada plaintif. B tidak mempunyai kuasa sebenar untuk menyewa kereta –kereta tersebut untuk kegunaan sendiri. Mahkamah memutuskan , sebagai setiausaha syarikat, B mempunyai kuasa zahir untuk melakukan segala urusan berkaitan dengan pentadbiran syarikat seperti menyewa kereta. Oleh itu defendan bertanggungan terhadap plaintif bagi tunggakan –tunggakan sewa. 36

§ Kuasa Zahir agen: S 7 Akta Perkongsian Kuasa zahir seorang pekongsi iaitu setiap pekongsi adalah wakil bg firma dan pekongsi yg lain bagi maksud perniagaan perkongsian itu dan tindakan setiap pekongsi yg melakukan apa-apa tindakan untuk menjalankan secara yg lazim jenis perniagaan yg dijalankan oleh firma itu yg dia mnjadi ahli mengikat firma dan pekongsinya, kecuali jika pekongsi yg bertindak itu pada hakikatnya tidak mempunyai kuasa bertindak untuk firma dalam perkara tertentu itu, dan 1] orang dgn siapa dia berurusan itu tahu bahawa dia tidak mempunyai kuasa atau 2] tidak tahu atau percaya bahawa dia seorang pekongsi. 1] phk ke 3 tdk boleh ambil tindakan atas perkonsian 2] perkongsian berkongsi liabiliti. § Contoh kes: Mercantile Credit Co lwn Garrod (1962) m/s 101

Penentuan Kewujudan Kuasa Zahir 38 Seksyen 7 Akta Perkongsian memperuntukkan 4 keadaan yang menentukan sama ada kuasa zahir wujud @ tidak Syarat-syarat berikut perlu dipenuhi untuk menjadikan firma bertanggungan bagi tindakan pekongsi dalam kuasa zahir: 1) Tindakan pekongsi harus tergolong dalam jenis perniagaan yang dijalankan oleh firma Mahkamah akan mengambilkira pandangan pihak luar tentang urusan berkenaan sama ada ia berkaitan dengan jenis perniagaan firma (pandangan yang berasas)
![Mercantile Credit Co lwn Garrod [1962] 39 Fakta: Firma perkongsian menjalankan perniagaan menyewakan garaj Mercantile Credit Co lwn Garrod [1962] 39 Fakta: Firma perkongsian menjalankan perniagaan menyewakan garaj](http://slidetodoc.com/presentation_image/1191d9ac274bce8dd4c54c9d80642539/image-39.jpg)
Mercantile Credit Co lwn Garrod [1962] 39 Fakta: Firma perkongsian menjalankan perniagaan menyewakan garaj dan membaiki kereta. Perjanjian perkongsian antara pekongsi melarang urusan menjual dan membeli kereta. Tanpa pengetahuan pekongsi lain, salah seorang daripada pekongsi telah menjual kereta kepada P. Pekongsi tersebut tidak mempunyai hak milik ke atas kereta yang dijualnya. Wang jualan kereta dimasukkan ke dalam akaun perkongsian. Apabila P mendapat tahu bahawa pekongsi yang berurusan dengannya tidak mempunyai hak terhadap kereta itu, dia ingin membatalkan kontrak dan menuntut kembali wang. Penjualan kereta ialah satu urusan yang pada pandangan orang luar sama jenis dengan perniagaan perkongsian berkenaan. Dengan itu, firma bertanggungjawab terhadap tindakan pekongsi dalam kuasa zahir dan perlu mengembalikan wang jualan kepada P

2 nd point: S 7 Akta Perkongsian Juga menekankan bahawa tindakan yg dilakukan juga mestilah merupakan suatu tindakan yg perlu dan lazim dilakukan bagi perniagaan firma § Contoh kes : i. Chan King Yue lwn Lee & Wong (1962) ii. Bank of Australasia lwn Breillat (1847)

41 Apakah tindakan @ urusan yang dianggap biasa dilakukan dalam sesuatu perniagaan?

Bank of Australasia lwn Breillat (1847) 42 Mahkamah menggariskan beberapa tindakan yang dianggap biasa @ lazim dilakukan dalam sesuatu perniagaan Menjual produk-produk perkongsian, membeli barang-barang atas nama akaun firma, meminjam wang, berhutang dan membayar hutang, mengeluarkan, menandatangani, mengindors, menerima, memindah, merundingkan dan memperolehi diskaun ke atas surat cara boleh niaga. Selain itu, mengambil pekerja-pekerja untuk membantu menguruskan perniagaan, mengeluarkan resit untuk hutang-hutang yang diterima dan menggunakan khidmat peguam untuk mengambil tindakan mahkamah atau membela diri apabila didakwa

Chan King Yue lwn Lee & Wong (1962) 43 Fakta: Pihak P telah meminjamkan wang sebanya RM 35, 000 -00 kepada suaminya yang merupakan seorang pekongsi dalam sebuah firma. Suaminya telah mengeluarkan resit atas nama perkongsian dan memasukkan wang itu ke dalam akaun perkongsian yang telah digunakan oleh firma bagi membayar sebahagian hutang-hutangnya. Pihak P mengambil tindakan mahkamah untuk mendapatkan semula wangnya itu, tetapi pekongsi lain enggan membayar dengan alasan pihak firma tidak bertanggungan kerana suami P tidak mempunyai kuasa untuk menerima pinjaman. Penerima pinjaman oleh suamp P adalah satu tindakan yang perlu dilakukan bagi perniagaan firma. Oleh itu, firma bertanggungan

