TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1
TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1. 4 KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI
TUJUAN 1. Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menetapkan kadar dan syarat bagi seseorang pegawai menuntut elaun, kemudahan dan bayaran semasa bertugas rasmi mengikut Perintah Am bab B
TAFSIRAN § 2. 1 “Gred” bermakna Gred Gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 dan pindaanya. Pegawai yang membuat pilihan tidak menerima Sistem Saraan Malaysia (SSM) boleh terus mengemukakan tuntutan elaun, Kemudahan dan bayaran di bawah Pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori masing-masing di bawah Sistem Saraan baru (SSB)
atau Kumpulan Gaji masing-masing di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut mana yang berkenaan. § Jadual perubahan/perbandingan adalah seperti Lampiran A
§ 2. 2 “Ibu Pejabat” bermakna tempat biasa seseorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarakpentadbirannya ialah : (a) 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya (b) 16 km jika boleh dihubungi oleh tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor; dan (c) 8 km jika boleh dihubungi oleh basikal atau sungai
• 2. 3 “Pegawai” bermakna seorang pegawai di dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri termasuk yang dilantik secara tetap dan sementara. • 2. 4 “Perbendaharaan” bermakna Menteri Kewangan dan termasuk pegawai-pegawai di bawah kawalan pentadbiran atau arahanya; dan
• 2. 5 “Tugas Rasmi” bermakna tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain daripada menghadiri kursus yang dibenarkan.
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan perkara berikut: 3. 1 memastikan tuntutan yang dikemukakan oleh pegawai yang menjalankan tugas rasmi adalah teratur, munasabah dan berpatutan; dan 3. 2 menyediakan garis panduan dalaman yang sesuai di Jabatan sebagai satu bentuk kawalan bagi mengelakkan pembaziran.
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI 4. Pegawai adalah bertanggungjawab memastikan tuntutan yang dikemukakannya adalah teratur, munasabah, berpatutan dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.
BERTUGAS RASMI DI DALAM NEGERI 5. Seseorang pegawai yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya di dalam negeri adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat.
ELAUN MAKAN WP 1. 4 PARA 5. 1 ØSeorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih layak menuntut elaun makan seperti berikut : Gred Semenanjung Malaysia (RM) Sabah, Sarawak dan Labuan (RM) Utama/Khas A dan B ke atas 115 165 Utama/khas B dan C 100 130 53 dan 54 85 115 45 hingga 52 60 80 41 hingga 44 45 65 17 hingga 40 40 55 16 dan ke bawah 35 50
§ Elaun makan tidak boleh dibayar untuk masa bertugas melebihi (3) bulan terus-menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan. § Elaun makan tidak layak dituntut jika kemudahan makanan disediakan. § Sekiranya kemudahan makan tidak disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makanan yang tidak disediakan tertakluk kepada kadar seperti berikut: v v v sarapan pagi - 20% daripada Elaun Makan makan tengah hari - 40% daripada Elaun Makan malam - 40% daripada Elaun Makan
ELAUN HARIAN WP 1. 4 PARA 5. 2 Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi (8) jam tetapi kurang 24 jam layak menuntut Elaun Harian mengikut kadar separuh daripada kelayakan Elaun Makannya.
BAYARAN SEWA HOTEL/LOJING WP 1. 4 PARA 5. 1 § Seorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya dan perlu menginap. § Disokong dengan resit tertakluk kepada had maksimumnya atau mengikut kadar lojing seperti di dalam ; ØPara 5. 3 WP 1. 4/2013
§ Tuntutan hendaklah berpatutan dan munasabah § Sekiranya tuntutan melebihi kelayakan pegawai, Pegawai pengawal boleh meluluskan tuntutan tersebut dengan kadar tidak melebihi 20% § Bayaran sewa hotel yang tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus -menerus.
§ Seorang pegawai layak menuntut bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan yang wajib ke atas sewa hotel sebagai tambahan kepada maksimum kelayakannya § Tidak layak menuntut sekiranya tempat penginapan tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur.
