SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM SISPAA JABATAN LAUT MALAYSIA
SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM (SISPAA) JABATAN LAUT MALAYSIA MOT. SPAB. GOV. M Y
BENGKEL SISTEM PENGURUSAN ADUAN (SISPAA) v Untuk makluman tuan/puan, Biro Pengaduan Awam telah memaklumkan melalui perjumpaan dengan Kementerian bahawa bermula 1 Februari 2018, semua Kementerian hendaklah menggunakan kategori dan sub kategori yang telah diwujudkan pada tahun lepas bagi memudahkan analisis data aduan. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian memohon agar setiap Jabatan/Agensi perlu memasukkkan kategori dan sub kategori baharu yang telah diwujudkan ke dalam SISPAA MOT menggunakan akaun admin masing-masing. v Di adakan pada 13 March 2018 bertempat di Bilik Latihan UTMKE di Kementerian. Pengangkutan, Putrajaya v Pn Siti Norparlila dan Pn Yusniza terlibat dalam bengkel tersebut. v Tujuan utama bengkel ini adalah untuk penambahbaikan sistem sispaa di semua Jabatan/Agensi dan mengemaskini subkategori yang telah dibuat oleh pihak Jabatan bagi menggantikan kategori dan sub kategori yang sedia ada iaitu yang di sediakan oleh BPA sebelum ini.
LAPORAN ADUAN SISPAA JLM (JAN-APR 2018) BIL 1. ID MOT. 005522 TERIMA TAJUK 08/01/18 KADAR BAYARAN LEBIH MASA PADA HARI CUTI UMUM STATUS KES TINDAKAN TUTUP WILAYAH SABAH 4 HARI 2. MOT. 005529 10/01/18 KES RASUAH TUTUP WILAYAH UTARA 3 HARI 3. PCB 07/02/18 LABUAN MAINLAND LINK SDN BHD TUTUP WILAYAH SABAH 15 HARI 4. MOT. 005563 26/03/18 JADUAL FERI TIDAK SAMA DENAGN TIKET TUTUP WILAYAH UTARA 4 HARI 5. MOT. 005565 29/03/18 PEMANTAUAN TAYANGAN FILEM DALAM FERI TUTUP WILAYAH UTARA 2 HARI 6. MOT. 005572 04/04/18 BOT TAMBANG MEMBAW APENUMPANG MELEBIHO HAD DAN TIDAK MEMBEKALKAN JACKET KESELAMATAN TUTUP WILAYAH UTARA 4 HARI 7. UKK 27/04/18 TUTUP KEWANGAN IPL 2 HARI 8. UKK 30/04/18 TUNTUTAN PERPINDAHAN PADA BULAN NOV 2017 MASIH BELUM DIBAYAR TUTUP KEWANGAN IPL 2 HARI
ANALISIS ADUAN SISPAA JLM YANG DI TERIMA JAN – APRIL 2018 Ø MOT. 005522 – KADAR BAYARAN KERJA LEBIH MASA PADA HARI CUTI UMUM v Saya merupakan ejen perkapalan di sebuah syarikat di Lahad Datu Sabah dan ingin bertanyakan kadar bayaran yang perlu dibayar kepada pegawai jabatan laut untuk urusan keluar masuk kapal dagang pada waktu cuti umum. Pada awalnya saya telah diminta untuk membuat bayaran sebanyak RM 20 dan semakin meningkat sebanyak RM 100 untuk urusan keluar/masuk kapal pada waktu cuti umum. MAKLUMBALAS v Masih belum menerima jawapan dari Jabatan Laut Sabah sehingga kini dan pegawai penyiasat hanya memaklumkan bahawa kes telah ditutup dan selesai.
Ø MOT. 005529 – KES RASUAH v Saya dan Jabatan Laut Manjong di babitkan dengan kes rasuah oleh pihak ketiga tanpa bukti. Salah seorang dari tempat kerja saya telah membuat aduan seperti ini. Nama dan email belum dikenal pasti. Motif aduan ini adalah untuk menyingkirkan saya dari tempat kerja atas hal peribadi. Tetapi saya tidak senang hati bila dituduh dengan kes rasuah. Orang yang tidak bertanggungjawab itu telah memburukkan nama dan maruah Jabatan Laut. Saya rasa pihak Jabatan Laut harus mencari orang yang membuat aduan ini utk membersihkan imej jabatan laut. Yang selanjutnya saya mohon berjumpa terus dengan pegawai yang akan mengendalikan kes ini. Hasil yg dikehendaki ialah keadilan dengan membersihkan nama saya dan Jabatan Laut. Ø MAKLUMBALAS v JLMWU telah menjalankan siasatan mengenai aduan ini dan telah berhubung dengan pengadu untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai perkara diatas dan kes telah selesai.