3 rd point: S 7 Akta Perkongsian menegaskan bahawa pihak ketiga yg berurusan itu mestilah tidak mengetahui bahawa orang yg berurusan dengannya itu sebenarnya tidak mempunyai kuasa atau kebenaran drpd pekongsinya yg lain untuk menjalankan sesuatu urusan bagi pihak firma itu Cross-ref s 10 Akta Perkongsian

Contoh 45 A, seorang pekongsi, hanya diberi kuasa oleh firma untuk meminjam sebanyak RM 30, 000 -00 setiap kali dia membuat pinjaman. A telah meminjam RM 45, 000 -00 dari Bank C dan Bank C maklum bahawa A tidak mempunyai kuasa tersebut. Maka firma tidak terikat dengan tindakan A dan Bank C tidak boleh menyatakan bahawa itu adalah kuasa zahir A kerana mereka mempunyai pengetahuan tentang sekatan tersebut

Seksyen 10 Akta Perkongsian, 1961 46 Jika telah dipersetujui antara pekongsi bahawa apa-apa sekatan hendaklah dikenakan pada kuasa mana-mana seorang atau beberapa pekongsi untuk mengikat firma itu, tiada apa jua tindakan yang dilakukan berlanggaran dengan persetujuan itu boleh mengikat firma itu berkenaan dengan orang yang mempunyai maklumat tentang persetujuan itu

47 4) Pihak luar yang berurusan mengetahui atau percaya orang yang berurusan dengannya itu adalah seorang pekongsi
![Sithambaram Chetty lwn Hong Hing & Lain-lain[1928] 48 Fakta: Pihak luar, iaitu beberapa orang Sithambaram Chetty lwn Hong Hing & Lain-lain[1928] 48 Fakta: Pihak luar, iaitu beberapa orang](http://slidetodoc.com/presentation_image/1191d9ac274bce8dd4c54c9d80642539/image-48.jpg)
Sithambaram Chetty lwn Hong Hing & Lain-lain[1928] 48 Fakta: Pihak luar, iaitu beberapa orang ceti telah memberikan pinjaman kepada salah seorang pengurus sebuah firma perkongsian di Pulau Pinang kerana mereka percaya bahawa pengurus itu ialah pekongsi. Pada hakikatnya, pengurus berkenaan hanyalah menguruskan perniagaan bagi pihak dua orang pekongsi sebenar yang bermastautin di Singapura. Pengurus yang membuat pinjaman telah melarikan diri dan ceti tersebut menuntut pinjaman daripada firma. Pekongsi membantah tuntutan dengan alasan firma tidak bertanggungjawab kerana pengurus bukanlah pekongsi. Firma bertanggungjawab kerana kegagalan pekongsi untuk menjelaskan kedudukan pengurus menyebabkan pihak luar percaya pengurus itu adalah pekongsi dan dengan itu ada kuasa untuk membuat pinjaman

S 8 Akta Perkongsian menjelaskan bahawa sesuatu tindakan atau surat cara berkenaan perniagaan firma itu yg dilakukan atau disempurnakan atas nama firma, atau dalam apa jua cara yg menunjukkan niat untuk mengikat firma, oleh sesiapa yg diberi kuasa berbuat demikian, sama ada pekongsi atau pun bukan, adalah mengikat firma dan semua pekongsi, dengan syarat seksyen ini tidak menyentuh mana-mana peraturan umum undang-undang mengenai penyempurnaan surat ikatan atau surat cara boleh niaga Contoh Kes : Hock Hin Chan lwn Ng Kee Woo (1966)

Hock Hin Chan lwn Ng Kee Woo (1966) 50 Fakta: H telah memberi pinjaman kepada seorang pekongsi sebuah firma dan sebagai jaminan, bil jualan yang ditandatangani dan dimeterai ‘oleh Ng Teng Chuan…’ telah dikeluarkan. Isu: Sama ada bil jualan tersebut sah dan mengikat firma? Seseorang pekongsi dalam sebuah firma dikatakan mempunyai kuasa nyata tersirat untuk mengeluarkan bil jualan bagi pihak rakan kongsi yang lain. Oleh itu, bil jualan yang dikeluarkan dalam kes ini adalah sah dan mengikat firma

S 9 Akta Perkongsian menyatakan sekiranya seorang pekongsi mengggunakan keamanahan firma untuk maksud yg jelas tidak berkaitan dengan perjalanan biasa perniagaan firma itu, firma tidak terikat, kecuali jika beliau pada hakikatnya secara khusus diberi kuasa oleh pekongsi lain, tetapi seksyen ini tidak menyentuh apa-apa tanggungan persendirian yg ditanggung oleh seorang pekongsi

