STRATEGIK DAN TEKNIK MENGHADIRI TEMUDUGA OLEH ZURI BIN
STRATEGIK DAN TEKNIK MENGHADIRI TEMUDUGA OLEH ZURI BIN MAS HASSAN PEGAWAI KAUNSELING KOLEJ KOMUNITI BENTONG KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
Kandungan : TEMUDUGA ; Definisi Tatacara Tujuan Jenis Temuduga PERSEDIAAN TEMUDUGA : Sebelum Semasa Selepas PENILAIAN TEMUDUGA
Definisi Temuduga : Satu proses di mana individu bertukar maklumat berkenaan permohonan pekerjaan, kenaikan pangkat dsb. ( Trull, S. G. Tips on Effective Interviewing) Struktur Asas Temuduga : Perbualan dengan matlamat tertentu iaitu memperolehi maklumat yang berkaitan. Interaksi berbentuk lisan dan visual antara dua individu (Blum dan Naylor, Industrial Psychology)
Tujuan Temuduga : Membolehkan penemuduga/majikan mendapatkan maklumat mengenai anda. Maklumat akan digunakan oleh mereka untuk membuat keputusan dengan tepat berhubung dengan kesesuaian anda dan jawatan yang dipohon. Tujuan temuduga ( Get The Right Person For The Job : Managing Interviews and Selecting Employees - Meyer, J. L. dan Donaho, M. W. ) • • • Melihat ciri-ciri personaliti anda Mengetahui dan membuktikan pengetahuan kemahiran dan bakat anda Mengetahui dan membuktikan pencapaian akademik dan latihan yang pernah diikuti. Mendapat maklumat mengenai pengalaman bekerja ( jika ada) Menilai motivasi dan keinginan anda bekerja Menanya/beritahu jenis pekerjaan & tanggungjawab pekerjaan yang dipohon/tawarkan.
JENIS-JENIS TEMUDUGA 1. ) Temuduga Terbuka - Walk in 2. ) Temuduga Biasa ( mengisi borang permohonan ) interview
MAKLUMAT SESSI TEMUDUGA PROJEK PKPP-ZON SELATAN (JOHOR DAN MELAKA) TARIKH/ HARI MASA 2. 00 ptg-3. 00 ptg 14/04/2002 Ahad 2. 00 ptg-3. 00 ptg 11. 00 pg-12. 00 tg 2. 00 ptg-3. 00 ptg 28/04/2002 Ahad 2. 00 ptg-3. 00 ptg 2. 00 ptg-3. 00 ptg 11. 00 pg-12. 00 tg 2. 00 ptg-3. 00 ptg TEMPAT TEMUDUGA PENEMUDUGA Mc. Donalds Pandan, Johor Bahru (Bersebelahan Carrefour) KFC Skudai Parade, Skudai, Johor KFC Tmn. Bkt. Pasir, B. Pahat KFC Jln. Dato. Kapt. Ahmad, Kluang Mc. Donalds, Segamat Marry. Brown Kulai Wetex Parade, Muar Mahkota Parade, Melaka Tkt. Atas En. Zulazman KFC Tkt. Atas Tkt. Bawah Tkt. Atas Food Court Mc. Donalds Cik. Noriah En. Sukemi/En. Samian En. Man En. Jamal & En. Zam En. Naza En. Dzul Mc. Donalds Pandan, Johor Bahru (Bersebelahan Carrefour) KFC Skudai Parade, Skudai Komplek Pusat Bandar, P. Gudang KFC Tmn Bkt. Pasir, B. Pahat KFC Jln. Dato Kapt. Ahmad, Kluang KFC Pontian, Johor Merry. Brown, Kulai, Johor KFC Kota Tinggi, Johor Wetex Parade, Muar Mahkota Parade, Melaka Mc. Donalds En. Zamzuri KFC Food Court Tkt. Atas Tkt. Bawah Food Court Mc. Donalds En. Zulazman Cik. Noriah En. Sukemi En. Man En. Samian En. Naza En. Jamal En. Dzul En Dzul Sebarang Pertanyaan Untuk Zon Selatan sila hubungi: HOTLINE TIPS: 012 -335 2285 atau Perunding Kawasan Selatan: En. Izam: 012 -7125091/En. Zulazman: 012 -7071914/En. Izan: 019 -7232444/En. Dzul: 013 -7797349/En. Zamzuri: 0197417276/En. Man: 012 -7376787/En. Sukemi: 019 -7058157/En. Naza: 013 -7737894/En. Jamal: 019 -7410586/Cik Noriah: 012 -7116759
. : Bahan Ilmiah : . . : Kerjaya : . Jawatan Kosong Jawatan-jawatan dan kekosongan kerja yang diiklan bagi tempoh semasa. [ klik di sini ] "Carier Guide" Penerbit : Recruit Pengarang : T. Komatsu ". . mengandungi segala maklumat penting tentang ker jayaan karier dan panduan menyusur arus globalisasi. . " "Kerjaya dan Anda“ Penerbit : Inteam Bistari Pengarang : Said S. Abidin Pengiklanan Pekerjaan Peluang keemasan untuk para majikan, organisasi ataupun individu yang ingin mengiklankan kekosongan jawatan. [ klik di sini ] Resume Mengandungi beberapa contoh