ELAUN GANTIAN TETAP WP 1. 4 PARA 5. 4 Ø Menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya melebihi 3 bulan tetapi kurang dari 6 bulan layak menuntut mengikut kadar seperti berikut; a) Melibatkan bermalam 2/3(Elaun Makan + Elaun Lojing) x Jumlah hari bertugas rasmi b) Tidak melibatkan bermalam 2/3 (Elaun Harian) x Jumlah hari bertugas rasmi
Ø Jumlah hari sebenar pegawai itu menjalankan tugas di luar Ibu Pejabatnya hendaklah dikira mulai dari hari ketibaanya. Ø Seorang pegawai yang pulang ke Ibu Pejabatnya secara sementara tidak lebih 7 hari dan kembali meneruskan tugas dikira sebagai menyambung tugasnya. Ø Layak menuntut mana-mana komponen Elaun Gantian Tetap jika komponen-komponen tersebut tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur.
ELAUN TUGAS MEMANDU KENDERAAN Pekeliling Perkhidmatan 12/2007 ○ Dibayar kepada pegawai yang jawatan bukan pemandu dan diarah memandu kenderaan jabatan. ○ Berlesen, memandu dan menguasai kenderaan tidak kurang 4 jam sehari ○ Kadar - kereta/van/lori RM 5. 00 sehari - motosikal RM 3. 00 sehari • Elaun lebih masa dan Elaun Harian masih layak
ELAUN PERJALANAN KENDERAAN (KM) WP 1. 4 Para 5. 7 ○ Menggunakan kenderaan sendiri. ○ Kelulusan Ketua Jabatan dengan had ○ Jarak kurang dari 240 km ○ Jarak melebihi 240 km yang ada perkhidmatan kapal terbang/keretapi, perlu kelulusan Ketua Jabatan dengan memberi sebab. ○ Didapati mustahak dan terpaksa bagi seseorang pegawai berkenderaan sendiri ○ Kelulusan ketua jabatan hendaklah dilampirkan dengan borang tuntutan pegawai tersebut
Pekeliling Perbendaharaan 2/2006 Para 5. 7. 1 WP 1. 4/2013
KELA S A GAJI POKOK D Tidak kurang dari RM 2, 625. 45 sebulan. Tidak kurang dari RM 2, 333. 00 sebulan Tidak kurang dari RM 1, 820. 75 sebulan Kurang dari RM 1, 820. 75 sebulan E Kurang dari RM 1, 820. 75 sebulan B C SUKATAN SELINDER KENDERAAAN (s. s) 1400 s. s ke atas 1000 s. s ke atas Di bawah 1000 s. s Tidak kurang 175 s. s Di bawah 175 s. s Pek. Perkhidmatan 1/2012
TAMBANG GANTIAN Para 4. 8 PP 3/2003, Para 5. 8 WP 1. 4/2013 v Menggunakan kenderaan sendiri untuk jarak melebihi 240 km v Terdapat perkhidmatan kapal terbang/keretapi. v Nyatakan dalam tuntutan membawa kereta sendiri v Sebab-sebab v Hanya v Tidak peribadi/keluarga tidak dibenarkan layak kadar tambang sebenar layak apa-apa bayaran lain – teksi/cukai
ELAUN MOTOSIKAL WP 1. 4 Para 5. 10. 3 ○ Menggunakan motosikal sendiri. ○ 12 hari atau lebih (bukan 12 kali) ○ Kurang 12 hari – perbatuan biasa(40 sen/km) ○ Menggunakan kadar Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut mana yang lebih tinggi. ○ Kadar RM 120. 00
TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM WP 1. 4 Para 5. 11 ØTidak menggunakan kenderaan sendiri Ø Teksi/Kereta sewa/Motobot/Uber/Grab Ø Tambang lazim dikenakan bagi sesuatu perjalanan tersebut Ø Disokong dengan resit sekiranya resit ada dikeluarkan Ø Kereta Api/ Kapal Laut/ jenis pengangkutan lain Gred Kelas 27 dan ke atas Satu 26 dan ke bawah Dua
ØPerkhidmatan pengangkutan awam yang beroperasi perlu mematuhi peraturan di bawah Akta Awam darat 2010 yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 berkaitan perkhidmatan e-hailing ( Uber, Grab dan seumpamanya) telah diluluskan Di Dewan Rakyat pada 27 Julai dan seterusnya telah diiktiraf sebagai perkhidmatan awam yang sah.
