TV 203 TEKNOLOGI RANGKAIAN MULTIMEDIA SEMESTER DISEMBER 2009
TV 203 - TEKNOLOGI RANGKAIAN MULTIMEDIA SEMESTER DISEMBER 2009 MINGGU 1 PENGENALAN MULTIMEDIA PENSYARAH: CIK SITI NOR ZAIMAH BINTI MOHAMED 1
PENGENALAN Multi Media : Banyak/Pelbagai : Medium Definisi Multimedia: Gabungan elemen teks, audio, grafik, animasi dan video yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan komputer atau media elektronik yang lain yang mana pengguna dapat mengawal elemen-elemen ini secara interaktif seterusnya mencapai maklumat tanpa ikut urutan (non-linear). 2
SEJARAH PERKEMBANGAN MULTIMEDIA 1972 - Permainan komputer pertama iaitu ATARI dilancarkan dan sambutan dikalangan pengguna cukup hebat. 1975 - Komputer peribadi pertama dipasarkan. Ia mempunyai kuasa pemprosesan rendah, digunakan untuk perakaunan dan inventori. 1980 -Storan cakeras ditingkatkan. Komputer boleh memaparkan grafik ringkas, digunakan untuk statistik dan ramalan. 1987 -Komputer berkeupayaan untuk papar warna, grafik, animasi dan bunyi yang lebih canggih. Ia digunakan dalam pemprosesan kata dan penerbitan meja. 1995 - Komputer yang mempunyai ciri multimedia pula diperkenalkan pada Pada masa ini komputer multimedia berkeupayaan untuk mengintegrasikan video digital, audio, animasi dan teks ke dalam satu persekitaran digital. 3
SEJARAH PERKEMBANGAN MULTIMEDIA Seterusnya, penghasilan mikro komputer (desktop) dengan kelajuan pemproses yang lebih laju. Ini membolehkan: • Sistem operasi bergrafik memudahkan pengguna menggunakan penunjuk atau klik pada objek menggunakan tetikus serta arahan yang dikehendaki lebih mudah. • Meningkatkan kapasiti memori kerja di dalam komputer. Kapasiti muatan storan data yang lebih besar di dalam pemacu keras (hardisk) dan CD roms. • Rangkaian LAN dan WAN membolehkan pengguna berhubung dengan rangkaian seluruh dunia dan bermulalah penekanan terhadap komunikasi dan perkongsian maklumat menerusi rangkaian seperti Internet. 4
ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA Secara amnya Multimedia mempunyai 5 elemen utama yang utama iaitu: • Teks • Audio • Grafik • Animasi • Video Setiap elemen multimedia ini mempunyai peranan tersendiri untuk mewujudkan persembahan yang berkesan kepada pengguna. Elemen elemen ini interaktif sesama sendiri dalam persekitaran digital. • 5
CIRI-CIRI MULTIMEDIA Teknologi Multimedia luas digunakan dalam pelbagai bidang terutama dalam rekabentuk dan pembangunan laman web. A) Interaktiviti- Pengguna melihat, mendengar, bertindakbalas dan mengawal persembahan maklumat tersebut. B) Hiperpaut- Membenarkan pengguna bergerak dari satu antaramuka ke satu antarmuka lain pada bila-bila masa. C) Navigasi-Sebarang ikon, butang, hot spot atau peralatan aktif yang berupaya menghubungkan pengguna dengan produk multimedia. D) Mudah faham Mudah Guna- Interaktiviti, Hiperpaut, Navigasi menyumbang kepada mudah faham dan mudah guna. Anda dapat melakukan kesemua aktiviti dalam aplikasi wap tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang komputer. 6
MULTIMEDIA LINEAR & NON LINEAR Multimedia Linear – pengguna komputer tidak perlu aktif hanya menonton seperti menonton tv atau wayang. Multimedia Non- Linear – pengguna boleh mengawal elemen-elemen multimedia secara interaktif seterusnya mencapai maklumat tanpa ikut urutan. Ini akan mendorong pengguna yang pasif kepada aktif dan membenarkan pengguna menjelajah sesebuah program multimedia mengikut citarasa dan kehendak hati masing-masing. 7