resume. [ klik di sini ] . : Halaman IPTA / IPTS / Kolej : . ". . psikologi minda untuk menempuh alam pekerjaan, persediaan umum dan cabaran dunia kerjaya. . " - Politeknik Ungku Omar - Universiti Malaysia Sabah - Universiti Pendidikan Sultan Idris - Universiti Teknologi Petronas - Kolej IKIP - Universiti Putra Malaysia - Kolej Damansara Utama - Universiti Tun Abdul Razak - Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn - Universiti Multimedia . : Halaman Remaja : . -- 3 R : Respek. Relaks. Respond - Portal Remaja Malaysia Pertama – Virtual Expression of the New Young Lifestyle - Virtual Friends Web Portal Community
PERSEDIAAN SEBELUM TEMUDUGA DAPATKAN MAKLUMAT ASAS YANG TEPAT ☻Tarikh, hari, masa dan tempat temuduga ☻Datang awal ( 15 -30 minit) ☻Menghubungi pihak majikan dan tanyakan jenis temuduga dijalankan secara individu, kelompok atau panel MENGKAJI BAKAL MAJIKAN Lakukan sedikit kajian mengenai sesuatu syarikat sebelum menghadiri temuduga iaitu : Nama syarikat, alamat, lokasi, perkhidmatan yang diberikan, orang utama yang menerajui syarikat, anak syarikat dan cawangan. Sumber boleh didapati daripada pusat maklumat kerjaya, laman web, orang perseorangan dsb. Usaha anda akan dapat memberikan gambaran bahawa anda benar berminat mengenai kerjaya atau syarikat tersebut.
PERSEDIAAN SEBELUM TEMUDUGA MENGKAJI BAKAL MAJIKAN ØAnda perlu mengetahui potensi syarikat yang bakal anda duduki itu supaya ia mempengaruhi diri anda apabila berada di dalamnya. ØAnda perlu mengambil tahu jumlah pekerja dan sejarah terdahulu syarikat tersebut supaya anda tidak kelam-kabut mempelajari banyak perkara baru apabila berada di dalamnya ØPengetahuan anda mengenai syarikat tersebut akan menjadikan majikan kagum dengan keprihatinan dan kesediaan anda. ØSelain mengetahui profile syarikat melalui berita semasa, anda boleh juga merisik melalui laman web syarikat terbabit. ØDaripada laman web tersebut, anda boleh mendapat banyak maklumat berkaitan.
PERSEDIAAN SEBELUM TEMUDUGA MENGKAJI BAKAL MAJIKAN Mulakan usaha anda melalui enjin pencari seperti Yahoo!, Excite, Altavista, Lycos and Virgin. net, www. hoovers. co. uk dan lain-lain. Anda boleh mendapat gambaran umum mengenai gaya dan penekanan syarikat, cara pemasaran mereka, cara mereka melatih pekerja, juga misi syarikat. Bagaimanapun, jika laman-laman web ini gagal membantu, dapatkan maklumat daripada pusat kaunseling universiti anda yang pasti menyimpan banyak maklumat mengenai syarikat yang bersesuaian dengan minat anda.
What to find out in an interview The job title The responsibilities Whom you will be reporting to Hours and days you are expected to work Your boss work style (is he or she a look-over-the shoulder type or someone who expects you to solve problems on your own? ) Whether the overtime is required; if so, how often and the wages Whether travel is involve; if so, how often The salary or salary range Health benefits (deductibles, coverage, whether you are expected to contribute any portion of premiums) The career path or promotion possibilities Why the person who currently holds the position is leaving
PERSEDIAAN SEBELUM TEMUDUGA ANDA MENGENALI DIRI ANDA ♣ Ringkasan kerjaya dan matlamat Gambaran tentang pegangan atau pendirian anda (seperti etika kerja, minat terhadap organisasi, falsafah pengurusan dan lain-lain) dan di mana anda bayangkan diri anda berada dalam masa 2 - 5 tahun dari sekarang. Resume tradisional Ringkasan tentang pendidikan anda, pencapaian dan pengalaman kerja mengikut kronologi atau format rasmi. ♣ Resume yang boleh diimbas (scan) Resume yang mengandungi teks sahaja juga perlu dimasukkan. ?
