Sistem Perundangan Di Malaysia By Cikgu Hairil Pengenalan
Sistem Perundangan Di Malaysia By : Cikgu Hairil
Pengenalan �Undang-undang merujuk kepada peraturan yang dipersetujui secara umum oleh masyarakat. �Menurut Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang merujuk kepada undang-undang bertulis, common law yang berkuat kuasa dalam Persekutuan, adat dan kelaziman yang mempunyai kuasa dalam mana bahagian Persekutuan. �Sumber Undang-undang dibahagikan kepada dua : � Undang-undang bertulis
Undang-undang Bertulis �Merujuk kepada Perlembagaan. Persekutuan dan undang yang diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. �Undang-undang bertulis dikategorikan seperti yang berikut: �Perlembagaan (Persekutuan dan Negeri) �Statut ( Akta, Enakmen, dan Ordinan) �Perundangan Kecil
Perlembagaan Persekutuan �Perlembagaan Persekutuan merupakan sumber utama undang-undang bertulis di Malaysia �Di dalamnya terdapat perincian tentang kuasa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri �Undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan secara automatik akan terbatal setakat mana yang bercanggah.
Perlembagaan Negeri � Perkara 71(4) Perlembagan Persekutuan mengatakan bahawa semua Perlembagaan Negeri mengandungi ‘perkara perlu’ yang disenaraikan dalam jadual kelapan. � Parlimen boleh membuat undang-undang yang memberi negeri tersebut kuasa mengadakan Peruntukan Perlu atau mengetepikan apa-apa peruntukan yang bercanggah dengannya. � Sabah dan Sarawak mendapat perlembagaan melalui Perjanjian Malaysia yang memberi peruntukan tambahan kepada negeri berkenaan.
Statut � Terdiri daripada Akta, Enakmen, dan Ordinan � Akta merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh Parlimen selepas Merdeka � Enakmen merujuk kepada undnag-undang digubal oleh Dewan Undangan Negeri di setiap negeri kecuali Sarawak � Ordinan merupakan: � Undang-undang yang digubal di negeri Sarawak � Undang-undang yang digubal oleh badan perundangan di peringkat kerajaan pusat antara tahun 1946 hingga 1959
Perundangan Kecil �Peraturan, perintah, pemberitahuan dan pengisytiharan yang dibuat oleh badan berkuasa yang diberi oleh Akta Parlimen dan Enakmen Dewan Undangan Negeri dikenali sebagai perundangan Kecil. �Tujuan penubuhan: �Membolehkan badan berkuasa dan agensi membuat perincian terhadap undang-undang yang dibuat
Undang-undang Tidak Bertulis � Merujuk kepada: � Tidak digubal oleh mana-mana badan perundangan, iaitu Parlimen atau Dewan Undangan Negeri � Tidak dapat dikesan dalam mana-mana Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri � Menjadi sumber undang-undang kedua selepas undang-undang bertulis � Sumber undang-undang tidak bertulis adalah: � Undang-undang Adat � Undang-undang Islam � Undang-undang lazim Inggeris (Common Law) � Doktrin Duluan Kehakiman
Undang-undang Adat �Undang-undang yang amalan, tatatertib dan sopan-santun dalam sesebuah masyarakat �Terdapat beberapa jenis undang-undang adat. Iaitu: �Adat Melayu seperti adat temeggong dan adat pepatih �Adat pribumi Sabah dan Sarawak �Undang-undang adat Cina �Undang-undang adat India
Undang-undang Islam � Semasa zaman penjajahan, British tidak campur tangan berkaitan hal ehwal Agama Islam � Bidang kuasa agama Islam terletak pada kuasa Raja bagi negeri yang beraja dan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja sehingga ke hari ini. � Undang-undang Islam di Malaysia ialah gabungan adat Melayu yang diubahsuai mengukit hukum Islam dengan undang-undang Islam mengikut Mazhab Shafie � Sumber utama undang-undang Islam adalah Al. Quran dan Hadis � Undang-undang Islam hanya terhad kepada orang Islam dan ditadbir oleh Mahkamah Syariah.
Undang-undang Lazim Inggeris (Common Law) � Memandangkan England sendiri mengamalkan kebanyakkan undang-undang common law dan peraturan ekuiti, maka enakmendan Ordinan yang dibentuk sebelum ini digabungkan dalam Akta undang-undang Sivil 1956. � Penggunaan undang-undang Inggeris di seluruh Malaysia adalah melalui penguatkuasaan Seksyen 3 dan seksyen 5, Akta Undang-undang Sivil 1956 � Seksyen 5(1) dan seksyen 5(2), PP menunjukkan penerimaan Undang-undang Perdagangan Inggeris oleh Badan Perundangan
Doktrin Duluan Kehakiman � Keputusan yang pernah dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan � Keputusan kehakiman yang lebih tinggi dan terdahulu akan dijadikan panduan � Semasa membuat keputusan berasaskan Doktrin Duluan Kehakiman, hakim akan mengikut prinsip keputusan hakim terdahulu yang pernah mengendali kes yang serupa. � Seandainya tiada Doktrin Duluan Kehakiman yang boleh dirujuk, Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi terikat untuk membuat keputusan duluan sendiri untuk kes berkenaan
- Slides: 12