Topik 10 Dr Sajap Maswan sajapipgktb edu my
Topik 10: Dr. Sajap Maswan sajap@ipgktb. edu. my http: //sajadstudio. info/sumber 1
Pengenalan Kandungan Perbincangan § § § Kemahiran Interpersonal Kemahiran Intrapersonal Pelajar sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran Isu-isu Perkongsian Maklumat Isu Gender dalam Kecemerlangan Akdemik 2
Pengenalan Kandungan Perbincangan Di akhir topik ini, pelajar dapat: a. Menghurai dan mengenal pasti ciri-ciri kemahiran interpersonal dan intrapersonal b. Membincangkan idea pelajar c. Menjelaskan cara-cara membuat pentaksiran terhadap Tugasan individu dan Tugasan berkumpulan d. Menjelas dan menghuraikan integriti pelajar 3
Pengenalan Apakah pengertian penyesuaian sosial? 4
Penyesuaian Sosial § Pengertian penyesuaian sosial menurut Kartini Kartono (dalam Nurdin, 2009: 87) ialah: i. penjalinan secara harmonis suatu hubungan dengan lingkungan sosial; ii. mempelajari tingkah laku yang diperlukan, atau mengubah kebiasaan yang ada, sedemikian rupa, sehingga sepadan dengan suatu masyarakat sosial”. 5
Penyesuaian Sosial § Keseluruhan proses hidup dan kehidupan individu akan selalu diwarnai oleh hubungan dengan orang lain, baik itu dalam lingkup keluarga, sekolah maupun masyarakat secara luas. § Menurut Schneiders (dalam Nugroho, 2003) penyesuaian sosial di sekolah diartikan sebagai kemampuan siswa dalam beradaptasi dengan persekitaran sekolah sehingga siswa mampu berinteraksi secara wajar dan interaksi yang terjalin dapat memberikan kepuasaan bagi diri dan persekitarannya. 6
Penyesuaian Sosial • Penyesuaian sosial di IPGK bermaksud pelajar mampu berinteraksi dengan orang lain di IPGK secara efektif dan sihat sehingga pelajar memperoleh kepuasan dalam usaha memenuhi kehendak dan keperluan IPGK. • Penyesuaian sosial perlu dilakukan kerana kehidupan di kampus adalah berbeza dengan kehidupan di sekolah dan di rumah. • Antaranya daripada aspek cara belajar, kehidupan seharian, penilaian, dan pentaksiran. 7
Aspek-aspek Penyesuaian Sosial Apakah aspek-aspek utama penyesuaian sosial? 8
Aspek-aspek Penyesuaian Sosial Hurlock (2002) mengemukakan aspek-aspek dalam penyesuaian sosial sebagai berikut: § Penampilan nyata. Tingkah laku yang diperlihatkan individu sesuai dengan norma yang berlaku di dalam kelompoknya, di mana seseorang individu itu dapat memenuhi harapan kelompok dan seterusnya di terima menjadi anggota kelompok tersebut. § Penyesuaian diri terhadap pelbagai kelompok. Individu tersebut mampu menyesuaikan diri secara baik dengan setiap kelompok yang dimasukinya, baik teman sebaya mahupun orang dewasa. 9
Aspek-aspek Penyesuaian Sosial Hurlock (2002) mengemukakan aspek-aspek dalam penyesuaian sosial sebagai berikut: § Sikap sosial Seseorang individu mampu menunjukkan sikap yang menyenangkan terhadap orang lain, terlibat dan dapat menjalankan peranannya dengan baik dalam kegiatan sosial. § Kepuasan peribadi Menunjukkan adanya rasa puas dan perasaan bahagia kerana dapat mengambil bahagian dalam aktiviti kelompoknya dan mampu menerima diri sendiri seadanya dalam situasi sosial 10
Faktor yang mempengaruhi Penyesuaian Sosial Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penyesuaian sosial? 11
Faktor-faktor mempengaruhi Penyesuaian Sosial Schneiders (dalam Nugroho, 2003) mengemukakan bahwa faktor persekitaran keluarga, sekolah dan masyarakat dapat mempengaruhi penyesuaian sosial a. Penyesuaian dalam keluarga atau rumah § Hubungan yang sihat di antara keluarga. § Hubungan ini dapat diperhatikan dengan adanya peyesuaian yang baik antara sesama anggota keluarga, sehingga ada rasa kasih sayang antara anggota keluarga, saling membantu, tidak ada pilih kasih dan tidak ada rasa benci. 12
Faktor-faktor mempengaruhi Penyesuaian Sosial Schneiders (dalam Nugroho, 2003) mengemukakan bahwa faktor persekitaran keluarga, sekolah dan masyarakat dapat mempengaruhi penyesuaian sosial a. Penyesuaian dalam keluarga atau rumah § Kemampuan untuk menerima autoriti orang tua. § Merupakan suatu hal penting yang perlu diterapkan pada anak, dan anak harus boleh menerima sikap disiplin orang tua mereka. Penyesuaian terhadap autoriti orang tua merupakan langkah penting menuju penyesuaian yang baik dalam lingkungan masyarakat. 13