ØMerujuk kepada Perbendaharaan malaysia, perkhidmatan Uber dan Grab telah diiktiraf oleh Kerajaan malaysia sebagai pengangkutan awam maka ia melayakkan pegawai untuk membuat tuntutan bayaran balik tambang pengangkutan awam. ØPegawai layak membuat tuntutan perjalanan tambang Uber dan Grab Car seperti yang diputuskan oleh Perbendaharan Malaysia dengan mematuhi tatacara tuntutan perjalanan serta mengemukakan resit.
BELANJA PELBAGAI WP 1. 4 Para 5. 12 ØTelefon, telegram, pos, fax ØBelanja dobi yang disokong dengan resit apaila pegawai menginap di luar Ibu Pejabat tidak kurang dari 3 malam ØCukai lapangan terbang –resit ØBayaran `excess baggage’ barang rasmi – resit ØBayaran letak kereta, touch n go dan tambang feri yang disokong dengan resit.
ELAUN TANGGUNGJAWAB KHAS PEMANDU Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2008 Ø Dibayar kepada pemandu R 3 yang khusus memandu : • kereta rasmi JUSA B ke atas. • Ambulan • Kenderaan Unit Pencegahan (operasi) • Kenderaan /jentera berat melebihi 5000 kg
Ø Kadar – RM 150/bln Ø Pemandu bukan khusus (gantian) - proportionate (jumlah hari memandu/jumlah hari sebulan x 150) - 4 jam sehari Ø Elaun layak. lebih masa dan Elaun Harian masih
BAYARAN PAKAIAN ISTIADAT, BANTUAN BAYARAN PAKAIAN BLACK TIE DAN BAYARAN PAKAIAN MENGHADIRI UPACARA RASMI
Ruj: Kertas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan No. 467/2008 Ø Kadar Bantuan Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi adalah seperti berikut: Bil. Jenis Pakaian Kadar Bayaran 1. Bayaran Pakaian Istiadat 1, 500. 00 2. Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie 1, 000. 00 450. 00 (pegawai) 3. Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi 300. 00 (pasangan)
Kemudahan ini adalah tertakluk kepada syarat seperti berikut: a. kemudahan bayaran pakaian ini diberi setiap tiga (3) tahun sekali. b. pegawai yang telah diberi Pakaian Istiadat tidak layak menuntut Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi dalam tempoh tiga (3) tahun yang sama; c. tuntutan bayaran balik hendaklah disokong dengan resit; dan
d. tuntutan bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi hendaklah disokong dengan maklumat mengenai jemputan upacara rasmi atau surat arahan bertugas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai.
ELAUN DAN BAYARAN SAGUHATI KEPADA PENSYARAH/PENCERAMAH DAN FASILITATOR SAMBILAN WP 1. 8 q Semua pegawai tetap, kontrak, sementara, sambilan dan sangkut yang memberi syarahan/ceramah sambilan atau menjadi fasilitator sambilan adalah layak dibayar saguhati atas kadar seperti berikut ;
Kumpulan Perkhidmatan Kadar Bayaran Saguhati Pensyarah/ Fasilitator Pencermah Sambilan Kumpulan Pengurusan Tertinggi RM 300. 00 sejam RM 100. 00 Kumpulan Pengurusan & RM 200. 00 sejam Professional Gred 53 & 54 sejam RM 100. 00 Kumpulan Pengurusan & RM 150. 00 sejam Professional Gred 42 & 52 RM 90. 00 sejam Kumpulan Pengurusan & RM 120. 00 sejam Professional Gred 41 & 44 RM 80. 00 sejam Kumpulan Sokongan RM 60. 00 sejam RM 80. 00 sejam Had Maksimum Sebulan Tidak melebihi ½ daripada gaji bulanan pegawai
q Kelayakan syarat bayaran saguhati tertakluk kepada syarat-syarat berikut : o pegawai yang memberi syarahan/ceramah atau dilantik sebagai fasilitator hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatannya; o Memberi syarahan/ceramah atau dilantik menjadi fasilitator bukan merupakan sebahagian daripada tugas rasmi pegawai.
o pegawai dari unit/institusi latihan/pengajian, maktab/institusiperguruan dan sekolah di mana tugas memberi syarahan/ceramah adalah sebahagian daripada tugasmereka, bayaran saguhati boleh dibayar sekiranya kursus/bengkel/majlis rasmi bukan dianjurkan dan bukan merupakan program jabatan/institusi/maktab/sekolah yang sama. o urus setia yang memberi syarahan/ceramah atau menjadi fasilitator dalam program yang dianjurkannya tidak layak bayaran saguhati di bawah Pekeliling ini;
o bayaran saguhati boleh diberi mengikut kadar setengah jam bagi setiap setengah jam yang genap sekiranya waktu syarahan/ceramah yang ditetapkan oleh penganjurkursus/bengkel/ majlis rasmi melebihi satu jam; dan o pensyarah/penceramah/fasilitator sambilan yang diberikan cenderamata adalah tidak layak dibayar saguhati di bawah Pekeliling ini.
