SUSUNAN KONSTITUEN AYAT TUNGGAL NOR ASIAH ISMAIL BENTUK
SUSUNAN KONSTITUEN AYAT TUNGGAL NOR ASIAH ISMAIL
BENTUK SUSUNAN AYAT TUNGGAL � � SUSUNAN BIASA SUSUNAN SONGSANG
SUSUNAN BIASA � KEDUDUKAN KONSTITUEN SUBJEK DI HADAPAN KONSTITUEN PREDIKAT
…CONTOH SUBJEK PREDIKAT Guru itu Telah memenangi hadiah pertama Beberapa buah bangunan Musnah dalam kebakaran itu. Semua pelajar kita Berjaya dalam peperiksaan tahun lalu. Setiap tuntutan Akan mendapat layanan. Mereka semua Sudah lama menetap di Malaysia. Setengah-setengah bangunan lama itu Masih kukuh lagi. Kebanyakan calon peperiksaan Tidak memahami soalannya. Hampir semua pekerja Telah menghadiri kursus pengurusan berkualiti. Negeri-negeri Pantai Timur Masyhur dengan perusahaan kerajinan tangan. Penyalahgunaan dadah Melemahkan tenaga pekerja kilang itu.
Penegasan ayat � � � � � Dua cara: 1. partikel –lah, -kah , -tah, pun, jua, juga sahaja dan lagi (pendepanan) Contoh: Bapa saya dia. Dialah bapa saya Adik kami datang? Datangkah adik kamu? Daya kita apa? Apatah daya kita?
Contoh penegasan lagi… � � � Pegawai itu pun tidak melayani kami. Saya ingin juga ke sana. Kita meminta rahmat daripada Allah jua. Sepanjang hari dia mengelamun sahaja. Orang itu tidak akan datang lagi.
Penegasan Ayat � 2. mengubah kedudukan susunan konstituen ayat dalam aayt songsang.
Susunan songsang � � Dalam susunan songsang, unsur-unsur dalam konstituen hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan. Unsur dikedepankan diberikan penegasan melalui proses pendepanan.
Proses Pendepanan � � 1. pendepanan seluruh predikat Pendepanan sebahagian daripada predikat
Pendepanan seluruh predikat � � � � Seluruh konstituen predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek Contoh: Perangainya baik sungguh. Baik sungguh perangainya. Pendaki itu berjaya juga akhirnya. Berjaya juga akhirnya pendaki itu. Orang tua itu sangat rajin. Sangat rajin orang tua itu.
Contoh pendepanan seluruh predikat � � � � Rasa buah itu enak sekali. Enak sekali rasa buah itu. Penyesalannya tidak berguna lagi. Tidak berguna lagi penyesalannya. Binatang itu sudah mati agaknya. Sudah mati agaknya binatang itu. Pegawai itu masih belum sampai. Masih belum sampai pegawai itu. Nasibnya sungguh malang. Sungguh malang nasibnya. Surat itu dari seberang laut agaknya. Dari seberang laut agaknya surat itu. Bapanya petani. Petani bapanya.
Proses pendepanan kata penegas ( -lah, -kah, tah) � � � � � Bapa saya dia. Dialah bapa saya. Bapa saya dialah. Dik kami datang? Datangkah adik kami? Adik kami datangkah? Daya kita apa? Apatah daya kita? Daya kita apatah?
Pendedapan Sebahagian Predikat � � � 1. Pendepanan FK 2. Pendepanan FA 3. Pendepanan FS (N)
Pendepanan FK � � � FK (KK, KK + Objek atau KK + kata bantu) mengalami proses pendepanan. Pendepanan KK sahaja: Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di padang. Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang. Hati saya terkilan tadi. Terkilan hati saya tadi. Mereka bekerja setiap hari. Bekerja mereka setiap hari. Dia terduduk di situ. Terduduk dia di situ. Bayi itu menangis setiap malam. Menangis bayi itu setiap malam.
Pendepanan KK + Objek � � � � � Dia membaca buku di perpustakaan. Membaca buku dia di perpustakaan. Abu menanam jagung tahun ini. Menanam jagung Pak Abu tahun ini. Ali tersepak abtu dalam permainan itu. Tersepak batu Ali dalam permainan itu. Kakak membersihkan halaman rumah pagi ini. Membersihkan halaman rumah kakak pagi ini. Murid nakal itu kena rotan kelmarin. Kena rotan murid nakal itu kelmarin.
Pndepanan KK + kata Bantu � � � � � Budak-budak itu masih bermain. Masih bermain budak-budak itu. Anaknya baru sampai dari luar negeri. Baru sampai anaknya dari luar negeri. Mereka akan pergi ke Kedah pagi esok. Akan pergi ke Kedah mereka apgi esok. Guru itu sedang mengajar. Sedang mengajar guru itu. Keluarga itu pernah berkunjung ke ibu kota. Pernah berkunjung ke ibu kota kelaurga itu.
Pendepanan FA � � Ka sahaja atau KA + kata bantu dikedepankan. Contoh: Dia sakit pada masa itu. Sakit dia pada masa itu.
Contoh FA � � � � Badannya lesu sepanjang masa. Lesu badannya sepanjang masa. Pelaajr itu baik dalam semua pelajarannya. Baik pelajar itu dalam semua pelajarannya. Orang tua itu lumpuh dengan tiba-tiba. Lumpuh orang tua itu dengan tiba-tiba. Pegawai baharu di pejabat kami itu bijak. Bijak pegawai baharu di pejabat kami itu.
