PSIKOLOGI PENDIDIKAN Sesi 2 Gaya Pembelajaran Hasil Pembelajaran

PSIKOLOGI PENDIDIKAN Sesi 2 Gaya Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Pada akhir sesi ini, pelajar akan dapat: w menerangkan tentang gaya pembelajaran serta teori dan konsep yang berkaitan w mengenalpasti pelbagai gaya model pembelajaran w menggunakan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran

Gaya Pembelajaran: Teori & Konsep

DEFINISI • Cara seseorang individu belajar • Cara seseorang pelajar memproses serta mengekalkan maklumat baru • Gabungan faktor individu- Umur, jantina dan personaliti • Warisan baka dan persekitaran

KONSEP GAYA PEMBELAJARAN • Dalam konteks psikologi pendidikan: - cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman baru. • Mengikut ahli psikologi mazhab kognitif: - Pelbagai cara membuat persepsi dan memproses maklumat untuk membentuk konsep dan prinsip.

Peterson (1971): Gaya Pembelajaran merupakan pendekatan yang digemari oleh pelajar. Dunn dan Dunn(1978) dalam buku Teaching Students through Their Learning Styles: cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran baharu.

TUJUAN MENGUJI GAYA PEMBELAJARAN • Mengenal pasti gaya pembelajaran yang paling berkesan bagi seseorang individu. • Mengenal pasti gaya pembelajaran secara tepat melalui instrumen tertentu. • Mengelakkan salah tafsir tingkah laku dan mengenali tanda-tanda tingkah laku tertentu.

MODEL GAYA PEMBELAJARAN Model Kolb (Learning Style Inventory) Model Myers -Biggs Type Indicator Model Herman Witkin Model Gaya Pembelajaran Model Honey & Mumford Model Dunn & Dunn Model VAK

TEORI GAYA PEMBELAJARAN • DAVIS ( 1993 ) • Tiada satu pun gaya pembelajaran yang mempamerkan cara terbaik daripada yang lain. Apa yang penting ialah strategi pengajaran yang berkesan.

Model Myers-Biggs Type Indicator • Myers & Briggs Type Indicator (MBTI) telah digunakan secara meluas oleh organisasi untuk mengenal sifat-sifat personaliti seseorang individu • Fungsi Ujian : • Mengenal Personaliti Pelajar/ Guru • Mengetahui Pilihan Kerjaya / Bidang

Model Myers-Biggs Type Indicator Model Personaliti telah mengkelaskan manusia kpd 4 dimensi kencenderungan personaliti iaitu : • Extraversion VS Introversion • Sensing VS Intuition • Thinking VS Feeling • Judging VS Perceiving

Extrovert Introvert Suka bergaul dgn ramai orang Suka menyendiri Boleh berhujah di hadapan orang ramai Beri peluang bercakap pada org lain

Sensing ( Deria ) Menggunakan sumber maklumat yg kukuh, jelas & nyata Mental dalam keadaan baik semasa memperkatakan pengalaman yg lepas Intuisi Suka kpd maklumat yg kabur Suka berkhayal tentang apa yang berlaku

Thinking ( Pemikiran ) Feeling ( Perasaan ) Suka fakta yang logik semasa membuat keputusan Dipandu oleh nilai peribadi Tegas dalam membuat keputusan Melakukan pertimbangan antara kehendak dan tindakan manusia

Judging Perceiving ( Penilaian) ( Pengamatan) Sistematik Teratur Tidak suka kepada perancangan Berjadual Fleksibel Tidak suka membuat kerja saat akhir Bertenaga di saat akhir

Aplikasi Gaya Belajar Yang Bersesuaian Dengan Personaliti Pelajar Extrovert - Gemar bekerja secara berkumpulan Boleh menerangkan sesuatu dgn baik Pelajar Introvert – Suka membuat kerja secara individu Maklumat dan ilmu sukar diluah Mereka memerlukan masa, ruang dan dlm keadaan diam • Strategi Pengajaran Guru • Extrovert – Kaedah pembelajaran aktif; sumbangsaran, role playing • Introvert – Belajar secara pengalaman, penilaian kendiri • •

Model Field Dependence (FD) & Field Independence (FI)

Gaya Pembelajaran Field Dependent ( FD ) Gaya Pembelajaran Field Independent ( FI) D F t a f i s r e B d i r Mu Memproses maklumat secara global ( keseluruhan ) dan kurang memberi perhatian kepada butiran terperinci I F t a f i s r e B Murid Analitikal Lebih berminat kpd butiran yang terperinci