Contoh 52 A dan B merupakan pekongsi yang menjalankan perniagaan mencetak dan menjual kain batik. A, tanpa pengetahuan di luar pengetahuan B, telah membeli mesin pencuci rambut atas nama firma mereka. Pembekal mesin tersebut telah menuntut harga mesin itu daripada firma. Dalam kes ini, B boleh menafikan liabiliti di bawah Seksyen 9 Akta Perkongsian

4. 2. 2 Tanggungan/Liabiliti Pekongsi dan Firma Tanggungan kontrak Tanggungan bagi kesalahan- kesalahan Tanggungan terhadap penyalahgunaan wang amanah Tanggungan bagi mengemukakan diri Tanggungan pekongsi yang mendatang dan yang keluar Tanggungan bagi kesalahan jenayah

TANGUNGAN /LIABILITI PEKONGSI DAN FIRMA TANGGUNGAN KONTRAK SEKSYEN 11 Akta Perkongsian: Tiap pekongsi dalam firma bertanggungjawab dengan pekongsi-pekongsi lain bagi semua hutang dan tanggungjawab bersama semasa dia menjadi pekongsi dan selepas kematiannya (hutang /tanggungjawab setakat mana yang masih belum diselesaikan) Cth kes: Osman Hj Mohammad Yusuf lwn Chang Kang Swi (1924) m/s 104 Seksyen ini juga menekankan seorang pekongsi yang mati tidak terlepas dari tanggungan kontrak dan hutang semasa dia jadi pekongsi Cth Kes : Bagel lwn Miller (1903) 54

TANGGUNGAN BAGI KESALAHAN- KESALAHAN SEKSYEN 12 Akta Perkongsian: Sekiranya kesalahan atau kelalaian seorang pekongsi dan sebabkan rugi atau cedera pihak ke-3 , maka firma atau rakan kongsi lain bertanggungan Dengan syarat kerugian itu berlaku semasa pekongsi berkenaan sedang jalankan perniagaan firma secara biasa dengan kebenaran pekongsi lain. Cth Kes : Hamlyn lwn Houston co (1903) SEKSYEN 12 Akta Perkongsian: ini merujuk kepada kesalahan –kesalahan Tort iaitu kesalahan selain daripada jenayah dan kemungkiran kontrak 55

TANGGUNGAN TERHADAP PENYALAHGUNAAN WANG AMANAH SEKSYEN 15 Akta perkongsian: Sekiranya seorang pekongsi selaku pemegang amanah, salah guna harta amanah untuk firma atau pekongsi lain , maka pekongsi lain tidak bertanggungan terhadap orang-orang yang beri faedah siapa harta itu dipegang Dengan syarat mana –mana pekongsi tidak tahu (pengetahuan nyata atau tersirat) Jika rakan kongsi lain tahu nyata atau tersirat mereka turut bertanggungan, Sekiranya wang amanah yang disalahgunakan itu masih berada dalam pegangan atau kawalan firma , wang itu boleh diambil semula. Cth Kes: Jacobs lwn Moris (1902) & Ex parte Heaton (1819) 56

TANGGUNGAN BAGI MENGEMUKAKAN DIRI SEKSYEN 16 Akta perkongsian: Sesiapa sahaja yang melalui perkataan yang di tutur atau di tulis atau dengan kelakuannya mengemukakan dirinya atau secara mengetahui membenarkan dirinya dikemukakan sebagai seorang pekongsi dalam firma adalah bertanggungan sebagai pekongsi terhadap sesiapa yang boleh yakin dengan kenyataan itu telah berhutang. (Berdasarkan doktrin estopel) Cth Kes: Perkongsian Salun A & B , pembantu yang mengaku pekongsi (D jurujual) m/s 107 Kenakan tanggungan sebagai pekongsi terhadap seseorang yang bukan pekongsi jika orang itu telah kemukakan diri sebagai pekongsi atau benarkan diri sebagai pekongsi 57

Dalam kes Re Buchanan & Co (1876), Sekiranya pengemukaan atau representasi dilakukan tanpa pengetahuan atau keizinan pekongsi sebenar, hanya pihak yg mengemukakan dirinya sebagai pekongsi itu yg akan bertanggungan kepada pihak lain yg bertindak kerana mempercayai representasi tersebut. Seksyen 16 Akta Perkongsian menyatakan, Bahawa sekiranya seseorg pekongsi mati dan selepas kematiannya, perkongsian diteruskan atas nama firma yg lama, sebahagian dpdnya tidak dgn sendirinya menjadikan estet pentadbirnya bertangungjawab bg sebarang hutang perkongsian yg ditanggung selepas kematiannya. Diingatkan bahawa Sekyen 16 AP mengenakan tanggungan sbg pekongsi terhadap seseorg yg bukan pekongsi, jika org itu telah mengemukakan dirinya sebagai pekongsi atau membenarkan dirinya diperkenalkan sebagai perkongsi. 58

TANGGUNGAN PEKONGSI YANG MENDATANG DAN KELUAR SEKSYEN 19 Akta perkongsian: Seseorang yang dibenarkan masuk sebagai pekongsi tidak bertanggungan atas hutang – hutang sebelum menjadi pekongsi. Begitu juga pekongsi bersara , tidak bertanggungan selepas bersara tapi masih bertanggungan atas hutang sebelum bersara. 59

Cth kes Court lwn Berlin (1897) B merupakan pekongsi yg menjalankan segala urusan firma ‘I Berlin’. Selain B terdapat 2 org pekongsi, tapi tidak mengambil bhgn dlm pengurusan firma. Firma melantik plantif dan peguamcara, dan telah mengambil tindakan kpd semua pihak yg berhutang. Semasa peguamcara menjalankan tugas, kedua 2 pekongsi telah bersara dari firma. Plantif meneruskan kerja dan menuntut fee guaman atas tugas yg dilakukannya dpd B dan kedua 2 pekongsi besara itu. Mahkamah memutuskan, kedua 2 pekonsi bersara bertanggungjawab bersama 2 B utk menjelaskan 60 fee plaintif.

