Tajuk Hubungan dan cabaran Cina Muslim dengan Melayu
Tajuk Hubungan dan cabaran Cina Muslim dengan Melayu Muslim dalam pembentukan masyarakat Malaysia yang harmoni Oleh : Dr. Poey Tiang Peow Tarikh: 05 hb March 2016 Tempat: Auditorium DBP
Pendahuluan Pluraliti atau kemajmukan masyarakat interaksi antara etniktelah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan lawatan Laksamana Cheng Ho ke Melaka
Pendahuluan Kedatangan para pedagang dari China Sultan Mansur Shah telah berkahwin dengan puteri Hang Li Po iaitu anak Maharaja China Yongle pada Dinasti Ming Pembentukan pluraliti baru
Bilangan Cina Muslim Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 1990(Khoo. Teik. Huat (ed). , 1991), Cina Muslim ialah 0. 4% iaitu melebihi 70, 000 orang daripada jumlah bilangan orang Cina di Malaysia Anggaran : tahun 2000 ialah 57. 000 tahun 2010 ialah 42, 000
Teori asimilasi Abad ke-19, teori asimilasi digunakan secara meluas ketika U. S. A merupakan negara berindustri dan berlakunya penghijrahan pendatang dari pelbagai negara yang berlainan agama dan budayasecara besar-besaran (Abdullah, O. C. , 2014). tujuan pembangunan negara
Teori Asimilasi Tokoh Stein Rokkan : (1)menyebabkan penyatuan ekonomi dan budaya di peringkat elit (2)melibatkan orang ramai terlibat dalam sistem melalui pengerahan tentera, kewajiban pendaftaran sekolah dan seumpamanya (3)melibatkan masyarakat umum dari segi penyertaan aktif masyarakat melalui sistem politik wilayah
Teori Asimilasi (4)radas pentadbiran kerajaan diluaskan, perkhidmatan kebajikan awam ditubuhkan, dan akhirnya, dasar negara ke arah penyelarasan keadaan ekonomi direka (Kolstø, n. d. ) Rokkan melihat proses pembangunan negara dari sudut asimilasi ekonomi dan budaya
Teori Asimilasi Secara amnya, proses asimilasi berlaku melalui pematuhan atau keakuran budaya-budaya minoriti kepada satu budaya dominan Asimilasi menumpukan pengasingan budaya terhadap masyarakat dari budaya minoriti (Kolstø, n. d. )
Teori Akulturasi Pembudayaan terdapat masyarakat yang berasal dari berbagai jenis budaya. akulturasi berlaku apabila terdapat pengekalan budaya-budaya minoriti yang cukup untuk membezakan budaya-budaya ini sebagai budaya-budaya tersendiri dan unik.
Teori Akulturasi merupakan proses dua hala kerana budaya majoriti dan budaya-budaya minoriti akan saling berubah dan saling mempengaruhi satu sama lain.
PLURALISME Budaya dominan dan budaya-budaya minoriti dihormati dan perbezaan adalah diraikan; budaya-budaya minoriti juga dikekalkan. (Idea Kallen & Horace: “nation of nations” sebagai alternatif kepada ‘Americanization’)(Kallen, 1924).
INTEGRASI MELALUI PERSAMAAN DALAM BUDAYA Cina Muslim mengutamakan nilai berbakti: Cina Muslim mengutamakan adab dan keharmonian dalam keluarga iaitu mengasihi ibu bapa sepenuh hati semasa di rumah di samping mengasihi dan menghormati adik-beradik dan orang-orang yang lebih tua semasa di luar rumah.
Bagaikan Ahli Keluarga Kita adalah di bawah jagaan dan perintah Ketuhanan Yang Maha Esa. Kita hidup dalam satu keluarga yang besar.
