Sesi 7 Syubhat terhadap Ilmu Qiraat Hukumhukum berkaitan
Sesi 7 Syubhat terhadap Ilmu Qiraat & Hukum-hukum berkaitan Ilmu Qiraat
Syubhat terhadap Ilmu Qiraat • Qiraat bukan versi Al-Quran • Qiraat bukan bersumber dari Rasm • Qiraat sepuluh disabitkan sebagai Mutawatir secara Ijma’ Ulama’.
Qiraat bukan versi Al -Qur’an
Antara tohmahan yang dilemparkan terhadap Ilmu Qiraat ialah dakwaan bahawa wujudnya Qiraat yang berbeza bermaksud al-Qur’an terdapat dalam beberapa versi. Dakwaan ini menekankan bahawa terdapat perbezaan pada teks al-Qur’an itu sendiri, contohnya perbezaan antara ﺳﺎﺭﻋﻮﺍ dan ﻭﺳﺎﺭﻋﻮﺍ dan contoh ﻭﻭﺻﻰ dan. ﻭﺃﻮﺻﻰ Justeru al. Qur’an disifatkan sebagai sama dengan Kitab-kitab Samawi lain yang mempunyai pelbagai versi. Dakwaan ini juga kadangkala mengaitkannya dengan dakwaan bahawa perbezaan di antara Qiraat berlaku disebabkan kekeliruan masyarakat tentang cara membaca mushaf al-Qur’an yang tidak mempunyai titik atau baris pada zaman Uthman r. a dan sebelumnya.
Hujah-hujah bagi menolak dakwaan ini antaranya seperti berikut: • ‘versi’, mengikut Kamus Dewan, bermaksud buku dll yang diterjemahkan ke dalam bahasa lain, atau corak dan bentuk tertentu. Tanggapan atau sudut pandang seseorang turut disifatkan sebagai ‘versi’ juga boleh dimaksudkan sebagai ‘edisi’. Justeru, penggunaan perkataan ‘versi’ menggambarkan perbezaan pada bahasa, corak, bentuk, tarikh penerbitan ataupun sudut pandang seseorang. • Dakwaan di atas hanya mengaitkan dengan perbezaan bentuk penulisan mushaf dan bentuk bacaan.
• Perbezaan penulisan mushaf yang dipertikaikan termasuk perbezaan cara penulisan skrip Magharibah dan Masyariqah, sedangkan perbezaan ini berkait dengan perkembangan Bahasa Arab itu sendiri dan tiada kaitannya dengan ketulenan al-Qur’an. Begitu juga perbezaan berkait dengan dhobt atau cara penandaan al-Qur’an. • Tohmahan ini kerap menggunakan perkataan ‘teks’ menggantikan ‘riwayat’ untuk memberi gambaran bahawa terdapat pelbagai teks al. Qur’an yang berbeza, sedangakan perbezaan sebenar ialah pada periwayatan cara bacaan al. Qur’an, dan mushaf Uthmaniyyah ditulis berdasarkan periwayatan tersebut, bukan sebaliknya.
• Tohmahan ini juga seringkali mengabaikan aspek sains periwayatan dalam Islam. Bacaan yang diterima dalam Ilmu Qiraat seluruhnya disyaratkan sampai kepada kita secara tawatur, selain syarat-syarat lain. Tulisan mushaf Uthamniyyah pula merupakan hasil ijma’ Sahabat dengan syarat-syarat yang ketat. Kesemua ini menjamin ketulenan al-Qur’an. • Ketulenan al-Qur’an juga terpelihara dengan uniknya cara penyampaiannya, iaitu dengan cara talaqqi dan juga penulisan. Al-Qur’an tidak bergantung kepada talaqqi semata-mata atau penulisan semata-mata.
