SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU NOR ASIAH ISMAIL Perbendaharaan
SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU NOR ASIAH ISMAIL
Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu • Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut; • Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan. • Sekiranya terdapat dua perkataan kata yang mempunyai makna yang sama, pilihan perkataan adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).
• Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital • Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi
• kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. • Istilah-istilah yang terbentuk daripada perkataan umum bahasa Melayu itu seperti gaya, garis pusat, jejari, tapak, segi tiga dan sebagainya
PERBENDAHARAAN KATA SERUMPUN • Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu. Contoh – contoh seperti: • gambut (daripada bahasa Banjar) – peat • nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain • engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut • dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf • dening (daripada dialek Kelantan) – yoke
Perbendaharaan Kata Bahasa Asing • Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.
• Terdapat dua cara perkataan daripada bahasa asing dipilih : • 1. Meminjam konsep asing dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu • 2. Menyerap seluruh kata tersebut ke dalam bahasa Melayu • i. Menterjemah konsep daripada bahasa asing misalnya network – jaringan, medical treatment – pengubatan.
II. Menyerap keseluruhan kata tersebut – Supaya istilah lebih seragam, keutamaan diberi kepada perkataan bahasa Inggeris atas dasar bersifat antarabangsa.
CONTOH • • Atom Stocking Professional Pencil Structure Radio Television Radiography Atom Stoking Profesional Pensel Struktur Radio Televisyen Radiografi
PERBENDAHARAAN ISTILAH ASING • Istilah asing boleh dipinjam atas dasar: • Sesuai maknanya; • Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya; Istilah asing yang diserap itu mempermudah penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.
BENTUK-BENTUK SERAPAN • Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. • Hal ini bergantung pada: • Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat; • Kemudahan belajar bahasa; dan • Kepraktisan. • Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.
Istilah Asing yang Sudah Lazim • Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan kekacauan dan kekeliruan.
CONTOH Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu Campaign Kempen Custom Kastam Dengue Denggi Grant Geran Pension Pencen
Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap • Istilah asing atau ungkapan tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak miring. Contoh: a. bona fide b. esprit de corps c. fait accompli d. weltanschauung e. cal de sac
latihan • Nyatakan dari mana sumber istilah Bahasa Melayu diperoleh? • Bahaskan mengapa ungkapan atau bahasa asing amat di perlukan dalam perkembangan peristilahan di Malaysia?
terima kasih
- Slides: 16