SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU NOR ASIAH
SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU NOR ASIAH ISMAIL
KONSEP DAN LANGKAH • Peristilahan merupakan usaha untuk membentuk perkataan bagi mengungkapkan konsep, idea, proses dan nama bagi sesuatu yang belum wujud dalam bahasa Melayu. Tujuannya adalah untuk membolehkan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi. Istilah boleh dibentuk daripada beberapa sumber seperti bahasa Melayu, bahasa serumpun dan juga bahasa-bahasa asing. • Kata baharu dalam bahasa Melayu lazimnya muncul sama ada melalui penciptaan secara penggunaan popular dalam media massa dan penulisan kreatif atau melalui
PENGGUNAAN POPULAR • Penciptaan perkataan baharu secara penggunaan popular selalunya dihasilkan oleh penulis-penulis sama ada untuk siaran dalam media massa, media elektronik ataupun dalam tulisan-tulisan kreatif seperti sajak, cerpen dan novel. Perkataan baharu ini pada awalnya diperkenalkan secara ciptaan sendiri, melalui terjemahan atau secara ambilan keseluruhannya. Bentuk-bentuk perkataan ini akhirnya menjadi popular dan digunakan secara umum. Antara contoh perkataan : • Ibu kota sidang media kempen • Perang dingin sidang kemuncak pasaran hadapan
PERANCANGAN BAHASA RASMI • Pada umumnya hal ini dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan institusi pengajian tinggi. Perkataan yang dicipta melalui perancangan yang rasmi ini berbentuk istilah yang merujuk bidang-bidang ilmu dan kerjaya tertentu
SYARAT-SYARAT • Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. • Istilah boleh dibentuk daripada beberapa sumber, iaitu
ISTILAH BAHASA MELAYU • Istilah daripada bahasa Melayu • Perkataan umum bahasa Melayu boleh dijadikan istilah asalkan perkataan tersebut memenuhi syarat-syarat berikut : • i. memberi makna yang tepat mengandungi konsep, proses, keadaan atau sifat istilah yang dimaksudkan • ii. sekiranya ada dua perkataan kata yang mempunyai makna yang sama, pilihlah perkataan yang lebih singkat • iii. Perkataan tersebut tidak membawa konotasi bur
ISTILAH BAHASA SERUMPUN • Sekiranya perkataan Melayu umum tidak terdapat, maka bolehlah diambil perkataan daripada dialek bahasa Melayu, bahasa Melayu klasik atau bahasa serumpun. • 11. 4. 3 Istilah daripada bahasa asing • Apabila tidak ada perkataan daripada bahasa Melayu, dialek Melayu dan bahasa serumpun, maka baharulah diambil perkataan daripada bahasa asing. Ini dilakukan dengan dua cara iaitu : • i. Meminjam konsep asing dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu
- Slides: 8