Pendepanan KA + kata bantu � � � � Barang itu belum tentu baik. Belum tentu baik barang itu. Bangunan lama itu masih teguh lagi. Masih teguh lagi bangunan lama itu. Orang muda itu sedang sakit tenat. Sedang sakit tenat orang muda itu. Anak pendeta belum tentu pandai. Belum tentu pandai anak pendeta.
Pendepanan FSN � � Mengalihkan unsur FSN ke bahagian hadapan iaitu mendahulu subjek. Dua cara: 1. FSN sebagai predikat. 2. FSN sebagai keterangan dalam predikat.
FSN sebagai predikat � � � � � Barang-barang itu untuk ibu. Untuk ibu barang-barang itu. Surat itu daripada Ali. Daripada Ali surat itu. Arahan baharu itu kepada pekerjanya. Kepada pekerjanya arahan baharu itu. Tiket basnya masih pada saya. Masih pada saya tiket basnya. Dia di Kuala Lumpur sekarang. Di Kuala Lumpur dia sekarang.
FSN sebagai keterangan dalam predikat � � � � � Saya berpegang pada janji. Pada janji saya berpegang Kaum Muslimin wajib bertawakal kepada Allah. Kepada Allah kaum Muslimin wajib bertawakal. Encik Ali akan menghadiri kursus itu pada hujung minggu ini. Pada hujung minggu ini Encik Ali akan menghadiri kursus itu. Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota. Ke dalam kota pejuang-pejuang itu merempuh. Mahasiswa itu menelaah pelajarannya untuk peperiksaan akhir. Untuk peperiksaan akhir mahasisiswa itu menelaaah pelajarannya.
� Rehat sebentar………….
Ayat aktif � � Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai jdul/unsur yang diterangkan. Ada dua iaiatu ayat aktif transitif dan aayt aktif tak transitif.
Kenal pasti jenis ayat aktif � � Ali menendang bola. Anjing itu mengjar kucing. Dia mengalamun sepanjang hari. Murid-murid sekolah itu sedang belajar.
Ayat aktif tak transitif � � Ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh FN/klausa komplemen sebagai objek/unsur penyambut Bersifat tunggal terbentuk hanya daripada ayat yang mengdandungi FN subjek asal sebagai judul dan FN objek sebagai unsur penyambut kata kerjanya.
contoh Subjek Predikat KK Transitif Objek 1 Guru Besar Memanggil saya 2 Mereka membaiki Jalan itu 3 Dia membeli Buah durian 4 Raja Siam melantik Wakilnya. 5 Ibu bapa Harus mengawasi Anak-anak mereka. 6 Penyalahgunaan dadah mengancam Keselamatan negara. 7 Banjir melanda Pekan kami. 8 Ahmad mengarang Buku itu. 9 Baginda merasmikan Pameran itu. 10 Air hujan membasahi Bajunya.
Ayat aktif transitif dengan kata komplemen � � � Dia menyatakan bahawa Abu sudah meninggalakn kampungnya. Kami mengetahui bahawa Siti sudah berkahwin. Mereka menganggap bahawa kita lemah. Saya mengesahkan bahawa berita itu benar. Pegawai itu menyedari bahawa di perlu membaiki sikapnya.
Ayat aktif transitif mengandungi KK menerima dua objek sebagai penyambut objek tepat dan objek sipi � � � � � Pembantu rumahnya membawakan saya secawan kopi. Pembantu rumahnya membawa secawan kopi untuk saya. Abang membelikan ibu sebuah rumah. Abang membeli sebuah rumah untuk ibu. Halimah menghadiahi anaknya sebuah basikal. Halimah menghadiahkan sebuah basikal kepada anaknya. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormatan. Baginda menganugerahkan bintang kehormatan kepada pahlawan itu. Gadis itu menjahitkan adiknya sehelai baju. Gadis itu menjahit sehelai baju untuk adiknya.
� Omar mempersuamikan anaknya kepada Nasuha.
Ayat aktif transitif gugur objek (orang pertama tunggal/majmuk) � � � � KK transitif ciri adjektif boleh menerima kata penguat. Kata kerja ialah KA. Contoh: Kegagalannya amat menyedihkan saya. Peristiwa itu amat memalukan kita. Keputusan itu sungguh memeranjatkan ibu bapanya. Alasannya kurang meyakinkan ketuanya. Saya yakin bahawa berita itu sungguh mendebarkan anda.
Ayat aktif tak transitif � � Ayat yang mengandungi KK tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Dua jenis: 1. ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan 2. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yant tidak boleh digugurkan.
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan � Mengandungi KK tak transitif yang boleh emngandungi frasa keterangan secara pilihan. � Contoh: � Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu. � Kanak-kanak sedang mandi.
Ayat aktif tak transitif dengan keerangan yang tidak boleh digugurkan � Ayat yang mengandungi KK yang mesti diikuti oleh unsru pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat � Pelengkap berfungsi sebagai frasa keterangan yang tidak boleh digugurkan. � Contoh:
� � � � � Penyakitnya beransur sembuh. Para peniaga itu ingin menjadi kaya Semua kenderaan menghala ke Timur. Saya bercadang untuk ke sana. Dia bertilamkan rumput pada malam itu. Dia bertujuan ke Johor. Saya berasa sungguh yakin. Dia tidak berbuat jahat. Pegnembara itu berselimutkan embun.
Ayat pasif � � � � Terbentuk daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh: Boleh ditendang oleh Ali. Kucing itu dikejar oleh anjing. Pantai Timur dilanda banjir. Buku itu saya baca. Kitab itu hendaklah kamu simpan baik-baik.
- Slides: 37