SMK DATO AHMAD MAHER SEMINAR MENJAWAB BAHASA MELAYU
SMK. DATO AHMAD MAHER SEMINAR MENJAWAB BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
SOALAN KBKK KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF KRITIS & CADANGAN JAWAPAN
Sebagai seorang remaja, mengapakah anda perlu menghargai masa? Cadangan jawapan • Supaya kehidupan lebih teratur / berjalan lancar • Tidak terjebak dalam gejala sosial / dapat melakukan kerja-kerja yang berfaedah • Memanfaat usia remaja yang datang sekali dalam seumur hidup / masa itu emas • • Untuk menjadi warganegara yang berguna Untuk mencapai cita-cita / wawasan masa depan / mendapat kejayaan • Untuk memenuhi tuntutan agama • Untuk menjadi remaja yang berdisiplin
Andainya andai seorang nelayan, apakah usaha-usaha yang akan anda lakukan untuk meningkatkan kerjaya anda? Cadangan jawapan • Menggantikan peralatan lama / menggunakan peralatan moden yang canggih • Memohon / mendapatkan bantuan modal / pinjaman untuk membeli bot dan peralatan moden • Menghadiri / menyertai kursus / latihan / kemahiran mengendalikan bot / berkaitan nelayan • Mempelbagaikan produk yang berasaskan ikan / menjual sendiri • Tekun / rajin berusaha untuk merubah imej diri • Menjadi nelayan laut dalam
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengelakkan berlakunya penyakit kronik dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini? Cadangan jawapan • Mengamalkan cara hidup sihat / beriadah / bersenam / tidak merokok / menjaga kesihatan • Pemakanan seimbang / makanan berkhasiat • Rehat yang mencukupi / tidur yang mencukupi • Sentiasa berjumpa doktor / sentiasa membuat pemeriksaan • Mewujudkan persekitaran yang bersih • Kempen kesedaran melalui pendidikan di sekolah
Selain mengajak ibu bapa tinggal bersama-sama, pada pendapat anda apakah cara-cara yang dapat dilakukan untuk membalas jasa ibu bapa? Cadangan jawapan • Tinggal bersama ibu bapa di kampung • Pulang pada setiap minggu / bulan / menziarahi ibu bapa • Menghantar ibu bapa mengerjakan haji / melancong / bersiar-siar / makan angin • Menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka • Mengirimkan wang • Menjaga perasaan ibu bapa / tidak menimbulkan kemarahan
Pada pendapat anda, bagaimanakah pendekatan kaunseling dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah? Cadangan jawapan • Mewujudkan hubungan baik / melalui pendekatan dua mata • Pelajar rasa dihargai / nasihat dapat diterima • Pelajar mendapat perhatian / memberi nasihat dan membimbing • Maklumat pelajar dirahsiakan • Pelajar ada tempat mengadu • Pelajar dibantu untuk menyelesaikan masalah • Pihak kaunselor selalu mengikuti perkembangan pelajar bermasalah
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan taraf hidup seorang petani ? Cadangan jawapan • Bekerja dengan lebih gigih • Menggunakan kaedah pertanian moden yang dapat mengeluarkan hasil yang lebih banyak • Memberikan latihan kemahiran / bimbingan dalam bidang pertanian • Memberikan modal / pinjaman untuk membesarkan pertanian • Membuka pertanian secara komersial
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memupuk minat masyarakat menghargai tinggalan Sejarah? Cadangan jawapan • Mengekalkan / menjaga / tidak memusnahkan kesan Sejarah • Memperbaharu tinggalan Sejarah • • Memajukan kawasan tinggalan Sejarah supaya senang dilawati Mempromosi / menggalakkan / melawat kawasan tinggalan Sejarah kepada pelancong dalam dan luar negara • Mengadakan penyelidikan tentang tinggalan Sejarah • Merekod / mendokumentasikan tinggalan Sejarah
Sekiranya anda tinggal di kawasan berhampiran sungai, apakah tindakan anda untuk menjaga kebersihan sungai ? Cadangan jawapan • Mengelakkan daripada membuang sampah di sungai • Menasihati keluarga dan jiran tetangga supaya menjaga kebersihan sungai • Melaporkan kegiatan pencemaran kepada pihak berkuasa • Menyertai program kesedaran alam sekitar • Menganjurkan program gotong-royong di kawasan kampung • Tidak melancong ke negara yang terlibat. • Sentiasa peka terhadap usaha kerajaan ke arah membersihkan alam sekitar • Memupuk semangat cintai sungai