Ø ADUAN : LABUAN MAINLAND LINK SDN BHD v Pada 25. 1. 08 saya telah membeli tiket Menumbok-Labuan dan akan naik feri pada 05. 02. 2018 jam 6. 30 petang. Saya bukanlah dalam senarai “waiting list” dan saya sudah sampai awal dan kemudian pekerja di terminal itu membenarkan kenderaan yang dalam “waiting list” naik dahulu. Kemudiannya, pekerja terminal itu menutup palang yang membenarkan kenderaan masuk. Saya dimaklumkan bahawa feri tersebut sudah penuh dan pekerja tersebut menyuruh saya untuk menaiki feri yang seterusnya pada jam 8. 00 malam dan dikenakan bayaran sebanyak RM 25 untuk menaiki feri yang berikutnya. Saya tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan terminal tersebut kerana apabila saya menghubungi pejabat terminal itu tiada yang menjawab tetapi masihdalam waktu pejabat Ø MAKLUMBALAS v JLWSABAH dengan kerjasama Jabatan Pelabuhan Dermaga Kementerian Infrastruktur Sabah, telah mengambil tindakan dan menjawab aduan tersebut. v Di atas setiap tiket tambang kenderaan, adanya pemakluman secara bertulis/bercop yang mana semua kenderaan hendaklah berada di dalam kawasan kemudahan Terminal Jeti Menumbok satu (1) jam lebih
v awal sebelum feri berlepas iaitu seawal pada jam 5. 30 petang. Dalam kes ini, sebenarnya pengadu didapati LEWAT tiba di kawasan Terminal Jeti Menumbok v Mengikut tatacara penjualan tiket tambang kenderaan untuk dimasukkan ke dalam "waiting list" yang pertama hanya dikeluarkan pada jam 6. 19 petang. Secara logiknya, apabila pengadu melihat kenderaan yang mana tiket tambang kenderaan yang berstatus “waiting list” masuk ke dalam feri dan palang di tutup, bermakna pengadu tersebut telah terlalu lewat untuk mengikuti pelayaran feri berkenaan; dan v Berdasarkan tatacara lazimnya juga, pengadu sepatutnya dikehendaki membayar tiket tambang kenderaan secara penuh sebanyak RM 50. 00 bagi mengikuti pelayaran feri yang berikutnya kerana ianya merupakan tiket tambang baharu dan feri yang berlainan. Walau bagaimanapun pihak Labuan Mainland Link Sdn. Bhd. hanya mengenakan separuh harga RM 25. 00 sahaja atas dasar budi bicara.
Ø ADUAN : PEMANTAUAN TAYANGAN FILEM DALAM FERI v Merujuk Perkara Di Atas, Saya Mencadang Pihak Tuan Membuat Kawalan Dan Pemantauan Filem Yang Ditayangkan Dalam Feri Ke Pulau Langkawi Khususnya Dan Lain-lain Tempat Amnya. Perkara Ini Perlu Diberi Perhatian Sewajarnya Oleh Pihak Tuan, Memandang Pengguna Feri Ke Langkawi Terdiri Pelbagai Golongan Umur. Sesetengah Tayangan Filem Mengandungi Aksi Ganas & Seks. Ø MAKLUMBALAS v Jabatan Laut Wilayah Utara telah mengambil tindakan terhadap aduan tersebut dan akan melaporkan kepada Lembaga Filem Negara untuk tindakan seterusnya dari pihak mereka. v Jabatan Laut Wilayah Utara juga akan mengeluarkan surat arahan dan amaran kepada pengusaha feri agar tidak menanyangkan apa – apa filem selain dari yang umum
Ø v ADUAN : MOT 005563 JADUAL FERI TIDAK SAMA DENGAN TIKET Salam, saya membeli tiket Langkawi Ke Kuala Kedah bertarikh 17 Mac 2018 pada jam 8. 00 pagi walaubagaimanapun feri yang saya naiki hanya bertolak pada jam 9. 00 pagi iaitu sama jadual dengan feri pukul 9. 00 pagi. Ø MAKLUMBALAS v. Jabatan Laut Wilayah Utara telah mengambil tindakan dan adalah dimaklumkan bahawa pentadbiran ini telah mengeluarkan satu surat amaran kepada Syarikat Feri yang terlibat bagi pematuhan waktu perjalanan feri selaras dengan masa dan waktu penjualan tiket yang sepatutnya selepas mendapati berlaku ketidakpatuhan waktu perjalananan sepertimana aduan yang dimajukan oleh pihak tuan. Hasil siasatan yang dibuat didapati pihak feri tidak mematuhi masa sepertimana diarahkan sebelum ini. Oleh itu, tindakan pengeluaran surat amaran telah dikeluarkan. Selaras dengan itu, pentadbiran ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan atas makluman dan aduan bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan feri di Terminal Jeti Penumpang Kuah, Langkawi.
