REV 02 Bab 12 Imbangan Pembayaran dan Kadar
REV 02 Bab 12: Imbangan Pembayaran dan Kadar Pertukaran Asing DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI
REV 02 Imbangan pembayaran -ialah satu rekod yang sistematik bagi semua urusniaga ekonomi antara penduduk satu negara dengan penduduk negara lain dalam satu tahun tertentu. Dalam imbangan pembayaran sesebuah negara terdapat maklumat berkait dengan eksport-import barang dan perkhidmatan, di samping maklumat tentang aliran modal kerajaan dan swasta, serta urus niaga bank pusat satu negara dengan negara yang lain. DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI
REV 02 - Imbangan bermaksud penyamaan pengiraan antara penerimaan dan pembayaran yang tercatit dalam penyata kira-kira. - Terdapat dua akaun utama dalam satu penyata imbangan pembayaran, iaitu imbangan akaun semasa dan akaun modal. DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI
Imbangan Akaun Semasa REV 02 -Merekodkan nilai-nilai eksport dan import barang nampak sesebuah negara dalam jangka masa satu tahun. -Imbangan akaun semasa terdiri daripada 3 komponen akaun iaitu: a) Imbangan Akaun Dagangan b) Imbangan Akaun Perkhidmatan, c) Bayaran Pindahan Bersih ke luar negeri. DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI
a) Imbangan akaun dagangan: - Merekodkan nilai eksport dan import barang nampak. Imbangan dagangan bermaksud perbezaan antara nilai eksport dan nilai import barang nampak. - Imbangan akaun dagangan bernilai positif apabila eksport barang melebihi import barangnya. - Imbangan akaun dagangan bernilai negatif apabila import barang melebihi eksport barangnya. DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI REV 02
REV 02 b) Imbangan akaun perkhidmatan - Diperoleh dengan mencampurkan semua urus niaga yang berbentuk perdagangan perkhidmatan. - Contoh perdagangan perkhidmatan ialah tambang dan insurans, pengangkutan dan perjalanan, urus niaga kerajaan dan perkhidmatan lain. DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI
REV 02 c) Akaun pindahan (bersih) - Akaun ini dicatitkan bayaran pindahan yang dibuat oleh kerajaan dan swasta, iaitu berupa hadiah dan bantuan yang tidak perlu bayaran balik. - Pindahan bersih yang dimaksudkan ialah hadiah dan bantuan yang diterima daripada luar ditolak dengan bayaran yang diberikan kepada negara asing. DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI
Imbangan Akaun Modal -merekodkan semua pergerakan modal oleh warganegara dan institusi sesebuah negara kepada negara –negara lain. -Terdapat tiga jenis urus niaga yang dicatitkan dalam akaun modal, iaitu: a) Imbangan modal jangka panjang b) Modal kewangan swasta ( bersih) c) Perubahan bersih rizab Bank Negara Malaysia DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI REV 02
REV 02 a) Imbangan modal jangka panjang - Terdapat dua bentuk modal iaitu modal rasmi jangka panjang dan modal swasta jangka panjang. - Modal rasmi jangka panjang meliputi pinjaman dan pembayaran luar rasmi yang dilakukan oleh kerajaan dan badan-badan berkanun satu negara dengan negara lain. DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI
REV 02 - Modal swasta jangka panjang meliputi pelaburan langsung korporat dan pelaburan portfolio. - Pelaburan portfolio pula merupakan pelaburan dalam bentuk pembelian saham, bon dan surat jaminan. DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI
b) Modal kewangan swasta (bersih) - Merupakan modal jangka pendek dalam bentuk aliran kewangan dari bank perdagangan dan institusi kewangan yang diberikan oleh satu negara ke negara lain. - Modal jangka pendek ini termasuklah pendahuluan kredit pengeksport dan pinjaman jangka pendek yang mempunyai tempoh matang kurang dari satu tahun. DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI REV 02
REV 02 c) Perubahan cadangan Bank Pusat - Apabila negara mengalami defisit, ia mesti dibiayai dengan cara mengurangkan cadangan mata wang asing dan sumber IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa). - Apabila imbangan keseluruhan mengalami kelebihan, ini akan menyebabkan cadangan mata wang asing bank pusat akan bertambah. DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI
Mengatasi Masalah Imbangan Pembayaran DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI REV 02
REV 02 Kadar pertukaran asing - Harga mata wang sesuatu negara yang diniaikan dalam mata wang negara-negara asing. - Ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata wang asing di pasaran pertukaran asing. DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI
- Permintaan ke atas sesuatu mata wang asing wujud apabila rakyat dan firma sebuah negara hendak membuat pembayaran bagi barang-barang dan perkhidmatan yang diimport dari luar negeri. - Penawaran bagi mata wang Malaysia adalah disebabkan oleh rakyat dan firma di negara asing ingin membeli atau mengimport barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Malaysia. DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI REV 02
REV 02 Kaedah Penentuan Kadar Tukaran Asing 1) Sistem Standard Emas Dalam sistem standard emas, nilai sesuatu mata wang ditetapkan berdasarkan nilai emas yang boleh dibeli oleh mata wang tersebut. Semua urusniaga dalam perdagangan antarabangsa dapat dibayar dengan menggunakan emas. DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI
REV 02 2) Sistem Kadar Tukaran Tetap Sistem ini digunakan dalam tahun 1944 iaitu selepas diadakan Persidangan Bretton Woods, Amerika Syarikat. Persidangan tersebut merumuskan bahawa sistem kadar tukaran tetap dianggap lebih sempurna berbanding dengan sistem standard emas. DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI
REV 02 3) Sistem Kadar Pertukaran Terapung Bebas Sistem ini digunakan pada awal tahun 1970 an, akibat kegagalan sistem kadar tukaran tetap. Kadar pertukaran terapung bebas juga dikenali sebagai kadar tukaran boleh ubah. Mengikut kaedah ini, kadar pertukaran ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata wang asing. DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI
4) Sistem Kadar Tukaran Terapung Yang Diurus Sistem kadar tukaran terapung yang diurus ini wujud untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam sistem yang sebelum ini. Sistem ini digunakan bertujuan untuk meminimumkan keadaan turun naik nilai mata wang dalam jangka pendek. . Dalam sistem ini kerajaan melalui bank pusat mewujudkan dana penstabil yang mengandungi mata wang negara tersebut, mata wang asing, dan emas. DDG 1423 PENGANTAR MAKROEKONOMI REV 02
- Slides: 19