SAHAM KEUTAMAAN PREFERENCE SHARES ANTARA HUTANG DAN EKUITI

  • Slides: 22
Download presentation
SAHAM KEUTAMAAN (PREFERENCE SHARES): ANTARA HUTANG DAN EKUITI PROF MADYA DR AZMAN BIN MOHD

SAHAM KEUTAMAAN (PREFERENCE SHARES): ANTARA HUTANG DAN EKUITI PROF MADYA DR AZMAN BIN MOHD NOOR (II I BF) MUHAMMAD NAJIB BIN ABDURRAHIM (IBFIM)

Pengenalan Saham Keutamaan q Seksyen 4 Akta Syarikat : “saham dengan apa-apa pun namanya

Pengenalan Saham Keutamaan q Seksyen 4 Akta Syarikat : “saham dengan apa-apa pun namanya dipanggil, yang tidak memberikan hak kepada pemegangnya hak untuk mengundi di dalam mesyuarat agung atau kepada apa-apa hak untuk menyertai melebihi amaun yang ditetapkan dalam apa-apa pembahagian sama ada secara dividen atau ke atas penebusan, dalam sesuatu penggulungan atau selainnya” q. Ismail Ibrahim: “saham yang mendapat keutamaan dari segi pembayaran dividen sebelum pembayaran dividen dikeluarkan kepada pemegang saham biasa (ordinary shares)” q. Dr. Muhammad Uthman Syabir “saham yang memberi pemegangnya hak yang khusus yang tidak ada pemegang saham biasa untuk menarik pelabur”

q. Dr. Husyiar Ma’ruf “saham yang ditebitkan oleh syarikat ketika penubuhannya untuk menarik pelabur

q. Dr. Husyiar Ma’ruf “saham yang ditebitkan oleh syarikat ketika penubuhannya untuk menarik pelabur membeli saham tersebut bagi mendapatkan modal dan mendanai penubuhannya atau ketika berhadapan dengan beberapa masalah kewangan” q. Dr. Fahad Salih “saham yang telah memberi pemiliknya hak untuk menerima dividen lebih awal berbanding saham biasa, atau mendapat kembali modal yang telah dilaburkan ketika melepaskan pemilikannya, atau kedua-duanya, ataupun di dalam keadaan lain yang mana keistimewaan ini tidak dimiliki oleh pemegang saham biasa”

Kelebihan Saham Keutamaan 1. Pemegang saham keutamaan akan menerima dividen mereka lebih awal berbanding

Kelebihan Saham Keutamaan 1. Pemegang saham keutamaan akan menerima dividen mereka lebih awal berbanding pemegang saham biasa. 2. Sekiranya syarikat dibubarkan, pemegang saham keutamaan akan mendapat keutamaan dari sudut pengagihan aset. Ini bermaksud, risiko yang ditanggung oleh pemegang saham keutamaan lebih rendah berbanding pemegang saham biasa kerana mereka mempunyai kelebihan untuk mencairkan aset syarikat yang dibubarkan tersebut lebih awal berbanding pemegang saham biasa, sedangkan pemegang saham biasa hanya boleh mencairkan aset yang berbaki daripada keseluruhan aset. 3. Pemegang saham keutamaan juga berhak untuk menerima kadar dividen yang tetap dan tidak bergantung kepada jumlah keuntungan yang diperolehi oleh syarikat. Dividen yang diterima adalah tetap dan terjamin.

Jenis-jenis Saham Keutamaan 1. Callable (Boleh Panggil) Saham ini memberikan kelebihan kepada syarikat yang

Jenis-jenis Saham Keutamaan 1. Callable (Boleh Panggil) Saham ini memberikan kelebihan kepada syarikat yang mengeluarkan saham untuk membeli kembali saham yang diterbitkannya pada harga yang tetap pada masa akan datang. Saham jenis ini memberikan kelebihan kepada syarikat pengeluar saham kerana mereka boleh membeli semula saham yang diterbitkan dengan nilai yang lebih rendah berbanding harga pasaran mengikut nilai yang telah ditetapkan. 2. Convertible (Boleh Ubah) Pemegang saham ini mempunyai pilihan, bukan kewajipan untuk menukar sahamnya kepada saham biasa pada jumlah yang sama. Saham jenis ini menguntungkan pemegangnya apabila nilai saham biasa naik melebihi saham keutamaan.

