SKETSA BAHASA MELAYU 011 KURIK ITU KUNDI MERAH
SKETSA BAHASA MELAYU 011
KURIK ITU KUNDI, MERAH ITU SAGA; BAIK ITU BUDI, INDAH ITU BAHASA.
KESALAHAN UMUM TATABAHASA Kebakuan bahasa bergantung kepada keseragaman sistem bahasa yang diterima secara rasmi dan sempurna dari segi penggunaan aspek-aspek bahasa iaitu: betul ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras, dan sebutan. Tanpa sistem yang tekal, penggunaan bahasa bercelaru. Pelbagai pihak bertentang ideologi dalam menetapkan sistem. Apa yang dibincangkan ialah aspek tatabahasa yang menjadi masalah kepada pengguna bahasa.
2 B – 2 S KONSTRUK Kata Kerja Penanda Wacana Kata Ganda Kata Ganti Diri Kata Hubung Imbuhan Kata Adjektif Penjodoh Bilangan Kata Majmuk X Faham < Faham
2 B – 2 S KONSTRUK Kata Kerja Penanda Wacana Kata Ganda Kata Ganti Diri Kata Hubung Imbuhan Kata Adjektif Penjodoh Bilangan Kata Majmuk X Faham < Faham
2 B – 2 S KONSTRUK Kata Sendi Nama Kata Bilangan Peribahasa Kata Bantu Sinonim Antonim Polisme Bina Soalan Bina Jawapan X Faham < Faham
2 B – 2 S KONSTRUK Menentukan Maksud Ayat Kesalahan Umum TB Aneka Petikan X Faham < Faham
Kata Ganti Diri Untuk menggantikan nama orang. Tidak boleh untuk benda & fauna. Contoh: Kucing itu mati. Ia dilanggar lori. (Salah) Kucing itu mati dilanggar lori. Contoh: Beliau hanya untuk orang yang dihormatiibu, ayah, guru, menteri dsb. Beliau ditangkap kerana mengedar dadah. (SALAH) Dia ditangkap kerana mengedar dadah. Saya ada seorang adik. Beliau berusia dua tahun. (SALAH) Nama bapa saya Ahmad. Beliau seorang guru.
n Kata ganti diri tidak boleh diganda atau diulang seperti mereka -mereka, anda-anda, kamu-kamu dll Contoh: Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (SALAH) Mereka yang bersalah akan dihukum. Kata ganti diri ia dan nya tidak boleh digabung menjadi ianya. Contoh: Jika tidak cepat dirawat mungkin ianya akan lumpuh. (SALAH) Jika tidak cepat dirawat mungkin ia akan lumpuh.
Kata ganti diri pertama dan kedua tidak boleh digunakan selepas oleh. Contoh: Bola itu disepak oleh saya. (SALAH) Bola itu saya sepak. Saya sepak bola itu. n Kuih itu dimasak oleh kamu? (SALAH) Kuih itu kamu masak? Kamu masak kuih itu?
Kata Bilangan n Kata yang digunakan untuk menghitung benda seperti satu, dua, beberapa, semua dsb. Kata bilangan tak tentu seperti setengah, kata bilangan pisahan tiap-tiap dan kata bilangan himpunan kedua, tidak boleh disingkatkan sewenang-wenangnya. Contoh: Setengah orang tidak suka akan durian. (SALAH)
n n n n Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. Sesetengah orang tidak suka akan durian. Tiap pelajar harus berdisiplin. (SALAH) Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. Berbagai usul dikemukakannya. (SALAH) Berbagai-bagai usul dikemukakan. Pelbagai usul dikemukakan.
n n Kata bilangan tak tentu para tidak boleh diulang. Contoh: Para-para peserta sedang berbaris. (SALAH) Para peserta sedang berbaris. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh ditulis berturutan dengan kata bilangan pecahan.
n n Contoh: Sudah dua suku jam dia menunggu. (SALAH) Sudah dua jam suku dia menunggu. Harga sekilogram rambutan itu tiga setengah ringgit. (SALAH) Harga sekilogram rambutan itu tiga ringgit setengah.
Penjodoh Bilangan n n Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama kata bilangan. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak boleh digunakan bersama-sama dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengah-setengah dan sebilangan.
n n n Contoh: Para orang pelajar. (SALAH) Para pelajar. Segala ekor binatang. (SALAH) Segala binatang. Seluruh buah negeri. (SALAH) Seluruh negeri.