Andai ia hanya bergantung pada tulisan, kemungkinan berlaku tokoktambah atau pengurangan adalah tinggi jika teks tersebut hilang atau luput. Manakala andai ia hanya bergantung pada periwayatan, seperti ilmu hadith, mungkin akan berlaku perbezaan ketara dari segi lafaz yang digunakan setiap perawi, seperti perbezaan lafaz yang kita dapati dalam kitab-kitab hadis. Namun uniknya al-Qur’an, talaqqi dan hafalan menjadi tunggak utama dalam periwayatannya, manakala kaedah penulisan pula menjadi pendokong yang menguatkan lagi ketulenannya. Talaqqi berfungsi untuk memelihara dari berlakunya penyelewengan dalam cara membaca tulisan al-Qur’an, manakala penulisan berfungsi menghadkan perbezaan yang berlaku dari segi bacaan dan mengaitkannya dengan rasm.
• Kewujudan mushaf dengan qiraat tertentu atau pengamalan qiraat tertentu di wilayah atau negara tertentu bukan disebabkan hanya qiraat tersebut yang diyakini sebagai ‘versi’ yang benar dan tulen, malah disebabkan faktor periwayatan, iaitu bacaan tersebut yang diajarkan disampaikan kepada masyarakat di situ dan paling digemari mereka (kerana dirasakan mudah, mengikut mazhab tertentu dsbnya). Tiada seorang pun ulama’ yang menolak salah satu daripada 10 Qiraat yang ada pada zaman sekarang sebagai al-Qur’an dan masyarakat Islam bebas mengamalkan mana-mana di antaranya mengikut ilmu dan tahap penguasaan mereka.
• Kesepakatan ulama’ Qiraat dalam bacaan dan penulisan mushaf jauh lebih banyak dari khilaf yang berlaku, hinggakan tidak masuk akal untuk menamakannya sebagai versi atau teks yang berbeza. Khilaf yang berlaku pula seringkali tidak membawa kepada perbezaan maksud yang ketara, atau malah tidak membawa kepada sebarang penukaran maksud.
• Antara bukti kukuhnya pergantungan pada aspek periwayatan ialah wujudnya perkataan serupa dengan contoh yang diberikan sebagai hujah dakwaan namun tidak pula berlaku perbezaan cara penulisannya di dalam mushaf. Contohnya perkataan ﻭﺻﻰ sendiri, juga terdapat dalam ayat 13 dari Surah asy-Syura namun ditulis dengan serupa dalam semua mushaf Uthmaniyyah, walaupun terdapat perbezaan dari segi bacaannya.
• Wujudnya perkataan yang sama namun secara konsisten ditulis dengan dua cara yang berbeza dalam semua mushaf Uthmaniyyah. Contohnya perkataan ﻟﻌﻨﺔ ﺍﻟﻠﻪ dan ﻟﻌﻨﺖ ﺍﻟﻠﻪ yang merupakan perkataan yang sama dengan cara penulisan yang berbeza. ini menandakan bahawa penulisan al-Qur’an turut merupakan sesuatu yang tauqifi (daripada Rasulullah s. a. w) atau paling kurang sesuatu yang mendapat konsensus/ijma’ para Sahabat r. a.
Qiraat bukan bersumber dari Rasm
Tohmahan seterusnya ialah dakwaan bahawa perbezaan di antara satu qiraat dengan qiraat yang lain ialah disebabkan perbezaan Rasm atau cara penulisan yang terdapat di antara satu mushaf Uthmaniyyah dengan mushaf Uthmaniyyah yang lain. Tohmahan ini mendakwa masyarakat di wilayah-wilayah Islam membaca dengan bacaan yang berbeza kerana tiadanya titik dan baris dalam Mushaf-mushaf Uthamniyyah, lalu masing-masing membaca mengikut interpretasi sendiri.
Sebagai contoh, bacaan ﺳﺄﻮﺭﺛﻜﻢ berbanding bacaan ﺳﺎﻭﺭﻳﻜﻢ pada ayat 145 dari Surah al-A’raf. Bacaan yang pertama dinisbahkan kepada Qassamah 2 dan Ibn ‘Abbas. Contoh lain yang diberikan ialah bacaan Ibn ‘Amir pada ayat 137 dari Surah al-An’am, iaitu bacaan dengan ﺷﺮﻛﺎﺋﻬﻢ )hamzah berbaris bawah) berbanding bacaan Imam-imam Qiraat yang lain iaitu ﺷﺮﻛﺎﺅﻬﻢ )hamzah berbaris depan).
