Sistem Saraf Pusat SISTEM SARAF PUSAT Sistem saraf
- Slides: 31
Sistem Saraf Pusat
SISTEM SARAF PUSAT � Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang yang terletak pada kaviti dorsal badan. � Sistem saraf pusat bertindak sebagai pusat integrasi dan arahan sistem saraf. � Kedua-duanya menterjemah maklumat sensori yang diterima dan mengeluarkan arahan kepada afektor berdasarkan pengalaman sedia ada dan situasi baru yang dialami.
A. Otak � Otak ialah pusat koordinasi dan kawal atur yang menerima, menganalisis, mengintegrasi dan menyimpan maklumat serta memberi arahan. � Antara bahagian utama otak ialah serebrum, serebelum dan medula oblongata.
Bahagian-Bahagian otak 1. Serebrum ◦ Adalah bahagian otak yang paling besar (2/3 otak manusia) dan memenuhi bahagian atas serta hadapan ruang kranium dan terbahagi kepada 2 hemisfera: - Hemisfera Kanan menerima impuls dari sebelah kiri badan. - Hemisfera Kiri menerima impuls dari sebelah kanan badan.
2. Serebelum � Terletak di bawah serebrum dan memenuhi bahagian belakang karanium. � Permukaan serebrum terdiri daripada jirim kelabu dan berlipat-lipat dan jirim putih memenuhi bahagian dalamnya. � Serebelum menerima impuls dari organ deria yang berkaitan dengan keseimbangan badan. � Fungsi serebelum ialah menyelaras pergerakan badan mengekalkan keseimbangan contohnya berjalan, berlari dan sebagainya.
3. Medula Oblongata dan Pons � Merupakan sambungan antara saraf tunjang dan bahagian atas otak. Medula ialah pusat proses-proses tidak sedar seperti respirasi, denyutan jantung, tekanan darah dan lain.
B. Saraf Tunjang � Saraf tunjang ialah tisu saraf yang terdapat di dalam salur saraf pada tulang vertebra. � Terdapat dua jenis jirim pada saraf tunjang; iaitu jirim putih di bahagian luar dan jirim kelabu di bahagian dalam. � Saraf tunjang juga menerima maklumat daripada sistem sensori iaitu kulit, mata, telinga, lidah, hidung, sendi otot dan anggota lain, lalu mengeluarkan arahan motor untuk bertindak balas seperti melakukan pergerakan.
FUNGSI SENSORI Deria Umum 1. Mata � Mata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. � Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. � Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.
� Struktur mata manusia bergantung kepada kebolehannya menumpukan cahaya kepada retina. � Setiap komponen yang dilalui cahaya adalah lut sinar untuk mengurangkan kemalapan cahaya. � Kornea dan kanta akan menumpukan cahaya yang masuk ke atas retina, yang mengaktifkan suatu tindak balas kimia dan menghasilkan isyarat yang untuk dihantar ke otak.
� Cahaya yang masuk dari luar akan melepasi kornea dan melalui gelemair sebelum sampai ke kanta. � Gelemair membantu mengekalkan bentuk cembung kornea dan melembapkannya. Iris (yang berwarna) terletak di depan kanta mata mengawal bukaan pupil. � Seterusnya cahaya itu akan melalui gelemaca sebelum sampai ke lekuk fovea di retina. Di sinilah terletak banyak sel-sel yang sensitif kepada cahaya.
� Cahaya ditumpukan, dan cahaya dibiaskan. Kadar biasan bergantung kepada jarak objek yang dilihat. � Objek jauh memerlukan kurang biasan cahaya daripada objek dekat. � Kebanyakan biasan berlaku pada kornea yang mempunyai lengkongan kekal. � Biasan lain yang diperlukan berlaku di kanta. Kanta boleh ditarik leper oleh otot, yang membetulkan kuasa kanta. � Apabila seseorang berumur, dia akan hilang keupayaan untuk membetulkan tumpuan. Keadaan ini dikenali sebagai presbyopia.
2. Kulit � Kulit merupakan organ manusia yang paling besar. Kulit bertindak sebagai rintangan di antara persekitaraan luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah. Lapisan epidermis � Tidak mempunyai saluran darah, bergantung kepada bekalan darah daripada dermis. 4 Lapisan sel-sel epidermis yang nyata iaitu: ◦ Lapisan germinatif (malphigi) ◦ Lapisan granul ◦ Lapisan jernih ◦ Lapisan terkematu
Lapisan dermis � Lapisan dermis merupakan lapisan yang mempunyai bekalan darah atau kapilari darah. Lapisan ini juga menempatkan reseptor-reseptor tertentu. Pada dermis juga, terdapat akar rambut. Reseptor � Antara reseptor yang terdapat dalam dermis ialah: � Reseptor sentuhan � Reseptor suhu atau termoreseptor � Reseptor tekanan
Fungsi kulit �Antara fungsi kulit ialah: ◦ Perlindungan ◦ Mencegah dehidrasi ◦ Rangsangan luar ◦ Menyimpan lemak ◦ sintesis vitamin D ◦ Menghasilkan bau dan penyamaran ◦ Kawal aturan suhu
3. Lidah � Lidah merupakan satu bungkusan otot rangka pada dasar mulut yang menangani makanan bagi mengunyah dan menelan. � Ia juga merupakan deria utama bagi rasa. Sebahagian besar permukaan lidah diselutupi dengan bud perasa. � Lidah dengan kebolehan banyak pergerakan, membantu membentuk bunyi dalam pertuturan. � Ia sensitif dan sentiasa dilembapkan oleh kelenjar air liur, dan kaya dengan deria dan salur darah bagi membenarkan ia bergerak.
