SINTAKSIS BAHASA MELAYU NOR ASIAH ISMAIL JPM IPGKTAA
SINTAKSIS BAHASA MELAYU NOR ASIAH ISMAIL JPM IPGKTAA
OBJEKTIF KURSUS �menjelaskan konsep frasa dan klausa, ragam dan susunan ayat, bentuk ayat, dan ayat terbitan; �mengaplikasikan konsep-konsep di atas dalam penulisan �mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran sintaksis secara kontekstual, e-pembelajaran, dan didik hibur.
KANDUNGAN KURSUS �Konsep dan kandungan frasa dan klausa, ragam dan susunan ayat, dan ayat terbitan; �Sintaksis dalam penulisan; dan �Strategi pengajaran dan pembelajaran sintaksis
TOPIK 5 �Kepentingan unsur gramatis dalam binaan ayat. �Konsep binaan frasa dan klausa. �Aspek-aspek binaan frasa dan klausa berdasarkan modul dan sukatan BM SM �Aplikasi aspek-aspek binaan frasa dan klausa dalam penulisan. �Kepentingan memahami aspek-aspek frasa dan klausa dalam binaan ayat. �Melaksanakan aktiviti kumpulan untuk mengenal pasti elemen-elemen ayat yang gramatis dalam penulisan dan membentangkannya. �Rumusan tentang binaan ayat yang gramatis.
TOPIK 6 �Konsep ragam dan susunan ayat. �Ragam ayat aktif dan pasif. �Susunan ayat biasa dan songsang. �Aspek-aspek ragam dan susunan ayat dalam konteks penulisan. �Melaksanakan aktiviti kumpulan untuk mengenal pasti elemen-elemen ragam dan susunan ayat dalam penulisan dan membentangkannya. �Rumusan tentang ragam dan susunan ayat.
TOPIK 7 �Konsep ayat dasar, ayat inti, ayat tunggal dan ayat majmuk. �Jenis ayat majmuk. �Proses Penerbitan Ayat. �Aktiviti kumpulan untuk meneliti kandungan aspek-aspek ayat terbitan berdasarkan modul dan sukatan BM SM. �Mengaplikasikan elemen-elemen ayat terbitan yang gramatis dalam penulisan secara berkumpulan dan membentangkannya secara ringkas. �Rumusan tentang proses penerbitan ayat yang gramatis.
TOPIK 8 �Pemudah cara membahagikan peserta kursus kepada tiga kumpulan untuk mengaplikasikan strategi kontekstual, e-pembelajaran, dan didik hibur dengan memanfaatkan input berkaitan sintaksis; �Pemudah cara memantau dan membimbing peserta ketika melaksanakan aktiviti kumpulan; �Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan dan berbincang tentang kekuatan dan kelemahan hasil kerja tersebut: �Rumusan (Pemudah cara menjelaskan kepentingan memahami aspek sintaksis bahasa Melayu).
MASALAH PENGGUNAAN SINTAKSIS �Ayat tergantung �Kesalahan hukum D-M �Kesalahan diksi/frasa �Ayat aktif �Ayat pasif �Ayat pendek �Ayat panjang
DEFINISI AYAT �Ayat ialah unit pengucapan atau tulisan yang tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa, yang mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur-unsur klausa, frasa, dan perkataan.
BINAAN AYAT �Ayat terbina daripada dua bahagian utama, iaitu subjek dan predikat. Subjek 1. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Predikat angkasawan pertama negara kita.
AYAT DASAR �Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola seperti yang berikut: Pola Jenis Pola Subjek Predikat 1. FN + FN Puan Hasnah ejen insurans. 2. FN + FK Sarimah menjerit kesakitan. 3. FN + FA Cik Halina sangat ayu berbaju kebaya. 4. FN + FS Pejabat Encik Ab. Rahim di Bandar Enstek.
FRASA �Frasa ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Contoh Frasa kertas Contoh Frasa yang diperluas sehelai kertas edaran mesyuarat
JENIS POLA AYAT DASAR �Pola ayat dasar terbahagi kepada empat jenis berdasarkan unsur yang hadir sebagai konstituen ayat, iaitu jenis subjek dan predikat. Ayat dasar bahasa Melayu terdiri daripada empat pola, iaitu FN + FN, FN + FK, FN + FA dan FN + FS.