PERSEDIAAN SEBELUM TEMUDUGA ♣Kemahiran, kebolehan dan kualiti yang boleh diketengahkan Maklumat terperinci mengenai kemahiran dan pengalaman anda. Bahagian ini mengandungi maklumat berkenaan * bidang kemahiran; * prestasi, * pengetahuan atau peribadi yang menyumbang kepada kejayaan anda dalam bidang kemahiran tersebut; * latar belakang anda * pengalaman-pengalaman khusus yang memperlihatkan kebolehan kemahiran anda dalam bidang berkenaan.
PERSEDIAAN SEBELUM TEMUDUGA @ Contoh hasil kerja anda ontoh hasil kerja terbaik anda, termasuklah laporan-laporan, kertas-kertas kerja, kajian, brosur, projek dan sebagainya. Selain daripada bahan bercetak anda juga boleh masukkan CD-ROMs, video dan lain-lain format multimedia. ♣Surat perakuan dan surat sokongan Kompilasi segala testimoni yang anda terima daripada pelanggan, rakan sekerja, bekas majikan, profesor dan lain-lain. Anda juga boleh memasukkan salinan laporan penilaian oleh majikan dan ulasan. ♣Hadiah dan anugerah Kompilasi sebarang anugerah, sijil-sijil penghargaan dan biasiswa yang pernah diterima.
PERSEDIAAN SEBELUM TEMUDUGA ♣Persidangan dan bengkel-bengkel Senarai persidangan, seminar-seminar dan bengkel-bengkel yang telah anda sertai atau hadiri. ♣Transkrip, ijazah, lesen dan sijil-sijil Huraian tentang kursus-kursus, ijazah, lesen dan sijil-sijil yang berkaitan. SEDIAKAN DOKUMEN ANDA • Rujukan Senarai maklumat 3 - 5 orang (termasuk nama penuh, jawatan, alamat dan nombor telefon) orang yang bersedia untuk memberi maklumat tentang kekuatan anda, kebolehan, kelebihan dan pengalaman. Sekurang-kurangnya satu rujukan daripada bekas pengurus anda.
PERSEDIAAN SEBELUM TEMUDUGA SEDIAKAN DOKUMEN ANDA Semua dokumen, surat akaun, resume dan surat-surat lain disusun mengikut mana yang terdahulu/penting di dalam fail holder Surat temuduga disertakan bersama dalam fail tersebut ( dibelakang sekali ) Buat semakan terakhir apa keperluan yang perlu dibawa pada hari temuduga.
PERSEDIAAN SEMASA TEMUDUGA - PROSES TEMUDUGA Samsiah Yahya ( Strategi Mendapatkan Pekerjaan ) menyatakan 4 peringkat temuduga pemilihan personel : Peringkat 1 – Perbualan ringan antara dua pihak. Penemuduga mula membentuk gambaran perwatakan anda. ( First impressionamat besar pengaruhnya) Peringkat 2 – Memfokuskan latar belakang dan kelayakan anda. Anda harus mengambil peluang dan mempunyai inisiatif untuk “menjual diri” serta mempamirkan kebolehan anda Peringkat 3 – Majikan/penemuduga dan anda saling bertukar maklumat. Anda menjelas dan mengukuhkan lagi kebolehan anda dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan jawatan dan organisasinya. Peringkat 4 – Interaksi pada peringkat ini adalah ke arah penutupan perbualan.
PERSEDIAAN SEMASA TEMUDUGA Anda dipanggil temuduga kerana majikan mahu mengambil calon yang benar-benar layak bagi memenuhi keperluan perjawatan bukan untuk menyusah atau memalukan anda.