TANGGUNGAN BAGI KESALAHAN JENAYAH Berlainan dengan kes 2 sivil, mana 2 pekongsi yg melakukan kesalahan jenayah akan bertanggungjawab sendiri terhadap pihak ketiga yg teraniaya itu pekongsi 2 lain tidak akan bertanggungjawab bersama melainkan terdapatnya bukti bahawa mereka juga melibatkan dlm jenayah tersebut. Cth kes Chung Shin Kian & Anor lwn Pendakwaraya (1980) 2 org pekongsi tlh mengenakan jenama dagangan palsu kpd pakaian 2, sedangkan jenama “Texwood” bukan hak mereka ttp hak syarikat lain. Melalui keterangan, tidak ada bukti yg menunjukkan bhw pihak apellan kedua terlibat dlm jenayah selain menjadi pekongsi kedai. Oleh demikian, rayuan apellan kedua telah dibenarkan mahkamah. 61

BHG 3: PERHUBUNGAN RAKAN KONGSI ANTARA SESAMA MEREKA q DALAM BAHAGIAN IV (SEKSYEN 21 HINGGA 33 AKTA PERKONGSIAN) HANYA AKAN TERPAKAI JIKA PEKONGSI-PEKONGSI TIDAK MENYEDIAKAN KAEDAH-KAEDAH ATAU PERATURAN SENDIRI BAGI TUJUAN PENGENDALIAN URUSAN PERNIAGAAN DAN PERHUBUNGAN SESAMA MEREKA. q SELAIN DARIPADA BERSIFAT KONTRAKTUAL, PERJANJIAN PERKONGSIAN JUGA MELIBATKAN PERHUBUNGAN ANTARA PRINSIPAL DAN EJEN, YANG MANA SETIAP PEKONGSI ADALAH EJEN KEPADA PEKONGSI YANG LAIN BAGI TUJUAN PERNIAGAAN PERKONGSIAN. q SETIAP PEKONGSI JUGA TERTAKLUK KEPADA HAK-HAK DAN KEWAJIPAN-KEWAJIPAN EKUITI YANG WUJUD HASIL DARIPADA PERHUBUNGAN FIDUSIARI ANTARA SESAMA PEKONGSI.

Peraturan-peraturan mengenai kepentingan hak dan kewajipan pekongsi q Dalam seksyen 26 Akta Perkongsian hanya akan terpakai apabila pekongsi-peongsi tidak menyatakan demikian atau sebaliknya di dalam perjanjian atau artikel perkongsian mereka.

1. Peraturan-peraturan yang digariskan dibawah Seksyen 26 Akta Perkongsian a) Setiap pekongsi adalah berhak menyumbangkan modal sama banyak, menerima keuntungan sama rata dan menyumbangkan secara bersama terhadap kerugian firma, dengan pekongsi-pekongsi yang lain. b) Setiap pekongsi yang telah menanggung belanja atau sesuatu tanggungan bagi pihak firma secara persendirian dalam manjalankan dan memelihara perniagaan perkongsian, adalah berhak dibayar ganti oleh firma. > dalam kes Kok Hok Leong & Anor lwn Seow Cheng & Anor (1950) (m/s 111)

Kok Hok Leong & anor lwn Seow Kah Cheng & Anor Appellan dan responden merupakan pekongsi dlm sebuah firma yg telah didakwa kerana pecah kontrak dan dikehendaki membayar ganti rugi sebnyak RM 4, 246. 50. Responden gunakan khidmat guaman telah berjaya kurangkan jumlah tuntutan yg kena dibayar. Apabila perkongsian dibubarkan, mahkamah arahkan belanja guaman yg ditanggung responden dibayar drpd aset firma tetapi dibantah oleh appellan. Mahkamah tolak rayuan apellan kerana tindakan responden menentang tuntutan tersebut telah memelihara aset firma, oleh itu berhak dibayar ganti rugi.

c) d) Setiap pekongsi yang telah membuat sebarang pembayaran atau pendahuluan selain daripada jumlah modal yang ia kena bayar, adalah berhak menerima kadar faedah sebanyak 8% setahun dari tarikh pembayaran atau pendahuluan dibuat. Setiap pekongsi yang telah menyumbang modal pekongsian adalah tidak berhak kepada faedah atas modal yang disumbangkan selagi keuntungan belum ditentukan. > dalam kes Rishton lwn Grissel (1868) (m/s 112)