Kebatilan tohmahan ini terbukti dengan hujah berikut: • Saiyidina Uthman r. a memastikan bahawa setiap mushaf yang diutuskan dihantar bersama dengan seorang guru yang akan mengajarkan penduduk wilayah berkaitan bacaan yang tepat bagi mushaf itu. Ini membuktikan tiada ruang bagi sesiapa membuat interpretasi sendiri terhadap bentuk penulisan yang terdapat di dalam mushaf. Sekiranya orang ramai bebas mengeluarkan sendiri pelbagai Qiraat dari rasm mushaf, tentu tidak perlu diutus seorang guru kepada mereka.
• Setiap guru mengajar bacaan yang telah mereka pelajari dari Rasulullah s. a. w atau Sahabat yang lain, iaitu bacaan yang tsabit secara mutawatir dan bertepatan dengan mushaf (3 syarat sesuatu bacaan diterima). Mereka tidak mengajarkan bacaan yang terputus sanadnya atau yang diriwayatkan secara ahad atau yang telah dimansukhkan 3. Sekiranya orang ramai bebas membaca mana-mana bacaan tanpa mengambil kira ia adalah bacaan mutawatir/ahad, atau bacaan yang telah dimansukhkan, atau bacaan yang terputus sanadnya, maka tiada keperluan untuk guru-guru tersebut diutuskan. Ini membuktikan bahawa Qiraat bergantung kepada talaqqi dan periwayatan, bukan kepada tulisan/rasm semata-mata.
• Selain daripada itu terdapat ayat-ayat al-Qur’an bahawa Rasulullah s. a. w sendiri tidak dibenarkan mereka-reka bacaan, malah terikat dengan apa yang disampaikan kepada Baginda s. a. w melalui wahyu. Iaitu ayat 15 Surah Yunus dan ayat 18 Surah al-Qiyamah. • Peristiwa percanggahan bacaan antara Umar dan Hisyam menjadi bukti bahawa Sahabat r. a juga terikat dengan apa yang disampaikan oleh Rasulullah s. a. w kepada mereka. Sewaktu terjadi perbalahan, kedua-duanya menggunakan hujah “ini ialah bacaan yang dibacakan oleh Rasulullah s. a. w kepadaku” dan mereka merujuk kepada Rasulullah s. a. w untuk mendapatkan kata putus.
• Ini membuktikan tiada di kalangan Sahabat r. a yang membaca mengikut ciptaan Qiraat masing yang tidak diterima dari Rasulullah s. a. w, dan begitulah yang disampaikan serta diamalkan oleh generasi selepas mereka. • Sekiranya sesiapa sahaja dibenarkan menginterpretasi cara bacaan al-Qur’an mengikut cara tulisan/rasm mushaf, ianya akan memberi maksud sebahagian al-Qur’an merupakan ciptaan manusia dan menghilangkan sifat kemukjizatan al -Qur’an itu sendiri.
Seterusnya hilanglah cabaran kepada bangsa Arab untuk mendatangkan ayat yang sebanding dengan ayat al-Qur’an, sepertimana yang disebutkan dalam ayat 23 dan 24 Surah al-Baqarah. Namun apa yang berlaku sejak zaman Rasulullah s. a. w ialah bangsa Arab yang terkenal dengan kefasihan mereka tidak mampu mencipta ayat yang serupa dengan al-Qur’an walaupun satu ayat atau surah yang pendek. Ini membuktikan al-Qur’an sememangnya wahyu yang tidak tercemar sedikit pun dengan campurtangan makhluk.
Qiraat sepuluh disabitkan sebagai Mutawatir secara Ijma’ Ulama’.