RAJAH POLA AYAT DASAR Pola Contoh Subjek + Predikat Subjek / Predikat 1. Frasa Nama + Frasa Nama Sekolah saya Sekolah Kebangsaan Putra. 2. Frasa Nama + Frasa Kerja Guru-guru Besar sedang bermesyuarat. 3. Frasa Nama + Frasa Adjektif Pembantu makmal itu rajin orangnya. 4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Keluarga kami dari Kota Bharu.
BINAAN FRASA NAMA �Frasa nama terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai satu kesatuan dalam binaan ayat. Subjek Encik Rahman Predikat Pola usahawan tani. FN + FN Perisian persembahan alat bantu mengajar. Dato’ Siti Nurhaliza isteri Datuk Khalid. Dato’ Shariff pegawai khas Menteri Pelajaran.
BINAAN FRASA KERJA �Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja tak transitif (KKTT) atau kata kerja transitif (KKT). KKTT hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KKT mesti diikuti oleh objek atau unsur-unsur lain.
RAJAH FRASA KERJA Subjek 1. 2. 3. 4. 5. Rahmah Ayam hutan itu Adik Jin Han Kanak-kanak itu Frasa Kerja membaca buku cerita. membuat sarang di atas dahan. tidur di pangkuan ibu. bernyanyi di atas pentas. menangis tersedu-sedu. Kata kerja KKT KKTT
BINAAN FRASA ADJEKTIF �Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya. Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat, sebagai unsur keterangan, dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang kata adjektif hadir sesudah kata nama.
RAJAH FRASA ADJEKTIF Subjek (FN) 1. Dia 2. Mereka 3. Burung helang Predikat rajin. pulang segera. terbang tinggi. Fungsi Frasa Adjektif FA sebagai predikat FA sebagai unsur penerang FA sebagai unsur keterangan
BINAAN FRASA SENDI NAMA �Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasukdi, ke, daripada, kepada, dan sebagainya.
RAJAH FRASA SENDI NAMA Subjek 1. 2. 3. Kanang E-mel itu Cenderamata ini Predikat ke bandar. daripada ibu. untuk murid cemerlang.
PEMBENTUKAN FN �Pembentukan Frasa Nama (FN): Binaan frasa nama terbentuk daripada satu atau sederetan perkataan, sama ada terdiri daripada: �(i) satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, dan perkataan lainsebagai penerang; �(ii) dua unsur inti di dalamnya.
CONTOH Contoh. Frasa Nama Inti 1. 2. Guru Kakak Penerang Bahasa Melayu itu budak lelaki itu Predikat sungguh kreatif. sudah berpunya.
CONTOH Frasa Nama Inti 1. 2. Ibu Hutan Inti bapa rimba Predikat dipersilakan hadir. perlu dijaga.
PEMBENTUKAN FK �Frasa kerja dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu �frasa kerja tak transitif tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. �frasa kerja transitif mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Objek juga diikuti oleh kata keterangan.
Frasa Kerja Subjek Kata kerja 1. 2. 3. 4. 5. 6. Adik Hujan Ayah Perburu Ibu Jurulatih tidur. turun membaca menembak menghidangkan menyuruh Objek manuskrip. rusa. makanan. murid-murid Keterangan dengan lebatnya. berlari pantas.
PEMBENTUKAN FA �Frasa adjektif terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan kata penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya.
Subjek 1. 2. 3. 4. 5. Hari Hujan Ayah Perburu itu Pulau Tioman 6. Faiz Frasa Adjektif Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguat sudah masih amat sangat - gelap. lebat. gembira. cekap. cantik tenang amat. benar.
PEMBENTUKAN FSN �Frasa sendi nama terbentuk daripada salah satu binaan yang berikut: �Kata sendi nama + frasa nama �Kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama �Kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan)
Frasa Sendi Nama Subjek 1. 2. 3. 4. 5. Saya Adik Ayah Perburu itu Nenek 6. Pemandu itu Kata Sendi Nama Kata Nama Arah dari ke di dari ke ke belakang dalam belakang Frasa Nama Johor Bahru. sekolah. rumah. hutan. belukar keretanya Keterangan mencari herba. mengambil sesuatu.
