RINGKASAN KETERANGAN KERTAS MINIT IZIN MENDAKWA KURSUS PEMAKAIAN

  • Slides: 15
Download presentation
RINGKASAN KETERANGAN, KERTAS MINIT & IZIN MENDAKWA KURSUS PEMAKAIAN ATOP V - PENYEDIAAN KERTAS

RINGKASAN KETERANGAN, KERTAS MINIT & IZIN MENDAKWA KURSUS PEMAKAIAN ATOP V - PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN HOTEL SOLEIL, KUALA LUMPUR 6 APRIL 2015

RINGKASAN KETERANGAN • Ringkasan keseluruhan kes yang disediakan oleh pegawai penyiasat • Untuk membantu

RINGKASAN KETERANGAN • Ringkasan keseluruhan kes yang disediakan oleh pegawai penyiasat • Untuk membantu pegawai yang terlibat dengan proses pendakwaan: • Mengetahui secara ringkas latar belakang kes • Mengenal pasti intipati kesalahan • Mengenal pasti saksi-saksi & keterangan yang relevan dengannya • Mengenal pasti eksibit-eksibit yang berkaitan

 • Ringkasan kes dapat menjimatkan masa Penyelia & TPR yang mungkin tidak perlu

• Ringkasan kes dapat menjimatkan masa Penyelia & TPR yang mungkin tidak perlu meneliti kesemua dokumen di dalam KS • Panduan penyediaan RK: • Kenal pasti saksi mengikut keutamaan • Kenal pasti kesalahan & unsur-unsurnya • Jenis-jenis keterangan yang relevan untuk membuktikan unsur-unsur yang terdapat dalam pertuduhan Nota : Sumber maklumat RK - laporan siasatan/analisa

 • Kandungan Ringkasan Keterangan: • Ringkasan kes • Pertuduhan • Keterangan saksi &

• Kandungan Ringkasan Keterangan: • Ringkasan kes • Pertuduhan • Keterangan saksi & OKS (jika ada) • Ringkasan mengenai dokumen/barang kes jika ada) • Intipati pertuduhan • Saksi • Nas/Undang-undang berkaitan Contoh RK – Lampiran D

KERTAS MINIT • Kertas minit mestilah mengandungi rujukan KS pada setiap helaian • Di

KERTAS MINIT • Kertas minit mestilah mengandungi rujukan KS pada setiap helaian • Di bahagian atas tengah setiap minit hendaklah dinomborkan • Minit yang mengandungi syor sama ada teruskan kes atau tidak, tiada tindakan, arahan atau ketetapan dll

 • Minit hendaklah ringkas, padat & relevan dengan kes • Kertas minit hendaklah

• Minit hendaklah ringkas, padat & relevan dengan kes • Kertas minit hendaklah diletakkan di sebelah kanan & minit terkini sentiasa berada di bahagian paling atas isi kandungan KS Nota : o Pergerakan KS dari pegawai ke pegawai yang berkaitan hendaklah diminit o Setiap minit mestilah mempunyai tandatangan & nama o Minit kepada TPR dibuat oleh Pengarah Negeri/ wakilnya (dengan izin)

Contoh Kertas Minit

Contoh Kertas Minit

Contoh Minit Dikertas Minit A. Dari IO kepada Pegawai Penyemak “Tuan KPP, dikemukakan kertas

Contoh Minit Dikertas Minit A. Dari IO kepada Pegawai Penyemak “Tuan KPP, dikemukakan kertas siasatan yang telah lengkap untuk semakan tuan dan arahan selanjutnya. Disyorkan kes diteruskan berdasarkan bahan bukti yang diperolehi” B. Dari Pegawai Penyemak kepada Pengarah “Tuan Pengarah, dikemukakan Kertas Siasatan yang telah disemak untuk ketetapan tuan dan arahan selanjutnya. Semua bukti-bukti terkumpul dan mencukupi untuk tujuan pendakwaan ”

C. Dari Pengarah kepada TPR (biasa disediakan oleh IO) “Tuan Timbalan Pendakwa Raya, Kertas

C. Dari Pengarah kepada TPR (biasa disediakan oleh IO) “Tuan Timbalan Pendakwa Raya, Kertas Siasatan dipanjangkan untuk persetujuan pendakwaan. Keterangan ringkas kes ini seperti berikut: 1. Pegawai JAS selangor telah menjalankan satu pemeriksaan di lot 1221 Mukim Klang, Selangor susulan dari aduan yang diterima dari orang ramai 2. Lot ini merupakan ladang kelapa sawit yang sedang dalam proses untuk tanaman semula 3. Semasa siasatan mendapati satu pembakaran sedang dijalankan ke atas sisa-sisa pokok kelapa sawit yang telah ditebang di atas lot tersebut 4. Lot 1221 ini adalah dimiliki oleh syarikat ABC Sdn. Bhd.