PADA HARI TEMUDUGA Pakaian formal, Kemas Ø Bawa semua sijil-sijil asal Ø Susunkannya dengan kemas dalam fail/ clear folder Ø Tiba awal di tempat temuduga ( sekurangnya 30 minit ) Ø
SEMASA TEMUDUGA Jangan merokok Ø Ucap selamat pagi atau salam kepada penemuduga Ø Duduk tegak Ø Pandang penemuga (Look straight at the interviewer(s)) Ø Jangkakan sesuatu yang tidak disangka ( Expect the unexpected ) Ø Jangan panik Ø
Semasa Bercakap/Menjawab Soalan Penemuduga Ø Jawab soalan dengan jelas dan yakin Ø Jangan bercakap terlalu laju kerana ini menunjukkan yang anda gementar Do not speak too fast as this could send a message that you are nervous Ø Bercakap dengan penuh semangat Ø Kemukakan soalan yang relevan berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon – ini menunjukkan yang anda berminat dengan pekerjaan yang dipohon
BILA MENJELASKAN TENTANG SKOP PEKERJAAN DAN TUGAS Gunakan perkataan yang menunjukkan kebolehan, contohnya : “berinisiatif” “ada konsep” “terurus, dsb
Bila Ditanya …. “Cuba jelaskan tentang diri” Ø Fokus jawapan anda pada latar belakang anda & kejayaan peribadi Ø Tekankan tentang pencapaian anda : ü Rekod jualan dsb ü Proses yang telah dikembangkan ü Sistem yang diinstalled ü projek
Jawab Persoalan Ø Bercakap tentang jawatan yang dipohon Ø Tekankan apa yang boleh anda lakukan pada syarikat Ø Tunjukkan kebolehan dan keazaman untuk berjaya di dalam pekerjaan yang dipohon Ø Beritahu majikan/penemuduga kenapa anda merupakan satu aset kepada syarikat dan BUKAN anda yang perlukan pekerjaan tersebut
ELAKKAN …………. . Perkataan yang negatif seperti : Komen negatif terhadap majikan sekarang atau memburukkan rakan sejawat
Menjawab Pertanyaan Ø Beri penjelasan apabila perlu Ø Jangan jawab soalan terlalu ringkas : contohnya “ya” atau “ tidak” Ø Bawa salinan tambahan kurikulum vitae/ resume Ø Sekiranya anda tidak memahami soalan – minta penemuduga mengulangi soalan.
PERSEDIAAN SEMASA TEMUDUGA PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH ( THE DO’S AND DONT’S) BOLEH Ø Jadilah diri anda sendiri Ø Rancang untuk tiba awal Ø Hadir diri dengan kelihatan yakin dan tenang Ø Pakai pakaian selesa dan formal TIDAK BOLEH Ø Jangan cuba berlakon Jangan datang lewat terlambat Ø Jangan tergopoh-gapah Ø Jangan pakaian yang berlebihan untuk menarik minat penemuduga Ø
PERSEDIAAN SEMASA TEMUDUGA PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH ( THE DO’S AND DONT’S) Ø Ø BOLEH Untuk lelaki pakai kemeja bewarna cerah bertali leher dengan seluar dan kasut bewarna gelap Untuk permpuan pakaian yang sesuai dengan pekerjaan yang dipohon Melangkah masuk ke bilik temuduga dengan positif, senyum dan memberi ucapan pada penemuduga. Gunakan panggilan tuan/puan. Ucapkan terima kasih dan duduk tegak ke hadapan ( up right) TIDAK BOLEH Ø Jangan pilih warna yang garang dan berbunga-bunga Ø Jangan memakai baju yang menjolok mata Ø Jangan duduk sehingga anda dibenarkan duduk Ø Jangan menyandar dan jangan duduk dengan kaki bersilang dan jangan memeluk badanan yang berwarna garang, berwarna-warni, menjolok mata
PERSEDIAAN SEMASA TEMUDUGA TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA 1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar/panik. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga. 2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian. 3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
PERSEDIAAN SEMASA TEMUDUGA 4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu. 5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu. 6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain kertas di atas meja penemuduga itu. 7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga. 8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.
PERSEDIAAN SEMASA TEMUDUGA 9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seoang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel. 10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya. 11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya. 12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut. 13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
PERSEDIAAN SEMASA TEMUDUGA 14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya. 15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya. 16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga. 17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
PERSEDIAAN SEMASA TEMUDUGA 18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda. 19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu. 20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
PERSEDIAAN SEMASA TEMUDUGA 21. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu. 22. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya. 23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga. 24. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
SELEPAS TEMUDUGA KEESOKAN HARI Sehari selepas temuduga, pastikan anda mengambil inisiatif dengan menulis surat ucapan terimakasih kepada majikan. Nyatakan penghargaan anda dan terima kasih kerana diberi peluang. Nyatakan juga bahawa anda mempelajari sesuatu yang berguna dari pengalaman temuduga tersebut. Pertemuan tersebut telah menambahkan lagi minat anda untuk bersama dengan majikan.
