Sesi 4 Matanmatan utama Ilmu Qiraat Matanmatan utama

  • Slides: 35
Download presentation
Sesi 4 Matan-matan utama Ilmu Qiraat

Sesi 4 Matan-matan utama Ilmu Qiraat

 • Matan-matan utama Ilmu Qiraat • • • Pengenalan Matan Hirzul Amani. Biodata

• Matan-matan utama Ilmu Qiraat • • • Pengenalan Matan Hirzul Amani. Biodata imam Asy-Syatibi. Pengenalan Matan Ad-Durrah. Pengenalan Matan Toyyibatun Nashr. Biodata Imam Ibn Jazri.

Pengenalan Matan Hirzul Amani

Pengenalan Matan Hirzul Amani

Ianya merupakan himpunan Syair-Syair atau Qasidah karangan Imam Abu Qasim bin Firruh bin Khalaf

Ianya merupakan himpunan Syair-Syair atau Qasidah karangan Imam Abu Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad Al-Andalusi Asy-Syatibi. Ia turut dikenali sebagai Asy-Syatibiyyah sebagai nama ringkas yang dinisbahkan kepada pengarangnya iaitu Imam Asy-Syatibi. Qasidah ini terdiri daripada 1173 bait syair yang mengandungi bacaan qiraat yang terdapat di dalam kitab At-Taisir karangan Abu 'Amr Ad-Dani dengan penambahan makhraj huruf oleh Imam Asy-Syatibi. Penambahan ini dikenali sebagai Ziyadatul-Qasid, iaitu merujuk kepada penambahan yang dibawa oleh Imam Asy-Syatibi ke atas kitab asal At-Taisir karangan Imam Ad-Dani. Keistemewaan: • Memperkenalkan sistem kod (rumuz) yang diambil dari susunan abjad Bahasa Arab. • Sistem kod terbahagi kepada dua, kod Individu & kod Jama’ie.

 • Kod Individu: iaitu satu huruf mewakili seorang Qari/Perawi • Kod Jama’ie: iaitu

• Kod Individu: iaitu satu huruf mewakili seorang Qari/Perawi • Kod Jama’ie: iaitu satu huruf atau satu perkataan mewakili sekumpulan Qari/Perawi • Matan ini juga disanjung kerana keindahan bahasanya dan ketinggian aspek kesusasteraannya, serta diangap antara Qasidah/Syair terbaik pada zamannya, khususnya kerana ia tergolong di antara Qasidah Al Alamiyah(secara ringkas: Qasidah yang sukukata akhir setiap bait berakhir dengan laam).

 • Imam Asy-Syatibi berusaha menulis seringkas yang mungkin, antaranya dengan menyebut satu cara

• Imam Asy-Syatibi berusaha menulis seringkas yang mungkin, antaranya dengan menyebut satu cara bacaan tanpa mendetailkan bacaan untuk setiap Qari/Perawi. Penuntut Ilmu Qiraat yang mempelajari Matan ini maklum bahawa bila disebut satu cara bacaan untuk Imam tertentu, ini bermaksud Imam yang lain secara automatik membaca dengan cara bacaan yang bertentangan. • Contohnya dalam bab Surah Al-Fatihah baris yang pertama, beliau hanya menggariskan bahawa bacaan ‘Maliki’ dibaca secara mengekalkan alif/2 harakat oleh Asim dan Kisai, tanpa mendetaikan cara bacaan Imam selain mereka. Ini bermaksud Imam-Imam yang tidak disebut nama atau kodnya membaca dengan bacaan yang berlawanan iaitu membuang alif/2 harakat pada ‘Maliki’.

 • Metodologi Imam Asy-Syatibi dalam menulis matan ini diterangkan secara terperinci dalam bab

• Metodologi Imam Asy-Syatibi dalam menulis matan ini diterangkan secara terperinci dalam bab pendahuluannya termasuk kaedah diatas. Malah Imam Asy-Syatbi menyenaraikan secara detail dalam bab pendahuluan tentang lawan pada setiap pembacaan. • Walaupun matan ini bukan yang pertama ditulis, namun ia dianggap yang utama dan paling masyhur dalam bidang ini.

