SAJAK ARKITEK KOTA OLEH MUHAMMAD HAJI SALLEH Powerpoint

  • Slides: 17
Download presentation
SAJAK ARKITEK KOTA OLEH : MUHAMMAD HAJI SALLEH Powerpoint Templates Page 1

SAJAK ARKITEK KOTA OLEH : MUHAMMAD HAJI SALLEH Powerpoint Templates Page 1

RANGKAP 1 MAKSUD RANGKAP hanya seniman peka yang faham akan jiwa laut, kenal lambung

RANGKAP 1 MAKSUD RANGKAP hanya seniman peka yang faham akan jiwa laut, kenal lambung gelombangnya, alur sungai serta diam batu, perasaan musim, fiil langit dan sabar bumi berhak membina kota. Kawasan kota sepatutnya hanya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab dan peka kerana mereka sangat arif dan tahu tentang selok belok keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan. Powerpoint Templates Page 2

RANGKAP 2 MAKSUD RANGKAP kerana arkitek matang itu anak di taman, perenung di perpustakaan,

RANGKAP 2 MAKSUD RANGKAP kerana arkitek matang itu anak di taman, perenung di perpustakaan, orang muda pulang bertandang di lorong malam, pemunggah barang pasar di subuh hari, pengadil di bangku bijaksana, dan datuk bandar yang bangga. Hal ini demikian kerana, mereka merupakan pencinta alam yang rajin mencari ilmu, pemerhati kehidupan, pengkaji masyarakat dan bijak membuat penilaian dan ada bakat kepimpinan. Powerpoint Templates Page 3

RANGKAP 3 dia harus sayangkan lagu burung, pemancing di teduh pohon, pemerhati tasik, pengawas

RANGKAP 3 dia harus sayangkan lagu burung, pemancing di teduh pohon, pemerhati tasik, pengawas bintang, dan bunga menjalar di beranda. MAKSUD RANGKAP Seorang arkitek juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar serta melindungi flora dan fauna serta mengekalkan alam semula jadi daripada kerosakan Powerpoint Templates Page 4

RANGKAP 4 MAKSUD RANGKAP Pencipta kota ialah Perancang kota adalah orang pendekar muda dengan

RANGKAP 4 MAKSUD RANGKAP Pencipta kota ialah Perancang kota adalah orang pendekar muda dengan langkah berani membuat perubahan, berbagai-bagai, menerima pandangan orang Kelakar tua yang mengampungkan lain yang lebih berpengalaman cerita dan mengambil kira perasaan Orang bercinta yang perlukan orang lain. bulan. Powerpoint Templates Page 5

RANGKAP 5 dia pengukur ruang hidup, penghias suasana sempurna, membenarkan penemuan, memungkinkan kemungkinan. MAKSUD

RANGKAP 5 dia pengukur ruang hidup, penghias suasana sempurna, membenarkan penemuan, memungkinkan kemungkinan. MAKSUD RANGKAP Bertanggungjawab mewujudkan petempatan dan persekitaran melalui kreativitinya, membenarkan segala pembaharuan dan menerima segala kemungkinan yang bakal dihadapi Powerpoint Templates Page 6

RANGKAP 6 Dari Seberang Diri MAKSUD RANGKAP Penyajak menyatakan beliau hanyalah pemerhati yang menilai

RANGKAP 6 Dari Seberang Diri MAKSUD RANGKAP Penyajak menyatakan beliau hanyalah pemerhati yang menilai pembinaan bandar dari jauh. Powerpoint Templates Page 7

BENTUK SAJAK 1. Jumlah rangkap - 4 rangkap - Rangkap 1 - 7 baris

BENTUK SAJAK 1. Jumlah rangkap - 4 rangkap - Rangkap 1 - 7 baris ayat - Rangkap 2 - 6 baris ayat - Rangkap 3 - 5 baris ayat - Rangkap 4 - 2 baris ayat 2. Rima akhir setiap rangkap - Rangkap 1 – abacdea - Rangkap 2 – aabcdd - Rangkap 3 – abcad - Rangkap 4 – ab Powerpoint Templates Page 8

TEMA • Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota. Powerpoint Templates Page

TEMA • Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota. Powerpoint Templates Page 9

PERSOALAN • Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan. • Persoalan pembangunan kota perlu

PERSOALAN • Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan. • Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. • Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar. • Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas. Powerpoint Templates Page 10

NILAI • Nilai cinta akan alam sekitar. Contohnya, alam sekitar perlu disayangi oleh setiap

NILAI • Nilai cinta akan alam sekitar. Contohnya, alam sekitar perlu disayangi oleh setiap manusia. • Nilai keprihatinan. Contohnya, penyajak sangat prihatin kepada penghuni kota dengan memberikan pendapat supaya golongan yang betul-betul layak merencanakan pembangunan di kota • Nilai bertanggungjawab. Contohnya, manusia bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar. Powerpoint Templates Page 11

 • Nilai bijaksana. Contohnya, generasi muda perlu diberi peluang mengambil bahagian membangunkan negara

• Nilai bijaksana. Contohnya, generasi muda perlu diberi peluang mengambil bahagian membangunkan negara kerana mereka memiliki idea bernas. • Nilai rasional. Contohnya, keputusan untuk membuat sesuatu pembangunan perlu dibuat penelitian sedalam-dalamnya agar kesan buruk dapat dielakkan Powerpoint Templates Page 12

PENGAJARAN • Kita mestilah mencintai alam sekitar. • Kita hendaklah prihatin terhadap keadaan alam

PENGAJARAN • Kita mestilah mencintai alam sekitar. • Kita hendaklah prihatin terhadap keadaan alam sekitar kita yang semakin tercemar. • Kita mestilah bertanggungjawab menjaga alam sekitar. • Kita hendaklah bijak merancang pembangunan negara. • Kita perlu membuat keputusan yang rasional agar tidak memberi kesan kepada alam sekitar. Powerpoint Templates Page 13

CONTOH SOALAN (i) Siapakah pencipta kota ? (ii) Pada pendapat anda, apakah kesan yang

CONTOH SOALAN (i) Siapakah pencipta kota ? (ii) Pada pendapat anda, apakah kesan yang dihadapi jika tiada perancangan teliti dibuat sebelum membangunkan sebuah kota ? (iii) Nyatakan dua persoalan dalam sajak di atas. Powerpoint Templates Page 14

CONTOH JAWAPAN (i) Pencipta kota ialah : • Pencipta kota ialah pendekar muda dengan

CONTOH JAWAPAN (i) Pencipta kota ialah : • Pencipta kota ialah pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai • Pencipta kota ialah kelakar tua yang mengampungkan cerita • Pencipta kota ialah orang bercinta yang perlukan bulan. Powerpoint Templates Page 15

(ii) Kesan yang dihadapi jika tiada perancangan teliti dibuat sebelum membangunkan sebuah kota. :

(ii) Kesan yang dihadapi jika tiada perancangan teliti dibuat sebelum membangunkan sebuah kota. : • Bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya. • Kesesakan lalu lintas yang teruk • Masalah kepadatan penduduk di kota • Masalah kebersihan dan kesihatan penduduk • Masalah sosial seperti jenayah dan sebagainya. Powerpoint Templates Page 16

(iii) Dua persoalan dalam sajak di atas ialah : a) Persoalan keprihatinan penting dalam

(iii) Dua persoalan dalam sajak di atas ialah : a) Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan. b) Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Powerpoint Templates Page 17