3. Cumulative (Kumulatif) Sekiranya syarikat gagal membayar dividen kepada pemegang saham keutamaan pada tahun

3. Cumulative (Kumulatif) Sekiranya syarikat gagal membayar dividen kepada pemegang saham keutamaan pada tahun tersebut, syarikat tersebut akan dianggap sebagai berhutang dengan pemegang saham tersebut dan syarikat tersebut juga tidak boleh membayar dividen kepada pemegang saham yang biasa sehinggalah dividen yang sepatutnya diterima oleh pemegang saham keutamaan dilangsaikan. 4. Non-cumulative (Bukan Kumulatif) Berbeza dengan saham keutamaan jenis cumulative, sekiranya syarikat gagal untuk membayar dividen kepada pemegang saham keutamaan pada tahun tersebut, syarikat tidak dianggap berhutang dengan pemegang saham keutamaan. 5. Participating (Perkongsian) Sekiranya terdapat klausa perkongsian (participation) di dalam perjanjian saham, syarikat perlu membayar dividen tambahan kepada pemegang saham keutamaan.

Fatwa Pengharaman Saham Keutamaan 1. AAOIFI Penerbitan saham keutamaan yang mempunyai keistimewaan dari sudut

Fatwa Pengharaman Saham Keutamaan 1. AAOIFI Penerbitan saham keutamaan yang mempunyai keistimewaan dari sudut kewangan yang memberi kelebihan kepada pemegangnya apabila berlaku pencairan aset atau pengagihan keuntungan adalah dilarang [Piawai Syariah Nom. 21 (2/6)] 2. Majma’ al-Fiqh al-Islami “Penerbitan saham keutamaan adalah dilarang kerana sifatnya yang menjamin modal atau jaminan terhadap pemberian dividen yang telah dinyatakan sejak penerbitannya atau ketika pengisytiharan dividen. Walaubagaimanapun, dibenarkan untuk menerbitkan saham yang memberikan kelebihan kepada pemegangnya dari sudut pentadbiran (seperti kelebihan suara dalam mesyuarat agung tahunan)”. [Majma’ Fiqh Islami: 63 (1/7) ]

3. Fatwa web Islam. QA “Tidak wujud di dalam syariah sebarang kontrak yang menjamin

3. Fatwa web Islam. QA “Tidak wujud di dalam syariah sebarang kontrak yang menjamin keuntungan pada masa depan, bahkan ia sebenarnya haram mengikut kesepakatan ahli ilmu kerana ia merupakan satu bentuk daripada bentuk-bentuk riba ataupun perkongsian yang diharamkan. Saham pada hakikatnya mewakili nilai aset di dalam syarikat, manakala pemegang saham berkongsi keuntungan dan kerugian, kerana mereka merupakan rakan kongsi dan pemilik sebahagian daripada bahagian-bahagian di dalam syarikat. ” [Fatwa nom. 128940. ]

Fatwa Keharusan Saham Keutamaan 1. Islamweb “Antara jenis saham keutamaan adalah saham yang memberikan