Kitab ini mendapat perhatian besar daripada para Ulama' di mana ia telah disyarahkan oleh

Kitab ini mendapat perhatian besar daripada para Ulama' di mana ia telah disyarahkan oleh lebih daripada 50 Ulama', di antaranya adalah: • Fathul-Washid fi Syarhil-Qasid karangan As. Sakhawi. • Ibrazul-Ma'ani min Hirzil-Amani karangan Abu Syamah. • Sirajul-Qari' Al-Mubtadi' wa Tazkiratul-Muqri' al Muntahi karangan Ibn Qasih. • Irsyadul-Murid ila Maqsudil-Qasid karangan Al. Dhabba'. • Al-Wafi fi Syarhi-Syatibiyyah fil-Qiraatis-Sab' karangan 'Abdul-Fattah Al-Qadhi.

Biodata Imam Asy-Syatibi

Biodata Imam Asy-Syatibi

Nama sebenar beliau adalah Al-Qasim bin Firruh bin khalaf bin Ahmad, digelar Abul-Qasim atau

Nama sebenar beliau adalah Al-Qasim bin Firruh bin khalaf bin Ahmad, digelar Abul-Qasim atau Abu Muhammad Asy-Syatbi Al-Andalusi. Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di sebuah perkampungan pada timur Andalus (Sepanyol) yang bernama Syatibah (sekarang dalam daerah Barcelona). Beliau adalah seorang Qari yang buta, tetapi mempunyai kepintaran yang menakjubkan. Malah imam ibn jazri menyifatkannya sebagai salah satu tanda diantara tanda-tanda kebesaran Allah. Diriwayatkan bahawa jika seseorang membacakan kepadanya Sahih Bukhari, Sahih Muslim atau Al-Muwattha, beliau dapat menyemak dan memperbetulkan bacaan orang tersebut dengan bergantung sepenuhnya kepada hafalannya.

Sejak kecil lagi, Imam Asy-Syatibi giat menuntut ilmu dari para Ulama’ yang berada di

Sejak kecil lagi, Imam Asy-Syatibi giat menuntut ilmu dari para Ulama’ yang berada di Syatibah, sama ada dalam bidang Qiraat ataupun Hadith. Dalam waktu yang singkat beliau telah dapat mengumpul ilmu yang banyak. Imam Asy-Syatibi turut gigih merantau mencari ilmu. Imam Al-Qufati menceritakan bahawa masyarakat di Syatibah telah menjadikannya sebagai guru dan tempat rujukan berkaitan bacaan Al-Quran sebelum usianya meningkat remaja. Beliau mempelajari Ilmu Qiraat sehingga mahir daripada Abu Abdullah Muhammad bin Abil Ash. Kemudian beliau mendalami Ilmu Qiraat daripada Ibn Huzail, murid Imam Ad-Dani, di mana Imam Asy -Syatibi telah membaca di hadapan beliau Qiraat menurut kitab At-Taisir yang telah dihafaznya.

Imam Abu Syaamah Ad-Dimasyqi mencipta sepotong syair yang menggambarkan betapa tingginya penghormatan Ulama’-Ulama’ Mesir

Imam Abu Syaamah Ad-Dimasyqi mencipta sepotong syair yang menggambarkan betapa tingginya penghormatan Ulama’-Ulama’ Mesir terhadap Imam Asy. Syatibi yang berbunyi: ﺭﺃﻴﺖ ﺟﻤﺎﻋﺔ ﻓﻀﻼﺀ ﻓﺎﺯﻭﺍ * ﺑﺮﺅﻴﺔ ﺷﻴﺦ ﻣﺼﺮ ﺍﻟﺸﺎﻃﺒﻲ ﻭﻛﻠﻬﻢ ﻳﻌﻈﻤﻪ ﻭﻳﺜﻨﻰ * ﻛﺘﻌﻈﻴﻢ ﺍﻟﺼﺤﺎﺑﺔ ﻟﻠﻨﺒﻲ Bermaksud: Aku melihat sekumpulan Ulama’ yang bergembira dengan munculnya Imam Asy-Syatibi, Dan kesemuanya membesar dan memuji beliau seakan-akan para Sahabat memuji Nabi. Masyarakat Mesir pada ketika itu berlumba-lumba untuk mempelajari Al-Qur’an daripadanya. Kebiasaanya beliau memulakan pengajaran selepas Solat Subuh dan sentiasa mendahulukan muridnya yang datang awal dengan berkata “ sesiapa yang datang awal, hendaklah dia yang baca dulu”.