Pada pendapat anda, bagaimanakah anda dapat membantu rakan anda yang terjebak dengan gejala sosial ? Cadangan jawapan • Memberi nasihat • Membawa berjumpa pakar kaunseling • Melaporkan kepada pihak berkuasa • Memberitahu pihak keluarga • Mengajak menyertai program kerohanian
Pada pendapat anda, apakah tindakan yang sesuai untuk membantu sahabat yang kecewa dalam hidup? Cadangan jawapan • Mengajaknya berjumpa pakar/kaunselor • Senitasa mendampingi dan memberikan semangat • Menjadi pendengar yang setia • Cuba menyelesaikan masalah yang dihadapinya sekiranya mampu • Membawanya bersiar-siar atau beriadah • Mengajaknya mendekatkan diri dengan Tuhan / berdoa / berzikir
RENYAH VS SUTERA DALAM LUKISAN Analisa perbandingan novel
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Kepincangan yang berlaku dalam masyarakat dalam Renyah Kepincangan Peristiwa Masyarakat yang suka memberi dan menerima rasuah Tengku Munir yang tamak sanggup memberikan rasuah kepada Hasnol agar meluluskan kesemua tender yang dimohonnya. Manakala Hasnol yang ingin hidup mewah sanggup menerima rasuah sehingga didakwa oleh pihak berkuasa. Anak terabai apabila berpoligami Datuk Dolhi telah mengahwini Mastura secara senyap tanpa pengetahuan Datin Tominah. Akhirnya Wahi terpaksa hidup dan membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Tetapi akhirnya Datuk Dolhi telah mengistiharkan Wahi anak kandungnya menyebabkan berlaku konfrontasi antara Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
Kepincangan yang berlaku dalam masyarakat dalam Sutera dalam Lukisan Kepincangan Peristiwa Masyarakat yang suka menaburkan fitnah Alias telah menaburkan fitnah terhadap Adila dengan mengatakan Adila telah menghidap penyakit AIDS dan perempuan yang sudah rosak untuk memalukan Adila selepas Adila menolak pinangannya. Masyarakat yang terlibat dengan gejala sosial Alias dan Sahak terlibat dalam perlumbaan motosikal secara haram sehingga menyebabkan Sahak cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan semasa sedang berlumba.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan latar masyarakat dalam novel tersebut. Latar masyarakat dalam Renyah Latar masyarakat Peristiwa Masyarakat usahawan Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya dan memiliki Dolhi-Albert Holding. Malah, Datuk Dolhi merupakan seorang jutawan yang berjaya. Masyarakat yang berpengetahuan dan mementingkan ilmu pengetahuan Datuk Dolhi mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan. Beliau juga minat membaca buku. Sebelum memberi ceramah kepada usahawan muda, beliau telah menyelak buku-buku lamanya.
Latar masyarakat dalam Sutera dalam Lukisan Latar masyarakat Peristiwa Masyarakat yang kurang bernasib baik Bujei dianggap oleh orang-orang kampung sebagai seorang yang bodoh, dungu, dan tidak berakal kerana sikap Bujei yang lurus. Bapanya telah meninggal sejak dia masih kecil, kemudian ibunya dan neneknya. Dia telah hilang tempat bergantung dan terpaksa hidup sebatang kara. Masyarakat yang tidak berperikemanusia an Alias selalu membuli dan memukul Bujei kerana Bujei tidak pernah melawan dan lemah. Begitu juga Harun yang tamakkan harta sanggup membunuh Fatimah dan menganyai Bujei untuk mendapatkan tandatangan bagi membolehkannya menukar nama tanah.
Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab itu boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran dalam Renyah Kesedaran Sebab-sebab Pentingnya sikap berjimat cermat dan sederhana dalam hidup Hasnol bersikap boros dan suka bermewah-mewahan dalam hidup. Sikap ini telah menyebabkan dia selalu berhutang dengan Datuk Dolhi, ayahnya tetapi tidak pernah membayar. Akhirnya Tengku Munir telah mengambil kesempatan ini untuk menawarkan rasuah. Berhati-hati dalam mengejar cita-cita Dani terlalu taksub mengejar cita-citanya sebagai kumpulan rock. Ketika ingin melancarkan albumnya yang pertama, dia telah menggunakan dadah untuk memberi keyakinan dalam persembahannya. Akhirnya dia telah ditangkap oleh polis.
Sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran dalam Sutera dalam Lukisan Kesedaran Sebab-sebab Tekanan hidup boleh menyebabkan manusia berubah Bujei telah mengalami tragedi yang besar. Pertama, kematian ayahnya dalam tragedi kemalangan. Kedua kematian ibunya dan neneknya. Dia hilang tempat bergantung sedangkan dia masih kecil untuk menerima semua itu. Tekanan hebatnya menyebabkan dia menjadi tidak normal. Fitnah boleh meruntuhkan institusi kemasyarakatan Alias telah membuat fitnah yang Adila telah mengidap penyakit AIDS dan merupakan perempuan yang telah rosak. Hal ini meyebabkan Bujei telah menyesyaki sesuatu dan tidak mahu berjumpa Adila juga telah mendapat malu dan terpaksa balik ke Kuala Lumpur. Kejadian ini sedikit sebanyak telah menyebabkan dia berputus asa untuk menolong Bujei tetapi akhirnya dia menghadapi keadaan itu dengan tenang.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel. Nilai keberanian dalam Renyah Nilai keberanian Peristiwa Berani bersaing dalam dunia perniagaan Datuk Dolhi seorang anak Melayu yang berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan berkerjasama pula dengan kaum lain iaitu Albert Lee. Beliau akhirnya berjaya dalam perniagaan dan bergelar jutawan. Wahi berani menyahut cabaran ayahnya Datuk Dolhi untuk menerajui syarikat Setelah kesemua anak Datuk Dolhi tidak mahu mengambil alih pengurusan syarikat, maka Datuk Dolhi telah melantik Wahi menggantikkannya. Semua lembaga pengarah bersetuju melainkan Albert Lee menuuduh anak-anak Datuk Dolhi telah menyebabkan prestasi syarikat jatuh. Wahi terpaksa menghadapi Albert Lee dalam mengendalikan teraju syarikat.
Nilai keberanian dalam Sutera dalam Lukisan Nilai keberanian Peristiwa Berani Harun balik semula setelah sekian lama menghilang. mempertahankan Misinya kali ini untuk mendapatkan tandatangan Bujei hak untuk penjualan tanah pusaka. Sewaktu di tepi sungai, Harun telah memaksa Bujei menandatangani surat tukar nama tanah. Setelah pelbagai cara dilakukan, akhirnya Bujei telah menandatangani borang tersebut tetapi telah membasahkan borang itu menyebabkan dakwatnya kembang. Hal ini menyebabkan Harun marah. Berani menunjukkan bakat terpendam Semasa perkahwinan Same’ah, terdapat persembahan pancaragam. Bujei telah diundang untuk menyampaikan sebuah lagu selepas mendapat permintaan seseorang. Semua beranggapan bahawa Bujei akan merosakkan majlis tetapi sebaliknya terpukau dengan persembahan lagu “Bahtera Merdeka”. Bujei menyampaikan lagu dengan cukup yakin dan mempersonakan orang kampung.
Pengarang menggunakan pelbagai teknik plot dalam menghasilkan novel mereka. Salah satu daripada teknik plot yang lazim digunakan ialah teknik imbas kembali. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, kemukakan peristiwa-peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali itu. Peristiwa Teknik imbas kembali Datuk Dolhi terkenang sewaktu Hasnol dilahirkan Datuk Dolhi ketika itu menjadi pegawai kerajaan yang bertugas sebagai pengarah jabatan. Datuk Dolhi berdoa agar suatu hari nanti Hasnol akan menjadi pegawai tadbir dan diplomatik. Akhirnya, hasrat Datuk Dolhi itu benar termakbul. Datuk Dolhi terkenang sewaktu dia pertama kali berada di Jepun kerana mengikut program JICA. Dia dan rakannya terkulat-kulat mencuba resipi masakan Jepun. Rasa was-was tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun setelah beberapa hari mencuba, mereka dapat menyesuaikan diri dengan makanan Jepun.
Teknik imbas kembali dalam Sutera dalam Lukisan Peristiwa Teknik imbas kembali Bujei teringatkan tragedi yang menimpa ibunya Harun, bapa tirinya memaksa ibunya memberikan wang atau seutas rantai. Keengganan ibunya menyebabkan ibunya diterajang sehingga pengsan. Harun kemudian menyepak pelita dan menyebabkan rumah mereka terbakar dan mengorbankan ibunya. Bujei terkenangkan dirinya yang bersendirian dan tiada sanak saudara Bujei terkenang akan dirinya yang bersendirian dan tiada sanak saudara yang sudi kepadanya. Orang kampung dilihatnya seperti musuh, tidak berhati perut dan tidak mempunyai perasaan belas kesihan. Bujei merasakan dirinya benar-benar terbuang.
- Slides: 24