Rishton lwn Grissell (1868) 67 Seseorang prinsipal dalam sesuatu perniagaan tidak berhak mendapat faedah atas modal yang disumbangkan selagi gaji pekerja atau ejennya tidak ditentukan

68 e) Setiap pekongsi adalah berhak mengambil bahagian yang sama dalam pengurusan perniagaan perkongsian. Penglibatan mana-mana pekongsi dalam pengurusan tersebut boleh dihapuskan @ dihadkan dengan persetujuan pekongsi-pekongsi

Kelly lwn Tucker (1907) 69 Fakta: K Dan T memasuki suatu perjanjian perkongsian secara lisan yang mana mereka bersetuju menjalankan perniagaan membeli kuda di Australia dan menjualkannya semula di Afrika. Berdasarkan perjanjian, T akan menyediakan modal manakala perniagaan akan diuruskan sepenuhnya oleh K. Penglibatan T dalam pengurusan perniagaan telah dihapuskan dengan persetujuan kedua-dua pekongsi berkenaan

70 f) Setiap pekongsi yang menguruskan perniagaan perkongsian adalah tidak berhak menerima bayaran upah dan gaji (hubungan fidusiari)

71 g) Tiada pihak boleh diperkenalkan sebagai pekongsi baru tanpa persetujuan semua pekongsi yang sedia ada

Wong Peng Yuen lwn Senanayake (1962) 72 Fakta: Pihak D dan Goh merupakan rakan kongsi dalam sebuah firma broker saham. Pada 26/3/59, mereka telah menandatangani satu perjanjian perkongsian yang mana Goh telah menyerahkan sebahagian daripada kepentingannya dalam perkongsian kepada dua orang anaknya yang masih kanak-kanak. Pada 3/4/59, Tan telah menjadi rakan kongsi baru firma tersebut dan pada 30/4/59, P telah membayar D RM 20, 000 sebagai balasan sekiranya diambil sebagai rakan kongsi. P kemudian bertindak seolah-olah dia rakan kongsi firma. Pada suatu hari, firma mengalami kerugian yang tidak dijangka. Firma kemudian dibubarkan. P menuntut agar RM 20, 000 dikembalikan dengan alasan dia bukan pekongsi kerana Tan dan anak-anak Goh tidak pernah bersetuju dengan kemasukannya sebagai pekongsi.

Keputusan mahkamah: 73 Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa persetujuan Tan telah diperolehi dan persetujuan kedua-dua anak Goh adalah tidak perlu. Perjanjian yang dibuat oleh Goh pada 26/3/59 hanyalah penyerahan syer Goh dalam perkongsian dan bukan penyerahan hak sebagai pekongsi dalam firma. P tidak berhak menuntut wangnya


2. Lain-lain peraturan mengenai kepentingan, hak dan kewajipan pekongsi. v Pengusiran pekongsi Ə Mengikut Syeksen 27 Akta Perkongsian, seseorang pekongsi tidak boleh diusir daripada perkongsian oleh majoriti pekongsi melainkan jika kuasa berbuat demikian disebut secara nyata dalam perjanjian antara rakan-rakan kongsi > kes Green lwn Howell (1910) (m/s 115)

Green len Powell 76 Fakta: Satu klausa dalam perjanjian perkongsian menyatakan seorang pekongsi yang melanggar tugas dan kewajipan boleh disingkirkan daripada oleh pekongsi lain tertakluk kepada rayuan oleh timbang tara. G telah memberi notis pengusiran kepada H atas alasan melanggar kewajipan Notis pengusiran tersebut sah

77 b) Penerusan perkongsian selepas tamat tempoh Seksyen 29 AP Perkongsian bertempoh: tetap diteruskan apabila tamat tempoh (perkongsian mengikut kehendak), jika penerusan perkongsian dibuat tanpa perjanjian baru, hak dan kewajipan pekongsi sama seperti sebelumnya, setakat yang sesuai dengan ciri-ciri perkongsian mengikut kehendak

c) Hak-hak penerima serah hak 78 Seksyen 33(1) Seorang pekongsi boleh menyerahkan bahagian keuntungannnya dalam perkongsian kepada orang lain. Penerima hak hanya menerima keuntungan yang terhad sahaja dan tidak lebih dari itu Ong Kian Loo lwn Hock Wah Trading Co & Ors (1990) – P nak campur tgn (periksa buku perkongsian) hal firma kerana mengmbil alih keseluruhan saham ibunya dlm perkongsian namun mahkamah memutuskan sebaliknya.

3. Kewajipan rakan kongsi untuk berlaku jujur q Setiap pekongsi wajib berlaku jujur terhadap pekongsi-pekongsi lain dan juga terhadap perkongsian. Ini kerana perhubungan antara pekogsi -pekongsi adalah berdasarkan prinsip Uberrimae fidei, iaitu keamanahan dan kepercayaan antara satu sama lain. Seksyen 30, 31 dan 32 Akta Perkongsian memperuntukkan secara spesific tentang keperluan kejujuran ini. q Seksyen 30 Akta Perkongsian mewajibkan pekongsi-pekongsi memberikan akaun yang betul dan maklumat yang lengkap mengenai perkongsian kepada pekongsi-pekongsi yang lain. > dalam kes Law lwn Law (1904) (m/s 116)- W & J [partnr whereby W in London taking little part in buss. J bought W’s share at £ 21000. W later discovered tt buss worth > & vrious assets unknown to hom has not been disclosed. {Ct: this wld allow W to set aside the ctt}].