Kata Tugas n n n Kata Sendi: Kata yang digunakan untuk menghubung frasa nama dengan kata-kata lain dalam ayat. Semasa menghubungkan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Contoh: Salmah suka durian. (SALAH) Salmah suka akan durian
n n n Saya bertemu Ali di pasar tadi. (SALAH) Saya bertemu dengan Ali di pasar tadi. Kita mesti hormat guru. (SALAH) Kita mesti hormat akan/kepada/terhadap guru. Kata sendi dari dan daripada mestilah digunakan pada tempat yang betul: Dari –merujuk kepada masa, tempat dan arah.
n n n Daripada – selain daripada masa, tempat dan arah. Contoh: Dia berasal daripada Johor. (SALAH) Dia berasal dari Johor. Sampan itu diperbuat dari kayu. (SALAH) Sampan itu diperbuat daripada kayu.
Kata Penguat n n n Berfungsi untuk menguat sesuatu pernyataan atau ayat. Contoh: ter, paling, sekali, amat, sangat dan sungguh. Dua kata penguat ter, paling dan sekali tidak boleh digunakan bersama dalam satu ayat kerana sudah menunjukkan tingkat paling tinggi.
n n n Contoh: Di kampung itu, rumah Ali yang paling cantik sekali. (SALAH) Di kampung itu, rumah Ali yang paling cantik. Di kampung itu, rumah Ali yang cantik sekali.
n Dua kata penguat amat, sangat dan sungguh boleh digunakan bersama dalam satu ayat kerana kata-kata penguat itu belum menunjukkan tingkat penguat paling tinggi. (masih ada teramat dan tersangat)
n n n Contoh: Pokok itu amat tinggi sekali. Pokok itu teramat tinggi. Muzamil sangat pandai sekali. Muzamil tersangat pandai.
Kata Pemeri n n n Penggunaan kata pemeri adalah dan ialah perlu mengikut peraturan. Adalah - mesti diikuti oleh kata adjektif dan kata sendi nama. Ialah - mesti diikuti oleh kata nama. Contoh: Warna kereta bapa saya ialah merah. (SALAH) Warna kereta bapa saya adalah merah.
n n Hadiah itu ialah untuk adik. (SALAH) Hadiah itu adalah untuk adik. Nama ibu saya adalah Maimunah. (SALAH) Nama ibu saya ialah Maimunah.
KATA TANYA n n n n n Untuk membentuk ayat tanya. Kesalahan umum apabila guna kata tanya apa dan siapa. Apa untuk menanya nama benda, binatang. Siapa untuk menanya nama manusia. Contoh: Siapa nama kucing itu? (SALAH) Apa nama kucing itu? Siapa nama mesin ini? (SALAH) Apa nama mesin ini? Apa nama adik kamu? (SALAH) Siapa nama adik kamu?
n n n Kata tanya bila sering disalahgunakan dalam ayat bukan ayat tanya, Contoh: Bila lampu padam, suasana sungguh gelap. (SALAH) Apabila lampu padam, suasana sungguh gelap. Siti menangis bila mendengar berita itu. (SALAH) Siti menangis apabila mendengar berita itu.
KATA HUBUNG n n n n Kesalahan umum akibat tidak memahami cara menggunakannya dengan tepat dalam ayat. Contoh: Hamid berdiri maka memberikan jawapan. (SALAH) Hamid berdiri lalu memberikan jawapan. Gadis itu cantik meskipun sombong. (SALAH) Gadis itu cantik tetapi sombong. Bayi itu lapar hingga dia menangis. (SALAH) Bayi itu lapar maka ia menangis.
KATA TUGAS Ada kata tugas membawa maksud banyak tugas bergantung kepada situasi ayat. Contoh: Tetapi: 1. Bertugas sebagai kata hubung. Contoh: Salina cantik tetapi sombong. 2. Bertugas sebagai penanda wacana. Contoh: Keluarganya menaruh harapan penuh agar dia berjaya. Tetapi, nasibnya malang. Dia gagal lagi
n n n n Dalam: 1. Bertugas sebagai kata sendi. Contoh: Dalam hal ini, Amirlah yang patut dipersalah. 2. Bertugas sebagai kata sifat. Contoh: Perigi itu sangat dalam. 3. Bertugas menunjukkan ruang. Contoh: Pembelajaran yang hanya berlaku di dalam bilik boleh menimbulkan rasa bosan.
n n n Pun: 1. Bertugas sebagai kata penegas (Dieja sekali dengan perkataan sebelumnya. ) Contoh: meskipun , walaupun, kendatipun dsb. Contoh ayat: Meskipun susah, dia tetap tabah mengharunginya. Dia tetap berdegil untuk pergi walaupun dihalang.
