SAJAK KECEK Maksud Kecek ialah cakap celoteh borak
SAJAK KECEK
Maksud Kecek ialah : cakap celoteh borak
�Celoteh dalam sajak ini ialah tentang kelakuan manusia yang sering dilihat dalam masyarakat kini. �Secara umum sajak ini membicarakan dua kelompok manusia yang terdapat dalam kehidupan kita. Kelompok pertama ialah golongan yang tidak jujur dan amanah sedangkan hidup sudah berada dalam kesenangan/GOLONGAN KAYA. Kelompok kedua ialah golongan yang daif tetapi tidak terfikir untuk menipu/GOLONGAN MARHAEN
�Secara terus terang dan jujur penyajak memberi peringatan tentang balasan tuhan terhadap semua perbuatan manusia sama ada baik atau jahat. �Manusia tidak dapat lari daripada janji Tuhan iaitu pengadilan seadil-adilnya di akhirat nanti.
Tema Kejujuran manusia �Secara sinis penyajak mengkritik sikap manusia yang tidak jujur dalam mencari harta kekayaan sehingga sanggup menipu dan pecah amanah terhadap kepercayaan yang diberikan. �Penyajak menegur sikap orang yang berpengaruh iaitu seorang pengarah yang pecah amanah membolot wang orang lain melalui akaun simpanan peribadinya di bank. �Penyajak membandingkan hidup petani dan nelayan yang daif dan miskin tetapi tidak pernah mengambil kesempatan untuk menipu orang lain untuk mencari kesenangan
Persoalan �Sikap tamak manusia yang sanggup menipu demi mengejar kekayaan tanpa mempeduli kesusahan orang lain �Sifat tidak amanah dalam kalangan orang yang berada dan berpengaruh �Golongan miskin yang tidak pernah mengambil kesempatan dengan kekayaan orang lain semata-mata mahu hidup senang �Keadilan Tuhan terhadap manusia
� Setiap perbuatan walaupun sekecil mana akan dinilai oleh Tuhan dengan saksama dan seadil-adilnya di akhirat nanti � Manusia tidak akan dapat lari daripada pengadilan Tuhan � Setiap perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang jahat sementara perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan oleh Tuhan � Semua perbuatan manusia tidak akan terlepas daripada pengetahuan Tuhan.
Nilai �Kejujuran -Golongan petani dan nelayan yang susah tidak pernah menipu untuk mencari kesenangan hidup. �Keadilan -Tuhan akan membalas perbuatan manusia seadil-adilnya. �Keredhaan -Golongan nelayan dan petani reda dengan kesusahan hidup dan tidak pernah terfikir untuk menipu orang lain bagi mencari kesenangan
Pengajaran �Kita hendaklah memikul amanah yang diberi dengan jujur tanpa ada perasaan ingin menipu �Kita hendaklah ingat dan takut akan balasan Tuhan jika terdetik mahu melakukan kesalahan �Kita hendaklah menerima ketentuan hidup yang direncanakan Tuhan dengan reda dan ikhlas �Kita mesti percaya akan keadilan Tuhan terhadap setiap perbuatan yang kita lakukan �Kita jangan mengambil kesempatan dengan kedudukan dan pengaruh kita untuk mengaut keuntungan p
Latar Masyarakat � Masyarakat yang berkuasa dan berpengaruh Contoh; seorang pengarah yang mempunyai akaun semasa di bank � Masyarakat yang miskin daif Contoh: -nelayan yang mempunyai sederet anak yang hidup susah -Petani yang mempunyai sedozen anak yang hidup susah � Masyarakat yang tidak taat perintah tuhan Contoh: seorang pengarah yang pecah amanah: mengumpul wang orang lain ke dalam akaun semasanya � Masyarakat yang jujur/ikhlas/reda dalam kehidupan Contoh: nelayan tidak pernah mengambil kesempatan untuk menipu walaupun hidup susah � Masyarakat yang rosak akhlak Contoh: seorang pengarah yang pecah amanah dengan mengambil wang orang lain dan dimasukkan ke dalam simpanan peribadinya. �
Perbincangan Rangkap demi Rangkap 1 seorang pengarah membuka akaun semasanya di sebuah bank ternama tetapi dalam dia mencantumkan kemiskinan orang lain ke dalam amanahnya yang telah lama pecah. � Seorang pengarah yang pecah amanah terhadap tanggungjawabnya. Dia mengumpul harta kekayaan peribadi melalui harta golongan yang kurang berada secara halus tanpa dapat dikesan/melalui jalan penipuan.
2 di kampung seorang petani membuka akaun kemiskinannya di ruang kedaifan dengan mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara tetapi dia tidak pernah mencantum kekayaan oang lain ke dalam getirnya yang sudah lama berumbi. � Kehidupan seorang petani miskin di kampung; mempunyai 12 orang anak yang sudah lama hidup dalam kesusahan tetapi tidak pernah mengambil harta kekayaan orang lain untuk mengatasi kesengsaraan hidupnya. Petani ini tidak pernah terfikir untuk menipu sesiapa.
3 di pantai seorang nelayan membuka akaun sengsaranya di rahang laut ternganga dan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaran nasib tapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain ke dalam kegusarannya yang telah sekian musim berlumut di papan hidupnya. � Kehidupan seorang nelayan dengan anak-anak yang ramai. Hidupnya susah namun tidak pernah terfikir untuk merampas kesenangan orang lain untuk mengatasi kesempitan hidup yang telah lama dideritainya.
4 Tuhan tidak pernah mungkir mencatatkan setiap angka dan nilai hitungan paling kecil ke dalam akaun-Nya di rumah keadilan. �Tuhan sentiasa menghitung amalan manusia walaupun sangat kecil amalan tersebut. Tuhan mencatat setiap perbutan manusia untuk diadili dengan saksama di akhirat kelak.
Latihan Kendiri 2. Huraikan sebab-sebab seorang ketua mesti amanah ketika menjalankan tugas 3. Pada pendapat anda, mengapakah Tuhan melarang kita menipu orang lain untuk kesenangan diri sendiri ? 4. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengelak kejadian pecah amanah berlaku dalam kalangan masyarakat. 5. Huraikan tiga pengajaran daripada sajak di atas
Cabaran Minda � Cabaran 1 Manakah yang lebih baik Hidup senang melalui penipuan ATAU Hidup susah tetapi jujur dan tiada dengki di hati akan kesenangan orang lain � Cabaran 2 Anda diberi lima billion ringgit dengan syarat anda mesti meluluskan projek mega yang menjadi rebutan ramai ahli koporat. . . . Lima juta ringgit mampu memberi kehidupan yang sangat mewah. Apa tindakan anda. . . terima atau tolak?
- Slides: 16