4. Telinga �Telinga merupakan sebuah organ badan yang mampu mengesan bunyi dan juga berperanan dalam keseimbangan dan kedudukan tubuh. �Setiap vertebrata memiliki satu pasang telinga, kedua-duanya terletak bersimetri pada bahagian yang berlawanan di kepala, untuk menjaga keseimbangan dan kedudukan bunyi.
�Bunyi adalah bentuk tenaga yang bergerak menerusi udara, air, atau benda lain, dalam bentuk gelombang. �Walaupun telinga yang mengesan bunyi, fungsi pengenalan dan tafsiran dilakukan di otak dan sistem saraf pusat. �Rangsangan bunyi disampaikan ke otak melalui saraf yang menyambungkan telinga dan otak (nervus vestibulokoklearis).
Bahagian telinga � Telinga terdiri dari tiga bahagian: telinga luar, telinga tengah, dan telinga dalam. 1. Telinga luar � Bahagian luar merupakan bahagian terluar dari telinga. Telinga luar terdiri daripada cuping telinga, lubang telinga, dan saluran telinga luar. Telinga luar meliputi cuping telinga atau pinna, lubang telinga atau meatus auditorius eksternus, dan gegendang telinga atau membrana timpani.
2. Telinga tengah � Telinga tengah meliputi gegendang telinga, 3 tulang osikel pendengaran (tukul, andas dan rakap). � Pinggir tiub Eustachio juga berada di telinga tengah.
3. Telinga Dalam/Pendengaran � Telinga dalam terdiri daripada labirin bertulang, sebuah rangkaian rongga pada tulang pelipis yang dilapisi periosteum yang berisi cairan perilimfa dan labirin bermembran, yang terletak lebih dalam dan memiliki cairan endolimfa. Di depan labirin terdapat koklea. � Bahagian atas skala media dihadkan oleh membran vestibularis atau membran Reissner dan sebelah bawah dihadkan oleh membran basilaris. Di atas membran basilaris terdapat organo corti yang berfungsi mengubah getaran suara menjadi impuls.
� Organo corti terdiri daripada sel rambut dan sel penyokong. Di atas sel rambut terdapat membran tektorial yang terdiri dari gelatin yang lentur, sedangkan sel rambut akan dihubungkan dengan bagian otak dengan saraf vestibulokoklearis.
� Selain Keseimbangan bahagian pendengaran, bahagian telinga dalam terdapat pengesan keseimbangan. � Bahagian ini secara struktur terletak di belakang labirin yang membentuk struktur utrikulus dan sakulus serta tiga salur separa bulat atau kanalis semisirkularis. � Kelima-lima bahagian ini berfungsi mengatur keseimbangan badan memiliki sel rambut yang akan dihubungkan dengan bahagian keseimbangan dari saraf vestibulokoklearis.
- Organ penyusun sistem indra
- Anatomi fisiologi sistem saraf pusat
- Bagan sistem saraf pusat dan tepi
- Bagan sistem saraf pusat
- Fungsi utama sistem saraf
- Kesatuan struktural dan fungsional sistem saraf adalah
- Parasimpatolitikum
- Tabel sistem saraf kranial
- Saraf parasimpatik dan simpatik
- Disease artinya
- Sistem pembuluh air echinodermata
- Sistem saraf otonom dan somatik
- Lobus olfaktorius
- Susunan sistem saraf
- Kkpmt 3
- Ginus partadiredja
- Sistem saraf manusia
- Fish phyla
- Sistem saraf osteichthyes
- Chemical messengers
- Sistem dewey pusat sumber sekolah
- Pusat sumber sekolah menggunakan sistem pengkelasan apa
- Dalam masyarakat bidayuh, sumber autoriti ialah
- Pusat laba sistem pengendalian manajemen
- Fail pss 2021
- Sistem partikel adalah
- Epitel
- Transmission of electrical impulses
- Histologi neuron
- Saraf hipoglosal
- Kesan jika ancaman komunis gagal dibanteras di sarawak
- Fisiologi saraf