PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG Frasa Kerja FK dalam

  • Slides: 30
Download presentation
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) Frasa Kerja (FK) dalam Bahasa Melayu Interaksi 2

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) Frasa Kerja (FK) dalam Bahasa Melayu Interaksi 2

OBJEKTIF KAJIAN Pada akhir tugasan ini, guru pelatih dapat: i. ii. iii. Menjelaskan definisi

OBJEKTIF KAJIAN Pada akhir tugasan ini, guru pelatih dapat: i. ii. iii. Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja. Menganalisa dan menghuraikan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek. Menghuraikan unsur keterangan dalam frasa kerja.

DEFINISI FRASA KERJA (FK) § § § Siti Hajar Abdul Aziz (2008): Frasa yang

DEFINISI FRASA KERJA (FK) § § § Siti Hajar Abdul Aziz (2008): Frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Abdullah Hassan (2006): Frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat. Nik Safiah (2008): Frasa kerja ialah binaan ayat yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja.

FRASA KERJA (FK) � Binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan

FRASA KERJA (FK) � Binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja. � Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa seperti contoh-contoh yang berikut : Subjek Predikat ( Frasa Kerja) Ibu sedang menjemur kain. Dia menendang bola.

BINAAN FRASA KERJA � Binaan frasa kerja boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif

BINAAN FRASA KERJA � Binaan frasa kerja boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. � Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek, iaitu ia tidak diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkannya. Contoh : 1. Bendera-bendera berkibaran. 2. Anak kucingnya terjatuh.

BINAAN FRASA KERJA � Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek, iaitu

BINAAN FRASA KERJA � Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek, iaitu kata kerja yang mesti diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkan kerja tersebut. Contoh : 1. Sharul menulis surat kepada sahabatnya. 2. Puan Aini menyiram pokok bunga setiap petang. Catatan Penting: Surat dan pokok bunga sebagai objek atau penyambut bagi KK Transitif.

BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK • Tidak memerlukann objek. Kata Kerja Tak Transitif Tanpa

BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK • Tidak memerlukann objek. Kata Kerja Tak Transitif Tanpa pelengkap Dengan pelengkap (a) Kata adjektif (b) Frasa sendi nama (c) Kata nama Dengan kata nama sebagai penerang • Jika sesuatu ayat aktif tidak dapat dipasifkan, maka kata kerja tersebut bukan kata kerja transitif dan tidak berobjek. Semua murid bangun. Kesihatan ibunya beransur baik. Saya tinggal di Kuala Lumpur. Dia berbantalkan lengan. Lelaki itu berseluar jean.

KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP � Kata kerja tak transitif ini tidak memerlukan

KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP � Kata kerja tak transitif ini tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap kerana kata kerja telah mempunyai makna yang sempurna. Contoh ayat: 1. Pokok kelapa itu tumbang. 2. Penduduk kampung bergotong-royong. 3. Semua pelajar bangun.

KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP Kata kerja tak transitif + Pelengkap adjektif: Kesihatan

KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP Kata kerja tak transitif + Pelengkap adjektif: Kesihatan datuknya beransur sihat. Budak itu tidak berbuat jahat. Kata kerja tak transitif + Pelengkap Frasa Sendi Nama: Saya tinggal di Kuala Lumpur. Lorinya membelok ke kanan. Kata kerja tak transitif + Pelengkap Kata Nama: Rumah Aidil beratapkan nipah. Pengemis itu berselimutkan embun.

KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN KATA NAMA (KN) SEBAGAI PENERANG � Kata nama sebagai

KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN KATA NAMA (KN) SEBAGAI PENERANG � Kata nama sebagai penerang yang memgikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan. � Kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna kata kerja tersebut. Subjek 1. Nyonya itu 2. Isterinya 3. Pemuda itu Frasa Kerja Kata Kerja Penerang berkain batik. berniaga rempah. berbaju Melayu.

BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK � Dikenali sebagai frasa kerja transitif. � Frasa kerja

BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK � Dikenali sebagai frasa kerja transitif. � Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. � Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek dan mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut. � Ayat-ayat yang mengandungi frasa nama sebagai objek itu boleh dipasifkan menjadi ayat.

BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK Binaan Frasa Kerja dengan Objek Frasa Kerja dengan Satu

BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK Binaan Frasa Kerja dengan Objek Frasa Kerja dengan Satu Objek Frasa Kerja dengan Dua Objek

FRASA KERJA DENGAN OBJEK � Frasa kerja dengan satu objek ialah frasa kerja yang

FRASA KERJA DENGAN OBJEK � Frasa kerja dengan satu objek ialah frasa kerja yang hanya mempunyai satu objek sebagai penyambut bagi ayat berkenaan. � Contoh bagi frasa kerja dengan satu objek ialah: Frasa Kerja dengan Satu Objek Menaiki kereta Menjawab surat itu Mendekati bangunan itu Mengabaikan tanggungjawabnya

FRASA KERJA SATU OBJEK Kata kerja transitif yang mengandung KN sebagai objek, dan bilangan

FRASA KERJA SATU OBJEK Kata kerja transitif yang mengandung KN sebagai objek, dan bilangan objek itu hanya satu. Contoh: � Jamu itu dapat menguatkan tenaga. (aktif) Tenaga dapat dikuatkan (oleh) jamu itu (pasif). � Zainuddin meminjamkan payung kepada Hayati. (aktif) Payung dipinjamkan (oleh) Zainuddin kepada Hayati (pasif). � Pemuda itu menyewa kereta. (aktif) Kereta disewa (oleh) pemuda itu (pasif).

FRASA KERJA DENGAN DUA OBJEK � Frasa kerja dengan dua objek mengandungi dua objek

FRASA KERJA DENGAN DUA OBJEK � Frasa kerja dengan dua objek mengandungi dua objek sebagai kata nama yang mendukung maksud objek tepat dan objek sipi. � Objek tepat merupakan objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja. � Objek sipi merupakan objek yang tidak menjadi penyambut secara langsung bagi kata kerja. Anita membelikan baju untuk adiknya. Kata kerja Objek Tepat Objek Sipi

FRASA KERJA DAN KATA BANTU � Kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut

FRASA KERJA DAN KATA BANTU � Kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Frasa Kerja dengan Kata Bantu Aspek Memerihalkan masa lampau, kini atau masa hadapan. Contoh: telah, sedang, masih, akan belum, akan Kata Bantu Ragam Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. Contoh: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat

KATA BANTU ASPEK � Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan. �

KATA BANTU ASPEK � Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan. � Kata bantu aspek boleh digolong kepada 3 jenis aspek masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah, sedang, atau belum dilakukan. Kata Bantu Aspek Sudah Dilakukan sudah telah pernah Baru Sedang Dilakukan sedang masih mula Belum dilakukan belum akan

KATA BANTU RAGAM � Kata bantu ragam ialah perkataan yang menerangkan ragam atau suasana

KATA BANTU RAGAM � Kata bantu ragam ialah perkataan yang menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu perbuatan itu dilakukan. � Antara kata bantu ragam termasuklah mungkin, hendak, mahu, harus, enggan, boleh, dapat, mesti dan patut. Contoh ayat: 1. Pelajar itu enggan memberikan kerjasama. 2. Dia harus pulang ke kampung segera

FRASA KERJA DAN AYAT KOMPLEMEN � Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa

FRASA KERJA DAN AYAT KOMPLEMEN � Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. � Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008), frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. � Apabila ini berlaku, ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk.

FRASA KERJA DAN AYAT KOMPLEMEN Frasa Kerja Transitif + Ayat Komplemen: � Cikgu Zainal

FRASA KERJA DAN AYAT KOMPLEMEN Frasa Kerja Transitif + Ayat Komplemen: � Cikgu Zainal menegaskan bahawa senaman adalah penting untuk kesihatan badan. � Pemuda itu mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam Persatuan Bulan Sabit Merah. Frasa Kerja Tak Transitif + Ayat Komplemen: � Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan. � Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar.

UNSUR KETERANGAN FRASA KERJA � Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang

UNSUR KETERANGAN FRASA KERJA � Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut lagi. � Unsur keterangan juga berfungsi sebagai frasa adverba. � Unsur keterangan hadir selepas objek, boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba.

