SALASILAH SULTAN TERENGGANU Biodata Tuanku Mizan Zainal Abidin

SALASILAH SULTAN TERENGGANU

Biodata Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ( 22 Januari 1962 (umur 55)) adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Baginda Yang di. Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011.

Ø Kesultanan Terengganu bermula pada tahun 1725 dengan Sultan Zainal Abidin I. Ø Sultan Terengganu kini ialah Sultan Mizan Zainal Abidin. Ø Pengasas Kesultanan Terengganu hari ini ialah Sultan Zainal Abidin 1. Ø Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk (Raja Tua) di atas perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ø Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Phra Nang Chau Yang, Raja Patani.

Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708, berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin 1 tidak lama bersemayam di Tanjung Baru. Beliau berpindah ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (Kota Lama). Sultan Zainal Abidin 1 digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur (Sultan Mansur I) pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794.

Sultan Zainal Abidin 1 digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur (Sultan Mansur I) pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah 1 berkahwin dengan Raja Bulang, anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor kedua. Berikutnya berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur 1 telah menghabiskan empat belas tahun (1746 - 1760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus (Yang Di. Pertuan Kelantan), putera Long Sulaiman ibni Long Bahar menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.

Sultan Mansur digantikan oleh putera baginda Sultan Zainal Abidin II (1794 - 1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Muhammad ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Sultan Abdul Rahman (1830), Sultan Daud (1830 -1831), Sultan Mansur II (1831 - 1837), Sultan Muhammad (1837 - 1839), Baginda Omar (1839 - 1876). Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 menggantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan dari takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.

Takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876 - 1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881 - 1918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu yang di antara lain menyatakan Sultan Yang Di. Pertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918 - 1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 - 1942). Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, putera sulung al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Tengku Ali menduduki tahta kerajaan Negeri Terengganu dengan gelaran Sultan Ali Shah (1942 -1945). Baginda ditabalkan di hadapan kerabat-kerabat di. Raja Terengganu secara sah

Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ismail diisythiarkan sebagai Sultan Terengganu pada 16 Disember 1945, setelah beliau menjalankan suatu konspirasi bersama 13 orang kerabat di. Raja Terengganu bagi menjatuhkan Sultan Ali Shah yang merupakan Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Terengganu yang sah. Beliau seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran 'Sultan' Ismail Nasiruddin Shah. Tengku Ismail Nasiruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di. Pertuan Agong ke-6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Tengku Ismail Nasiruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 14 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Yang Dipertuan Muda Tengku Mizan.
![Sultan-sultan Terengganu Bilangan Sultan Pemerintahan 1 Sultan Zainal Abidin I[2] 1708 - 1733 2 Sultan-sultan Terengganu Bilangan Sultan Pemerintahan 1 Sultan Zainal Abidin I[2] 1708 - 1733 2](http://slidetodoc.com/presentation_image_h2/efceccb91dc99c855ce0b6e830b444b5/image-9.jpg)
Sultan-sultan Terengganu Bilangan Sultan Pemerintahan 1 Sultan Zainal Abidin I[2] 1708 - 1733 2 Sultan Mansur I[3] 1733 - 1794 3 Sultan Zainal Abidin II[4] 1794 - 1808 4 Sultan Ahmad Shah I[5] 1808 - 1830 5 Sultan Abdul Rahman Shah[6] 1830 - 1831 6 Sultan Daud[6] 1831 - 1831 7 Sultan Mansur Shah II[7] 1831 - 1836 8 Sultan Muhammad[7] 1836 - 1839 9 Sultan Omar[7] 1839 - 1876 10 Sultan Ahmad Muazzam Shah II[7] 1876 - 1881 11 Sultan Zainal Abidin III[8] 1881 - 1918 12 Sultan Muhammad Muazzam Shah II[9] 1918 - 1920 13 Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Terengganu[9] 1920 - 1942 14 Sultan Ali, Terengganu[9] 1942 - 1945 15 Sultan Ismail Nasiruddin Shah[10] 1945 - 1979 16 Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah[10] 1979 - 1998 17 Sultan Mizan Zainal Abidin[10] 1998 - kini

- Slides: 10