Secara keseluruhan ketibaan kapal di pelabuhan Pulau Pinang
Secara keseluruhan, ketibaan kapal di pelabuhan Pulau Pinang, Pasir Gudang dan Labuan bagi tahun 2007 dan tahun 2008 menunjukkan pola peningkatan. Pada tahun 2007, ketibaan kapal di pelabuhan Pasir Gudang adalah sebanyak 8874 buah kapal. Jumlah tersebut telah meningkat sebanyak 723 buah kapal bersamaan 8. 14% kepada 9597 buah kapal pada tahun 2008.
Ketibaan kapal di pelabuhan Labuan adalah yang paling rendah pada tahun 2007 dan 2008. Pada tahun 2007, pelabuhan Labuan mencatatkan sebanyak 1081 buah kapal. Pada tahun 2008, pelabuhan mencatatkan sebanyak 1137 buah kapal.
Antara langkah yang boleh diambil oleh Negara bagi memastikan jumlah kapal yang berlabuh meningkat adalah dengan menyediakan kemudahan yang berkualiti di pelabuhan. Sebagai contoh, pelabuhan di Malaysia hendaklah menyediakan kemudahan tempat untuk membaiki kapal yang rosak. Sejajar dengan itu, pelabuhan Malaysia haruslah menyediakan tempat penyimpanan barang seperti stor atau gudang bagi memastikan barangan yang disimpan dalam keadaan selamat dan baik.
Langkah seterusnya yang boleh diambil adalah dengan menyediakan perkhidmatan keselamatan. Pelabuhan Malaysia hendaklah memastikan perdagang dan barang yang dipunggah dalam keadaan selamat bagi memastikan jumlah kapal yang berlabuh meningkat. Selaras dengan itu, pegawal keselamatan hendaklah disediakan di sekitar kawasan pelabuhan itu untuk menjamin keselamatan pedagang dan barang yang ada di pelabuhan.
- Slides: 4