Fatwa Keharusan Saham Keutamaan 1. Islamweb “Antara jenis saham keutamaan adalah saham yang memberikan pemegangnya keistimewaan yang bukan bersifat kewangan, akan tetapi memberikan keistimewaan kepada pemegangnya dari sudut suara berbanding pemegang saham biasa pada mesyuarat agung tahunan. Terdapat dua pandangan ulama kontemporari mengenai penerbitan saham keutamaan jenis ini: Penerbitan saham keutamaan adalah tidak dibenarkan kerana pada saham ini terdapat perbezaan yang tidak munasabah dari sudut keistimewaanya berbanding saham biasa, sedangkan kaedah sebenarnya adalah perkongsian hak antara pemegang saham. Dibenarkan untuk menerbitkan saham keutamaan kerana keistimewaan yang diterima oleh pemegang saham keutamaan bukanlah pada hak kewangan, tetapi hanya berbentuk pentadbiran. Walaubagaimanapun, disyaratkan bahawa keistimewaan ini hendaklah termaktub di dalam perjanjian saham. ” [Fatwa nom. 128940. ]

2. Majma’ al-Fiqh al-Islami “Walaubagaimanapun, dibenarkan untuk menerbitkan saham yang memberikan kelebihan kepada pemegangnya

2. Majma’ al-Fiqh al-Islami “Walaubagaimanapun, dibenarkan untuk menerbitkan saham yang memberikan kelebihan kepada pemegangnya dari sudut pentadbiran (seperti kelebihan suara dalam mesyuarat agung tahunan)”. [Majma’ Fiqh Islami: 63 (1/7) ]

3. Dr. Mubarak Sulaiman (Ahkam al-Ta’amul fi al-Aswaq al-Maliyah al-Mu’asirah) “Ulama berbeza pandangan terhadap

3. Dr. Mubarak Sulaiman (Ahkam al-Ta’amul fi al-Aswaq al-Maliyah al-Mu’asirah) “Ulama berbeza pandangan terhadap penerbitan saham keutamaan yang memberikan kelebihan kepada pemegangnya dari sudut suara (dalam mesyaurat agung) kepada dua pendapat: i. Harus: saham keutamaan jenis ini tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada pemegangnya dari sudut kewangan, akan tetapi ia hanya memberikan keistimewaan dari sudut pentadbiran dan menentukan hala tuju syarikat yang memerlukan kepada persetujuan. Adapun ini tidaklah bercanggah dengan nas-nas syara’, tidak pula bersalahan dengan matlamat kontrak perkongsian (syarikat). ii. Tidak harus: wajibnya persamaan hak dalam kalangan pemegang saham, dan di antara hak ini adalah hak bersuara mengikut pegangan saham. Memberikan keistimewaan kepada pemegang saham keutamaan ini melebihi pemegang saham biasa walaupun setiapnya mempunyai pegangan yang sama membawa kepada kemudaratan seperti (di dalam situasi) pemegang saham keutamaan yang minoriti namun mempunyai suara yang besar di dalam menentukan keputusan di dalam syarikat.

Faktor Pengharaman Saham Keutamaan 1. Bertentangan dengan konsep musyarakah. Di dalam kontrak musyarakah, setiap

Faktor Pengharaman Saham Keutamaan 1. Bertentangan dengan konsep musyarakah. Di dalam kontrak musyarakah, setiap peserta di dalam kontrak bersetuju untuk bersama menanggung risiko kerugian dan berkongsi keuntungan yang telah dipersetujui melalui perjanjian ketika menandatangani kontrak. 2. Transaksi ribawi. Bagi pemegang saham keutamaan, mereka mendapat keistimewaan dari sudut jaminan dividen tanpa mengira sama ada syarikat pengeluar sahabat tersebut untung atau rugi. Dari sudut syarak, jaminan keuntungan adalah dilarang sama sekali kerana ia membawa kepada berlakunya riba. 3. Layanan tidak adil terhadap pemegang saham

Saham Keutamaan Patuh Syariah (Islamic Preference Share) q. Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti

Saham Keutamaan Patuh Syariah (Islamic Preference Share) q. Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di dalam mesyuarat yang ke 20 pada 14 Julai 1999, telah memutuskan bahawa saham keutamaan asas bukan kumulatif adalah diharuskan berasaskan kepada konsep tanazul. q. Aplikasi tanazul dalam saham keutamaan:

Situasi 1 Tanazul yang diberikan oleh: 1. Penerbit sukuk kepada pelabur bahawa walaupun telah

