Selamat Datang ke kursus ECE 231 PEMBANGUNAN SOSIOEMOSI
Selamat Datang ke kursus ECE 231 PEMBANGUNAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK Program : Sarjana Muda Pendidikan Pensyarah : Pn. Faizah binti Datuk Othman Kelulusan Akademik : Master of Education (UKM) Emel : faizahothman@ymail. com faizahothman. wordpress. com 0
4. 1 Apakah Perkembangan Sosial? B A B Perkembangan sosial adalah tentang mencipta suatu persekitaran yang membolehkan kanak-kanak untuk menjadi cemerlang dan bukan sahaja terus hidup. 4 1
4. 2 Konsep Kendiri dan Harga Diri B A B 4 Apakah Perbezaan Antara Konsep Kendiri dan Harga Diri? Konsep Kendiri merujuk kepada penilaian tentang diri yang khusus medan. Seorang individu selalu terlibat dalam banyak domain—dunia akademik, dunia sosial, bidang sukan—dengan itu, penilaian mereka dalam domain- domain berlainan ini mungkin berlainan antara satu sama lain. Misalnya, seorang atlit yang berjaya mungkin mempunyai konsep kendiri yang positif tentang dirinya apabila menyentuh tentang sukan, tetapi mempunyai konsep kendiri yang negatif dalam akademik kerana dia tidak begitu berjaya dalam pengajiannya. Harga diri, juga dikenali sebagai harga diri atau imej kendiri, merujuk kepada penilaian menyeluruh tentang diri sendiri. Misalnya, seorang yang mempunyai harga diri yang tinggi mungkin melihat dirinya sendiri sebagai seorang yang berjaya, sekurang-kurangnya mengikut standardnya sendiri. Sebaliknya, seorang dengan harga diri yang rendah mungkin melihat dirinya sebagai tidak bermoral, seorang tanpa kawan atau seorang yang gagal. 2
Dapatkah Harga Diri Diukur? B A B 4 Tidak mudah untuk mengukur harga diri atau konsep kendiri. Salah satu usaha terawal untuk mengukur harga diri telah dijalankan oleh Susan Harter dalam tahun 1989 yang telah membina Profil Persepsi Diri Untuk Remaja (Self-Perception Profile for Adolescents) yang menilai LAPAN dimensi: kecekapan akademik, kecekapan kesukanan, populariti, penampilan fizikal, kelakuan, persahabatan akrab, tarikan romantik, kecekapan kerja, dan nilai diri global. Ukuran remaja berbeza dengan ukuran yang beliau telah bina untuk kanak-kanak kerana ia mempunyai tiga dimensi tambahan; i. e. persahabatan akrab, tarikan romantik dan kecekapan kerja. 3
B A B 4 4
4. 4 Mengukur Sifat Sosial B A B 4 Sememangnya, satu-satunya peramal terbaik bagi adaptasi kanak- kanak apabila dewasa BUKANLAH IQ, BUKAN gred di sekolah, dan BUKAN kelakuan dalam kelas tetapi, sebaliknya bagaimana kanak- kanak itu berkawan dengan kanak-kanak lain. Kanak-kanak yang pada umumnya tidak disukai, yang agresif dan mengganggu, yang tidak dapat menyambung hubungan yang baik dengan kanak-kanak lain, dan yang tidak dapat menentukan suatu tempat untuk diri mereka dalam budaya rakan sebaya adalah sangat "berisiko" (Hartup, 1992, diterjemah). 5
B A B 1 6
4. 5 Kanak-kanak Memahami Orang Lain B Pemahaman kanak-kanak tentang orang lain (i. e. inferens yang mereka buat tentang kelakuan dan pandangan orang lain), berkait rapat dengan pemahaman kanak-kanak tentang diri mereka. A 1) Persepsi Orang Di sini kita berminat untuk memahami bagaimana kanak-kanak melihat orang lain yang disebut sebagai persepsi orang yang merujuk kepada cara kanak-kanak ‘menganggar’ atau mentaksir ciri-ciri orang yang mereka sudah terbiasa. Memahami Keperibadian Orang Lain: Sebagai contoh seorang kanak- kanak mungkin berkata, “Dia selalu bergaduh dengan orang lain”. Di sini kanak-kanak itu sedang menerangkan sifat keperibadian seseorang. Sifat keperibadian ditakrifkan sebagai corak tabiat kelakuan, pemikiran dan emosi individu tersebut. Apabila kanak membesar, mereka mula menggunakan pemerihal seperti “baik”, “bagus”, “jujur”, “tamak”, “sopan” dan sebagainya bagi menerangkan orang yang mereka sudah terbiasa seperti adik 7 beradik, rakan-rakan dan kawan-kawannya. B 1
4. 5 Kanak-kanak Memahami Orang Lain B 2) Mengambil Perspektif: Mengambil perspektif merupakan keupayaan untuk membayangkan apa yang orang lain mungkin berfikir dan berasa. A Menurut Selman (1976), kanak-kanak berumur antara 3 hingga 6 tahun memperakui bahawa diri mereka dan orang lain mungkin mempunyai fikiran dan perasaan yang berlainan, tetapi mereka selalu terkeliru antara keduanya itu. Apabila mereka membesar (pada umur lebih kurang antara 7 hingga 12 tahun), mereka dapat “melangkah ke dalam kasut orang lain” dan melihat fikiran, perasaan dan kelakuan mereka daripada perspektif orang itu. Seorang remaja dapat menilai perspektif dua orang sekaligus, mulanya daripada sudut pandang seorang penonton yang tidak berminat dan kemudian dengan merujuk kepada nilai masyarakat. : B 1 8
4. 5 Kanak-kanak Memahami Orang Lain B A B 1 3) Penyelesaian Masalah Sosial Kanak-kanak, kalaupun mereka adalah sahabat baik, kadang kala berkonflik. Namun walaupun kanak-kanak pra-sekolah nampaknya dapat menangani kebanyakan pertelingkahan dengan konstruktif; jarang sekali salah faham mereka menyebabkan pertembungan yang ganas. Secara keseluruhannya, konflif tidak begitu kerap berbanding dengan interaksi kanak-kanak yang mesra dan bekerjasama. Perhatikan kanak-kanak kecil bermain dan catatkan perselisihan mereka: “Itu saya punya! Saya nampak dahulu”. Bagaimanakah kanak-kanak menyelesaikan konflik? KANAK-KANAK BOLEH DILATIH 9
Terima Kasih & Wassalam faizahothman. wordpress. com
- Slides: 11