KLAUSA �Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas
Klausa bebas / klausa utama Klausa tak bebas Awak pandai kerana awak rajin belajar. Kami akan hadir sekiranya hari tidak hujan. Mereka akan datang walaupun tanpa diundang. Cikgu memberitahu sesuatu bahawakami akan menghantar tugasan pada hari esok.
BINAAN AYAT �Binaan Ayat Tunggal – Ayat Majmuk : �Ayat tunggal mengandungi satu subjek dan satu predikat; sementara ayat majmuk mengandungi satu subjek dengan beberapa predikat, beberapa subjek dengan satu predikat, atau beberapa subjek dengan beberapa predikat. Bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat akan menentukan sama ada ayat itu ayat tunggal ataupun ayat majmuk.
CONTOH Ayat Tunggal Ayat Majmuk 1 a. Puan Norhaguru di SMK Bukit Rahman Putra. 1 b. Rakan beliau juruteknik di sebuah syarikat petroleum. Puan Norha guru di SMK Bukit Rahman Putra manakala rakan beliau juruteknik di sebuah syarikat petroleum. 2 a. Murid-murid masih berbual. 2 b. Pengetua sedang berucap. Murid-muridmasihberbualwalaupun Pengetua sedang berucap. 3 a. Staf sekolah ini rajin. 3 b. Staf sekolah ini bertanggungjawab. Staf sekolah ini rajin serta bertanggungjawab.
Binaan predikat ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur FN, FK, FA, dan FS. Subjek i. Pemuda itu ii. Ayam serama itu iii. Cikgu Amin iv. Bapa Predikat pengarah syarikat. berkokok. sangat rajin. ke Kuala Lumpur. Binaan Predikat Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama
RAGAM AYAT �Ragam ayat tunggal bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayataktif tak transitif. �
AYAT AKTIF TRANSITIF Predikat Subjek Kata Kerja Transitif 1. 2. 3. Ribut Ahmad Pengarah melanda mengarang merasmikan Objek kampung kami. buku cerita. seminar itu.
Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang boleh digugurkan Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif 1. Amir Zakry 2. Azie Hazirah 3. Khawidah sedang bercuti mengaji berkebun Keterangan yang boleh digugurkan di Sungai Buloh. selepas Maghrib. di belakang rumahnya.
Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang tidak boleh digugurkan Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif 1. 2. 3. Arwindran Pesawat MH 370 Penyakitnya tinggal menuju beransur Keterangan yang tidak boleh digugurkan di Setia Alam. ke Beijing. sembuh.
AYAT PASIF �Ayat pasif pula ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif. Ayat pasif digolongkan kepada tiga jenis, iaitu: �Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif; �Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan �Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
AYAT PASIF DENGAN IMBUHAN KATA KERJA PASIF Subjek 1. Buku itu 2. Kucing 3. Sampah sarap Kata Kerja Pasif sudah diambil terlanggar dipungut Oleh + Frasa Nama oleh Abu oleh basikal oleh pekerja Keterangan pagi tadi. di kakinya. setiap hari.
AYAT PASIF DENGAN KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA DAN KEDUA Subjek 1. Tugasan itu 2. Hutang itu 3. Masakan itu 4. Perkara tersebut Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau Kedua sudah aku siapkan akan kami jelaskan belum engkau makan harus awak putuskan Keterangan awal-awal lagi. segera.
Ayat Pasif dengan Perkataan “Kena” yang hadir sebelum kata kerja Subjek 1. Penagih tadi 2. Penyeludup itu 3. Budak tersebut 4. Harimau bintang Kena kena Kata Kerja Dasar tangkap tahan kejar tembak Oleh + Frasa Nama oleh polis. oleh pihak kastam. oleh orang jahat. oleh perburu.