KELEBIHAN MULTIMEDIA NON LINEAR Antara kelebihan utama yang di dapati adalah: Peningkatan terhadap produktiviti ▪ Membolehkan pengguna boleh mencari maklumat pada kadar segera dan menjimatkan masa. Kadar pembelajaran yang lebih tinggi ▪ Dengan interaktiviti, pengguna boleh mengawal dan mendapatkan maklumat dengan lebih banyak menerusi navigasi yang disediakan. Kawalan cara pembelajaran ▪ Pengguna boleh mencorak pembelajaran mereka tersendiri tanpa mengikut susunan seperti pembelajaran secara konvensional. Berupaya mencapai audien dengan kadar yang lebih luas. ▪ Melalui internet, pengguna boleh mencapai pasaran secara global dan meluaskan segmen perniagaan di pasaran antarabangsa. 8
BIDANG APLIKASI MULTIMEDIA Sama ada sedar atau tidak, multimedia telah banyak mencorak dan mempengaruhi kita dalam pelbagai aspek. Teknologi multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang seperti: Perniagaan Pentadbiran Pendidikan Penyiaran Permainan Kejuruteraan Perubatan Kimia 9
MULTIMEDIA DALAM BIDANG PERNIAGAAN Pemasaran- Peluang pasaran yang lebih menarik dan merangsang pembeli kerana ia menggunakan unsur audio visual gabungan pelbagai media. Katalog bentuk cakera padat untuk diagihkan kepada pengguna. Ruang promosi iklan di banner laman web. Pemasaran tanpa sempadan juga dapat dilaksanakan dengan berkesan. Persembahan Perniagaan- Persembahan berkonsepkan multimedia seperti laporan kewangan, pengenalan kepada produk baru dapat dilakukan dengan lebih hidup dengan bantuan animasi 3 D, video serta gambar grafik yang lebih menarik. 10
MULTIMEDIA DALAM BIDANG PENTADBIRAN Teknologi multimedia boleh dimanfaatkan dalam bidang pentadbiran kerajaan seperti: Kerajaan elektronik atau pejabat tanpa kertas (paperless office)-semua maklumat telah didigitalkan dan boleh dikongsi antara kementerian. Keperluan pertahanan negara -maklumat sulit dapat di simpan secara selamat dengan adanya kawalan keselamatan secara password. Penyebaran maklumat kepada rakyat dengan lebih cepat melalui email, sms dll. 11
KORIDOR RAYA MULTIMEDIA Satu daripada perkembangan dalam bidang pentadbiran ialah wujudnya Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). MSC terletak di kawasan seluas 15 km x 50 km bermula dari KLCC di utara sehingga KLIA selatan. MSC mengandungi 2 buah bandaraya iaiatu: Cyberjaya : Pusat pelaburan dan pusat kreatif untuk beberapa syarikat gergasi yang terlibat secara langsung dalam inovatif multimedia. Syarikat ini akan menggunakan teknologi multimedia bagio membekalkan perkhidmatan di serata dunia. Ia juga menempatkan universiti, rumah pintar, dan sekolah bestari. Putrajaya (Putrajaya) : Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan juga dikenali sebagai bandar pintar yang dilengkapi dengan segala kemudahan teknologi maklumat dan multimedia yang moden dan canggih. 12
MULTIMEDIA DALAM BIDANG PENDIDIKAN Bidang pendidikan dilihat sebagai suatu bidang yang paling layak untuk menggunakan teknologi multimedia. Komputer multimedia boleh menggabungkan animasi, video dan audio bersama-sama teks dan grafik serta berkeupayaan untuk melaksanakan interaktiviti yang membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan dengan lebih berkesan. PJJ (Pengajian Jarak Jauh) juga boleh dilaksanakan oleh institusi intitusi pengajian tinggi Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai rakyat mempunyai ijazah di peringkat lebih tinggi. 13
MULTIMEDIA DALAM BIDANG PENDIDIKAN Pemindahan dari penyampaian ilmu dari buku teks ke corak pembelajaran baru. Pelajar boleh belajar sendiri mengikut kesesuaian waktu. Ujian dijalankan secara interaktif-capaian terus ke laman pembelajaran. Perpustakaan Digital memberi peluang mencapai maklumat menerusi internet walaupun tidak hadir ke perpustakaan. Pendekatan utama dalam multimedia di dalam bidang pendidikan ialah: : Edutainment - (education + entertainment) Contohnya: Perisian yang mengajar kanak-kanak seperti Math Blaster, Fun Maths dan lain-lain. : Infotainment - (information + entertainment). Contohnya: Prodigy, America Online, Microsoft, IBM, dan Compuserve. 14
