Tenaga Sumber dan bentuk tenaga Terdapat pelbagai sumber
Tenaga Sumber dan bentuk tenaga
• Terdapat pelbagai sumber tenaga. • Kita boleh mendapat tenaga daripada sumber-sumber yang berlainan. • Berikut ialah sumber-sumber tenaga yang akan dipelajari: (i) matahari (ii) makanan (iii) angin (iv) bahan api (v) bateri / sel kering (vi) biojisim (vii) ombak (viii) nuklear
• Matahari merupakan sumber tenaga utama. • Matahari membekalkan kita cahaya dan haba. • Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanan melalui proses forosintesis. • Tenaga yang disimpan dalam tumbuhan dipindahkan kepada manusia dan haiwan yang makan tumbuhan tersebut. Matahari
• Makanan yang kita makan mengandungi tenaga. • Kita menggunakan tenaga yang diperoleh daripada makanan untuk menjalankan proses hidup dan aktiviti seharian kita. Makanan
• Angin merupakan pergerakan udara atau gas-gas lain. • Tenaga angin boleh ditukar kepada bentuk yang berguna seperti elektrik dengan menggunakan turbin. • Tenaga angin digunakan secara untuk: - melayarkan kapal - menerbangkan layang-layang - menghancurkan biji-bijian - mengepam air Angin
• Bahan api ialah bahan yang dibakar untuk mendapatkan tenaga. • Bahan api seperti arang batu, petroleum dan gas asli merupakan sumber tenaga. • Bahan api digunakan secara meluas dalam bidang pengangkutan. Bahan api
• Tenaga yang disimpan di dalam bateri dan sel kering boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik • Alat-alat seperti lampu suluh, radio dan jam menggunakan bateri untuk berfungsi. Bateri / sel kering
• Tenaga biojisim ialah tenaga yang dijana daripada pembakaran dan penguraian benda-benda hidup sepeti tumbuhan dan haiwan. • Biojisim ialah bahan organik yang diperoleh daripada sumber seperti: - najis haiwan - sekam padi - sisa tanaman seperti tebu atau kelapa sawit • Tenaga biojisim boleh ditukarkan kepada bentuk-bentuk tenaga lain yang berguna seperti bahan api. Biojisim
• Ombak terhasil apabila angin meniup air yang besar isipadunya seperti laut dan muara sungai. • Tenaga yang dihasilkan daripada ombak digunakan untuk menggerakkan turbin bagi menjana tenaga elektrik. Ombak
• Bahan nuklear seperti uranium digunakan untuk menghasilkan tenaga nuklear. • Tenaga nuklear digunakan untuk menjana tenaga elektrik. • Tenaga nuklear juga digunakan untuk menggerakkan enjin kapal selam dan membekalkan tenaga bagi satelit. Nuklear
- Slides: 10