TARIKH 3 NOVEMBER 2006 BERSAMAAN 11 SYAWAL 1427
TARIKH: 3 NOVEMBER 2006 BERSAMAAN 11 SYAWAL 1427 H
Umat Islam, Umat pilihan. Bersyukur dengan nikmat iman. Selawat & salam ke atas Baginda S. A. W
Bertaqwalah kepada Allah… Taati perintah Allah Jangan mati kecuali dalam keadaan Islam
Kepentingan menjaga kesucian. Kesucian rohani/ jasmani. Kesucian melambangkan keteguhan Iman. ﺍﻟ ﺍ ﺍﻻﻣﺎﻥ “ KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN “
Pengabdian sepenuh jiwa raga. Sucikan diri dari syirik. ﺍﻟ ﺍﻟ ﺍﻳ ﺍ ﻳ “SESUNGGUHNYA ALLAH AMAT MENGASIHI ORANG- ORANG YANG BERTAUBAT DAN MENSUCIKAN DIRI “
Mulakan Feqah bab kebersihan “ “ ﺍﺓ Peranan para nabi/ ulamak beri kefahaman konsep kesucian. TERDAPAT SEBAHAGIAN UMAT ISLAM… Tidak hayati tuntutan menjaga kesucian. Tanggungjawab diserahkan kepada pihak lain.
MUHASABAH TAHAP KEBERSIHAN. . Penghayatan umat islam /bukan Islam tahap kebersihan ? ? ? • • Budayakan amalan jaga kebersihan. Diri sendiri/ tempat tinggal. Tempat ibadah/ tempat awam. Taman rekreasi/jalan raya /restoran.
MARILAH KITA BERAZAM … ORANG –ORANG ISLAM YANG MENGAMAL KEBERSIHAN PERSEKITARAN BERSIH/ MENARIK
KEBERSIHAN DIRI TEMPAT TINGGAL TEMPAT IBADAH TEMPAT KERJA SELURUH TEMPAT AWAM KEMURNIAN AJARAN ISLAM
Tanamkan sikap cintakan kesucian. Jadikan amalan setiap masa.
DISPLINKAN DIRI… Menjaga imej islam tanda keimanan seseorang. AMALAN TEGUR MENEGUR/ NASIHAT Lahir perasaan cintakan kebersihan. Bencikan kekotoran.
Tong sampah / kitar semula/ tempat pembuangan sampah. Jangan biarkan kekotoran bertaburan. HIDUPKAN KEMBALI !! Semangat gotong royong. Jangan harap pihak berkuasa.
KEPERIHATINAN PIHAK KERAJAAN…. Peluang kepada semua pihak untuk menjayakan kempen. Bajet besar untuk merialisasikan matlamat. Kerjasama kita menyumbang untuk kebersihan. Bukan pengotor/ perosak harta awam.
AAMIN YA RABBAL AALAMIN TUHAN YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG-ORANG YANG TAAT, BERILAH TAUFIK KEPADA KAMI DI DALAM MENTAATI MU AMPUNILAH KEPADA MEREKA YANG MEMOHON KEAMPUNAN
INTISARI KHUTBAH KEDUA Bersyukur kepada Allah. Rasulullah pembawa amaran tentang azab Allah. Rasulullah membawa kebenaran agama. Selawat & salam ke atas Baginda.
PESANAN Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar taqwa. Orang-orang bertaqwa mendapat kejayaan. Semoga berbahagia di dunia & akhirat.
RASULULLAH PERNAH BERSABDA. . “Sesungguhnya Allah itu Cantik, (Indah dan Bersih). Dia amat mencintai perkara yang Cantik , Indah serta Bersih”. Oleh itu. . Jauhilah sifat pengotor!
KESUCIAN ROHANI/ JIWA. . JANGAN ZAHIR SAHAJA BERSIH TAPI …. HATI BERKARAT TAMAK, DENGKI SOMBONG
NIKMAT ISLAM PERLU DITERJEMAHKAN • Perlakuan yang sewajarnya sebagai muslim • Jangan hanya berkata: “Saya seorang Islam”. TETAPI… • Diri tidak terurus. • Halaman rumah kotor/ busuk. ISLAM BUKAN HANYA UNTUK DIKHUTBAHKAN SEMATA. . ISLAM PERLU DIAMALKAN SEGALA AJARANNYA.
JAYAKAN KEMPEN KEBERSIHAN. . • Bersihkan kawasan masing-masing. • Pastikanlah seluruh kawasan Negeri Terengganu kita bersih.
Selawat Nabi S. A. W ﺍﻟ ﻻ ﻭ ﻯ ﺍﻟ ﺍ ﺍ ﺍﻳ آﻭﺍ ﻭﺍ ﻭﺍ ﻳﺍ “ Sesungguhnya Allah dan para Malaikat. Nya sentiasa berselawat dan salam ke atas junjungan Nabi. Wahai orang- orang yang beriman, ucaplah selawat dan salam ke atasnya dengan sebaik-baiknya”.
PENGERTIAN DOA Ya Allah, Ampunilah orang mukmin lelaki dan perempuan samada yang masih hidup atau yang telah meninggal. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Memperkenankan Doa. Ya Allah, Peliharakanlah Raja kami Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah Dan Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu, Ya Allah, Peliharakanlah. Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda, Tengku Mohammad Ismail Ibna Al-Wathiqi Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Peliharakanlah zuriat-zuriatnya serta kaum kerabatnya, Selamatkanlah Pemimpin-Pemimpin kami serta seluruh umat Islam di negeri dan negara kami. Ya Allah, Muliakanlah Agama Islam dan penganutnya. Berikanlah kemenangan para Mujahidin di seluruh dunia. Ya Allah, Perhiaskanlah diri kami dengan kesihatan dan keselamatan. Tetapkanlah kepada kami, sifat taqwa dan istiqamah. Jauhilah kami dari sifat kecewa dan sesal di ketika ini dan masa akan datang. Sesungguhnya Engkau Maha Memperkenankan segala doa.
Ya Allah, Wahai Tuhan yang maha pengasih lagi mha penyayang, Engkaulah lebih mengetahui gerak laku dan natijah segala usaha kami. Oelh itu, berkatilah segala usaha gigih para pemimpin kami, dalam usaha mengangkat martabat Islam dan umat ini.
Sucikanlah hati-hati kami Ya Allah, daripada penyakit iri hati, khianat sesama sendiri, malas berfikir dan berusaha, pengecut, tamak dan bakhil. Sebaliknya, Ya Allah! Hiasilah diri kami dengan kesantunan budi dan kemuliaan akhlak, seperti sifat benar, jujur, amanah, bersyukur dan pemurah.
Ya Allah, Selamatkanlah negeri dan negara kami daripada bala bencana, malapetaka dan penyakit-penyakit yang boleh memusnahkan dan menghancurkankami. Kurniakanlah kepada kami, kelapangan, ketenangan dalam hidup. Keberkatan dan rahmat yang ebrterusan sehingga ke Akhirat. Agar dengan itu, kami dapat beribadat dan berbakti sesama insan.
Ya Allah, Kurniakanlah kepada kami, pasangan kami, zuriat-zuriat kami yang menjadi penyejuk mata kami dan jadikanlah orang yang beriman sebagai ikutan kami. Ya Allah, Berikanlah kepada kami kebahagian di dunia dan di akhirat serta jauhkanlah kami daripada azab Api Neraka jahannam. Aamin Ya Rabbal A’lamin.
- Slides: 30