TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN Disediakan oleh Abdul Malek bin
TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN Disediakan oleh : Abdul Malek bin Abas Nyeow Kai Ming
DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan“ (Crowll, 1971) “ Teknologi pendidikan merupakan satu pendekatan yang sistematik bagi proses penyelesaian satu- satu masalah pengajaran dan pembelajaran , amat sesuai dan boleh diterima. ” (Derek Rowntre, 1974) "Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran“ (Uhwin Derek, 1976) Kesimpulan - Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
ELEMEN-ELEMEN DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu: �Teks �Grafik �Audio �Video �Animasi
TEKS Elemen utama dalam proses penyampaian maklumat Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna Penerangan dalam bentuk teks adalah jelas dan menyeluruh
GRAFIK Grafik merupakan pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak : gambar, lukisan, gambar foto dan sebagainya Menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat serta menarik dalam bentuk visual Graf / carta : memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks
AUDIO Meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat. Elemen audio juga akan menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
VIDEO Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen yang lain. Penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Elemen video akan membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Secara tidak langsung, ini akan mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.
ANIMASI Animasi merupakan suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ianya manjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik.
KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEPADA WARGA GURU Untuk menambahkan kualiti pembelajaran atau darjah penguasaan. Mengurangkan kos tanpa menjejaskan kualiti. Membantu guru dalam penyampaian maklumat. Berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja – pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, jadual waktu dan sebagainya. Penggunaan pelbagai media dalam proses penyampaian maklumat juga melahirkan persembahan yang lebih menarik serta mampu merangsangkan minda pelajar dan tidak membosankan.
PEMBELAJARAN ABAD KE-20
PEMBELAJARAN ABAD KE-21
STANDARD KEMAHIRAN
KANDUNGAN ABAD KE 21 Kurikulum Teras + Tema �Kesedaran global �Literasi kewangan, ekonomi, perdagangan dan keusahawanan �Literasi sivik �Kesedaran Alam Sekitar �Kesedaran tentang aspek kesihatan
PERUBAHAN KEPADA HASRAT PENDIDIKAN Konteks pembelajaran baru membawa perubahan kepada apa yang dijangkakan melalui pendidikan dan ini melibatkan: �Kebolehan berkomunikasi �Kebolehsesuaian untuk berubah �Kebolehan bekerja dalam pasukan �Kesediaan menyelesaikan masalah �Kebolehan menganalisis dan mengkonsepsikan �Kebolehan membuat refleksi dan menambah baik �Kebolehan mengurus kendiri
�Kebolehan mencipta, membuat inovasi dan mengkritik �Kebolehan untuk belajar sepanjang hayat �Kebolehan untuk mahir dalam pelbagai bidang (cross specialist)
RUJUKAN http: //bibliografi. moe. edu. my/Sumber. Pendidikan/index. php/faqs/211 teknologi-pendidikan. html http: //edukasi. kompasiana. com/2011/11/18/unsur-utama-dalamteknologi-pendidikan-413724. html http: //www. slideshare. net/Siti. Zulaikha. Salleh/bab 1 -pengenalanteknologi-pendidikan http: //www. slideshare. net/Siti. Zulaikha. Salleh/teknologi-multimediadalam-pendidikan http: //sumaiyyahzakariaa 137439. wordpress. com/teknologipendidikan/peranan-dan-kepentingan-teknologi-pendidikan/
- Slides: 16