q Seksyen 31 Akta Perkongsian pula Mengarahkan pekongsi- pekongsi menyerahkan kepada firma segala keuntungan atau faedah yang diperolehi, tanpa persetujuan pekogsipekongsi yang lain, daripada penggunaan harta, nama atau hubungan perniagaan firma atau apa-apa urusan firma. q Ini bermakna, sekiranya keuntungan atau faedah hasil daripada penggunaan harta, nama atau hubungan perniagaan firma atau daripada apa-apa urusan berkaitan firma itu diperolehi dengan persetujuan firma, maka keuntungan atau faedah itu tidaklah perlu diserahkan kepada firma. > dalam kes Pathirana lwn Ariya Pathirana (1967) (m/s 117)

q Seksyen 32 Akta Perkogsian pula menyatakan bahawa jika seseorang pekongsi, tanpa persetujuan pekongsi-pekongsi yang lain menjalankan perniagaan yang sejenis dan besaingan dengan yang dijalankan oleh firma, dia mestilah menyerahkan kepada firma segala keuntungan yang diperolehinya daripada perniagaan tersebut. Walau bagaimanapun, pekongsi-pekongsi dibenarkan menyimpan sebarang keuntungan yang diperolehi daripada urusan asing yang tidak berkaitan dengan perniagaan perkongsian. > dalam kes Aas lwn Benham (1891) (m/s 117)- firma broker kapal & sykt bina kapal = “distinct operation”.

4. Harta perkongsian q Adalah perlu untuk menentukan samada sesuatu harta yang digunakan untuk menjalankan perniagaan firma adalah harta perkongsian ataupun harta persendirian mana-mana rakan kongsi. Ini kerana seseorang pemiutang yang telah memperolehi penghakiman terhadap firma boleh menguatkuasakan penghakiman tersebut keatas harta perkongsian itu. Seksyen 22 dan Seksyen 23 Akta Perkongsian memperuntukkan panduan dalam menentukan soal ini. q Seksyen 22(1) Akta Perkongsian antara lain menyebut, segala harta dan hak-hak serta kepentingan-kepentingan dalam harta yang pada asalnya dibawa masuk ke dalam stok perkongsian atau diperolehi sama ada melalui pembelian atau sebaliknya untuk firma atau bagi maksud dan dalam menjalankan perniagaan perkongsian, adalah disebut dalam Akta ini sebagai harta perkongsian dan hendaklah dipegang dan digunakan oleh pekongsi-pekongsi hanya untuk maksud perkongsian dan mengikut perjanjian perkongsian.

q. Berdasarkan Seksyen 23 Akta Perkongsian pula, kecuali jika niat yang berlainan wujud, harta yang dibeli dengan wang yang dupunyai firma adalah dianggap dibeli untuk firma.

Daripada peruntukkan seksyen-seksyen di atas dan kes-kes yang telah diputuskan, kesimpulan berikut bolehlah dibuat: a. samada semua harta yang dibawa masuk ke dalam perkongsian itu adalah harta perkongsian ataupun harta persendirian bergantung kepada perjanjian yang wujud antara pekongsi-pekongsi mengenai harta tersebut > dalam kes Miles lwn Clark (1953) (m/s 119) – kes jurugambar

b. Jika tiada perjanjian yang memperuntukkan perkara diatas, pekongsi-pekongsi mesti ada niat untuk menganggap harta tersebut sebagai harta perkongsian. > dalam kes Wray lwn Wray (1905), - rumah dibeli atas nama firma diputuskan sbg aset firma selepas kematian empunya. & Murtagh lwn Castello. > Ponnukon lwn Jebaratnam (m/s 119) – pembelian tanah yg dibiayi wang persendirian utk tujuan pembangunan tanah diputuskan sbg bkn harta perkongsian.

c. Jika sesuatu harta diperolehi untuk firma, tidak kira samada ianya diperolehi melalui pembelian atau dengan cara lain, harta itu dianggap sebagai harta perkongsian. Kelazimannya wang perkongsian akan digunakan apabila sesuatu harta itu dibeli untuk firma. > Kes: Ex parte Hinds - saham d. Jika tidak wujud peruntukkan perjanjian yang menentukan sesuatu harta itu sebagai harta perkongsian, ataupun bukti yang menunjukkan bahawa sesuatu harta itu diniatkan untuk menjadi harta perkongsian seperti diatas, maka harta itu dianggap harta persendirian mana-mana pekongsi.

e. Walau bagaimanapun, fakta-fakta yang terdapat dalam sesuatu kes juga akan diteliti secara keseluruhan dalam menentukan samada sesuatu harta itu adalah harta perkongsian atau harta persendirian mana-mana pekongsi.