5. Kesimpulannya, pemilik tanah telah didapati membenarkan pembakaran terbuka di atas lot tanah mereka.

5. Kesimpulannya, pemilik tanah telah didapati membenarkan pembakaran terbuka di atas lot tanah mereka. Jabatan ini memandang serius dengan perkara ini dan mensyorkan supaya syarikat ini didakwa di Mahkamah di bawah Seksyen 29 A(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29 A(2), Akta yang sama 6. Dalam hal ini juga, semua bukti-bukti untuk mensabitkan kesalahan di atas terkumpul dan mencukupi untuk tujuan pendakwaan. Sekian, untuk pertimbangan tuan. Terima kasih Tandatangan & nama Pengarah (beserta Cop)

IZIN MENDAKWA • Satu kebenaran mendakwa yang perlu diperolehi dari TPR mengikut seksyen 44

IZIN MENDAKWA • Satu kebenaran mendakwa yang perlu diperolehi dari TPR mengikut seksyen 44 AKAS 1974 untuk mendakwa sesuatu kes • Pengarah akan membuat permohonan (minit) kepada TPR untuk mendapat izin tersebut • Disediakan sebanyak empat (4) salinan untuk tandatangan TPR

 • Izin Mendakwa dikemukakan kepada mahkamah semasa pendaftaran kes • Format telah disediakan

• Izin Mendakwa dikemukakan kepada mahkamah semasa pendaftaran kes • Format telah disediakan (standard) dari pejabat TPR. IO perlu isikan ruang/tempat kosong berkaitan sahaja

LAMPIRAN E IZIN DI BAWAH SEKSYEN 44 AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 PADA menjalankan

LAMPIRAN E IZIN DI BAWAH SEKSYEN 44 AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada Pendakwa Raya oleh Seksyen 44 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan terletak hak pada saya menurut Seksyen 376(3) Kanun Prosedur Jenayah, saya. . (nama TPR ((Kosongkan). . , Timbalan Pendakwa Raya, dengan ini memberi izin bagi pendakwaan …(nama OKS)…. kerana kesalahan di bawah Seksyen/Peraturan …(kesalahan… Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] / Peraturan yang dikatakan telah dilakukan pada …(tarikh)…. jam lebih kurang. …(masa)……… di …………(tempat kesalahan……………. . , di dalam Negeri ……………(nama negeri)……………………… Bertarikh pada (tarikh kelulusan )(oleh TPR) (kosongkan). . . . . Timbalan Pendakwa Raya

CONTOH LAMPIRAN E IZIN DI BAWAH SEKSYEN 44 AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 PADA

CONTOH LAMPIRAN E IZIN DI BAWAH SEKSYEN 44 AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada Pendakwa Raya oleh Seksyen 44 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan terletak hak pada saya menurut Seksyen 376(3) Kanun Prosedur Jenayah, saya, AHMAD BIN ABU, Timbalan Pendakwa Raya, dengan ini memberi izin bagi pendakwaan …ABC SDN BHD. . kerana kesalahan di bawah Seksyen 29 A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] yang dikatakan telah dilakukan pada 14 MAC 2012 jam lebih kurang 04. 00 PETANG di LOT 1221 MUKIM KLANG, DALAM DAERAH KLANG , di dalam Negeri SELANGOR DARUL EHSAN Bertarikh pada 26 April 2012. . . tanda tangan. . . . . AHMAD BIN ABU Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor darul Ehsan

TERIMA KASIH KPPK MOHD SANI MAT DAUD BAHAGIAN PENGUATKUASA IBU PEJABAT JAS

TERIMA KASIH KPPK MOHD SANI MAT DAUD BAHAGIAN PENGUATKUASA IBU PEJABAT JAS