Gaya Pembelajaran D F t a f i s r e B d i r Mu HANYA menerima maklumat yg diberi tanpa membuat penambahan/ubahsuai semula Suka bersosial, gemar kerja kumpulan dsb I F t a f i s r e B Murid Lebih individualistik, cendurung ke arah kendiri Menyusun maklumat agar selaras dgn kehendak diri

Banding Beza FD & FI FD 1. Mempersepsikan secara global 2. Mengkategorikan konsep secara umum 3. Berorientasikan sosial 4. Lebih dipengaruhi oleh kritikan 5. Memerlukan penentuan matlamat dan pengukuhan luaran FI 1. Mempersepikan secara analitikal 2. Mengkategorikan konsep secara khusus 3. Orientasi yang tidak bersifat peribadi 4. Kurang dipengaruhi kritikan 5. Mempunyai matlamat dan pengukuhan yang ditentukan sendiri

Strategi Pengajaran Guru FD FI 1. Menyediakan persekitaran pembelajaran sosial – 1. Menyediakan persekitaran murid berpeluang pembelajaran yg berdikari berinteraksi dgn orang lain 2. Pastikan arahan diberi 2. Bekalkan murid-murid dgn adalah jelas bahan rujukan 3. Gunakan banyak contoh & gambaran 3. Memberi bimbingan yg 4. Utamakan kaedah minimum pengajaran berpusatkan murid

Model Gaya Pembelajaran VAK

• Gaya Pembelajaran Visual - Pembelajaran dengan cara melihat sesuatu berbentuk teks, gambar, diagram dan lain-lain. - Lebih mengingati dan memahami sesuatu maklumat dengan cara membaca teks. - Tidak memerlukan penerangan. - Mengingati 75% daripada apa yang dibaca atau dilihat.

• Gaya Pembelajaran Auditori o -Pembelajaran dengan cara mendengar sesuatu dan juga arahan lisan. o -Mengingati penerangan melalui bacaan atau melihat pergerakan bibir. o -Mengingati 75% daripada apa yang didengar dan dipertuturkan.

• Gaya Pembelajaran Kinestetik o -Belajar dengan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti. o -Memahami dan mengingati setelah membuat sesuatu aktiviti.

Strategi Pengajaran • Diagram, graf, carta, video, silangkata, kolaj, ilustrasi, animasi, flash cards, dll. • Lagu, puisi, pembentangan, rakaman, dll. • Demonstrasi, diorama, origami, kraf, , dll.

Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn


• Cahaya yang terang dan tempat yang tersusun. • Tempat yang sunyi, bekerja di bawah pengawasan, melaksanakan tugas dengan berstruktur. • Tidak suka makan atau minum semasa belajar. • Mudah memproses maklumat berkaitan nombor, analisis. • Mendengar muzik semasa belajar. • Tempat yang informal • Melaksanakan beberapa tugasan dalam satu masa. • Suka makan atau minum ketika belajar. • Usaha sendiri tanpa pengawasan. • Kreatif, berjiwa seni.

TEORI & MODEL GAYA PEMBELAJARAN üHoney dan Mumford (1986) ü Kolb (1984)

Honey dan Mumford (1986) Aktivis Reflektif Teoris Pragmatis

Gaya Pembelajaran Aktivis • Cara belajar: - melibatkan diri secara aktif dan agresif. • Ciri-ciri: • Sikap tidak sabar dan tindakan tergesa-gesa • Naluri ingin tahu yang tinggi terhadap perkara baru • Bergerak pantas dan cepat membalas • Gemar mencuba pengalaman baru • Bersemangat, fleksibel dan berfikiran terbuka • Motivasi dalaman yang kuat dan inisiatif untuk menyelesaikan masalah • Kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Implikasi ke atas PDP Kaedah dan teknik mengajar yang sesuai: • • Kaedah inkuiri penemuan Kaedah projek Penyelesaian masalah Kerja praktik Perbincangan dan sumbangsaran Simulasi Main peranan

Gaya Pembelajaran Reflektif Cara belajar: - suka memerhati, berfikir, membuat refleksi kendiri • Ciri-ciri: • Mampu berfikir secara kritis dan kreatif • Mentafsir dan menilai sesuatu perkara, prinsip, keputusan atau projek serta membuat refleksi • Mencari hakikat yang sebenar • Sikap berhati-hati, sentiasa memikirkan pelbagai pilihan dengan teliti • Pendengar yang baik tapi lambat bertindak balas • Belajar dan bekerja secara sistematik • Tidak terburu-buru membuat keputusan

Implikasi ke atas PDP • Murid yang tergolong dalam kumpulan reflektif gemarkan subjek Sejarah, Bahasa dan sukakan aktiviti projek dan kajian luar. • Kaedah pengajaran yang sesuai: -kaedah penyelesaian masalah -inkuiri penemuan -perbincangan