PEMBUBARAN PERKONGSIAN

CARA-CARA PEMBUBARAN 1. 2. 3. 4. 5. Pembubaran secara tersendiri Pembubaran secara notis Pembubaran melalui kebankrapan, kematian, cagaran Pembubaran oleh sebab ketidaksahan perkongsian Pembubaran oleh mahkamah

1. PEMBUBARAN SECARA TERSENDIRI Seksyen 34(1)(a) Akta Perkongsian Ø Ø Sekiranya perkongsian ditubuhkan bagi tempoh yang ditetapkan, maka ia akan terbubar bila sampai tempoh tersebut Cthnya: tetapkan perkongsian 5 tahun, bubar bila cukup 5 tahun

Seksyen 34(1)(b) Akta Perkongsian Jika perkongsian ditubuhkan bertujuan untuk melaksanakan suatu projek dan apabila projek itu tamat, maka secara automatik perkongsian tersebut terbubar

2. PEMBUBARAN SECARA NOTIS Seksyen 34(1)(c) Akta Perkongsian q Sekiranya perkongsian ditubuhkan tanpa menetapkan tempoh tertentu, maka pekongsi boleh bubarkan perkongsian itu dengan beri notis pada rakan kongsi yang lain

• • Seksyen 34(2) Akta Perkongsian Pembubaran berlaku bermula tarikh yang disebut dlm notis atau jika tak disebut pembubaran ikut tarikh notis disampaikan kepada pekongsi-pekongsi lain Cth kes : Tham Kok Cheong & Ors lwn Low Pui Heng (1966) M/S 122 Tetapi, sekiranya dalam perjanjian yang dibuat semasa ingin menubuhkan perkongsian memperuntukkan cara lain untuk bubarkan perkongsian, maka pembubaran notis ini tidak boleh dipakai

Contoh kes >> "Tham Kok Cheong lawan Low Pui Heng" Dalam kes ini, pembubaran dianggap sahaja semasa notis pembubaran disampaikan kepada pekongsi keempat pada 6 April 1958, iaitu apabila perkonsi keempat tersebut diberitahu bahawa perkongsian telah bertukar kepada sebuah syarikat terhad tanpa mengira bila penjualan perkongsian berlaku. Perkongsian dianggap wujud sehingga tarikh tersebut.

3. PEMBUBARAN MELALUI KEBANKRAPAN, KEMATIAN, CAGARAN Seksyen 35(1) Akta Perkongsian Sekiranya dipersetujui oleh pekongsi yang lain, perkongsian akan terbubar bila mana-mana pekongsinya mati atau bankrap. M Walaupun pada masa itu firma maju dan mendapat untung tapi akan terbubar bila ada pekongsi yang mati atau bankrap. N Untuk atasi ketidakadilan peruntukan ini, pekonsi-pekongsi perlu nyatakan dlm perjanjian perkongsian bahawa jika salah seorang dari mereka mati atau bankrap maka pekongsian takkan terbubar. h

Cth kes: Khoo Yoke Wah lwn Lee Choo Yam Holdings Bhd (1991) & Mc Leod lwn Dowling (1927) Kes Khoo Yoke Wah vs Lee Choo Yam Holding Bhd (1991). Firma terbubar dgn kematian En. Lee. (TIDAK DIGANTI OLEH BALU EN LEE, TIDAK ADA PERUNTUKAN DINYATAKAN) - Kes Mc Leod vs Dowling (1927). Firma dibubarkan atas kematian Mc Leod walaupun beliau telah menghantar notis pembubaran. (berhak ke atas nama baik dan perniagaan tersebut) Seksyen 35(2) Akta Perkongsian ♠ Pekongsi-pekongsi diberi pilihan untuk bubarkan perkongsian jika salah seorang rakan kongsi telah mencagarkan syernya dlm harta perkongsian untuk bayar hutang peribadinya

4. PEMBUBARAN OLEH SEBAB KETAKSAHAN PERKONGSIAN Seksyen 36 Akta Perkongsian p Sekiranya operasi atau aktiviti yang dijalankan oleh sesuatu perkongsian itu tidak mengikut undang, maka perkongsian tersebut terbubar sebab ketidaksahan

Cthnya perniagaan menjual mercun dan kerajaan mengharamkan penjualan mercun pd masa itu, maka perkongsian terbubar dgn sendirinya kerana ketidaksahan perniagaan perkongsian Cth kes: Hudgell Yeates lwn Watson(1978) Seorang peguam tidak memperbaharui sijil perakuan amalannya. Firma guaman tersebut dibubarkan. - Kes R lwn Kupfer (1915) firma perkongsian terbubar kerana peperangan(perkongsian tidak boleh wujud antara pekongsi tempatan dgn pekongsi negara musuh)

PEMBUBARAN OLEH MAHKAMAH(membuat permohonan perbubaran tersebut) KEHILANGAN AKAL MANA-MANA PEKONGSI KELAKUAN YANG MEMUDARATKAN KETAKUPAYAAN TETAP PEMBUBARAN OLEH MAHKAMAH PECAHAN SYARAT PERJANJIAN PERKONGSIAN SECARA SENGAJA ATAU BERTURUT-TURUT ADIL DAN SAKSAMA KERUGIAN