INTEGRASI MELALUI PERSAMAAN DALAM BUDAYA Sebagai rumusan, integrasi melalui persamaan dalam budaya iaitu nilai murni dalam berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat iaitu melalui persefahaman dalam kepentingan nilai berbakti, Cina Muslim dan Melayu Muslim di Malaysia dapat hidup bersama-sama dan menghormati satu sama lain
INTEGRASI MELALUI PERSAMAAN DALAM BUDAYA Persamaan keagamaan mengeratkan hubungan antara Cina Muslim dan Melayu Muslim Contohnya, mengamal ibadah seperti solat berjemaah atau solat Jumaat merapatkan jurang antara Cina Muslim dan Melayu Muslim; mengurangkan sentimen perkauman antara mereka dan berinteraksi atas landasan persamaan agama iaitu semangat ‘ummatic’
INTEGRASI MELALUI PERSAMAAN DALAM BUDAYA menyambut perayaan keagamaan yang sama seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, penerapan kefahaman berlandaskan persamaan agama antara Cina Muslim dan Melayu Muslim juga dapat memberi ruang kepada Cina Muslim untuk mengekalkan sesetengah budaya mereka yang tidak melanggari prinsip agama Islam.
Menyambut perayaan keagamaan
INTEGRASI MELALUI PERSAMAAN DALAM BUDAYA Kahwin campur sebagai kesan langsung yang dapat dilihat dalam proses asimilasi antara Cina Muslim dan Melayu Muslim di Malaysia, contohnya apabila perkahwinan campur berlaku yang melibatkan Melayu Muslim di Malaysia, pasangan yang berlainan agama akan memeluk agama Islam; perkahwinan ini akan membentuk sejenis interaksi antara-budaya
INTEGRASI MELALUI PERSAMAAN DALAM BUDAYA mempunyai dua kemungkinan iaitu: (1)Asimilasi kepada budaya Melayu; dimana budaya Cina pasangan yang baru memeluk agama Islam akan dianggap sebagai budaya silam dan didorong oleh pasangan Melayu untuk dilupakan
INTEGRASI MELALUI PERSAMAAN DALAM BUDAYA (2)Persefahaman terhadap perbezaan bangsa antara pasangan dan membentuk sinkretik yang baru dalam keluarga itu, iaitu menghormati dan mempraktikkan kedua-dua budaya bangsa serta meraikan perbezaan yang berlandaskan Shariah.
INTEGRASI MELALUI CAMPURADUK DIALEK BAHASA CINA DAN BAHASA MELAYU Contohnya: pakai cha (kereta sendiri) roti pian (biscuit) dukun chu (hospital) mata liu (balai polis) sabun tsui (air sabun)
INTEGRASI MELALUI CAMPURADUK DIALEK BAHASA CINA DAN BAHASA MELAYU Bahasa atau dialek orang Cina dalam mempengaruhi Bahasa Melayu, contohnya: kongsi( 公司 ) tanglong ( 灯笼 ) tauge ( 豆芽 ) tauke ( 头家 ) angpau ( 红包 )
CABARAN DALAM MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG HARMONI Masalah Cina Muslim adalah seperti berikut: (1)Kekeliruan antara Melayu dan Islam Kebanyakkan dari mereka menganggap seseorang itu perlu berperilakuan seperti Melayu bila menganuti agama islam. Sebenarnya Cina Muslim sepatutnya terikat dengan undang-undang adat Cina yang seiring dengan Hukum Syarak.
CABARAN DALAM MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG HARMONI Masalah Cina Muslim adalah seperti berikut: (2)Penerimaan Keluarga Oleh kerana ramai orang cina di Malaysia beranggapan bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, ramai orang cina yang tidak boleh terima sekiranya anak mereka sendiri terikat dengan adat melayu dan pada masa yang sama, meninggalkan adat mereka yang asal.