Faktor-faktor mempengaruhi Penyesuaian Sosial b. Penyesuaian sosial di sekolah § Hormat dan mahu menerima autoriti yang ada di sekolah § Menunjukkan rasa terbaik dan melibatkan diri dalam lingkungan sosial. § Menjalin hubungan yang baik dengan teman dan guru. § Mahu menerima larangan dan tanggung jawab. § Membantu sekolah untuk melaksanakan tujuan sesuai dengan fungsinya. 14
Faktor-faktor mempengaruhi Penyesuaian Sosial c. Penyesuaian dalam masyarakat § Kemampuan untuk memberikan reaksi secara positif dan efektif terhadap situasi sosial. Penyesuaian dalam masyarakat antara lain: § Ingin mengakui dan menghormati hak orang lain dalam masyarakat. § Belajar akan hidup bersama dan menyuburkan persahabatan dengan orang lain. § Ingin melibatkan diri dalam aktiviti sosial. § Memperhatikan kesejahteraan orang lain. § Bermurah hati dan mementingkan orang lain. § Menghormati nilai-nilai, kebiasaan dan tradisi sosial yang ada dalam masyarakat. 15
Kemahiran Interpersonal Apakah kemahiran interpersonal ? 16
Kemahiran Interpersonal § Kemahiran interpersonal ini membawa maksud kebolehan seseorang individu bekerja secara kooperatif di dalam kumpulan, termasuk kebolehan berkomunikasi secara lisan ataupun bukan lisan. § Dapat membezakan individu dari segi emosi, motivasi, perangai dan niat § Mempunyai perasaan empati serta dapat mengetahui kepercayaan, ketakutan dan harapan individu lain iaitu sensitif terhadap perasaan dan emosi orang lain yang berada di sekelilingnya. 17
Kemahiran Interpersonal § Terdapat empat jenis aspek bagi interpersonal, iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran berhubung, kemahiran komputer dan kemahiran berbudaya. § Kemahiran komunikasi terbahagi kepada tiga elemen iaitu kemahiran komunikasi interpersonal, kemahiran komunikasi intrapersonal dan kemahiran komunikasi bukan lisan (Gardner, 1983). 18
Kemahiran Interpersonal § Menurut Abdullah & Ainon (2002) Komunikasi yang dimaksudkan di dalam kemahiran interpersonal adalah seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertanya, kemahiran bertutur, kemahiran memberi maklum balas, unsur bahasa, mengubah sikap dan tingkah laku, penampilan dan komunikasi bukan lisan § Komunikasi Interpersonal berlaku apabila dua, tiga atau kumpulan kecil (biasanya 4 hingga 8 orang) berbual menyampaikan perasaan. § Komunikasi berlaku sama ada dengan perantaraan media seperti telefon atau berlaku secara berdepan (Fiordo, 1990 19
Kemahiran Interpersonal Komunikasi Interpersonal berlaku atas pelbagai sebab iaitu: § untuk menyelesaikan masalah, § menyelesaikan konflik, § berkongsi maklumat, § membaiki persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial seperti ingin menyayangi dan disayangi (Pearson, 2000). 20
Kemahiran Intrapersonal Apakah kemahiran intrapepersonal? 21
Kemahiran Intrapersonal § Devito (2002) menjelaskan bahawa komunikasi intrapersonal merupakan komunikasi dengan diri sendiri dengan tujuan untuk berfikir, membuat refleksi, menganalisis dan merenung. § Wertheim (2008) menjelaskan bahawa komunikasi intrapersonal adalah komunikasi yang terjadi pada diri manusia, meliputi proses sensasi, asosiasi, persepsi, memori dan berfikir. 22
Kemahiran Intrapersonal § Rahman (2010) mengatakan bahawa komunikasi intrapersonal merupakan komunikasi yang berlaku dalam diri seseorang individu. § Individu itu berperanan sebagai jurucakap yang berbicara kepada dirinya sendiri. § Dia berdialog dengan dirinya sendiri. § Dia bertanya dengan dirinya sendiri dan dijawab oleh dirinya sendiri. 23
Kemahiran Intrapersonal § Setiap komunikasi intrapersonal seiring dengan proses berfikir, iaitu ketika seseorang secara sedar mengirimkan informasi pada dirinya untuk menganalisis sebuah situasi dan mengambil sikap atau sesuatu keputusan. § Ketika kita ingin memecahkan suatu masalah, membuat keputusan, ataupun mencari sebab dan akibat, kita akan berinteraksi dengan diri kita sendiri apa yang baik, apa yang buruk, serta apa yang dapat kita lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. 24