SELEPAS TEMUDUGA BAGAIMANA JIKA ANDA TIADA MENERIMA APA-APA BERITA Berikan masa yang bersesuaian untuk majikan membuat keputusan ( biasanya dua minggu) Anda boleh menghubungi pihak majikan bagi mengetahui kedudukan sebenar Pastikan anda menyatakan nama, jawatan yang dipohon, tarikh dan tempat temuduga. Nyatakan mengapa anda menghubungi mereka Jangan kecewa seandainya tiada keputusan dibuat kerana mereka mempunyai alasan yang tertentu.
SELEPAS TEMUDUGA MENERIMA TAWARAN……. . Setinggi TAHNIAH di atas kejayaan anda kerana layak memegang jawatan yang dipohon. Anda diberi masa untuk membuat keputusan sama ada menerima atau menolak jawatan yang ditawarkan. Sekiranya pada masa yang sama anda menerima beberapa tawaran lain, senaraikan kelebihan dan kekurangan setiap tawaran dari agensi tersebut. Kemudian fikirkan apa kekuatan dan kelemahan anda, jenis persekitaran yang anda suka, latar belakang jawatan, gaji dsb. Bandingkan dan kemudian buat pilihan mana yang terbaik untuk anda. Terima tawaran pekerjaan yang anda suka.
SELEPAS TEMUDUGA JIKA ANDA TIDAK DITERIMA…………. Jika jawapan adalah mendukacitakan, jangan KECEWA atau PUTUS HARAPAN. Hubungi pihak penemuduga dan dapatkan maklumbalas prestasi anda semasa temuduga dan tanyakan kenapa anda tidak berjaya. ( Walaupun tidak semua bersedia memberitahu anda- sebab peraturan/polisi, yang penting anda Teruskan usaha anda -------SENANTIASA BERFIKIRAN mencuba dahulu. POSITIF DAN YAKIN DIRI. Bakal penemuduga tidak tahu tentang kegagalan anda. Jika sukar mendapat kerja tetap berusaha untuk bekerja separuh masa/sementara untuk mendapat pengalaman atau membina hubungan baik.
SELEPAS TEMUDUGA JIKA ANDA TIDAK DITERIMA …………. . Anggapkan yang temuduga lepas sebagai satu latihan. Anda ditolak kerana ada calon yang lebih baik daripada anda. Pada masa akan datang , anda mungkin calon terbaik.
Penilaian Temuduga : Dalam temuduga lazimnya penemuduga akan menilai diri anda berasaskan gred seperti di bawah : Amat Baik Sederhana Lemah Catatan
PENILAIAN SEMASA TEMUDUGA Disepanjang interaksi sewaktu temuduga, mereka akan menilai kekuatan atau kelemahan anda : Paras Rupa Fizikal Tingkah. Laku Kepetahan Bertutur Keyakinan Kewibawaan Motivasi Pengetahuan Pembawaan Kecerdasan
Penilaian Temuduga : PARAS RUPA FIZIKAL Kekemasan Cara Berpakaian. TINGKAHLAKU Perlakuan am, Kesopanan, Gaya Ketenangan. KEPETAHAN BERTUTUR Tenang, Kelancaran Penyampaian, Perbendaharaan Kata dan Pemilihan Perkataan Penyampaian yang Jelas
Penilaian Temuduga : KEYAKINAN Keyakinan Diri, Kematangan Sikap Dan Pendapat, Ketabahan Dan Kepastian. KEWIBAWAAN Personaliti Yang Tegas Lagi Bertenaga, Keupayaan Untuk Menyakinkan Dan Mempertahankan Hujah. MOTIVASI Desakan/Kesungguhan, Penyertaan Dalam Perbualan/Perbincangan.
Penilaian Temuduga : Ø PEMBAWAAN Kemesraan dan kemampuan Ø PENGETAHUAN Berhubung dengan kelayakan dan pengalaman bergaul, Perangai, Berfikiran luas, Kawalan emosi.
Penilaian Temuduga : KECERDASAN Ø Keupayaan analitikal, kecekapan menjawab, mentaakul, membina dan berfikiran logik. PENILAIAN TEMUDUGA SELURUHNYA………. . Ø Jika Boleh jadi anda akan diambil terus untuk bekerja selepas temuduga itu ataupun anda akan diberitahu oleh penemuduga tentang keputusannya di dalam beberapa hari kelak. Jikalau anda tidak berjaya mendapat pekerjaan itu, janganlah berputus asa. Setiap kali anda ditemuduga, ianya akan menambahkan lagi pengalaman anda dan anda juga akan berpeluang untuk membaiki cara-cara dan kedudukan yang lepas.
Sekian Terima Kasih
- Slides: 48