n n n 2. Membawa maksud “juga” dan “lalu”(Dieja berasingan daripada perkataan sebelumnya. ) Contoh: dia pun, ayah pun, mereka pun dsb. Contoh ayat: Dalam hal ini, mereka pun terlibat sama. Dalam hal ini mereka juga terlibat sama. Selepas bersalam, dia pun pergi. Selepas bersalam, dia lalu pergi.
n n n Maha: Maha kadangkala berfungsi sebagai kata nama dan kata adjektif. Kata nama: Dieja sekali. Contoh: mahasiswa, mahasiswi, mahaguru. Kata adjektif: Dieja berasingan. Contoh: Maha Kuasa, Maha Besar, Maha Mengetahui.
n n Tanda sempang: Menghubung kata ganda dan Huruf…angka ( ke-22) Angka…huruf ( 30 -an) Huruf kecil…huruf besar (ke hadrat-Nya)
IMBUHAN n n n n Meng. . i diikuti oleh kata nama objek Meng. . kan diikuti oleh kata penerima objek Contoh ayat : Kakak menghidangkan secawan teh kepada tetamu. Kakak menghidangi tetamu dengan secawan teh. Ayah menghadiahkan seutas kalung berlian kepada emak. Ayah menghadiahi emak seutas kalung berlian.
n n n Ibunya mahu memperisterikan Ismail pada akhir tahun ini. (memberi isteri kepada Ismail) Ismail akan memperisteri Hamidah, gadis idamannya akhir tahun ini. (mengambil Hamidah sebagai isteri) {imbuhan akhiran…i gugur kerana perkataan isteri berakhir dengan huruf “i”}
n n n Kekeliruan juga sering timbul semasa menggunakan imbuhan akhiran…an dan …kan kepada perkataan-perkataan yang berakhir dengan huruf “k”. Perkataan yang berfungsi sebagai pernyataan haruslah diberi imbuhan …an. Perkataan yang berfungsi sebagai kata kerja haruslah diberi imbuhan …kan.
n n n Contoh: Perletakan jawatannya atas sebab-sebab peribadi. Dia meletakkan jawatannya atas sebab-sebab peribadi. Sepakan kencangnya menewaskan penjaga gol lawan. Sepakkan bola itu kepada saya.
n n Pertunjukan akrobatik itu sungguh menarik. Tunjukkan saya kad pengenalan kamu. Di… dan ke… kadangkala berfungsi sebagai imbuhan dan kadangkala berfungsi sebagai kata depan. *Berfungsi sebagai imbuhan - dieja bersekali dengan kata dasar.
n n n Contoh: dikejar, diambil, diketuk (kata kerja) keluar, kemari, keputusan *Berfungsi sebagai kata depan - dieja berasingan dari perkataan selepasnya. Contoh: di sana, di samping, di atas (menunjukkan tempat) ke sana, ke Alor Star, ke sekolah (menunjukkan tempat)
n n n Bagi kata adjektif, imbuhan memper… dan diper… sahaja boleh wujud tanpa akhiran …kan. Contoh: memperluas bukannya memperluaskan memperelok bukannya memperelokkan diperbesar bukannya diperbesarkan diperindah bukannya diperindahkan
n n Imbuhan diper…i juga kerap digunakan secara salah. diperolehi sepatutnya diperoleh diperbaiki sepatutnya dibaiki dipersetujui sepatutnya disetujui
KATA MAJMUK n n Kata majmuk juga kerap menimbulkan kecelaruan kerana wujud kekecualian cara pengejaannya. Prinsip kata majmuk ialah tidak boleh disisipkan sebarang kata di antaranya. Kata majmuk umumnya dieja terpisah. Contoh: bandar raya, balai polis, kereta api, surat khabar
n n Bagaimanapun, wujud juga kata majmuk yang dieja bercantum dan penggunaannya dianggap sudah mantap iaitu: Antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya, peribadi, dukacita, kepada, daripada, apabila, manakala, padahal,
n n n darihal, barangkali, kadangkala, bagaimana, apakala, walhal. Beberapa konsep yang boleh dijadikan panduan dalam menentukan sama ada sesuatu kata majmuk dieja terpisah atau bercantum ialah: a) Jika berkongsi huruf: (mesti dipisahkan)
n n n Kata dasar tidak lengkap sepatutnya Contoh: urusetia - uru + setia urus setia samada - sam + ada sama ada - sama + da Jika dipisahkan masih membawa maksud yang sama: (mesti dipisahkan)
n n Kata majmuk maksud ejaan betul Contoh: ibubapa ibu dan bapa ibu dan bapa aturcara urutan cara atur cara urutan acara atur cara
n n n c) Jika dipisahkan membawa maksud yang berlainan: (mesti dieja bercantum) Kata majmuk Contoh: kakitangan kaki tangan maksud petugas kaki dan tangan ejaan betul kakitangan
n n n olahraga olah raga sukan membaiki raga olahraga d) Kesamaan sifat: Contoh: Kereta api – kereta yang menggunakan tenaga dari api Kereta lembu – kereta yang menggunakan kuasa lembu
n n Kereta kuda – kereta yang menggunakan tenaga kuda Oleh itu kereta api mestilah dieja terpisah seperti mengeja kereta lembu dan
PENGGUNAAN KATA TIDAK TEPAT n n n n Adakah dan Apakah Adakah – digunakan untuk mendapatkan jawapan “ya” atau “tidak” Apakah – digunakan untuk mendapatkan jawapan tentang nama binatang, benda, keterangan tentang sesuatu dan menanyakan sesuatu yang tidak khusus.