Beliau juga turut mempelajari kitab-kitab Hadith dan Nahu karangan Ulama’-Ulama’ yang terkenal, di antaranya

Beliau juga turut mempelajari kitab-kitab Hadith dan Nahu karangan Ulama’-Ulama’ yang terkenal, di antaranya karya-karya Sibawaih, Al. Mubarrad dan Ibn Qutaibah. Beliau turut bertalaqqi Tafsir Al-muharrar Al-Wajiz karangan Ibn-Atiyyah dengan Abul-Qasim bin Hubaish. Imam Asy-syatibi meninggal dunia pada hari Ahad, selepas Solat Asar pada 28 Jamadulakhir 590 H ketika beliau berumur 52 tahun. Beliau telah dikebumikan pada hari Isnin di Qarafah iaitu tempat di Alexandria dan Kaherah.

Beliau tidak bercakap kecuali apa yang dirasakan perlu dan hanya hadir mendengar bacaan muridnya

Beliau tidak bercakap kecuali apa yang dirasakan perlu dan hanya hadir mendengar bacaan muridnya dalam keadaan berwuduk. Apabila ditanya tentang hal keadaannya beliau akan hanya menjawab dengan katanya: “sihat” walaupun pernah menderita kesakitan tetapi tidak pernah menzahirkannya. Beliau juga mempunyai keperibadian dan akhlak yang tinggi selain daripada ingatan yang kuat dan akal yang tajam. Tidak memandang dunia dan takut pada hukum Allah. Walaupun beliau bukan bangsa Arab, tetapi pengetahuannya dalam bidang ilmu-ilmu Islam serta bahasa Arab cukup dalam dan luas.

Hirzul-Amaani wa Wajhut-Tahaani adalah antara kitab yang dikarangnya yang memuatkan pelbagai nasihat dan saranan

Hirzul-Amaani wa Wajhut-Tahaani adalah antara kitab yang dikarangnya yang memuatkan pelbagai nasihat dan saranan kepada pencinta Ilmu Qiraat didalam bab muqaddimah antaranya, ﻭﻫﺬﺍ ﺯﻣﺎﻥ ﺍﻟﺼﺒﺮ ﻣﻦ ﻟﻚ ﺑﺎﻟﺘﻲ * ﻛﻘﺒﺾ ﻋﻠﻰ ﺟﻤﺮ ﻓﺘﻨﺠﻮﺍ ﻣﻦ ﺍﻟﺒﻼ Maksudnya: Zaman ini zaman yang penuh kesabaran dan sesiapa yang berpegang kepada Islam yang sebenar diibaratkan seperti berpegang pada bara api dan mereka ini akan selamat daripada malapetaka.

Guru-gurunya Ilmu Qiraat: • Abu Abdullah Muhammad Bin Abu Al-’Ash • Ibnu Huzail (murid

Guru-gurunya Ilmu Qiraat: • Abu Abdullah Muhammad Bin Abu Al-’Ash • Ibnu Huzail (murid Imam Ad-Dani) • Turut mempelajari kitab-kitab lain seperti Hadith dan Nahu karangan ulama’ yang terkenal antaranya Sibawaih, al-Mubarrad dan Ibn Qutaibah

Pengenalan Matan Ad-Durrah

Pengenalan Matan Ad-Durrah

Matan ini ditulis oleh Imam Ibn Jazri untuk menerangkan kaedah 3 imam (Abu ja’far,

