Polimer Polymers Plastik Bioplastik dan Kitar Semula Oleh

Polimer Polymers Plastik, Bioplastik dan Kitar Semula Oleh Ronald P. D’Amelia Kimia Asas di Dalam Plastik Secara umumnya, setiap tempoh dalam sejarah dikenali berdasarkan jenis bahan yang digunakan oleh manusia untuk urusan kehidupan. Kita mempunyai Zaman Batu, Zaman Besi dan kini kita berada di dalam Zaman Plastik digunakan sebagai bahagian automotif, bahan binaan, bahan pembungkusan, botol, barangan peribadi dan banyak perkara lain yang berguna. Hampir semua objek harian yang bersentuhan dengan kita mengandungi bahan plastik; kecuali makanan, udara dan air. Perkataan "plastik" berasal daripada Yunani "plastikos", yang bermaksud "boleh dibentuk atau diacukan. " Salah satu kelebihan plastik ialah ketahanannya. Manakala kekurangannya pula ialah ia tidak selamat untuk alam sekitar. Plastik akan kekal di tapak pelupusan untuk masa yang lama sebelum terurai. Kemungkinan besar tiada bahan buatan manusia yang lebih penting daripada plastik yang dapat memenuhi gaya hidup moden kita. Semua plastik diperbuat daripada polimer. "Poli" bermaksud banyak dan "mer" bermaksud bahagian atau segmen. Polimer membentuk sebahagian besar dunia semulajadi dan sintetik. Malah kita (manusia) terdiri daripada polimer: di mana rambut, otot, organ dan DNA kita semua terbentuk daripada polimer! Beberapa contoh polimer semulajadi adalah kapas, sutera serta bulu (biri-biri) dan beberapa contoh polimer sintetik adalah karton susu (daripada polietilena), tali nilon (daripada polimer nilon), cawan minum (daripada polistirena) dan pelbagai lagi barangan plastik yang lain. Polimer terdiri daripada unit berulang yang membentuk struktur rantai panjang yang panjang. Unit pengulangan dipanggil monomer, yang bermaksud "satu. " Molekul polimer tunggal dibentuk oleh sebilangan besar monomer. Proses di mana monomer digabungkan dipanggil pempolimeran. Memandangkan polimer sangat panjang dan lurus seperti spageti, ia boleh melentur, memiuh dan membalut antara satu sama lain. Mereka juga boleh melekat antara satu sama lain! Polimer seperti plastik lebih baik daripada logam kerana ia ringan, tidak mahal, mudah dibentuk dan sukar dipecahkan. Plastik adalah tahan lama dan sebahagiannya boleh dikitar semula. Office of International Activities, Division of Membership and Scientific Advancement American Chemical Society, 1155 Sixteenth Street NW, Washington, DC 20036. 2014, all rights reserved.

Polimer Polymers PLA: Plastik Terbiodegradasikan Oleh Ronald P. D’Amelia Asid Polilaktik (PLA) yang digunakan dalam plastik adalah bahan boleh diperbaharui dan terbiodegradasikan. PLA diperbuat daripada kanji, yang diubah menjadi gula dan kemudian menjadi asid laktik (monomer). Monomer asid laktik disatukan untuk membentuk PLA sebagai produk yang jernih, keras dan berkilat. Bahan biasa yang mengandungi PLA termasuk pembungkus makanan, pinggan mangkuk pakai buang dan lampin. Ia juga mempunyai banyak kegunaan untuk perubatan, seperti benang pembedahan dan peralatan memasukkan ubat. Plastik terbiodegradasikan, seperti PLA, selamat untuk alam sekitar kerana ia larut atau terurai dengan kehadiran haba untuk menghasilkan air, bahan organik kompos dan karbon dioksida (CO 2). Walaupun PLA tidak ideal untuk alam sekitar, ia adalah permulaan yang baik dalam penghasilan plastik yang lebih mesra alam. Pada masa yang sama, ahli kimia perlu membangunkan plastik yang terbiodegradasikan yang mempunyai bentuk dan fungsi plastik tradisional, tanpa memberikan kesan berbahaya terhadap alam sekitar. Dengarkan podcast Chem. Matters "Plastics-Go. Green" untuk maklumat yang lebih menarik mengenai bagaimana saintis membangunkan plastik mesra alam. Office of International Activities, Division of Membership and Scientific Advancement American Chemical Society, 1155 Sixteenth Street NW, Washington, DC 20036. 2014, all rights reserved.
- Slides: 2