UNSUR KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa

UNSUR KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja, unsur keterangan dapat dibahagikan kepada 8 jenis, iaitu: � Keterangan tempat dan arah � Keterangan waktu � Keterangan cara � Keterangan tujuan atau harapan � Keterangan alat � Keterangan penyertaan � Keterangan hal atau perkara � Keterangan bagai/seperti/seumpama

KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA Jenis Keterangan tempat atau arah Keterangan waktu Huraian

KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA Jenis Keterangan tempat atau arah Keterangan waktu Huraian / Deskiptor Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya sesuatu peristiwa. Kata sendi nama yang digunakan ialah di, ke, daripada, kepada dan pada. Terdapat dua bentuk keterangan waktu iaitu: (a) Bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama pada, dalam, sejak dan hingga. (b) Bentuk frasa nama seperti Contoh Ayat (a) Dia belajar di universiti. (b) Cikgu Chua berasal dari Johor. (c) Abang memanjat ke atas bumbung rumah. (a) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam. (b) Pameran kraf tangan itu bermula sejak semalam. (c) Nora menunggu kepulangan suaminya semalam, tahun lepas, dua hingga pukul 12 malam. dekad yang lalu.

KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA Terdapat dua bentuk (a) Air sungai mengalir keterangan

KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA Terdapat dua bentuk (a) Air sungai mengalir keterangan cara iaitu: deras. (KA berfungsi (a) Keterangan cara KAdv) bersumberkan kata adjektif. Air sungai mengalir (b) Keterangan cara yang dengan derasnya. (FS) dibina daripada frasa sendi (b) Azman berlari pantas. Keterangan nama yang mengandungi (KA berfungsi KAdv) cara kata sendi nama dengan Azman berlari dengan diikuti oleh kata adjektif pantasnya. (FS) yang menerima kata (c) Monorel itu bergerak pembenda-nya. laju. (KA berfungsi KAdv) Monorel itu bergerak dengan lajunya. (FS)

KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA Unsur yang (a) Navin belajar menerangkan maksud bersungguhsesuatu

KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA Unsur yang (a) Navin belajar menerangkan maksud bersungguhsesuatu perbuatan sungguh demi masa Keterangan atau kejadian. hadapan. tujuan atau Kata sendi nama yang (b)Penghulu kampung harapan digunakan ialah demi, berucap di untuk dan bagi. perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar. (c) Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup.

KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA Keterangan alat Keterangan penyertaan Unsur yang menerangkan peralatan,

KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA Keterangan alat Keterangan penyertaan Unsur yang menerangkan peralatan, perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. (a) Guru pelatih itu datang dengan menaiki teksi. (b) Encik Mohan memotong kek dengan pisau. (c) Hamiz memukul bola dengan kayu hoki. Unsur yang menerangkan maksud ikut serta, ikut bersama-sama atau melibatkan diri. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. (a) Aminah datang ke masjid dengan suaminya. (b) Puan Zainon masuk ke pejabat dengan pembantunya.

KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA Unsur yang menerangkan (a) Tuan pengurus keadaan. sedang

KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA Unsur yang menerangkan (a) Tuan pengurus keadaan. sedang memikirkan Keterangan Kata sendi nama yang tentang masalah itu. hal digunakan ialah tentang, (b)Panel disiplin mengenai dan terhadap. membuat teguran terhadap kes itu. (c) Beliau membuat penilaian semula tentang projek tersebut.

KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA Unsur yang menerangkan (a) Azlan berlagak seperti keserupaan,

KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA Unsur yang menerangkan (a) Azlan berlagak seperti keserupaan, kesamaan pegawai tinggi. Keterangan atau hampir sama. (b)Kepantasan lelaki itu bagai Kata sendi nama yang bertindak bagai lipas digunakan ialah seperti, kudung. bagai, sebagai dan bak. (c) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang. (d)Hidungnya mancung bak seludang.

Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) � Buku rujukan rasmi tentang tatabahasa BM yang diterbitkan oleh

Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) � Buku rujukan rasmi tentang tatabahasa BM yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, sebuah agensi perancang bahasa dan sastera di bawah KPM. � Dijadikan tatabahasa pegangan oleh KPT & KPM.

Kamus Dewan (Edisi Keempat) � Rujukan utama pengguna yang hendak mendalami Bahasa Melayu. �

Kamus Dewan (Edisi Keempat) � Rujukan utama pengguna yang hendak mendalami Bahasa Melayu. � Kamus ekabahasa Melayu yang paling lengkap dari segi kosa kata dan dari segi penjelasan maklumat tentang sesuatu kata.