Ø ADUAN : MOT. 005572 BOT PENUMPANG MEMBAWA PENUMPANG MELEBIHI HAD DAN TIDAK MEMBEKALKAN JACKET KESELAMATAN v Bot tambang membawa penumpang melebihi had dan tidak membekalkan jacket keselamatan. Butiran: Bot tambang ulang alik dari langkawi ke pulau tuba yang lesennya untuk 12 orang dan selalu pemandu bot membawa melebihi had yang dibenarkan adakala sampai 30 orang dan perkara ini telah lama berlaku tetapi tiada pengawasan dari pihak jabatan laut. Keadaan ini amat membimbangkan kerana pemandu bot akan menunggu sehingga 1 atau 2 jam melainkan penumpang menyewa sebiji bot. Keadaan yang selalu berlaku perkara ini diwaktu pagi dan petang dimana orang pergi kerja dan balik kerja. Kerana perkara ini boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Kerana jetty tersebut bersebelahan dengan jetty point perkara ini setiap hari. Ø v MAKLUMBALAS Jabatan Laut Wilayah Utara maklumkan bahawa pentadbiran ini telah menjalankan pemantauan berkala bagi botbot tambang yang beroperasi ke Pulau Tuba dan memastikan mereka mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan. Tindakan berdiskusi bersama adun kawasan tersebut juga telah jalankan bagi menyelesaikan masalah bot penambang yang beroperasi tanpa lesen dimana adun kawasan tersebut YB Norsaidi Bin Nayan sanggup menanggung 50 % kos insurans bagi bot-bot penambang yang beroperasi tanpa tiada lesen. Pentadbiran ini mengambil maklum dan akan menjalankan penguatkuasaan pada bulan Julai 2018.
Ø ADUAN : UKK. TUNTUTAN PERJALANAN PERPINDAHAN PADA NOV 2017 BELUM DITERIMA BAYARAN v. Saya ABDUL HAFIZ BIN BAHARUDDIN 871031085873 staff Jabatan Laut Malaysia yang berpindah dari Jabatan Pendidikan Perak (Kader) ke Pejabat Laut Langkawi pada Oktober 2017 telah membuat tuntutan perpindahan pada bulan November 2017 belum menerima bayaran tuntutan yang dipohon sehingga kini 30 April 2018. Mohon kerjasama pihak pengurusan selesaikan tuntutan ini dengan segera dan kerjasama dari pihak anda amat dihargai serta moga lebih cekap dan teliti menjalankan tugas. Ø MAKLUMBALAS v. Pihak Kewangan IPL Dimaklumkan bahawa tuntutan perpindahan bulan Oktober 2017 En Abdul Hafiz Bin Baharuddin berjumlah RM 4, 010. 10 lewat diproses kerana tuntutan tersebut memerlukan kelulusan dibawah AP 58 a disebabkan oleh : -Tiada peruntukan semasa tuntutan diterima pada 10 November 2017, dan Penutupan awal bagi akaun tahun 2017 iaitu 6 Disember 2017. Kelulusan Ap 58 a telah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan dan Bahagian Akaun MOT dan sijil AP 58 a baru diterima pada 25 APRIL 2018 dan tuntutan pegawai telah diproses pada 27 APRIL 2018 sebagaimana baucar bayaran yang dilampirkan.
Ø ADUAN : UKK. TUNTUTAN PERJALANAN PERPINDAHAN PADA NOV 2017 BELUM DITERIMA BAYARAN v. Saya SHAHRIL BIN RAZALI/900409086019 staff dari Jabatan Laut Malaysia yang berpindah dari wilayah Sarawak ke Wilayah Utara pada November 2017. Telah membuat tuntutan perpindahan pada bulan yang sama pada November 2017 belum menerima bayaran tuntutan yang dipohon sehingga kini April 2018. Mohon kerjasama pihak pengurusan selesaikan tuntutan ini dengan segera. Kerjasama dari pihak anda amat dihargai moga lebih cekap dan teliti menjalankan tugas. Ø MAKLUMBALAS v. Pihak Kewangan IPL memaklumkan bahawa tuntutan perpindahan bulan November 2018 En Syahril bin Razali berjumlah RM 2, 662. 28 masih belum diterima pegawai kerana tuntutan tersebut memerlukan kelulusan dibawah AP 58 a kerana tidak dapat diproses sebelum penutupan akaun tahun 2017 pada awal bulan Disember 2017 yang lalu. Kelulusan Ap 58 a telah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan dan Bahagian Akaun MOT dan sijil AP 58 a baru diterima pada hari ini sebagaimana surat yang dilampirkan. Tuntutan pegawai akan diproses dalam tempoh 7 hari daripada tarikh surat kelulusan diterima oleh Jabatan.
TERIMA KASIH UNIT PERHUBUNGAN AWAM IBU PEJABATAN LAUT MALAYSIA PELABUHAN KLANG SHARIFAH TAHERAH BT SHABBIR AHMAD
- Slides: 13