TERENGGANU NET PENGENALAN Rangkaian Terengganu Net merupakan Sistem

  • Slides: 15
Download presentation
TERENGGANU *NET PENGENALAN Rangkaian Terengganu *Net merupakan Sistem Telekomunikasi Rasmi ICT kerajaan negeri Terengganu

TERENGGANU *NET PENGENALAN Rangkaian Terengganu *Net merupakan Sistem Telekomunikasi Rasmi ICT kerajaan negeri Terengganu Darul Iman dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Rangkaian ini telah mula dibangunkan bermula pada tahun 1997 dan berkembang pada setiap tahun sehinggalah sekarang. Tujuan Terengganu*Net dibangunkan adalah untuk menghubungkan seluruh jabatan kerajaan negeri Terengganu dalam satu rangkaian ICT selaras dengan usaha dan cita-cita kerajaan negeri untuk mewujudkan dan memantapkan sistem penyampaian kepada rakyat. Sepanjang 9 tahun (1997 -2006) pembangunan rangkaian ini, Terengganu *Net telah pun melalui tiga fasa iaitu dari Fasa I sehingga Fasa IV.

SEJARAH Terengganu*net telah melalui zaman evolusi semenjak dari ditubuhkan hingga sekarang. Sistem Rangkaian rasmi

SEJARAH Terengganu*net telah melalui zaman evolusi semenjak dari ditubuhkan hingga sekarang. Sistem Rangkaian rasmi Kerajaan Negeri ini telah melalui pelabagai fasa dalam sejarah pembangunannya iaitu: Tahun 1997 UPMN telah membangunkan Terengganu *Net Fasa I, rangkaian ini dibangunkan dengan melengkapkan rangkaian setempat atau LAN (Local Area Network) di antara semua tingkat di bangunan Wisma Darul Iman dan Wisma Negeri, dan seterusnya menghubungkan kedua bangunan tersebut menggunakan talian “Fiber Optic”. Tahun 1998 Rangkaian Terengganu *Net telah memasuki Fasa II di mana rangkaian ini telah diperluaskan kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah seluruh negeri Terengganu termasuk pejabat Setiausaha Sulit DYMM Sultan Terengganu dan TESDEC. Rangkaian ini diperluaskan dengan menggunakan perkhidmatan yang disewa daripada Telekom Malaysia iaitu COINS (Corporate Information Superhighway) yang berkelajuan 64 kbps di mana berpusat di tingkat U 2, UPMN Wisma Darul Iman. Di samping itu terdapat juga penambahan beberapa jabatan kerajaan seperti JBA di semua daerah (sekarang dikenali sebagai SATU), Majlis Daerah Kemaman, Yayasan Pembangunan Usahawan, dan Jabatan Perhutanan Daerah sehingga ke Balai Hutan di seluruh negeri Terengganu menggunakan teknologi litar suwa(leased line) yang berkelajuan 64 kbps di mana telah dibangunkan secara berperingkat.

SEJARAH Tahun 2001 Unit Pengurusan Maklumat Negeri telah melancarkan Terengganu *Net Fasa III, fasa

SEJARAH Tahun 2001 Unit Pengurusan Maklumat Negeri telah melancarkan Terengganu *Net Fasa III, fasa ini dilancarkan berikutan pertukaran penggunaan COINS kepada litar suwa sepenuhnya. Ini kerana tanggungan kos yang terlalu mahal semasa menggunakan COINS berbanding jumlah jabatan yang boleh disambungkan ke Terengganu *Net. Dengan menggunakan litar suwa terdapat beberapa penambahan dan penamatan perkhidmatan terhadap jabatan kerajaan negeri yang terlibat. Penambahan jabatan kerajaan yang dimaksudkan adalah MPKT, Yayasan Islam, JKR Stor, dan Muzium Negeri. Tahun 2004 Kerajaan Negeri melalui UPMN telah melaksanakan lagi pembangunan Terengganu *Net dengan memperluaskan sayapnya ke jabatan kerajaan negeri yang bertindak sebagai Pusat Tanggungjawab. Menggunakan kaedah Virtual Private Network (VPN), seluruh PTJ disambungkan ke Terengganu*Net adalah bertujuan untuk melaksanakan sistem SPEKS.

SEJARAH Tahun 2006 Pada masa sekarang (Fasa V), Unit Pengurusan Maklumat Negeri telah pun

SEJARAH Tahun 2006 Pada masa sekarang (Fasa V), Unit Pengurusan Maklumat Negeri telah pun menaiktaraf talian sedia ada yang menggunakan talian suwa kepada talian VPN-ADSL yang berkelajuan 2 Mbps. Usaha naiktaraf ini adalah untuk memenuhi keperluan jabatan dan agensi terbabit dalam melicinkan lagi pelaksanaan sistem-sistem aplikasi yang ditawarkan kepada rakyat Negeri Terengganu. Kebanyakan agensi yang terlibat dalam fasa ini adalah agensi dan jabatan yang telah dibangunkan sistem rangkaiannya dalam Fasa I pembangunan Terengganu *net. Dengan mengambil kira perubahan teknologi ICT yang semakin meningkat, agensi dipertanggungjawabkan iaitu UPMN, bercadang untuk membangunkan insfrastruktur telekomunikasi Kerajaan Negeri Terengganu dengan memperkenalkan teknologi Wireless Broadband. Infrastruktur ini akan memberi manfaat dan kesan yang amat besar kepada rakyat Negeri Terengganu dalam usaha pihak kerajaan untuk melahirkan rakyat yang berpengetahuan dan berkebolehan tinggi. Perkhidmatan oleh pihak kerajaan kepada rakyat juga akan dapat dipertingkatkan dengan wujudnya Infrastruktur bertaraf dunia ini.