Matan ini ditulis oleh Imam Ibn Jazri untuk menerangkan kaedah 3 imam (Abu ja’far, Ya’qub dan Khalaf ‘Asyir beserta perawi-perawi mereka) secara khusus. 3 imam ini tidak disebut dalam matan Hirzul Amani dan merupakan pelengkap pada 10 qiraat yang penerimaanya disepakati Ulama’. Oleh kerana ia ditulis sebagai pelengkap kepada matan Hirzul Amani, maka cara penulisannya juga mengikut acuan matan itu. Sistem kod(rumuz) yang diguna pakai untuk 3 imam di dalam matan ini diselaraskan dengan kod yang digunapakai untuk Qari dari kota yang sama dengan mereka dan bacaannya paling dekat dengan bacaan mereka.

Hasilnya, kod yang digunakan untuk Nafi’ dan perawinya iaitu huruf alif, baa dan jeem,

Hasilnya, kod yang digunakan untuk Nafi’ dan perawinya iaitu huruf alif, baa dan jeem, digunakan pula untuk Imam Abu Ja’far dan perawinya. Begitu juga kod bagi Abu ‘Amru dan perawinya iaitu ha, tho dan ya digunakan untuk Ya’qub dan perawinya. Manakala kod bagi Hamzah dan perawinya iaitu huruf fa, dho dan qaf pula digunakan untuk Khalaf dan perawinya. Matan ini mengandungi 240 bait.

Pengenalan Matan Toiyyibatun Nashr

Pengenalan Matan Toiyyibatun Nashr

Matan ini merupakan Bait-Bait Syair yang ditulis oleh Imam Ibn Jazri supaya mudah diingati

Matan ini merupakan Bait-Bait Syair yang ditulis oleh Imam Ibn Jazri supaya mudah diingati kaedah-kaedah yang terdapat dalam kitab An-Nashr karangan beliau. Persamaan dengan Hirzul Amani ialah dari segi penggunaan istilah, susunan bab dan penggunaan sistem kod(rumuz). Namun terdapat penambahan pada sistem kod matan Taiyibah untuk merangkumi 3 imam yang tidak disebut dalam matan Hirzul Amani(Abu ja’far, Ya’qub dan Khalaf ‘Asyir dan perawi-perawi mereka). Bab pendahuluan matan ini turut menyebut syarat penerimaan sesuatu bacaan dan aspek-aspek Tajweed seperti Makhraj dan Waqf, berbanding Imam Asy- Syatibi yang meletakkan bab Tajwid seperti makhraj huruf di bahagian akhir matan. Matan ini terdiri daripada 1015 bait

Biodata Imam Ibn Jazri

Biodata Imam Ibn Jazri

Nama sebenar Al-Imam Ibnul-Jazari ialah Muhammad bin `Ali bin Yusuf Al Umari Ad-Dimasyqi, lebih

Nama sebenar Al-Imam Ibnul-Jazari ialah Muhammad bin `Ali bin Yusuf Al Umari Ad-Dimasyqi, lebih dikenali dengan gelaran ibnul-jazari. Beliau dilahirkan pada 25 Ramadhan 751 H di Dimasyq, Syam. Di Dimasyq inilah beliau dibesarkan dan menjadi tempat beliau tamat menghafaz Al-Quran ketika beliau berusia 14 tahun lagi. Apabila beliau membesar beliau lebih cenderung untuk mendalami ilmul-Qiraat daripada Masyayikh-Masyayikh yang ada pada ketika itu. Ayahnya merupakan seorang peniaga dan sangat mengambil berat terhadap pendidikan anaknya.

Kesungguhan beliau untuk mendalami Ilmu Qiraat ini cukup terserlah dengan ketabahan beliau merantau keseluruh

Kesungguhan beliau untuk mendalami Ilmu Qiraat ini cukup terserlah dengan ketabahan beliau merantau keseluruh rantau Islam untuk belajar Ilmu Qiraat dan mengajarkannya. Beliau telah bermusafir ke Mesir, Madinah, Basrah, Samarqand, Khurasan, Isfahan dan Syiraz. Ketika beliau singgah di `Anizah, Najd, beliau telah mengarang kitab Ad-Durrah Al-Mudhiah, kitab Qiraat Tiga untuk menyempurnakan Qiraat Tujuh oleh Imam Asy-Syatibi sehingga dikenali sebagai Qiraat Sepuluh Syughra.

