TATACARA MEMULAKAN PERNIAGAAN DI BAWAH AKTA LESEN PERNIAGAAN
TATACARA MEMULAKAN PERNIAGAAN DI BAWAH AKTA LESEN PERNIAGAAN (PENGGAL 127), 2015 Hari Khamis, 15 Rabiulakhir 1436 bersamaan 5 Februari 2015
1. 2. 3. Tujuan Pindaan dan Penerangan Akta Lesen Perniagaan (Penggal 127), 2015 Tatacara Pengeluaran Lesen Perniagaan Bagi Memulakan Perniagaan Tatacara Membaharui Lesen Perniagaan (Renewal) 2
TUJUAN DAN PENERANGAN AKTA LESEN PERNIAGAAN (PENGGAL 127), 2015 3
TUJUAN PINDAAN: 1. Mempercepat dan memudahkan pengeluaran lesen bagi memulakan perniagaan. 2. Dengan adanya perubahan tatacara bagi pengeluaran lesen yang telahpun diperkenalkan diperkemaskinikan dengan tujuan untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang pro business dan mesra pelanggan. 4
PENERANGAN: 1. Akta Lesen Perniagaan berkuatkuasa mulai 1 hb Januari 2015. 2. Lesen Perniagaan dikeluarkan oleh satu Pihak Berkuasa Melesen iaitu Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 3. Lesen Perniagaan menggantikan Lesen Rampaian dan mana lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan-Jabatan Daerah, Jabatan-Jabatan Bandaran dan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama. 4. Akta Lesen Perniagaan memperuntukkan tambahan kuasa kepada Pihak Berkuasa Melesen untuk menggantung ‘suspend’ Lesen Perniagaan dan mengeluarkan notis memerintahkan premis atau ruang perniagaan untuk ditutup dalam tempoh penggantungan Lesen Perniagaan. 5
5. Memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Melesen atau bagi pihaknya yang diberi kuasa untuk mengkompaun pada jumlah tidak melebihi $500. 00, kesalahan-kesalahan di bawah Akta Lesen Perniagaan atau Peraturanperaturan di bawahnya. 6. Memperuntukkan denda sebanyak $10, 000. 00 dengan tambahan denda tidak melebihi $100. 00 setiap hari, jika kesalahan masih dilakukan. bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan pemberian dokumen palsu atau keterangan yang menggelirukan atau melanggar atau melakukan kesalahan di bawah Akta Lesen Perniagaan atau peraturan-peraturan di bawahnya. 6
7. Lesen-lesen yang dikeluarkan sebelum 1 hb Januari 2015, masih sah laku sehingga tarikh mansuh lesen berkenaan. 8. Jenis aktiviti perniagaan adalah sama dengan Akta Lesen Rampaian Penggal 127, sebelum ini iaitu Kedai Runcit, Kedai Makan, Gerai-Gerai, Bengkel, Tempat Tinggal (Boarding House), Public Resort, Tempat Permainan, Penjualan Kenderaan, Stesyen Minyak termasuk tempat penyimpanan petrol dan bahan-bahan mudah terbakar serta Kilang Perabot. 9. Bagi perniagaan Stesyen Minyak termasuk tempat penyimpanan petrol dan bahan-bahan mudah terbakar serta penjualan kereta (baru dan terpakai), kuasa pengeluaran Lesen Perniagaan diberikan kepada Bahagian Promosi dan Pembangunan Keusahawanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama mulai 1 hb Januari 2015. 7
TATACARA PENGELUARAN LESEN PERNIAGAAN BAGI MEMULAKAN PERNIAGAAN 8
� Peniaga boleh memulakan perniagaannya mengikut peraturan dan garispanduan yang ditetapkan, sebaik-baik sahaja Sijil Penubuhan Syarikat (Sdn. Bhd. ) atau Sijil Pendaftaran Penggal 16/17 dan Lesen Perniagaan dikeluarkan di Bahagian Pendaftar Nama-Nama Perniagaan dan Bahagian Pendaftaran Syarikat (ROCBN), Kementerian Kewangan. � Pemegang Lesen Perniagaan, bagaimanapun mestilah memastikan garispanduan dan syarat agensi-agensi penguatkuasa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dipenuhi dan dipatuhi.
� Perniagaan yang dijalankan akan dipantau oleh Agensi Penguatkuasa. Jika didapati Pemegang Lesen belum memenuhi atau mematuhi garispanduan dan syarat yang ditetapkan/dikuatkuasakan, tindakan dikenakan (seperti pengantungan Lesen Perniagaan, denda atau dikenakan kompaun mengikut kesalahan yang dilakukan).
$305 (Sdn Bhd) $35 (Sijil 16 & 17) Permohonan Nama / Memohon Menempah Nama / Pengeluaran Nama Perniagaan / Syarikat di ROCBN ≤ 1 Jam Lesen Perniagaan Dikeluarkan di ROCBN 15 minit **Perniagaan Mesti ** BOLEH BERNIAGA Pemeriksaan dan pemantauan Agensi-Agensi Berkuasa ke atas premis dan aktiviti perniagaan Memenuhi dan Mematuhi Piawaian (Standard), Syarat, Peraturan, Garispanduan dan Keperluan Perundangan yang mengawal aktiviti perniagaan yang akan dijalankan. PENIAGA BOLEH BERNIAGA DALAM MASA SEHARI SETELAH MELAKSANAKAN DUA (2) PROSEDUR
12
13
Cyber Café (Perkhidmatan Internet) 14
SENARIO BAGI TEMPAT PERNIAGAAN YANG BELUM DIPASTIKAN. Di mana peniaga belum dapat memastikan tempat perniagaannya pada tarikh ia mendaftarkan syarikatnya ia dikehendaki untuk memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Melesen tempat perniagaannya tidak lewat sebulan dari tarikh Lesen Perniagaan dikeluarkan kepadanya. 15
SENARIO BAGI TEMPAT PERNIAGAAN YANG BELUM DIPASTIKAN. SENARIO: Black Ace Cyber Café tarikh Lesen Perniagaan dikeluarkan pada 5 Januari 2015 dan mansuh pada 4 Januari 2016, dikehendaki untuk memaklumkan tempat perniagaan dan jenis aktiviti perniagaan yang akan dijalankan kepada Pihak Berkuasa Melesen tidak lewat sebulan dari 5 Februari 2015. Pada 4 Ogos 2015, Black Ace Cyber Café baru memaklumkan Pihak Berkuasa Melesen, tempat perniagaan yang akan dijalankan. Lesen Perniagaan Black Ace Cyber Café dikira masih sah laku sehingga 4 Januari 2016 (5 bulan). 16
TATACARA MEMBAHARUI LESEN PERNIAGAAN (RENEWAL) 17
**Permohonan Membaharui Lesen Perniagaan Lesen Perniagaan Dikeluarkan 10 minit Pemeriksaan dan Pemantauan Agensi Berkuasa Ke atas Premis dan Aktiviti Perniagaan Berasaskan Kepada Prestasi dan Risiko Perniagaan Yang Dijalankan **BAGI DAERAH BRUNEI & MUARA MELALUI SISTEM ONE-BIZ, SEMENTARA DI BAHAGIAN PELESENAN DI JABATAN-JABATAN DAERAH DAN JABATAN-JABATAN BANDARAN BAGI DAERAH BELAIT, TUTONG DAN TEMBURONG. 18
Sekian Terima Kasih
- Slides: 19