KOMPONEN TERENGGANU *NET Terengganu *net melibatkan beberapa komponen sistem rangkaian yang boleh dibahagikan kepada

KOMPONEN TERENGGANU *NET Terengganu *net melibatkan beberapa komponen sistem rangkaian yang boleh dibahagikan kepada 3 iaitu: • Sistem Rangkaian Wisma Darul Iman + Wisma Negeri • Sistem Rangkaian Streamyx 2 Mbps + VPN • Sistem Rangkaian Streamyx 1 Mbps + VPN • Sistem Rangkaian Wisma Darul Iman + Wisma Negeri Komponen ini adalah merupakan sistem rangkaian utama dalam Terengganu *net yang melibatkan sistem rangkaian Wisma Darul Iman dan Wisma Negeri. Kapasiti capaian komponen ini adalah 8 Mbps dan menggunakan teknologi litar suwa.

KOMPONEN TERENGGANU *NET • Sistem Rangkaian Streamyx 2 Mbps + VPN Komponen sistem rangkaian

KOMPONEN TERENGGANU *NET • Sistem Rangkaian Streamyx 2 Mbps + VPN Komponen sistem rangkaian ini melibatkan penglibatan 25 agensi Kerajaan Negeri yang terdiri daripada Pejabat-pejabat tanah dan daerah, Pihak berkuasa tempatan, Yayasan Islam, Yayasan Terengganu dan lain-lain. • Sistem Rangkaian Streamyx 1 Mbps + VPN Komponen ini melibatkan 78 agensi yang terdiri daripada 57 agensi kerajaan negeri dan 21 agensi persekutuan yang menggunakan sistem perakaunan SPEKS.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN TERENGGANU *NET Terengganu *net adalah merupakan nadi utama infrastruktur ICT Kerajaan

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN TERENGGANU *NET Terengganu *net adalah merupakan nadi utama infrastruktur ICT Kerajaan Negeri. Pelbagai perkhidmatan ditawarkan daripada pelbagai sudut seperti sosial, pendidikan, dan Kerajaan Elektronik. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Terengganu *net boleh dibahagikan kepada beberapa komponen utama iaitu: • Aplication Server • Database Server • Web Server • Email Server • Security Server

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN TERENGGANU *NET • Application Server Aplication Server menawarkan pelbagai sistem aplikasi

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN TERENGGANU *NET • Application Server Aplication Server menawarkan pelbagai sistem aplikasi di talian yang berkaitan dengan sektor sosial seperti E-Aduan, dan sektor pendidikan seperti E-Siswazah. • Database Server Komponen ini menawarkan perkhidmatan pengarkiban data-data elektronik Kerajaan Negeri seperti data Kemiskinan, data pelajar, data pekerja dan lain-lain. • Web Server Web server adalah bertujuan untuk memaparkan dokumen secara elektronik kepada orang ramai dan Halaman Web rasmi Kerajaan Negeri Terengganu dapat dicapai melalui: http: //www. terengganu. gov. my

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN TERENGGANU *NET • Email Server Komponen ini menawarkan perkhidmatan Electronic Mail

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN TERENGGANU *NET • Email Server Komponen ini menawarkan perkhidmatan Electronic Mail kepada kakitangan Kerajaan Negeri untuk membolehkan urusan dokumentasi di hantar secara electronik. Perkhidmatan email utama Kerajaan Negeri ialah webmail. terengganu. gov. my. • Security Server Komponen ini adalah merupakan komponen yang paling penting dalam usaha untuk menjaga keselamatan dan integriti Terengganu*net. Security server melibatkan beberapa perkhidmatan seperti Firewall, Web Content Filtering, Mail Content Filtering, Intruder Detection System dan Web Caching.

GAMBARAJAH KONSEP TERENGGANU *NET

GAMBARAJAH KONSEP TERENGGANU *NET

JENIS-JENIS SISTEM / APLIKASI

JENIS-JENIS SISTEM / APLIKASI

JENIS-JENIS SISTEM / APLIKASI

JENIS-JENIS SISTEM / APLIKASI

SISTEM WEB

SISTEM WEB

SISTEM WEBMAIL

SISTEM WEBMAIL

SISTEM KESELAMATAN TERENGGANU *NET

SISTEM KESELAMATAN TERENGGANU *NET