AYAT MAJMUK �Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang mengandungi dua ayattunggal ataulebih. Pemajmukan ayat tunggal terjadi menerusi penggunaan kata hubung seperti dan, kata komplemen ’bahawa’, kata relatif ’yang’, selain penggunaan tanda koma, dan keterangan. Ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: �AYAT MAJMUK GABUNGAN �AYAT MAJMUK PANCANGAN �AYAT MAJMUK CAMPURAN
AYAT MAJMUK GABUNGAN �: Ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal. �a. Faktanya berurutan(kata hubung: dan, lalu, serta, dan sambil) �Dia masuk ke dewanlalu duduk di barisan hadapan. �Berenang danmenyelam menjadi kegemarannya.
AYAT MAJMUK GABUNGAN �b. Faktanya bertentangan (kata hubung: tetapi, sebaliknya, dan padahal) � 1. Vivian bertubuh besar tetapi penakut. � 2. Murid-murid masih berada di kantin padahal loceng sudah berbunyi.
AYAT MAJMUK GABUNGAN �c. Gabungan dua ayat atau lebih dengan menggunakan kata hubung �berpasangan � 1. Daripada berbual-bual kosong, lebih baik kita mengulang kaji pelajaran. � 2. Sama ada berita itu benar ataupun tidak, belum dapat dipastikan.
AYAT MAJMUK PANCANGAN � � � � � Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: Ayat Relatif(menggunakan kata relatif yang) 1. Calon guru yang hadir pada sesi pertama sudah ditemu duga. (Ayat induk: Calon guru sudah ditemu duga. ) (Ayat kecil: Calon guru hadir pada sesi pertama. ) Ayat Komplemen (menggunakan kata komplemen bahawadan untuk) 1. Bahawa saya benar memanglah perlu saya pertahankan. 2. Adalah sukar untuk pasukan penyelamat menemukan pesawat itu. Ayat Keterangan (menggunakan kata keterangan ketika, kerana, semasa, sewaktu, dengan, sungguhpun, walaupun, , semoga, dan sekiranya) 1. Perhimpunan lambat berakhir kerana banyak perkara yang disampaikan. (keterangan sebab) 2. Jika dia menerima saya seadanya, saya akan terus berbincang dengan keduadua ibu bapa saya. (keterangan syarat) 3. Walaupun kawasan institut sedang dinaik taraf, pelawat tetap datang berkunjung ke sini. (keterangan pertentangan) 4. Warga sekolah berdoa semoga sekolah mencapai keputusan yang lebih baik pada tahun depan. (keterangan harapan)
AYAT MAJMUK CAMPURAN � Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai jenis ayat majmuk. Oleh hal yang demikian, penggunaan kata hubung, kata relatif, dan kata komplemen ialah bentuk yang biasa ditemukan dalam ayat majmuk campuran. � Apabila kita berusaha untuk mendapat kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan, kita hendaklah selalu menilai kekuatan dan kelemahan diri kita. � � Jika perlawanan bola sepak yang akan mempertemukan dua pasukan gergasi dunia itu dapat diadakan di negara ini, kami yakin bahawa peminat fanatik kedua-dua pasukan itu akan terhibur, sementara pihak penganjur akan memperoleh keuntungan yang besar.
AYAT MAJMUK PASIF �Ayat Majmuk Pasif dapat dibina jika wujud bentuk aktifnya, yang mengandungi kata kerja transitif. �Kami dinasihati oleh pegawai atasan itu kerana lambat menyempurnakan kerja yang diserahkan kepada kami. �Warga institut akan dibenarkan bercuti mulai hari Jumaat yang akan datang. �Seluruh staf sektor awam digalakkan supaya menghadiri kursus peningkatan ilmu seumpama ini.
PROSES PENERBITAN AYAT �Penerbitan ayat ialah suatu proses terbina atau terbentuknya ayat melalui proses pertukaran bentuk ayat (transformasi) yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman ayat.
PROSES PENGGUGURAN �Terdapat tiga jenis pengguguran, iaitu pengguguran: �a) frasa nama sebagai subjek �b) frasa predikat �c) frasa nama yang mendahului frasa relatif
PENGGURAN FN (SUBJEK) �Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek: Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. �Contoh: i. Kamu keluar (. . . menjadi) keluar! � ii. Awak semua pergi dari sini (. . . menjadi) pergi dari sini!