Terdapat juga tohmahan bahawa 10 Qiraat yang disepakati kini tidak kesemuanya mutawatir, malah ada yang berpendapat 3 Qiraat yang tidak disebut dalam Matan Hirzul-Amani tidak mencapai tahap mutawatir dari segi sanad. Walaubagaimanapun, pandangan ini ditolak dan ulama’ Qiraat, fiqh dan usul jumhurnya berpegang pada pendapat bahawa kesemua sepuluh Qiraat dianggap mutawatir. Hujah mereka boleh dibuktikan dengan mendalami sanad setiap Qiraat, antaranya sepertimana yang dinukil oleh Imam Ibn Jazari. Sanad-sanad ini banyak disebut dalam kitab-kitab yang membicarakan tobaqot (strata/lapisan) Imam-imam Qiraat.
Ulama’ juga berhujah bahawa Qiraat Tiga tidak terkeluar bacaannya daripada bacaan-bacaan yang terdapat dalam Qiraat Tujuh. Manakala sanad-sanad Imam-imam Qiraat yang banyak ditulis secara ahad bukan bermaksud pengiraan, tapi sebaliknya sebagai pengesahan sahaja. Imam Ibn Jazari menekankan bahawa sekiranya dikumpulkan dikeluarkan nama-nama yang membaca Qiraat tersebut di setiap zaman, niscaya bilangan yang dikehendaki untuk mencapai darjat mutawatir akan tercapai malah lebih daripada itu.
Hukum-hukum berkaitan Ilmu-Qiraat
Antara hukum yang berkait dengan Ilmu Qiraat ialah: • Mempelajari dan mengamalkannya ialah fardhu kifayah. Walaubagaimanapun, terdapat pendetailan dari aspek mengamalkan seperti berikut: • Qiraat Mutawatirah boleh dibaca di dalam atau di luar sembahyang. Tetapi bagi mengelakkan kekeliruan di dalam masyarakat yang kurang arif tentang wajah Qiraat yang akan dibaca seeloknya diterangkan terlebih dahulu bahawa bacaan al-Quran secara Qiraat yang berlainan akan diperdengarkan.
• Qiraat Syadz terbahagi kepada pelbagai kategori ada yang boleh diterima dan ada yang ditolak secara terus seperti juga dalam pembahagian hadis-hadis yang dikatakan datang dari Rasul SAW. Qiraat Syadz tidak boleh dibaca di dalam sembahyang kerana ia bukanlah bacaan al-Quran yang tepat atau sebenar, jika dibaca di dalam sembahyang maka sembahyang itu akan batal kerana menyebut perkataan selain al-Quran di dalam sembahyang.
• Tidak boleh mengingkari Qiraat yang telah sabit kesahihan dan sifat mutawatir padanya melainkan kerana kesamaran, kejahilan atau ketidakjelasan maklumat yang diperolehi. Jika pengingkar itu tahu tentang kesabitan Qiraat tersebut namun tetap berdegil mengingkarinya, ulama’ menghukumkan ia boleh jatuh kepada kekufuran. • Wajah Qiraat yang pelbagai boleh dibaca walaupun di dalam satu solat, sebagai contoh bacaan al-Fatihah dibaca dengan Riwayat Hafs dan bacaan surah selepasnya boleh dibaca dengan bacaan Riwayat Syu’bah.
Ada juga ulama’ yang mensyaratkan tidak boleh membaca Qiraat yang berbeza dalam satu rakaat, namun dibolehkan pada rakaat yang berbeza. Harus diingat bahawa mesti terdapat “fasilah” atau pembeza yang jelas selang bacaan antara keduadua riwayat/qiraat yang berbeza agar tidak berlaku “tarkib al-Qiraat’ atau “talfiq al-Qiraat” iaitu percampuran Qiraat. Adapun yang terbaik ialah tidak mencampurkan antara Qiraat dalam satu solat atau satu majlis atau satu khatmah (melainkan dalam pembelajaran, iaitu dengan kaedah jama’ yang mempunyai syarat-syarat yang khusus dan kaedah yang tertentu).
- Slides: 29