PROSEDUR RAKAMAN PENGENDALIAN PENYIMPANAN KETERANGAN GAMBAR DIGITAL Kursus
PROSEDUR RAKAMAN, PENGENDALIAN & PENYIMPANAN KETERANGAN GAMBAR DIGITAL Kursus Pemahaman Penguatkuasaan Kepada Pegawai Baru JAS 2018 Mehrani Saharudin Institut Alam Sekitar Malaysia (Ei. MAS)
PENGENALAN § Tanggungjawab IO memastikan gambar diambil oleh jurugambar § Perlu menjaga kerelevanan dan ketulenan gambar bagi tujuan penerimaan Mahkamah § Penggunaan kamera biasa dan kamera digital § Perlu ada prosedur kerja yang jelas untuk membantu mempertahankan integriti gambar semasa perbicaraan Mahkamah § Prosedur Rakaman, Pengendalian & Penyimpanan Keterangan Gambar Digital (ATOP Siri III)
UNDANG – UNDANG BERKAITAN § Seksyen 3, Akta Keterangan 1950 § Alat yang boleh merekod (recording), menyimpan (storing), memproses (processing), mendapatkan semula (retrieving) dan boleh mengeluarkan apa-apa maklumat (producing)
UNDANG – UNDANG BERKAITAN • Seksyen 62, Akta Keterangan 1950 Apakah keterangan primer dan sekunder? • Gambar yang dicetak dikemukakan ke Mahkamah melalui jurugambar • Dalam keadaan dimana jurugambar tidak dapat hadir memberikan keterangan? Kebolehterimaan dokumen Perakuan di bawah Seksyen 90 A(2), Akta Keterangan 1950 oleh IO seiring dengan Seksyen 90 A(1), Akta Keterangan 1950
PROSEDUR KERJA § Borang Log Tindakan Keselamatan dalam bentuk Laporan Imej Digital perlu dikemaskini oleh jurugambar. i. Butiran kes; ii. Butiran jurugambar; iii. Butiran gambar; dan iv. Tarikh imej dipindahkan ke dalam cakera padat induk
PERIKSA OPERASI KAMERA DIGITAL § Sangat penting § Perlu dijalankan bagi perkara berikut: i. Setting kamera adalah betul ii. Setting tarikh dan masa adalah betul iii. Kad memori adalah mencukupi iv. Bateri mencukupi; dan v. Mempunyai flash dan berfungsi
RAKAMAN KAMERA DIGITAL § Memelihara integriti gambar. § Gambar tidak boleh dipadam dari kad memori atau diubahsuai. § Pemadaman atau pengubahsuaian sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja boleh dipertikaikan. § Bagi tujuan pengesahan ketulenan imej digital, pengambilan secara ‘manual mode’ adalah digalakkan. Cth: Ketulenan imej gambar dibuat dengan program Data Verification Kit (bagi Kamera Canon). § Tidak boleh dihantar melalui jaringan telefon bimbit atau sistem emel yang tidak selamat.
KAD MEMORI § Gambar boleh dirakam menggunakan pelbagai kad memori yang dibekalkan Jabatan. Cth: Compact. Flash, Smart. Media, Memory Stick dan sebagainya. § Kebanyakan kad memori mempunyai pengunci untuk melindungi imej daripada dipadam. Sekiranya mempunyai pengunci, maka perlu digunakan sebagai langkah keselamatan. § Setelah gambar dipindahkan (burn) dalam CD, kad memori perlu diformat semula untuk memadamkan semua imej bagi tujuan penggunaan semula kad memori.
PENCETAKAN GAMBAR § Gambar perlu disahkan ketulenannya dengan menggunakan perisian pengesahan ketulenan gambar digital sebelum dicetak. § Dicetak secepat mungkin (dalam tempoh 24 jam) - untuk mengurangkan masa dan peluang berlakunya pindaan/manipulasi § Gambar perlu dicetak bersama Laporan Imej Digital dan dikemukakan kepada IO untuk disimpan dalam IP. § Dicetak dengan kertas foto (tender). § Menggunakan printer khas (untuk kes-kes mahkamah).
PENYIMPANAN CAKERA PADAT INDUK § Disimpan dengan selamat sementara menunggu untuk dikemukakan di Mahkamah. § Perlu dilabel dengan mengambilkira ketahanan label serta mudah dibaca. Butiran label: i. No rujukan kes, nama premis dan tarikh siasatan ii. Nama IO iii. Bilangan imej § CD disimpan dengan selamat dalam kabinet kering untuk mengelakkan kerosakan. § Tanggungjawab terhadap keselamatan CD terletak pada jurugambar.
PENGEMUKAAN KETERANGAN DI MAHKAMAH § Gambar dikemukakan bersama CD oleh jurugambar. § Keterangan yang diperlukan adalah bilangan gambar yang diambil, ketulenan gambar dan kesahihan imej-imej dalam CD. § Sekiranya jurugambar tidak dapat hadir, maka sijil perakuan perlu dikemukakan bersama gambar dan CD. § Sijil perakuan jurugambar. ditandatangani oleh
TERIMA KASIH mehrani@doe. gov. my
- Slides: 12