Ketika beliau berada di Madinah, setelah selesai beliau mengarang Tahbirut-Taisir, beliau mengarang satu kitab

Ketika beliau berada di Madinah, setelah selesai beliau mengarang Tahbirut-Taisir, beliau mengarang satu kitab lagi yang cukup bermakna dalam dunia ilmu al. Quran dan al-Qiraat iaitu An-Nasyr Fil-Qiraatil-`Asyr. Kitab ini merupakan kitab yang paling sempurna di antara sekian banyak kitab-kitab beliau dalam membahaskan Ilmu Tajweed dan Qiraat. Kitab inilah yang menjadi manhaj tertinggi pengajian Ilmu Qiraat sejak zaman dahulu sehinggalah sekarang. Setelah itu, beliau telah mengarang sebuah kitab untuk mentalkhis kitab An-Nasyr ke dalam bentuk matan dengan nama Toyyibatun-Nasyr Fil-Qiraatil-`Asyr. Kitab inilah yang telah Al-Azhar tetapkan dalam manhaj pengajian qiraat di marhalah Takhassus Qiraat di maahad-maahad Qiraat di seluruh Mesir. Di samping itu, semasa beliau berada di Madinah beliau telah mengarang beberapa kitab lain samada Qiraat dan lain-lain.

Sebenarnya Al-Imam tidaklah alim dalam bidang Qiraat sahaja, bahkan beliau sangat alim dalam beberapa

Sebenarnya Al-Imam tidaklah alim dalam bidang Qiraat sahaja, bahkan beliau sangat alim dalam beberapa disiplin ilmu yang lain seperti Tafsir, Hadith, Fiqh, Usul Fiqh, Tauhid, Tasawuf, Nahu, Sorof, Balaghah dan lain-lain lagi. Akan tetapi, di antara ilmu-ilmu yang dinyatakan tadi ternyata beliau lebih alim dalam bidang Ilmu Hadith. Al. Imam telah mempelajari ulum Hadith ini daripada guru-guru beliau seperti Syeikh Solahuddin bin Ibrahim bin Abdullah Al-Muqaddisi Al-Hanbali, Imamul-Mufassir Al-Muhaddith Al-Hafiz Abul-Fida` Ismail bin Kathir, Imam Ibnu `Asakir, Zainuddin bin Abdul Rahim Al-Isnawi dan beberapa guru beliau yang muktabar. Beliau mendalami ilmu ini baik dirayah mahupun riwayah sehingga beliau digelar Al -Huffaz Ath-Thiqat Al-Athbat

Beliau berguru dengan Imam Al-Isnawi dan Imam Ibnu Kathir sehinggalah beliau diberi keizinan oleh

Beliau berguru dengan Imam Al-Isnawi dan Imam Ibnu Kathir sehinggalah beliau diberi keizinan oleh gurunya untuk memberi fatwa dan pengajian pada tahun 774 Hijriah sedangkan pada ketika itu beliau baru berumur 24 tahun dan Imam Ibnu Kathir merupakan guru pertama yang memberi ijazah keizinan memberi fatwa kepada beliau. Beliau juga diiktiraf untuk memberi fatwa oleh Syeikh Dhiauddin pada tahun 778 Hijriah. Manakala pada tahun 785 H, Syaikhul Islam Al-Balqini juga melakukan perkara yang sama.

Beliau telah dilantik sebagai Masyikhah As. Solihiyyah di Baitul Maqdis selama beberapa waktu. Beliau

Beliau telah dilantik sebagai Masyikhah As. Solihiyyah di Baitul Maqdis selama beberapa waktu. Beliau juga pernah dilantik sebagai Qadhi di Syam dan Syiraz. Ketika beliau di Syiraz, beliau telah menubuhkan sebuah Madrasah untuk mengajar Ilmu Qiraat yang diberi nama "Darul Quran".

