SEJARAH BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN BUNGA KEBANGSAAN DISEDIAKAN
SEJARAH BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN & BUNGA KEBANGSAAN DISEDIAKAN OLEH : NUR ZAWANAH BINTI OMAR
KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN ▪ Perkara 4(1) menjelaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang utama persekutuan dan semua undang-undang yang diluluskan selepas merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan itu. Berpegang atas prinsip ini, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu diiktiraf dan berperanan dalam memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia. ▪ Pemimpin terdahulu juga menyedari bahawa perlunya diwujudkan bahasa kebangsaan untuk menjadi bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum. Maka, hasil permuafakatan perlembagaan ini, telah diterima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang disentuh dalam Perkara 152. ▪ Dalam konteks masyarakat majmuk, kelihatan sukar untuk setiap etnik berkompromi dalam hal budaya dan agama kerana ia amat sensitif. Maka, hanya bahasa yang boleh dikompromi untuk dikongsi bersama iaitu bahasa Melayu sebagai alat penyatuan etnik di Malaysia. Justeru, artikel ini akan memperincikan lagi dan mengingatkan semula tentang kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan dengan merujuk kepada peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam perlembagaan dan kerelevanannya dalam memupuk perpaduan
PERANAN BAHASA KEBANGSAAN Lambang jati diri Bahasa pengantar ilmu pengetahuan PERANAN Menggambarkan bangsa yang berkuasa Bahasa perpaduan
USAHA-USAHA MEMARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN ▪ Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia ▪ Seluruh pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka mesti menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul dalam semua ucapan rasmi seperti ucapan dalam majlis perasmian, mesyuarat atau perhimpunan ▪ Peranan media massa juga tidak harus diperkecil. Media massa mempunyai tanggungjawab sosial untuk memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia. ▪ Mahasiswa institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif untuk memartabatkan bahasa Malaysia.
Kepentingan mematabatkan Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan ▪ Bahasa Melayu memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum ▪ Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata paling ampuh dalam merealisaikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. ▪ Dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia yangberfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.
SAYA BERASA BANGGA… ▪ SAYA AMAT BERBANGGA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU DALAM PERTUTURAN DAN PENULISAN ▪ HAL INI DEMIKIAN KERANA, BAHASA MELAYU MERUPAKAN WARISAN BANGSA YANG PERLU DIHARGAI OLEH ANAK BANGSA AGAR JATI DIRI DAN ELEMEN KEWARGANEGARAAB ITU SENTIASA SUBUR DALAM ATMA SETIAP INDIVIDU ▪ BAHASA MELAYU JUGA PERNAH MENJADI BAHASA LINGUA FRANCA SEMASA ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
BAHASA JIWA BANGSA Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-ramai Bahasalah Menyatukan Kita Semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa Marilah Mari Rakyat Semua Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa Maju Bangsa dan Maju Negara Megahkan Bahasa Kita Bahasa Jiwa Bangsa Lagu/Lirik: Dol Ramli
BUNGA RAYA MERUPAKAN BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA ▪ MAKSUD WARNA BUNGA RAYA ▪ Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Kesemua sifat i ni sememangnya telah menjadi faktor penyumbang yang mendorong negara kita dalam mencapai mercu kejayaan dalam pelbagai bidang. Ia terus menjadi simbol kemegahan negara apabila ia digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling. ▪ Oleh itu, biar kita bersama-sama memelihara dan mendokong aspirasi Bunga Raya dalam memelihara perpaduan yang wujud demi masa depan Malaysia yang lebih terjamin. kerana warnanya merah yang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Pemilihan bunga raya juga kerana kaitan dengan identiti dan ia perkara penting bagi sesebuah negara bertamadun.
BUNGA KEBANGSAAN ▪ Bunga Raya juga dipilih sebagai lambang kebanggaan berdasarkan kepada beberapa sifat bunga raya yang unik. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya telah dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara dimana ia merupakan salah satu strategi untuk mencapai perpaduan negara serta masyarakat yang adil dan saksama. Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran juga menandakan kekuatan kepelbagaian bangsa, agama dan kebudayaan rakyat Malaysia yang dapat hidup aman damai dan berharmoni. ▪ Kepercayaan kepada Tuhan ▪ Kesetiaan kepada Raja dan Negara ▪ Keluhuran Perlembagaan ▪ Kedaulatan Undang-undang ▪ Kesopanan dan Kesusilaan
BUNGA KEBANGSAAN DI ASIA TENGGARA
RUJUKAN ▪ https: //youtu. be/mo. Td 6 Yu 8 Js 4 ▪ https: //youtu. be/RLkm. I 94 zafo
- Slides: 11