KADAR BAYARAN PENCERAMAH BAGI INDIVIDU BUKAN PENJAWAT AWAM (SWASTA DAN PESARA KERAJAAN) Kadar Asas Mengikut Kelayakan Akademik Diploma/Sijil Sarjana Muda RM 100. 00 sejam RM 200. 00 sejam Sarjana Ph. D RM 300. 00 sejam RM 400. 00 sejam Rujukan : KPKT/BPK/19/8/6(11)
TUNTUTAN ELAUN PINDAH RUMAH WP 1. 2 Para 4 Seseorang pegawai yang berpindah rumah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran bagi membiayai perbelanjaan perpindahan rumah tersebut mengikut keadaan-keadaan, syarat-syarat dan kadar-kadar berikut: Kelayakan memohon Ø berpindah rumah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah Kerajaan ke rumah Kerajaan atau rumah yang sewanya dibayar oleh Kerajaan dan sebaliknya atas arahan pihak berkuasa tertentu; atau
Ø berpindah rumah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah Kerajaan ke rumah yang dibeli di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan. Syarat-syarat membuat tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran bagi perpindahan rumah adalah seperti berikut: Ø tuntutan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang tuntutan seperti di Lampiran B-2 Ø tuntutan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai mendiami rumah tersebut;
Ø tuntutan elaun perpindahan rumah hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan di dalam tempoh tidak lewat daripada 3 bulan selepas tarikh perpindahan rumah dilakukan. Seterusnya bagi permohonan tuntutan elaun/bayaran dibawah perenggan di atas, Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa peruntukan diperenggan 3. 2 (iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1989 dipatuhi. Ø Kadar adalah tertakluk kepada syarat bahawa kemudahan tidak disediakan maka perkiraan jumlah yang layak dituntut adalah seperti di Jadual 2.
Ø perpindahan rumah yang tidak melibatkan perbelanjaan pengangkutan barang-barang misalnya perpindahan rumah antara blok dalam kompleks yang sama, pegawai hanya layak menuntut ½ atau 50% daripada bayaran penuh. Begitu juga, jika kemudahan pengangkutan barang-barang disediakan, pegawai hanya layak menuntut ½ atau 50%daripada bayaran penuh. Bagi perpindahan rumah antara tingkat dalam blok yang sama, pegawai tidak layak menuntut apa-apa elaun/bayaran perpindahan rumah tersebut; Ø seseorang pegawai tidak layak menuntut elaun, bayaran dan kemudahan bersabit dengan perpindahan rumah tersebut jika kemudahan makan, perjalanan dan pengangkutan barang-barang disediakan; dan
TUNTUTAN ELAUN BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGERI
BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGERI WP 1. 4 Para 6 Ø Seseorang pegawai yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar negeri adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat.
ELAUN MAKAN DAN ELAUN HARIAN WP 1. 4 Para 6. 1 Ø Kadar Elaun Makan yang layak dituntut bagi tiap-tiap kali bermalam di luar negeri : Gred Kadar (RM) Sehari Utama/Khas A dan ke atas 370 Utama/Khas B dan C 340 53 dan 54 320 45 hingga 52 270 44 dan ke bawah Seperti di Lampiran B
Ø Elaun makan layak dituntut jika pegawai itu meninggalkan tempat bertugas rasmi di luar negeri pada jam 6. 00 petang atau selepasnya. Ø Seseorang pegawai yang meninggalkan tempat bertugas rasmi di luar negeri pada jam 1. 00 tengahari atau selepasnya tetapi sebelum jam 6. 00 petang hanya layak menuntut Elaun Harian sahaja iaitu separuh daripada Elaun Makan.