Di antara ulama-ulama Dimasyq yang menjadi tempat beliau bertalaqqi ialah Abu Muhammad Abdul Wahhab

Di antara ulama-ulama Dimasyq yang menjadi tempat beliau bertalaqqi ialah Abu Muhammad Abdul Wahhab bin As-Salar, Syeikh Ahmad bin Ibrahim At-Thohhan, Syeikh Abul-Ma`ali Muhammad bin Ahmad Al-Labani dan Qodhi Abu Yusuf Ahmad bin Husain Al-Kifri Al-Hanafi. Manakala guru-guru beliau dari Mesir ialah Abu Bakr Abdullah bin al-Jundi, Abu Abdillah Muhammad bin Asy-Sho`igh, Abu Muhammad Abdur Rahman bin Al-Baghdadi dan Syeikh Abdul Wahhab Al-Qorwi.

Ketika beliau bermusafir ke Makkah untuk menunaikan ibadat Haji dan menuju ke Madinah untuk

Ketika beliau bermusafir ke Makkah untuk menunaikan ibadat Haji dan menuju ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah s. a. w, beliau telah bertalaqqi Al-Quran dengan Imam Masjid An. Nabawi ketika itu iaitu Muhammad bin Soleh. Beliau juga telah mentalaqqi Al-Quran daripada hampir semua Imam-Imam Qiraat daripada Syam, Mesir, Hijaz baik secara Ifrad atau jama` dengan berpandukan kitab-kitab Qiraat yang muktabar seperti Asy-Syatibiyah, At-Taisir, Al-Kafi, Al-`Unwan, Al-I`lan, Al-Mustanir, At-Tazkirah, At-Tajrid dan lain kitab Qiraat yang masyhur pada ketika itu yang menjadi rujukan utama umat Islam dalam bidang ini.

Beliau juga mengadakan majlis pengajian Qiraat selama beberapa tahun di Jami` Umawi, Dimasyq dengan

Beliau juga mengadakan majlis pengajian Qiraat selama beberapa tahun di Jami` Umawi, Dimasyq dengan sambutan yang cukup hebat oleh murid beliau pada masa itu. Ada dikalangan mereka yang bertalaqqi daripada beliau berdasarkan satu buah kitab Qiraat sahaja. Ada juga yang lebih daripada satu buah kitab. Ada yang bertalaqqi daripada beliau Qiraat Tujuh, Qiraat Sepuluh bahkan lebih daripada itu. Antara anak-anak murid beliau yang mengambil Qiraat Sepuluh ialah anak beliau sendiri Abu Bakr Ahmad bin Muhammad, Syeikh Mahmud bin Al-Husain Asy-Syirazi, Syeikh Najibuddin Abdullah bin Al-Husain Al-Baihaqi, Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Al-Haim dan sebahagian besar murid-murid beliau yang lain.

Pada waktu Dhuha hari Jumaat bertepatan 5 Rabi`ul Awwal 833 H, beliau telah pulang

Pada waktu Dhuha hari Jumaat bertepatan 5 Rabi`ul Awwal 833 H, beliau telah pulang mengadap Rabul `Izzat. Beliau telah disemadikan di Darul Quran yang diasaskan olehnya. Jenazah beliau telah diiringi oleh seluruh umat tanpa mengira darjat dan pangkat. Ini memberi bukti beliau benar-benar dikasihi Umat.

Nafi’ Ibn Abu Kathir ‘Amr Ibn ‘Asim ‘Amir Hamzah Al. Kisai Matan Hirzul Amani/Asy-Syatibi(Imam

Nafi’ Ibn Abu Kathir ‘Amr Ibn ‘Asim ‘Amir Hamzah Al. Kisai Matan Hirzul Amani/Asy-Syatibi(Imam Asy-Syatibi) Abu Ya’qub Khalaf Jaafar ‘Asyir Matan Ad-Ddurrah (Imam Ibn Jazri) Matan Toiyibatun Nashr(Imam Ibn Jazri)