Situasi 1 Tanazul yang diberikan oleh: 1. Penerbit sukuk kepada pelabur bahawa walaupun telah ditetapkan ratio tertentu untuk perkongsian keuntungan (contohnya 90: 10), penerbit sukuk bersetuju untuk tanazul hak mereka untuk mendapatkan untung sehinggalah pelabur mendapat keuntungan berdasarkan kadar tertentu (umpamanya 6%) 2. Pemegang saham biasa kepada pemegang saham keutamaan bahawa pemegang saham biasa bersetuju untuk tanazul hak mereka untuk mendapat keuntungan sehinggalah pemegang saham utama mendapat keuntungan berdasarkan kadar tertentu (umpamanya 6%). Tanazul melalui situasi ini diberikan secara awal kontrak (upfront) demi untuk memastikan kepastian ianya akan berlaku.

Situasi 2 1. Pelabur kepada penerbit sukuk bahawa walaupun ditetapkan ratio tertentu untuk perkongsian

Situasi 2 1. Pelabur kepada penerbit sukuk bahawa walaupun ditetapkan ratio tertentu untuk perkongsian keuntungan, pelabur bersetuju untuk menghadkan keuntungan mereka hanya untuk kadar tertentu sahaja (umpamanya 6%), dan mereka bersetuju untuk tanazul hak mereka untuk mendapatkan untung yang lebih daripada kadar tersebut (6%). Oleh kerana itu, jika keuntungan yang didapati daripada perkongsian tersebut adalah besar, mereka akan hanya menerima 6% dan selebihnya akan diberikan kepada penerbit sukuk. 2. Pemegang saham biasa kepada pemegang saham keutamaan bahawa pemegang saham keutamaan bersetuju untuk menghadkan keuntungan mereka hanya untuk kadar tertentu sahaja (umpamanya 6%), dan mereka bersetuju untuk tanazul hak mereka untuk mendapatkan untung yang lebih daripada kadar tersebut (6%). Oleh kerana itu, jika keuntungan yang didapati daripada perkongsian tersebut adalah besar, mereka akan hanya menerima 6% dan selebihnya akan diberikan kepada pemegang saham utama.

Situasi 3 Tanazul yang diberikan oleh pelabur kepada pelabur yang lain untuk memberi kesan

Situasi 3 Tanazul yang diberikan oleh pelabur kepada pelabur yang lain untuk memberi kesan ranking di dalam penerbitan sukuk, di mana di dalam suatu penerbitan sukuk ataupun program, sebahagian pelabur yang “junior” dari segi rankingnya memberi tanazul kepada pelabur “senior” untuk menerima keuntungan terlebih dahulu sebelum para pelabur “junior”.

Situasi 4 Tanazul yang mungkin diberikan untuk memberi efek kepada “tranching”, terutamanya di dalam

Situasi 4 Tanazul yang mungkin diberikan untuk memberi efek kepada “tranching”, terutamanya di dalam produk pelaburan yang memerlukan berlakunya ranking terhadap asset pendasar. Setelah asset yang dikumpulkan itu dijadikan portfolio dan dijual kepada SPV, SPV akan kemudiaanya menjual portfolio tersebut kepada pelbagai pelabur setelah memberikan penarafan yang berbeza terhadap asset-asset tersebut. Para pelabur yang membeli portfolio-portfolio tersebut akan berbeza dalam banyak hal. Antaranya: 1. Harga yang perlu dibayar. 2. Pulangan yang akan didapati 3. Penentuan siapakah yang akan terpaksa menanggung kerugian terlebih dahulu.