MULTIMEDIA DALAM BIDANG PENYIARAN Pada asalnya, peralatan profesional bagi audio dan video terdapat di studio rakaman di bahagian penyiaran televisyen. Perubahan berlaku apabila sistem-sistem ini lebih dapat digunakan untuk maklumat pengeditan movie secara digital. Fenomena ini memungkinkan industri penyiaran ini menjadi penyumbang maklumat (information provider) kepada pengguna melalui rangkaian komputer. Teknologi multimedia banyak digunakan dalam bidang penyiaran untuk tujuan: Pengiklanan - lebih berkesan untuk menarik pembeli membeli produk yang diiklankan. Pembikinan cerita-cerita animasi dan stunt- kepakaran penggunaan CGI untuk menambah kesan khas yang lebih canggih dalam sesuatu filem. 15
MULTIMEDIA DALAM BIDANG HIBURAN Teknologi multimedia juga banyak digunakan dalam bidang hiburan. Permainan Berbentuk CD ROM - mengandungi elemen-elemen grafik, animasi, audio dan video. Kini terdapat juga permainan yang mempunyai unsur-unsur pendidikan. Permainan serupa ini mengajar kita supaya membuat perancangan dengan teliti dan mengasah corak mengira dengan betul sambil terhibur. Video On Demand - merupakan satu lagi aplikasi multimedia berupa hiburan. Pengguna boleh memilih mana-mana rancangan dan boleh menontonya pada bila-bila masa yang dikehendaki. Pelanggan boleh mendapatkan apa-apa bahan mengikut citarasa masing-masing asalkan ia terdapat dalam server. 16
MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG LAIN Bidang Kejuruteraan Mampu memperlihatkan sesuatu bangunan & struktur binaan kerangka sebelum sesuatu bangunan itu siap melalui imej 3 d animation walkthrough. Bidang Perubatan Boleh menghubungkan rekod pesakit di seluruh hospital yang mempunyai rangkaian. Doktor dari jarak jauh boleh sama-sama berbincang mengenai penyakit melalui Telesidang video. Latihan kepada para doktor dan jururawat juga lebih berkesan dengan adanya animasi. Bidang Kimia Boleh memperlihatkan gabungan sesuatu molekul atau atom secara animasi sebelum sesuatu campuran bahan kimia dilakukan. 17
KEPENTINGAN MULTIMEDIA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. Perkembangan multimedia memberi bantuan kepada manusia untuk Menyelesaikan masalah Mencetuskan idea kreativiti Membantu manusia dalam rutin harian Merapatkan hubungan sesama manusia 18
MASALAH UTAMA DALAM SISTEM MULTIMEDIA Selain kepentigan, teknologi multimedia juga diancam oleh beberapa masalah yang sering melanda termasuklah : 1. Virus & Bad Applets -Virus biasanya berpindah dari satu komputer ke komputer lain melalui fail yang dijangkiti dan akan menyerang sistem komputer. Atucara yang disebarkan melalui rangkaian dan sistem pengendalian multimedia. Contohnya penyebaran melalui active-X dan aplikasi JAVA. 2. Ancaman bagi harta intelektual - Hasil kreativititi dalam penghasilan aplikasi multimedia seringkali di ceroboh dan dibuat salinan cetak rompak bagi mengaut keuntungan 19 yang mudah secara haram.
MASALAH UTAMA DALAM SISTEM MULTIMEDIA 3) Penggodam- Mereka yang bijak dalam bidang komputer tetapi menggunakan kepakaran untuk menceroboh, mengganggu laman web dan mencuri maklumat dalam sistem komputer. 4) Kegagalan Teknologi- Kebergantungan manusia kepada komputer menyebabkan masalah sekiranya kejadian bekalan elektrik yang terputus atau sambungan internet tidak berfungsi. Ini sudah pasti akan menimbulkan masalah kepada aktiviti manusia seharian yang menggunakan komputer sebagai perantaraan aktiviti mereka. 20
TANGGUNGJAWAB ASAS PENGGUNA MULTIMEDIA Sebagai pengguna komputer, kita sepatutnya tahu asas tanggungajwab pengguna aplikasi multimedia seperti: Mengetahui keupayaan dan batasan teknologi multimedia. Menggunakan aplikasi multimedia secara beretika dan betul Melindungi keselamatan data dan maklumat dari sebarang ancaman. 21
- Slides: 21