ØSeseorang pegawai yang sedang dalam perjalanan tetapi terpaksa menunggu penerbangan di sesuatu tempat di luar negeri yang tempohnya melebihi enam (6) jam adalah layak menuntut Elaun Harian. ØSeseorang pegawai tidak layak menuntut elaun Makan atau Elaun harian jika kemudahan disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur. Ø Sekiranya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertaklukk kepada kadar seperti berikut;
a)Sarapan pagi - 20% daripada Elaun Makan b)Makan tengah hari - 40% daripada Elaun Makan c)Makan malam - 40% daripada Elaun Makan Ø Elaun Makan tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi tiga (3) bulan terusmenerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan; dan Ø Sekiranya penganjur menyediakan kemudahan menampung perbelanjaan makan tersebut dalam bentuk wang, maka pegawai tersebut layak menuntut perbezaanya.
BAYARAN SEWA HOTEL WP. 1. 4 6. 2 Ø Seseorang pegawai layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atas kadar sebenar seperti berikut: Gred Utama/Khas A dan ke atas Pegawai selain daripada di atas Jenis Bilik Standard Suite Biasa Ø bagi maksud memohon pendahuluan Diri, kadar Bayaran Sewa Hotel seperti di Lampiran B adalah digunakan sebagai panduan;
Ø Bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk tempoh bertugas yang melebihi 3 bulan terus-menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan. Ø bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang wajib ke atas sewa hotel adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian dari kadar Bayaran Sewa Hotel itu.
Ø Seseorang pegawai layak menuntut Elaun Lojing mengikut kadar- kadar seperti di Lampiran B jika tidak menuntut Bayaran Sewa Hotel dan; ØSeseorang pegawai tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing jika penginapan disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur.
ELAUN DAN BAYARAN SEMASA SINGGAH DALAM PERJALANAN WP 1. 4 Para 6. 3 Ø seorang pegawai yang melakukan penerbangan melebihi 12 jam terus-menerus, dibenarkan singgah bermalam untuk satu (1) malam sahaja di sesuatu tempat dalam perjalanan itu
Ø Iaitu sekali semasa perjalanan pergi dan sekali dalam perjalanan pulang, dengan syarat perjalanan yang ditempuh (route) itu merupakan perjalanan yang diperakui paling singkat
Ø Seseorang pegawai yang perlu singgah bermalam semasa dalam perjalanan disebabkan oleh ketiadaan kapal terbang atau kemudahan pengangkutan lain dan juga perbelanjaan malam itu tidak diimbuhkan oleh mana-mana syarikat penerbangan adalah layak juga menuntut Elaun Makan atau Elaun Harian seperti yang dinyatakan di WP 1. 4 perenggan 6. 1 dan bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing seperti yang dinyatakan di WP 1. 4 perenggan 6. 2
ELAUN GANTIAN TETAP WP 1. 4 Para 6. 4 Ø Seseorang pegawai layak menuntut Elaun Gantian Tetap jika tempoh bertugas rasmi itu adalah melebihi tiga (3) bulan tetapi kurang dari enam (6) bulan termasuk hari kelepasan am dan mingguan mengikut kadar seperti berikut: (Elaun Makan + Elaun Lojing) x Jumlah hari bertugas rasmi;
Ø bagi tujuan peranggan 6. 4. 1 di atas, jumlah hari yang sebenar pegawai itu menjalankan tugas di luar negeri hendaklah dikira mulai dari hari ketibaanya. Seseorang pegawai yang pulang ke Ibu Pejabatnya secara sementara selama tidak lebih dari tujuh (7) hari dan kembali meneruskan tugas tidak akan dianggap sebagai menjalankan tugas yang baru tetapi dikira sebagai menyambung tugas asalnya Ø Seseorang pegawai layak menuntut mana-mana komponen Elaun Gantian Tetap sama ada Elaun Makan atau Elaun Lojing, jika komponen tersebut tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur.
Ø Seseorang pegawai layak menuntut mana-mana komponen Elaun Gantian Tetap sama ada Elaun Makan atau Elaun Lojing, jika komponen tersebut tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur.
