SIFATSIFAT WAJIB DAN MUSTAHIL BAGI RASUL SIDDIQ AMANAH
SIFAT-SIFAT WAJIB DAN MUSTAHIL BAGI RASUL SIDDIQ AMANAH TABLIGH FATHANAH
Mukaddimah tajuk • Seperti mana malaikat yang selalu patuh pada perintah Allah dan tidak pernah sekalipun melanggar perintah Allah, maka para Nabi dan Rasul juga demikian. • Mereka adalah orang-orang yang dijaga Allah dari perbuatan yang dapat mendatangkan dosa. • Para nabi dan Rasul adalah orang yang selalu melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangannya
Persoalan mengapa sifat wajib bagi Rasul itu Empat ? • Sifat empat ini adalah merujuk kepada sifat kesempurnaan yang utama bagi para Rasul yang merangkumi semua sifat-sifat Mahmudah yang lain. • Dan tidak layak bagi Rasul itu bersifat dengan sifat yang buruk. • Maka Allah telah menganugerahkan kepada Rasul itu empat sifat kesempurnaan, yang wajib dimiliki oleh seorang rasul, yaitu Siddiq (Jujur/benar), Amanah (dipercayai), Tabligh (menyampaikan) dan Fathanah (bijaksana).
Sifat Siddiq • Siddiq ertinya : jujur/ benar. • Setiap rasul pasti jujur dalam ucapan dan perbuatan dan pengakuan. • Apa apa yang telah disampaikan kepada manusia baik berupa wahyu atau kabar harus sesuai dengan apa yang telah diterima dari Allah tidak boleh dilebihkan atau dikurangkan. • Apabila berlawanan dengan sifat Siddiq yakni dusta maka gugurlah sebagai seorang Rasul. • Dalam Firman Allah SWT dalam surah Al-Mukminun ayat 70 -72
Sifat Amanah • Amanah ertinya dipercayai. • Rasul terpelihara dari zahir dan batin daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT dalam agama. • Setiap Rasul adalah dipercayai percakapan dan perbuatannya. • Maka mustahil jika Rasul itu bersifat khianat iaitu melakukan pekerjaan yang ditegah sama ada daripada perkara haram atau makruh. • Dalil bagi sifat ini di dalam surah Al-A’raf ayat 28 dan surah Asy-syu’ara ayat 107.
Sifat Tabligh • Tabligh ertinya menyampaikan. • Tabligh itu adalah menyampaikan apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada seluruh manusia. • Menjadi tugas para Rasul itu menyampaikan tanpa ada menyembunyikan (kitman) sesuatu yang diterima daripada Allah SWT. • Dalil bagi sifat ini di dalam surah Al-Nisa ayat 165.
Sifat Fathanah • Fathanah ertinya cerdik/bijaksana • Dalam erti kata bijaksana dalam memberi keterangan dan hujah dengan tujuan menegakkan kebenaran. • Kata para alim ulama’ : sekiranya Rasul tidak bersifat bijaksana (bodoh) sudah tentu mereka tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik. • Dalil bagi sifat ini di dalam surah Al-An’am ayat 83.
Sifat harus Rasul • Harus bagi Rasul itu bersifat seperti sifat manusia biasa tetapi tidak sampai mengerjakan sesuatu yang makhruh dan haram. • Walaupun rasul bersifat seperti sifat manusia, tetapi tidak menjatuhkan darjat sebagai seorang Rasul • Dalil bagi sifat harus ini di dalam surah Al. Furqan ayat 20.
Kesimpulan tajuk • Rasul itu adalah utusan Allah dari kalangan manusia sebagai (ikutan) yang dianugerahkan kepada Rasul itu empat sifat kesempurnaan, yang wajib dimiliki oleh seorang rasul, yaitu Siddiq (Jujur/benar), Amanah (dipercayai), Tabligh (menyampaikan) dan Fathanah (bijaksana). • Apabila dikatakan Rasul itu bersifat manusia maka mustahil Rasul itu bersifat dengan tuhan seperti kepercayaan orang Kristian atau bersifat dengan malaikat zahir dan batin.
• Dalil naqli didalam surah alkahfi allah berfirman bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". • (Al-Kahfi 18: 110 • • Walaupun Rasul itu dikalangan manusia, ia terpelihara dari melakukan dosa dan menyampaikan wahyu tanpa mengikut hawa nafsu seperti firman Allah SWT : (3). ﺍ ﺍﻯ • dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al Qur'an) menurut kemahuan hawa nafsunya. (4). ﺍ ﻭﻯ • Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)
- Slides: 10