SEJARAH TINGKATAN 1 BAB SATU MENGENALI SEJARAH 1
SEJARAH TINGKATAN 1 BAB SATU : MENGENALI SEJARAH 1. 1 Pengertian Sejarah 1. 2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan 1. 3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah 1. 4 Sumber Sejarah ngan u b am S 1. 5 Penyelidikan dalam Sejarah 1. 6 Tafsiran dalam Sejarah 1. 7 Kepentingan Mempelajari Sejarah Kesimpulan Cikgu Rosle Yasin
1. 5 PENYELIDIKAN DALAM SEJARAH 1. Kaedah Bertulis 2. Kaedah Lisan 3. Kaedah Arkeologi • Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peritiwa, tokoh atau institusi. • Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut. Mendapatkan maklumat daripada sumber bertulis, dilakar, dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu logam, gading dan kertas. • Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh. • Menggunakan peralatan yang sesuai (penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta peralatan arkeologi) • Menganalisis. Batu Bersurat Terengganu • Kaedah bertulis membantu kita menyelidiki sejarah negara. Misalnya, melalui penyelidikan terhadap prasasti atau batu bersurat. • Batu Bersurat Terengganu bertarikh 702 Hijrah bersamaan tahun 1303 Masihi • Menceritakan perihal hukum Islam. • Menjadi bukti bahawa agama Islam sudah bertapak di negara kita lebih awal dari tarikh ini.
1. 5 PENYELIDIKAN DALAM SEJARAH • Merupakan proses mendapatkan maklumat melalui temu bual. • Tokoh yang dipilih untuk ditemu bual dikenali sebagai orang sumber. • Mereka memberikan maklumat melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri. Tahap Pertama: Persediaan • Menentukan tokoh. • Menentukan skop atau perkara yang akan ditemu bual. • Memilih soalan yang bersifat pendekatan sejarah. Terdapat tiga tahap dalam kaedah lisan: Tahap Kedua: Rakaman temu bual • Membuat persediaan lengkap dengan mengetahui sebanyak mungkin perkara yang dikaji terutama dengan meneliti sumber bertulis dahulu. • Meyakinkan tokoh untuk memberikan kerjasama dan menghargai tujuan pengkajian. Tahap Ketiga: Memproses rakaman • Membuat senarai dan menyalin atau menyunting rakaman. • Menilai fakta-fakta dengan sumber bertulis. • Menyimpan rakaman dengan baik.
1. 5 PENYELIDIKAN DALAM SEJARAH • Merupakan kaedah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat sejarah daripada bahan tinggalan sejarah. • Tinggalan sejarah yang ditemukan melalui kaedah gali cari atau ekskavasi termasuklah fosil, tembikar, bahan logam dan binaan daripada batu.
1. 6 TAFSIRAN DALAM SEJARAH Apakah Tafsiran Dalam Sejarah? • Menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya. Perbezaan wujud disebabkan: Mengapakah wujud perbezaan tafsiran dalam sejarah? • • pemilihan sumber yang pelbagai perbezaan pandangan perbezaan ideologi tujuan penulisan Bagaimanapun, pentafsiran dan penerangan yang objektif atau tepat menjadi matlamat utama seseorang sejarawan. Apakah kepentingan tafsiran dalam sejarah? Apakah contoh tafsiran dalam sejarah? • Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh. • Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza. Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa dengan menggunakan pelbagai sumber sejarah. • • • Peristiwa penentangan Haji Mat Hasan bin Munas (Tok Janggut) di Pasir Puteh, Kelantan? Pengkaji tempatan melihat kebangkitan beliau disebabkan penentangan peraturan cukai tanah dan hasil huan yang diperkenalkan oleh British membebankan orang ramai. Pengkaji Barat menganggap kebangkitan Tok Janggut sebagai pemberontakan.