Gaya Pembelajaran Teoris • Cara belajar: - gemar menggunakan prinsip dan teori untuk membuat kesimpulan • Ciri-ciri: • Memiliki fikiran rasional dan logik • Berdisiplin • Kurang kreatif dan menitikberatkan penggunaan otak kiri • Suka membentuk hipotesis, kesimpulan berdasarkan bukti • Suka mengesan sebab dan akibat yang berlaku • Berminat mengkaji fenomena alam

Aplikasi ke atas PDP • Golongan murid bersifat teoris ini biasanya sukakan subjek Matematik, Sains, Geografi • Kaedah mengajar yang sesuai: - kaedah induksi dan deduksi -bertukar pendapat -mengumpul data untuk membuat analisis

Gaya Pembelajaran Pragmatis • Cara belajar: - mementingkan hakikat yang sebenar daripada teori, hukum atau prinsip • Ciri-ciri: • Bersifat praktikal • Mementingkan bukti dan hakikat sebenar sebagai objektif pembelajarannya • Percaya perkara yang dapat dilihat lebih daripada mendengar • Mengutamakan penggunaan pengalaman yang sebenar • Suka membuat perbandingan

Implikasi ke atas PDP • Pelajar dalam gaya pembelajaran pragmatis suka menggunakan bahan-bahan konkrit untuk aktiviti pembelajaran • Kaedah mengajar yang sesuai: • Kerja praktik • Strategi pemusatan bahan cth-bahan elektronik • Carta dan gamba rajah

Teori Gaya Pembelajaran Kolb • Pembelajaran dianggap sebagai proses holistik dan tiada titik penghujungnya. • Proses pembelajaran akan menunjukkan dengan jelas bagaimana pengetahuan diperoleh dan dicipta melalui interaksi seseorang itu dengan persekitarannya. • Mengkategorikan pelajar kpd 2 bentuk kecenderungan a. Pengalaman [email protected] konseptualisasi abstrak-bagaimana mengaplikasi maklumat b. Eksperimen aktif @ pemerhatian reflektif- bagaimana memahami maklumat

Teori Gaya Pembelajaran Kolb Gaya Konkrit dan Refleksif • Bentuk soalan bermula dengan ‘kenapa’ • Pelajar memberi tindak balas positif jika isi kandungan berkaitan dgn minat, pengalaman, dan karier masa depan mereka Gaya Abstrak dan Refleksi • Bentuk soalan bermula dengan ‘apa’ • Proses PDP dapat dipertingkatkan apabila pelajar diberi peluang membuat refleksi Gaya Abstrak dan Aktif • Bentuk soalan bermula dengan ‘bagaimana’ • Proses penyelesaian akan menjadi lebih mudah jika guru memberi panduan dan bimbingan secara teratur Gaya Konkrit dan Aktif • Bentuk soalan bermula dengan ‘bagaimana jika’ • Pelajar dlm kumpulan ini gemar mengaplikasi maklumat yg baru dipelajari ke dalam situasi baru • Guru bertindak sebagai pemerhati

Implikasi gaya pembelajaran ke atas proses PDP • Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar yang berlainan adalah penting supaya guru lebih sensitif kepada perbezaan yang wujud antara pelajar. • Menjadi satu panduan kepada guru supaya mereka cipta pengalaman pembelajaran yang sepadan dengan cara pelajar belajar • Dapat menyediakan satu pengalaman yang sejajar dengan gaya pembelajaran pelajar • Gaya pembelajaran pelajar berubah dengan umur. Pelajar lelaki dan perempuan mempuyai gaya pembelajaran yang berlainan • Pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza berbanding dengan pelajar yang mempunyai akademik yang rendah

STRATEGI MENANGANI PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN 1. Kaedah kumpulan 6. Mempelbagaikan bentuk penilaian 2. Pengayaan dan pemulihan 7. Mempelbagaikan strategi PDP 3. Pengajaran terancang 8. Mempelbagaikan BBM 4. Pembelajaran koperatif 9. Peneguhan positif 5. PDP individu 10. Pengagihan tugas mengikut keupayaan dan minat

Peranan Guru • Adalah penting untuk mengetahui dan mengambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti di dalam kelas • Meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran • Mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang, dan tahap sosioekonomi yang memberi kesan kepada pembelajaran mereka • Impaknya – pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah

RUMUSAN Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di dalam sebuah bilik darjah. Dengan mengetahui konsep dan teori gaya pembelajaran, guru dapat mengenalpasti pendekatan sesuai yang boleh diambil dan memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.
- Slides: 45