n n n Contoh ayat: Apakah benar ceritamu itu? (salah) Adakah benar ceritamu itu? (betul) n n n Adakah tajuk buku itu? (salah) Apakah tajuk buku itu? (betul)
n n n n Banyak dan Ramai Banyak – mempunyai hubungan dengan jumlah dan bilangan manusia, haiwan atau benda. Ramai – mempunyai hubungan dengan keadaan riuh-rendah, riang, gembira, meriah (suasana/keadaan)
n n n Contoh ayat: Ramai orang yang hadir dalam majlis itu. (salah) Banyak orang yang hadir dalam majlis itu. (betul)
n n Sudirman mempunyai peminat yang ramai. (salah) Sudirman mempunyai peminat yang banyak. (betul)
n n n n Boleh dan Dapat Boleh – berhubung dengan keizinan Dapat – berhubung dengan keupayaan Contoh ayat: Adik saya sudah boleh menunggang basikal. (salah) Adik saya sudah dapat menunggang basikal. (betul)
n n Dapatkah saya menyertai kumpulan ini? (salah) Bolehkah saya menyertai kumpulan ini? (betul)
n n n n Bukan dan Tidak Kedua-duanya tergolong dalam kata nafi yang membentuk ayat nafi. Bukan – tidak boleh digunakan dalam ayat yang frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikatnya. Tidak – tidak boleh digunakan dalam ayat yang frasa nama menjadi predikatnya.
n n n Contoh ayat: Beg ini bukan berat. (salah) Beg ini tidak berat. (betul) Dia tidak adik saya. (salah) Dia bukan adik saya. (betul)
n n n Pedalaman dan Pendalaman Kedua-duanya berasal daripada kata dasar yang sama iaitu “dalam” tetapi berlainan maknanya. Pedalaman – kawasan yang terpencil Pendalaman – usaha mendalamkan sesuatu
n n Contoh ayat: Beberapa kawasan pendalaman di Kelantan dinaiki air. (salah) Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air. (betul)
n n Usaha-usaha pedalaman Sungai Kelang sedang dijalankan. (salah) Usaha-usaha pendalaman Sungai Kelang sedang dijalankan. (betul)
n n n n n Rasmi dan Resmi Rasmi – sesuatu yang telah disahkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Resmi – sifat asal bagi sesuatu atau seseorang. Contoh ayat: Bahasa Melayu ialah bahasa resmi negara kita. (salah) Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara kita. (betul)
n n Sudah menjadi rasmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung. (salah) Sudah menjadi resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung. (betul)
n n n n Pada dan Kepada Pada – merujuk kepada keadaan dan masa Kepada – merujuk pemberian kepada. seseorang dan ada penerimanya. Contoh ayat: Saya memberi buku itu pada Ahmad. (salah) Saya memberi buku itu kepada Ahmad. (betul)
n n Peristiwa itu berlaku kepada suatu malam. (salah) Peristiwa itu berlaku pada suatu malam. (betul)
n n n Masa dan Waktu Masa – merujuk kepada jangka masa tertentu. (pagi, petang, malam, dari pukul 9 hingga 10) Waktu – merujuk kepada suatu masa yang tetap. (pukul satu, pukul dua)
n n n Contoh ayat: Masa sekarang ialah pukul sepuluh pagi. (salah) Waktu sekarang ialah pukul sepuluh pagi. (betul) Waktu pelajaran Matematik ialah dari pukul sembilan hingga sebelas pagi. (salah) Masa pelajaran Matematik ialah dari pukul sembilan pagi hingga sebelas pagi. (betul)
SELAMAT BELAJAR DAN SEMOGA BERJAYA zba’ 04
- Slides: 71