SAJAK ORANG TUA Rangkap 1 Nampakkah kau wanita

  • Slides: 10
Download presentation
SAJAK ORANG TUA

SAJAK ORANG TUA

Rangkap 1 Nampakkah kau wanita tua di tepi jalan mukanya comot rambutnya kusut membawa

Rangkap 1 Nampakkah kau wanita tua di tepi jalan mukanya comot rambutnya kusut membawa bersamanya beg usang berjalan ke sana ke mari tanpa suatu destinasi.

Maksud Rangkap 1 Penyajak mengajak pembaca (kau) merenung nasib seorang wanita tua yang dilihatnya

Maksud Rangkap 1 Penyajak mengajak pembaca (kau) merenung nasib seorang wanita tua yang dilihatnya di tepi jalan dalam keadaan fizikal (penampilan diri) yang tidak terurus. Wanita tua itu menggalas sebuah beg buruk sambil merayau tanpa arah tujuan yang khusus.

Rangkap 2 Nampakkah kau lelaki tua di hujung jalan kemejanya kotor seluarnya rabak duduk

Rangkap 2 Nampakkah kau lelaki tua di hujung jalan kemejanya kotor seluarnya rabak duduk di sudut tangga menunggu sisa makanan di restoran mamak untuk mengalas perut yang kosong.

Maksud Rangkap 2 Seorang lelaki tua di hujung jalan pula berpakaian compang-camping kelihatan terjelepuk

Maksud Rangkap 2 Seorang lelaki tua di hujung jalan pula berpakaian compang-camping kelihatan terjelepuk kelaparan di sudut sebuah tangga. Dia hanya berharap dapat mengutip sisa makanan yang ditinggalkan oleh pelanggan sebuah restoran mamak untuk mengisi perutnya yang berkeroncong.

Rangkap 3 Nampakkah kau darah berlumuran di jalan raya mayat si tua dibiarkan di

Rangkap 3 Nampakkah kau darah berlumuran di jalan raya mayat si tua dibiarkan di situ dan di bilik mayat pula tiada siapa datang menuntutnya.

Maksud Rangkap 3 Di sebatang jalan raya pula kelihatan darah keluar daripada mayat seorang

Maksud Rangkap 3 Di sebatang jalan raya pula kelihatan darah keluar daripada mayat seorang warga tua yang terbabit dengan nahas. Mayat si tua tidak dipedulikan. Di hospital, tiada waris yang muncul.

Rangkap 4 Nampakkah ia sepertimu mereka juga dicipta oleh-Nya tetapi bezanya mereka diabaikan ditinggalkan

Rangkap 4 Nampakkah ia sepertimu mereka juga dicipta oleh-Nya tetapi bezanya mereka diabaikan ditinggalkan oleh anak-anak jahil yang tidak berbudi nampakkah kau?

Maksud Rangkap 4 Penyajak menggesa pembaca berfikir bahawa warga tua ialah insan yang sama

Maksud Rangkap 4 Penyajak menggesa pembaca berfikir bahawa warga tua ialah insan yang sama seperti kita, iaitu sebagai makhluk ciptaan Ilahi. Hanya nasib mereka begitu malang angkara anak-anak derhaka dan jahil yang tidak tahu mengenang budi dan jasa ibu bapa. Penyajak mahu pembaca memiliki kesedaran yang sama.

Tema Kesengsaraan yang dialami oleh warga tua akibat diabaikan.

Tema Kesengsaraan yang dialami oleh warga tua akibat diabaikan.