BELANJA PELBAGAI WP 1. 4 para 6. 5 Øseseorang pegawai layak menuntut Belanja Pelbagai seperti berikut: a) tambang pengangkutan awam tempatan jika kenderaan tidak disediakan; b) bayaran telefon, telegram, bayaran pos dan bayaran faks atas urusan rasmi; c) belanja dobi yang disokong dengan resit; d) bayaran Cukai lapangan Terbang yang disokong dengan resit.
e) bayaran Excess Baggage untuk barang-barang rasmi yang disokong dengan resit. f) 3% daripada jumlah tuntutan perjalanan sebagai ganti rugi berkaitan dengan pertukaran mata wang asing. g) 15% daripada Elaun makan bagi maksud bayaran tips, gratuities atau porterage. h) bayaran passport antarabangsa dan visa yang disokong dengan resit;
BELANJA KERAIAN WP 1. 4 para 6. 6 Ø Seseorang pegawai layak menuntut Belanja Keraian tertakluk kepada syarat seperti berikut: a) pegawai yang dibenarkan oleh perbendaharaan membuat perbelanjaan bagi mengadakan kerajaan rasmi semasa bertugas rasmi negeri hendaklah mengehadkan jumlah perbelanjaan di paras yang berpatutan dan tiap-tiap perbelanjaan hendaklah disokong dengan resit.
b). Kelulusan bagi sesuatu keraian rasmi seperti jamuan makan dan sebagainya boleh diberi jika sesuatu perwakilan itu diketuai oleh seorang menteri. Belanja mengadakan keraian yang diberi secara peribadi iaitu yang bersifat persendirian tidak boleh dipertanggungkan kepada kerajaan.
c). Sekiranya ahli-ahli sesuatu perwakilan itu terdiri daripada pegawai-pegawai sahaja, peruntukan kewangan untuk mengadakan keraian hanya dapat dipertimbangkan oleh Perbendaharaan jika dapat ditunjukkan terlebih dahulu bahawa keraian rasmi terpaksa diadakan untuk kepentingan kerajaan.
ELAUN PAKAIAN PANAS WP 1. 4 Para 6. 7 Ø Seseorang pegawai, tetapi tidak termasuk pegawai yang berkhidmat di luar negeri yang tertakluk kepada arahan yang berasingan, layak menuntut Elaun Pakaian Panas sebanyak RM 1500 sekali dalam tempoh 3 tahun apabila dikehendakinya bertugas di luar negeri di Negara/kawasan beriklim sederhana/sejuk.
ØBagi tujuan pembayaran elaun ini, negara/kawasan beriklim sederhana/sejuk bermakna, negara/kawasan yang terletak di utara Garisan Sartan (Tropic of Cancer) dan negara/kawasan yang terletak di selatan Garisan Jadi (Tropic of Capricorn) ØElaun ini hendaklah dituntut sebelum pegawai pergi ke luar negeri atau selewat-lewatnya tiga (3) bulan selepas pulang dari luar negeri.
ØKelulusan elaun hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai tersebut; dan ØPegawai Pengawal adalah dibenarkan untuk meluluskan Elaun Pakaian Panas mengikut syarat-syarat seperti di atas
BELANJA PERUBATAN WP 1. 4 para 6. 8 Ø Seorang pegawai yang jatuh sakit semasa bertugas rasmi di luar negeri adalah layak menuntut Belanja perubatan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut a) Belanja perubatan hendaklah munasabah. Jika terdapat Perkhidmatan Kesihatan Negara di negara berkenaan seberapa boleh ianya hendaklah digunakan.
b) Belanja Perubatan hanya untuk bayaran rawatan perubatan biasa. c) Seorang pegawai yang mendapat rawatan wad tidak layak menuntut Elaun Makan dan Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing. d) Bayaran hospital ditanggung Kerajaan dan pegawai hanya dikenakan bayaran wad menurut kadar yang ditetapkan kecuali kecederaan berlaku semasa menjalankan tugas rasmi yang mana bayarannya ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan; dan
e) di negara yang mewajibkan pengambilan insurans perubatan bagi mendapatkan rawatan hospital, bayaran premium bagi seseorang pegawai itu adalah ditanggung oleh kerajaan.
KEMUDAHAN PERJALANAN DENGAN KAPAL TERBANG WP 1. 4 para 7 § Seorang pegawai digalak menggunakan perkhidmatan kapal terbang untuk menjalankan tugas rasminya jika ianya lebih murah dan menjimatkan masa tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut ;
§ Semua perjalanan udara hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan Sistem Penerbangan Nasional (MAS). Pegawai juga boleh memilih penerbangan yang lain seperti Air Asia dan Malindo atau sistem penerbangan negara yang merujuk kepada syarikat penerbangan yang diluluskan lesen perkhidmatan udara seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2013 dan Pekeliling Perbendaharaan WP 2. 5 serta pindaan yang dibuat dari masa ke semasa.