CABARAN DALAM MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG HARMONI Masalah Cina Muslim adalah seperti berikut: (3)Masalah Pendaftaran Disebabkan oleh isu yang mewajibkan penukaran nama apabila Cina Muslim di Malaysia ingin mendaftarkan pengislaman mereka, ramai Cina Muslim di Malaysia perlu melalui proses menukar kad pengenalan, kesemua dokumen-dokumen penting dan kesemua akaun-akaun yang mereka
CADANGAN RESOLUSI (1) mempertingkatkan interaksi dan perhubungan antara etnik mempelajari bahasa pelbagai etnik memahami budaya pelbagai etnik membentuk budaya baru secara natural
CADANGAN RESOLUSI (2) Golongan muda boleh dikultivasikan kefahaman antara agama melalui penguatkuasaan pendidikan multi agama sebagai kurikulum teras dalam institusi persekolahan.
CADANGAN RESOLUSI (3)Mendorong pendidikan multi agama, contohnya mencetak buku bacaan asas pendidikan multi agama yang berteraskan nilai-nilai murni dan universal daripada kitab multi agama dan menyebarluaskan kepada warga Malaysia.
Kelas Pendidikan Agama Kita seharusnya tekun dan bersungguh-sungguh semasa belajar. Halangan dan rintangan akan dapat diatasi apabila kita dapat menguasai sepenuhnya apa yang kita pelajari.
Memahami kitab-kitab agama lain Memahami asas-asas pendidikan agama umpamanya kasih sayang sepenuhnya terhadap ibu bapa, kejujuran, kesetiaan dan keikhlasan sebagai panduan dan obor yang menerangi liku-liku kehidupan.
CADANGAN RESOLUSI (4) Mendirikan pusat pendidikan multi agama untuk menyebarluaskan pendidikan multi agama kepada warga Malaysia.
Pusat Pendidikan Agama
CADANGAN RESOLUSI (5) Mengekalkan nama Cina Muslim apabila mereka ingin mendaftarkan pengislaman nama mereka.
CADANGAN RESOLUSI (6)Memberi pendidikan awal kepada anak-anak muda supaya mengiktiraf Cina Muslim dan mengiktiraf gaya hidup Islam yang berdasarkan adat Cina yang dipraktikkan oleh kaum muslim di China dengan cara memasukkan idea dan konsep utama tersebut ke dalam modul pembelajaran mereka.
KESIMPULAN Keharmonian dunia semestinya bermula dari diri sendiri. Seperti kata pujangga dalam pendidikan tradisi Tionghua, bermula dengan membetulkan kesalahan diri, diikuti dengan menguruskan keluarga dengan baik, barulah dapat mentadbir negara dan mententeramkan dunia.
KESIMPULAN Yamin Cheng (2015) menyatakan bahawa usaha Cina Muslim mengekalkan budaya Cina merupakan perkara yang amatmerangsangkan. Kerajaan Persekutuan dan negari Malaysia : menyokong pembinaan masjid berunsur budaya Cina; Restoran Cina Muslim dan seumpamanya.
KESIMPULAN Yamin Cheng (2015) : Menulis sebuah sajak untuk menyatakan kepentingan. Tahun Baru Cinater hadap para Cina Muslim:
KESIMPULAN Tajuk: Bersama. Tahunb. Barub. Cina Musim bunga kembali tiba Gendang bertalu pesta bermula Anak-anak riang gembira Gong Xi Fa Cai ucapan raya Sesama keluarga dan rakan sebaya Kunjung mengunjung merapat jiwa Muslim Tionghua begitu juga
KESIMPULAN Walau bukan hidup seagama Namun tetap keturunan sama Tahun baru dirai semua Panduan syariat pedoman raya Indahnya Muslim Tionghua Malaysia Budaya Cina tetap terpelihara Tahun baru bukan sekadarraya Jalinan ukhuwah matlamat utama
Kesimpulan Keamanan dunia wujud, apabila semua agama dan kepercayaan harmoni Melayani semua dengan kesabaran dan saling hormat menghormati, kita akan hidup dengan harmoni, aman dan kemesraan.
THANK YOU WASSALAM XIE TERIMA KASIH
- Slides: 44