TEKNOLOGI ANIMASI Pengenalan kepada Teknologi Animasi Digital Jabatan
TEKNOLOGI ANIMASI Pengenalan kepada Teknologi Animasi Digital Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
TEKNOLOGI ANIMASI Teknologi Animasi Sepintas Lalu
PENGENALAN n Sebelum berkembangnya teknologi animasi berkomputer atau animasi digital, semua animasi yang ingin dihasilkan perlu dilaksanakan secara manual menggunakan tangan. n 1 saat animasi : memerlukan kira-kira 24 bingkai imej. n Kalau animasi perlu dipersembahkan selama 20 minit, berapa bingkai imej yang perlu dihasilkan ? n Banyak. . . !!! 3
PENGENALAN n Semuanya ini menyebabkan animasi tidak begitu mendapat perhatian ramai kerana ianya memerlukan kepakaran yang tinggi serta masa penghasilan yang agak lama. n Hanya dikendalikan oleh syarikat-syarikat perfileman seperti Walt Disney dan sebagainya. besar 4
ANIMASI ERA MODEN (DIGITAL) n Dengan perkembangan teknologi komputer, proses penghasilan animasi semakin mudah dan pantas. n Peringkat awal: sistem komputer yang khas serta berkeupayaan tinggi diperlukan bagi melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan penghasilan animasi. n Kini: Kebanyakan komputer peribadi yang biasa mampu digunakan bagi tujuan menghasilkan animasi. 5
TEKNOLOGI ANIMASI Penggunaan Animasi dalam Kehidupan
ANIMASI DALAM KEHIDUPAN n Sila berikan contoh bagaimana teknologi animasi digunakan dalam kehidupan anda. Bidang apa, di mana, untuk apa ? n Animasi berkomputer mempunyai pelbagai kegunaan yang merangkumi dari sesuatu yang berunsurkan hiburan sehinggalah kepada sesuatu yang berunsurkan praktikal serta pendidikan. 7
ANIMASI DALAM KEHIDUPAN n Animasi digunakan dalam kebanyakan bidang kehidapan manusia. Antaranya (Bincangkan…): n Pengiklanan Arkeologi Senibina Sains Pendidikan Kejuruteraan Perfilemen atau Hiburan Perubatan n n n 8
TEKNOLOGI ANIMASI Kepentingan Animasi dalam Pendidikan
PENGENALAN n Ramai penyelidik mengatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya ia dilaksanakan dalam keadaan yang tidak formal. n Elemen-elemen yang menghibur atau menggembirakan juga perlu diselitkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan kesan yang lebih positif. 10
PENGENALAN n Animasi digital merupakan salah satu media komunikasi yang boleh digunakan bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang merangsang dan menyeronokkan seperti mana yang telah dicadangkan. 11
KEPENTINGAN ANIMASI DALAM PENDIDIKAN Kepentingan 1 n Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik. n Ini membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai suatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman. 12
KEPENTINGAN ANIMASI DALAM PENDIDIKAN Kepentingan 2 n Animasi digital mampu menarik perhatian pelajar dengan mudah. n Ianya juga mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan lebih pantas berbanding penggunaan media yang lain. n Pelajar juga mampu memberi tumpuan yang lebih lama kepada media yang bersifat dinamik berbanding media yang bersifat statik. 13
KEPENTINGAN ANIMASI DALAM PENDIDIKAN Kepentingan 3 n Animasi digital juga boleh digunakan bagi membantu menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya. n Ini terutamanya bagi menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi. 14
KEPENTINGAN ANIMASI DALAM PENDIDIKAN Kepentingan 4 n Animasi mampu menawarkan satu persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan. n Ianya juga mampu menarik perhatian, meningkatkan motivasi serta merangsang pemikiran pelajar dengan lebih berkesan. n Ini semuanya akan membantu dalam proses mengurangkan beban kognitif pelajar dalam menerima sesuatu isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh para pendidik. 15
KEPENTINGAN ANIMASI DALAM PENDIDIKAN Kepentingan 5 n Memudahkan proses penerangan konsep atau pun demonstrasi sesuatu kemahiran. n Membolehkan seseorang pelajar memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat. n Ini secara tidak langsung mempercepatkan proses pemahaman serta mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama di dalam ingatan. 16
RUJUKAN n Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan Kepada Multimedia, Venton Publishing : Kuala Lumpur. n Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), Multimedia dalam Pendidikan, PTS Publications: Bentong. 17
- Slides: 17