5. PEMBUBARAN OLEH MAHKAMAH Seksyen 37 Akta Perkongsian Mana-mana pekongsi boleh membuat permohonan kepada mahkamah untuk bubarkan firmanya E Mahkamah ada kuasa bubarkan perkongsian mengikut budi bicaranya E Antara alasan yang boleh dikemukakan oleh pekongsi yang ingin buat permohonan adalah : E

a) § § § Kehilangan akal mana-mana pekongsi (Seksyen 37(a) Akta Perkongsian) Sekiranya permohonan pembubaran dibuat atas alasan ini, mahkamah akan pertimbangkan samada pekongsi yang didakwa tidak siuman itu betul-betul sakit otak atau tidak Ordinan Penyakit Otak, 1952 • Tidak siuman atau sakit otak sebagai tak upaya menjaga dirinya atau mengendalikan urusannya Jika mahkamah berpuashati terhadap dakwaan yang dikemukakan, maka permohonan pembubaran akan diluluskan • Cth kes: J lwn S (1894)

b) Ketakupayaan tetap (Sekyen 37(b) Akta Perkongsian) ü beri hak pada pekongsi untuk buat permohonan kepada mahkamah jika terdapat mana-mana pekongsi selain pemohon telah hilang upaya secara kekal untuk jalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagi kerana mengalami sesuatu penyakit (x semestinya sakit otak) Cth kes : Whitwell lwn Arthur (1865) Seorang rakan kongsi(perniagaan farmasi) hilang keupayaan, permohon memohon untuk membubarkan. Permohonan digantung sebab ada bukti bahawa keadaaan kesihatan pekongsi itu semakin baik, boleh memohon lagi jika didapati kesihatan pekongsi itu semakin merosot.

c) Kelakuan yang memudaratkan (Seksyen 37(c) Akta Perkongsian) § Kelakuan pekongsi(selain si pemohon) yang boleh memudaratkan kepentingan atau kedudukan kewangan firma akan diambilkira oleh mahkamah dalam mempertimbangkan permohonan untuk bubarkan firma Cth kes: Carmichael lwn Evans(1904) C & E adalah rakan kongsi. C ada niat memfrod sebab mengembara tanpa tiket. Mahkamah memutuskan perbuatan itu tidak jujur dan dianggap merugikan perniagaan perkongsian. Kes Snow lwn Milford(1868) perbuatan zina seorang perkongsi tidak dianggap memudaratkan kepentingan perniagaan firma.

Pecahan syarat perjanjian perkongsian secara sengaja atau berturut -turut(Seksyen 37(d)Akta Perkongsian) d) • Jika pekongsi melanggar mana-mana syarat perjanjian perkongsian secara sengaja atau secara berturut-turut. Maka mana-mana pekongsi boleh buat permohonan di mahkamah untuk bubarkan firma Termasuk kelakuan yang boleh menghalang pekongsi-pekongsi yang lain untuk menjalankan perkongsian dengannya Kes Cheesman lwn Price(1965) Mahkamah memutuskan kelakuan seorang pekongsi yang telah gagal memyimpan akaun sewajarnya boleh menbenarkan pembubaran. Kes J. M. M Levis Ors lwn W. E Balasingam(1970) Berdasarkan Seksyen 26(2)(b) Ordinan Peguamcara dan Peguambela, 1947, kelakuan seseorang peguam yang sering tidak hadir ke pejabatnya tidak dianggap sebagai keterlaluan.

e) Kerugian (Seksyen 37(e) Akta Perkongsian) Pembubaran boleh dilakukan sekiranya perkongsian yang dijalankan tidak mendatangkan keuntungan tapi rugi kepada pekongsi-pekongsi Tujuan menubuhkan perkongsian untuk dapatkan untung(s. 3(1) Akta Perkongsian) Cth kes: Handyside lwn Campbell(1901) Plaintif telah memohon kepada mahkamah untuk membubarkan perkongsian atas alasan perniagaan firma tidak mengutungkan sebalik merugikan. Tuntutan plaintif ditolak kerana tidak ada bukti kukuh bahawa perniagaan firma tidak memberikan keuntungan.

Adil dan saksama(Seksyen 37(f) Akta Perkongsian) Pembubaran atas sebab ini bergantung pada budi bicara mahkamah samada ianya adil atau saksama mengikut keadaan pada masa itu Salah satu sebab yang mungkin berlakunya pembubaran melalui cara ini adalah bila berlakunya pergaduhan dan perselisihan faham yang berterusan di kalangan pekongsi-pekongsi Cth kes: Re Yenidj & Tobacco Ltd (1916) f)

Re Yenidj & Tobacco Ltd (1916) W dan R adalah rakan kongsi yang sering bertelagah dan berselisih faham antara satu sama lain. Mahkamah memutuskan perkongsian dibubarkan atas alasan adil dan saksama kerana perhubungan antara pekongsi telah sampai ke tahap kebuntuan dan tidak mungkin wujud lagi wujud kerjasama antara kedua-dua pihak.

PEMBUBARAN SECARA TERSENDIRI PEMBUBARAN OLEH MAHKAMAH PEMBUBARAN MELALUI NOTIS PEMBUBARAN PERKONGSIAN PEMBUBARAN OLEH SEBAB KETIDAKSAHAN PERKONGSIAN PEMBUBARAN MELALUI KEBANKRAPAN, KEMATIAN, CAGARAN

SEKIAN TERIMA KASIH
- Slides: 109