§ Perjalanan udara hendaklah melalui arah perjalanan yang paling dekat § Kelayakan kelas tempat duduk penerbangan pegawai adalah seperti berikut : Penerbangan Di Dalam Negeri Gred 53 dan ke atas 52 dan ke bawah Kelas Perniagaan Ekonomi Penerbangan Ke Luar Negeri Gred Utama/Khas A dan ke atas Utama/Khas B dan C 54 dan ke bawah Kelas Satu Perniagaan Ekonomi
§ Sekiranya pegawai dikehendaki menjadi ketua sesuatu delegasi, beliau layak mendapat kemudahan penerbangan mengikut kelayakannya atau kelayakan ahli yang paling kanan dalam delegasi tersebut.
PENDAHULUAN DIRI WP 1. 4 Para 8 ØSeorang pegawai yang dikehendaki bertugas rasmi di luar Ibu Pejabat sama ada di dalam atau di luar negeri layak memohon Pendahuluan Diri sebelum bertolak menjalankan tugas rasminya. ØTertakluk kepada syarat-syarat di dalam Pekeliling Perbendaharaan WP 3. 2 serta apa peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
ØSeorang pegawai tidak layak diberi sebaran Pendahuluan Diri selanjutnya jika beliau belum menjelaskan sepenuhnya sebarang Pendahuluan diri berkaitan denga tuntutan perjalanan yang diluluskan kepadanya.
Ø Seorang pegawai tidak layak diberi sebarang Pendahuluan Diri selanjutnya jika beliau belum menjelaskan sepenuhnya sebarang Pendahuluan diri berkaitan dengan tuntutan perjalanan yang diluluskan kepadanya. Ø Pemberian pendahuluan diri tidak boleh dianggap sebagai satu kelulusan bagi membuat perjalanan ke luar negeri.
BAYARAN SAGUHATI PERSIDANGAN WP 1. 4 Para 9 Seorang pegawai yang ditugaskan dalam urus setia sesuatu Persidangan Kebangsaan atau Antarabangsa atau seseorang pegawai yang ditugaskan sebagai pegawai protokol di dalam Persidangan Antarabangsa atau Majlis-majlis Rasmi Kerajaan peringkat Persekututan dan Negeri termasuk mengiringi tetamu asing yang diberi taraf Tetamu Negara layak menuntut Bayaran Saguhati mengikut kadar-kadar dan syarat-syarat seperti berikut :
§ Syarat tuntutan Bayaran Saguhati Persidangan; Ø Persidangan tersebut hendaklah berasal daripada keputusan Jemaah menteri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua Setiausaha Negara atau Setiausaha Kerajaan Negeri dan dianjurkan oleh Kementerian atau Jabatan Kerajaan Peringkat Persekutuan atau Negeri Ø Pegawai bertugas sekurang-kurangnya tiga (3) jam selepas waktu pejabat Ø Layak dituntut bagi tiap-tiap hari Persidangan, satu (1) hari sebelum dan satu (1) selepasnya
Ø Tuntutan Pegawai Protokol adalah bermula pada hari tibanya wakil-wakil Persidangan atau Tetamu Negara dan sehinggalah tamat persidangan/ lawatan rasmi. Ø Bayaran saguhati layak dituntut atas kadar 50% sahaja jika kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur dan Ø Seseorang pegawai yang menuntut Bayaran Saguhati tidak layak lagi menuntut Elaun Lebih Masa dan Elaun Makan.
ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KERANA HADIR DI MAHKAMAH WP 1. 4 Para 10 ØSeseorang pegawai yang disapina (subpoena) oleh mahkamah untuk memberi keterangan bagi pihak Kerajaan atau keterangan pakar adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran lain seolah-olah ia bertugas. ØSegala bayaran yang biasanya dibuat oleh Mahkamah ataupun pihak -pihak lain kepada pegawai tersebut hendaklah diserahkan kepada Kerajaan Kecuali yang dibenarkan disimpan di bawah Fees (Public Officers) Regulations, 1953.
ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KERANA MENGHADIRI ISTIADAT PENGURNIAAN WP 1. 4 Para 11 ØPegawai atau pesara yang diundang dan menghadiri Istiadat Pengurniaan untuk menerima Pingat atau Darjah kebesaran Persekutuan atau Negeri adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran seolah-olah ia bertugas rasmi. ØBagi pesara, tuntutan boleh dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri dan kadarnya adalah mengikut gred jawatan yang akhir sebelum pegawai bersara.
Ø Dua orang tetamu yang diundang dan menghadiri Istiadat Pengurniaan Pingat atau Darjah Kebesaran bagi seseorang pegawai adalah juga layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran di mana kadarnya adalah mengikut kelayakan pegawai tersebut. Ø Bagi tetamu pesara pula kadarnya adalah mengikut gred jawatan akhir sebelum pegawai tersebut bersara.
Ø Seseorang pegawai yang diundang dan hadir untuk menerima Pingat Posthumous dan dua orang tetamu yang diundang dan hadir bersama pegawai tersebut layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan kelayakan pegawai yang meninggal berkenaan. Ø Tuntutan ini hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri.
TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA WP 1. 4 Para 12 Seseorang pegawai yang baru pertama kali dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan layak membuat tuntutan perjalanan mengikut kelayakan pegawai setelah memegang jawatan yang ditawarkan terhad kepada berikut :
pegawai layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam/ Tuntutan Perjalanan Kenderaan/ tiket kapal terbang dari tempat kediaman ke mana-mana tempat yang diarahkan untuk melapor diri/berkursus/menghadiri taklimat dan sebagainya sehingga ke Pejabat yang diarahkan bertugas secara tetap.
ØTambang Pengangkutan Awam/ Tuntutan Perjalanan Kenderaan/ tiket kapal terbang yang boleh dituntut bagi keluarga hanyalah dari tempat kediaman ke tempat penempatan tetap pegawai ØBagi tuntutan ini, keluarga bermaksud bagi pegawai lelaki ialah isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai perempuan ialah suami dan anak- anaknya.
ØAnak – anak yang berkelayakan yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang belum mencapai umur 21 tahun termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf oleh undang-undang. ØWalau bagaimanapun, anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umur ini tidak akan terpakai.
TUNTUTAN PERJALANAN SELEPAS WAKTU BEKERJA DAN HARI CUTI WP 1. 4 Para 13 ØSeseorang pegawai tidak dibenarkan membuat tuntutan perjalanan iaitu Elaun Perjalanan Kenderaan, Elaun Perjalanan Motobot/Motosangkut dan Tambang Pengangkutan Awam bagi perjalanan dari rumah ke Pejabat atau sebaliknya pada setiap hari bekerja biasa.
ØPegawai layak membuat tuntutan perjalanan jika diarahkan secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk datang ke Pejabat atau ke mana-mana tempat yang diarahkan bagi menjalankan tugasa rasmi selepas waktu bekerja biasanya atau pada hari rehat mingguan dan hari kelepasan am.
TUNTUTAN PERJALANAN BAGI MENGHADIRI ACARA RASMI KERAJAAN WP 1. 4 Para 14 Ø Pegawai layak membuat tuntutan perjalanan sekiranya diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk menghadiri acara rasmi Kerajaan pada hari bekerja biasa, hari rehat mingguan dan hari kelepasan am terhadap syarat berikut;
§ Majlis merupakan acara rasmi anjuran Kerajaan bagi sambutan hari-hari kebesaran yang diistiharkan sebagai kelepasan cuti am di peringkat kebangsaan/negeri sahaja seperti Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Pekerja dan seumpamanya.
BORANG TUNTUTAN DAN LAMPIRAN q Borang Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri q Borang Tuntutan Perjalanan Ke Luar Negeri seperti di Lampiran D q Kadar Layak dituntut oleh Anggota Perkhidmatan Awam bagi bertugas rasmi / kursus mengikut Pekeliling Perbendaharaan WP 1. 4/2013 (Tugas Rasmi), WP 1. 10/2013 (Berkursus)
SEKIAN, TERIMA KASIH UNIT KHIDMAT PERUNDING SPEKS PERBENDAHARAAN NEGERI SEMBILAN 06 -765 9899
- Slides: 95