TEKNIK MENJAWAB B MELAYU Pilih Ayat Yang Betul
TEKNIK MENJAWAB B. MELAYU ( Pilih Ayat Yang Betul) OLEH: EN. SHAHRUL NIZAM BIN SAAD SK JALAN PEGAWAI
MUTIARA KATA Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.
1. Sultan Alaudin Riayat Shah sangat prihatin terhadap rakyat. _____ selalu meronda pada waktu malam. A B C D Dia Beliau Mereka Baginda
2. "Kalau tidak silap patik, pokok tempat _____ bersandar ini namanya pokok Melaka, " ujar Panglima Ali kepada Sultan Muzaffar. A B C D baginda tuanku hamba beta
3. "Apakah pendapat _____ sekiranya kita pergi berguru dengan Adi Putra? " tanya Hang Kasturi kepada Hang Tuah. A B C D patik tuanku hamba tuan hamba
4. "_____ yang menyediakan persalinan itu kepada laksamana, tuanku, " kata inang kepada sultan. A B C D Beta Hamba Patik Tuan hamba
5. "Biar _____ yang menyelesaikan masalah serangan lanun itu, " kata Panglima Ali kepada Sultan Melaka. A B C D hamba beta saya patik
6. Sultan Kelantan akan berangkat ke Kuala Lumpur esok. _____ akan mempengerusikan Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu. A B C D Dia Patik Beliau Baginda
7. "Sudilah kiranya _____ menumpang di pondok hamba sekejap, " kata Hang Setia kepada Adi Putra. A B C D patik tuanku baginda tuan hamba
8. "Menjunjung titah, _____. Patik akan mencari bunga gul bakawali itu sampai dapat. " sembah panglima itu kepada baginda sultan. A B C D beta patik tuanku baginda
9. "Janganlah _____ berdukacita, serahkan kepada patik untuk menguruskannya, " sembah panglima itu kepada sultan. A B C D patik tuanku baginda tuan hamba
10. "_____ akan pergi bersama-sama Sultan Melaka esok, " kata Tun Ali kepada Tun Setia. A B C D Beta Patik Hamba Tuanku
11. "Wahai Dato' Laksamana, _____ memohon izin untuk berbicara!" kata pengembara itu kepada Laksamana Hang Tuah. A B C D hamba beta patik baginda
12. "Wahai Datuk Bendahara, _____ ingin beradu di bilik sekejap!" titah Sultan Hisyamuddin. A B C D beta patik hamba baginda
13. "_____ akan berangkat bersama-sama dengan Dato' Bendahara? " tanya Hang Setia kepada Hang Nadim. A B C D Patik Hamba Tuanku Tuan hamba
14. "Jika tuanku inginkan sesuatu, _____ sedia menjunjung perintah, " kata Temenggung kepada Sultan Mansur Syah. A B C D beta patik hamba tuan hamba
15. "Sungguh _____ tidak menyangka, engkau menderhaka, " titah baginda dengan murkanya. A B C D beta tuanku patik baginda
16. "Jika tiada apa-apa lagi yang _____ inginkan, izinkan patik mengundur diri, " kata Bendahara kepada Sultan Malik Syah. A B C D beta hamba tuanku baginda
17. " _____ akan berangkat bersama-sama dengan hulubalang negeri ini, " sembah Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Melaka. A B C D Beta Patik Hamba Tuanku
18. "_____ akan berangkat bersama-sama dengan Dato' Bendahara Paduka Raja, " kata Raja Muda kepada Tun Mamat. A B C D Beta Patik Hamba Tuanku
19. "Mengapakah _____ bersedih? Katakan kepada hamba, " kata Hang Tuah kepada Tun Perak. A B C D beta patik hamba tuan hamba
20. “Hanya _____ seorang sahaja yang dapat menyelamatkan diri dalam serangan lanun itu, tuanku, ” sembah Panglima Bukit Gantang. A B C D hamba beta baginda patik
MUTIARA KATA Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh. .
- Slides: 24