Situasi 5 Tanazul yang diberikan oleh pemegang saham biasa kepada saham utama bahawa apabila

Situasi 5 Tanazul yang diberikan oleh pemegang saham biasa kepada saham utama bahawa apabila berlaku situasi “winding-up” ke atas syarikat, pemegang saham biasa bersetuju untuk memberi tanazul hak mereka kepada pemegang saham keutamaan, bahawa pemegang saham keutamaan akan mendapat prioriti untuk mendapat kembali modal sumbangan mereka. Hanya setelah mereka mendapat kembali modal mereka, maka pemegang saham biasa akan mendapat hak untuk mendapatkan modal mereka secara pari passu antara mereka. Itupun jika terdapat baki. Jika tidak, mereka tidak akan mendapat apa-apa

Pengenalan Konsep Tanazul Dari Perspektif Syariah q. Pengertian yang hampir tepat dengan tanazul adalah

Pengenalan Konsep Tanazul Dari Perspektif Syariah q. Pengertian yang hampir tepat dengan tanazul adalah merujuk kepada penggunaan konsep tanazul dalam hutang yang memberi maksud ibra’ atau isqat. q. Al-Hammad: “Ungkapan ‘asqata’ bermakna (menggugurkan) hutang, dan ungkapan ‘wahaba’ (memberi) mana-mana daripada aset, jika meluluskannya dengan mengugurkan hutang atau memberikan beberapa aset dan meninggalkan yang lain adalah benar, dan ini adalah pandangan majoriti ulama berdasarkan hadith Ka'b bin Malik, dan tidak ada apa-apa padanya kecuali pemilik hak itu telah mengugurkan sesuatu dari haknya dengan keizinannya dan ianya dibenarkan. ” qal-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah: istilah isqat berkait rapat dengan penggunaan istilah ibra’. q. AAOIFI juga menggunakan istilah tanazul berselang ganti dengan ibra’ di dalam Piawai Syariah No. 8, "Murabahah to the Purchase Orderer, perkara 5/9”

q. Aznan Hasan: “Perjanjian yang dilakukan antara rakan kongsi semasa termeterinya kontrak musharakah bahawa

q. Aznan Hasan: “Perjanjian yang dilakukan antara rakan kongsi semasa termeterinya kontrak musharakah bahawa salah seorang atau sebahagian daripada rakan kongsi bersetuju untuk melepaskan haknya untuk mendapatkan keuntungan atau untuk menanggung semua kerugian yang mungkin berlaku daripada akad musyarakah tersebut. ”

Pandangan Syariah Berkenaan Isu Tanazul Di Awal Kontrak Untuk Hak Yang Belum Wujud (Future)

Pandangan Syariah Berkenaan Isu Tanazul Di Awal Kontrak Untuk Hak Yang Belum Wujud (Future) q. Pandangan tentang tanazul: i. Tidak harus: pandangan jumhur Øibra’ hanya berlaku selepas sesuatu hak pendasar wujud kerana ibra’ pada asalnya hanya melibatkan pelepasan hutang yang telah wujud Øhadith : “Tidak ada talak kecuali pada yang kamu milik (melalui perkahwinan yang sah) dan tidak ada pembebasan hamba kecuali yang kamu miliki” [Sunan Abu Daud: 2/2190] ii. harus: satu pandangan dalam maliki dan hanbali dan Ibn Hazm Øboleh memenuhi keperluan pihak yang berkontrak dalam membuat rangka kerja obligasi dan tanggungjawab masa depan untuk mengelakkan gharar Øhadith: “Orang Muslim terikat pada syarat-syarat mereka melainkan syarat menghalalkan yang haram dan syarat mengharamkan yang halal” [sunan al-Tirmidzi: 2/1352]

q. Istisna’ (pengecualian) : Antaranya, kes di mana seorang lelaki menggali sebuah telaga di

q. Istisna’ (pengecualian) : Antaranya, kes di mana seorang lelaki menggali sebuah telaga di tapak orang lain tanpa mendapat kebenaran. Dalam kes ini, sekiranya pemilik tanah memberi pelepasan (ibra’) kepada pencerobohan itu dan penggali itu bersetuju untuk menjaganya dengan baik, dalam hal ini, penggali adalah tidak bertanggungjawab sekiranya ada beberapa individu atau haiwan yang terjatuh ke dalam telaga tersebut.