Kemahiran Intrapersonal § Kajian telah dilakukan dan mendapati terdapat perbezaan kemahiran Komunikasi Intrapersonal mengikut jantina yang wujud disebabkan oleh persekitaran serta didikan zaman kanak-kanak serta penekanan terhadap perwatakan yang perlu ada mengikut jantina serta norma sosial (Dyrud M. , 2008). 25
Komuniti Pembelajaran Apakah yang dimaksudkan pelajar sebagai ahli komuniti Pembelajaran? 26
Pelajar sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran § Komuniti menurut Kamus Pelajar merujuk kepada orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dan sebagainya (di bawah satu pemerintahan), masyarakat keseluruhannya. § Komuniti turut menerangkan tentang tempat yang didiami oleh sesuatu masyarakat, kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di sesuatu tempat serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang lain. 27
Pelajar sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran § Rumusannya, komuniti bolehlah diertikan sebagai individu yang tinggal di sesuatu tempat dan saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk benda hidup dan benda bukan hidup yang lain. 28
Pelajar sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran • Konsep komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku. • Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/ idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya. • Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan. 29
Isu-isu Perkongsian Maklumat § Pengurusan ICT di sekolah ini tidak akan menimbulkan banyak masalah sekiranya kita mengetahui cara-cara serta langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi bahan-bahan ICT serta semua maklumat yang penting yang dikendalikan. § Penggunaan ICT dalam Pd. Pc boleh dijalankan oleh semua guru dan juga dalam semua mata pelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. 30
Isu-isu Perkongsian Maklumat § Pada hari ini, kita dapati banyak bahan Pd. Pc yang boleh diperoleh daripada internet sama ada untuk diguna pakai dalam Pd. Pc atau untuk dijadikan rujukan bagi menambahkan maklumat kita sendiri. § Semua bahan-bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. § Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu. 31
Isu-isu Perkongsian Maklumat § Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT. § Contohnya blog, facebook dan sebagainya (web 2. 0). § Melalui web 2. 0 kita bukan sahaja dapat berkongsi dalam penyampaian maklumat tersebut, malah kita juga dapat berhubung secara terus bersama individu-individu yang menyalurkan maklumat tersebut. 32
Isu-isu Perkongsian Maklumat § Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan maklumat yang dikongsikan kita boleh berbincang atau bertanyakan individu tersebut secara terus. § Inilah satu kemajuan dalam ICT yang dapat pelajar gunakan untuk berkongsi maklumat dan mendapatkan maklumat 33
Aktiviti § Apakah etika yang perlu diamalkan oleh seorang pelajar dalam perkongsian maklumat ? 34
Isu Gender Dalam Kecemerlangan Akdemik § Adakah benar pelajar perempuan lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki? 35
Isu Gender Dalam Kecemerlangan Akdemik § Keputusan peperiksaan awam (UPSR, PMR, dan SPM) pada tahun 1996 -2000 menunjukkan pelajar perempuan memperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran. § Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baik dalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta dan peraturan yang jelas. 36
Isu Gender Dalam Kecemerlangan Akdemik § Pelajar lelaki lebih cenderung kepada tugasan berbentuk terbuka yang berkaitan dengan situasi yang realistik dan praktikal. § Berlakunya ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam struktur kerajaan. § Faktor gender memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana kadar ingatan mereka lebih tinggi daripada lelaki. § Bentuk sistem pendidikan yang mementingkan ingatan. 37
Rujukan Asas Syed Ismail, Ahmad Subki & Aliza Adnan (2014), Kemahiran belajar (Edesi kedua). Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Rosnani, Maimun & Mak soon Sang (2011), Siri kemahiran generik kemahiran berfikir. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Zaiton, et al (2008), Learning skills for open and distance learners. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn Bhd 38
39
- Slides: 39