1. 7 KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH 1. Mengenal Asal usul Dengan mempelajari sejarah, kita akan dapat mengenal asal usul keluarga dan negara kita. Di samping itu, kita dapat memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa kita. 2. Mengambil iktibar Sejarah membawa pengajaran dan iktibar daripada peristiwa lalu. Mereka yang tidak mempelajari sejarah berkemungkinan akan mengulangi kesilapan masa lalu. 3. Memupuk patriotisme Sejarah mengajar kita menghargai warisan negara untuk dihayati oleh generasi akan datang. Hal ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dan menaikkan semangat patriotik. 4. Mengukuhkan perpaduan Pengetahuan sejarah amat penting kepada generasi kini dalam meneruskan kesinambungan hubungan harmoni antara kaum di negara kita. Sejarah juga mampu menjadi sumber kesedaran kepada masyarakat dalam menjaga dan meneruskan adat resam dan tradisi kita. 5. Membangunkan negara dan bangsa Melalui sejarah kita dapat mengekalkan kegemilangan yang dicapai oleh negara. Kita juga akan lebih memahami budaya dahulu dan budaya kini untuk dijadikan perbandingan bagi membangunkan negara dan bangsa pada masa akan datang. 6. Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah Melalui sejarah, pemikiran kritis dan analitis dapat ditingkatkan. Di samping itu, kita dapat membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa. Sejarah juga akan mendorong seseorang memahami peristiwa sejarah secara lebih empati.
SOALAN LATIHAN
1. Maklumat berikut berkaitan persiapan untuk membuat satu kajian Kerja kursus Tingkatan 1: 2. Apakah kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah? Asal usul nama sekolah anda I. III. IV. A. B. C. D. Apakah kaedah yang paling sesuai digunakan untuk kajian tersebut? A. B. C. D. Ekskavasi Arkeologi Bertulis Lisan Mengenali asal usul Meningkatkan pengetahuan Dapat memartabatkan negara Menjadi ikhtibar dalam kehidupan I dan II I dan IV II dan III dan IV B D
3. Rajah berikut merujuk kepada sumber sejarah Arkeologi Kaedah pengkajian sejarah Bertulis X 4. Petikan berikut kepentingan sejarah berkaitan dengan Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya. George Santayana Apakah X? Apakah kepentingan sejarah yang boleh dikaitkan dengan petikan tersebut? A. Memperkukuhkan semangat kenegerian B. Menggalakkan perbezaan pendapat C. Melahirkan perasaan jati diri D. Membela kepentingan diri A. Lisan B. Tafsiran C. Saintifik D. Penerokaan A C
5. Senarai berikut adalah sumber sejarah • Fosil • Artifak 6. Apakah langkah yang perlu diambil oleh sesorang ahli arkeologi untuk memastikan senarai berikut boleh diterima sebagai bahan sejarah Bagaimanakah sumber sejarah tersebut diperoleh? A. Melalui kaedah arkeologi B. Mengkaji bahan bertulis C. Menggunakan kaedah lisan D. Meneliti kandungan dokumen A Tinggalan Candi Artifak Monumen A. Merujuk orang sumber B. Membuat kajian saintifik C. Memperoleh pengesahan D. Mendapat perakuan pihak muzium B
Dialog berikut menunjukkan penggunaan kaedah lisan untuk mendapatkan maklumat sejarah. n a l oa S Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kelemahan maklumat sejarah yang diperoleh melalui kaedah di atas? F 1 F 2 F 3 Wujud tokok tambah Kesahihan fakta diragui Terkandung unsur mitos at b K
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah tinggalan sejarah yang boleh ditemui melalui kaedah gali cari atau ekskavasi ? . Antara tingalan sejarah tersebut ialah F 1 F 2 F 3 F 4 fosil tembikar bahan logam binaan daripada batu.
Berdasarkan pengkajian anda, mengapakah wujudnya perbezaan dalam pentafsiaran sejarah? • • pemilihan sumber yang pelbagai perbezaan pandangan perbezaan ideologi tujuan penulisan Pada pandangan anda, apakah kepentingan pentafsiran dalam sejarah? • Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh. • Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza. • Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa dengan menggunakan pelbagai sumber sejarah.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan kita mempelajari mata pelajaran sejarah? 1. Mengenal asal usul 2. Mengambil iktibar dan pengajaran 3. Memupuk semangat nasionalisme supaya cinta akan tanah air 4. Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum 5. Membangunkan negara bangsa dan bangsa 6. Mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah
SOALAN LATIHAN PENGUKUHAN
SOALAN Kbat 1. Pada pandangan anda, apakah kebaikan sesuatu peritiwa dilihat dari pelbagai sudut tafsiran? 2. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah. 3. Pada pendapat anda, apakah unsur nilai, patriotisme dan ikhtibar yang boleh diambil daripada mata pelajaran sejarah?
- Slides: 16