PENGGURAN SUBJEK SERUPA �Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. � �Contoh: i. Muhammad sangat pandai + Muhammad rajin belajar � Muhammad sangat pandai kerana dia rajin belajar. � Muhammad sangat pandai kerana rajin belajar. �ii. Nawal cerdik + Nawal pendiam � Nawal cerdik tetapi Nawal pendiam. � Nawal cerdik tetapi pendiam.
Pengguguran Frasa Predikat: Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan. Frasa Predikat a. Frasa kerja yang serupa Contoh Ayat Zahrah belajar di Kolej Matrikulasi Johor. Sepupunya belajar di Matrikulasi Johor. i. Zahrah belajar di Kolej Matrikulasi Johor dan sepupunya belajar di Kolej Matrikulasi Johor. ii. a. Frasa nama yang serupa Zahrah dan sepupunya belajar di Kolej Matrikulasi Johor. Encik Abu guru sekolah. Puan Milah guru sekolah. i. a. Frasa adjektif yang serupa ii. Encik Fauzi dan Puan Sharifah guru sekolah. Abang saya sangat rajin. Abang Fei Fun sangat rajin. i. a. Frasa sendi nama yang serupa Encik Fauzi guru sekolah dan Puan Sharifah guru sekolah. Abang saya sangat rajin dan abang Fei Fun sangat rajin. ii. Abang saya dan abang Fei Fun sangat rajin. Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung. i. Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung. ii. Dia dan isterinya masih di kampung.
Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif �Apabila dua ayat digabungkan, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. Contoh: �Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya. Kereta yang kuning itu pilihan saya. Yang kuning itu pilihan saya. �Dia membeli baju itu. Baju itu cantik. Dia membeli baju yang cantik itu. Dia membeli yang cantik itu
PENGGUGURAN KN YANG BERFUNGSI SEBAGAI FN �Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama (inti) + penerang boleh digugurkan sehingga yang tinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Contoh: �i. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. Bersenam boleh menyihatkan badan. �ii. Tabiat merokok membahayakan kesihatan. Merokok membahayakan kesihatan.
PROSES PENYUSUNAN SEMULA �Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan, tetapi tidak mengubah maksud ayat. �Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu: � 1 a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek. � 1 b) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek. � 1 c) Penyusunan semula melalui ayat songsang.
CONTOH Ayat Asal 1 a) Adik menendang bola itu. 1 b) Allah mengurniai kita rahmat. 1 c) Orang itu pergi ke kedai. Penyusunan Semula Bola itu ditendang oleh adik. (Frasa nama sebagai subjek) Allah mengurniakan rahmat kepada kita. (Frasa nama sebagai objek) Pergi ke kedai orang itu. (Ayat songsang)
PROSES PELUASAN �Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila terdapat penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu, iaitu peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi.
CONTOH Ayat Asal Budak itu adik saya. Budak itu membaca buku Osman mengusik budak itu. Budak itu menangis. Ayah tidak bekerja. Ayah sakit perut. Mereka melaporkan. Guru kelas tidak hadir. Peluasan Budak yang membaca buku itu adik saya. (Frasa nama sebagai subjek ) Osman mengusik budak yang menangis itu. (Frasa predikat) Ayah tidak bekerja kerana sakit perut. (Kata hubung) Mereka melaporkan bahawa guru kelas tidak hadir. (proses komplementasi)
AKTIVITI PERBENGKELAN � 5 KUMPULAN �K 1: KENAL PASTI JENIS FRASA DALAM LAGU. �K 2: KENAL PASTI BENTUK KLAUSA DALAM PUISI. �K 3: KENAL PASTI BENTUK AYAT TERGANTUNG DALAM KARANGAN MURID. �K 4: KENAL PASTI JENIS AYAT MAJMUK DALAM PERBUALAN. �K 5: KENAL PASTI PROSES PENERBITAN AYAT DALAM PETIKAN AKHBAR.
� SEKIAN TERIMA KASIH.
- Slides: 63