POLA UMUM POLA KETIBAAN KAPAL DI PELABUHAN TERPILIH
POLA UMUM POLA KETIBAAN KAPAL DI PELABUHAN TERPILIH DI MALAYSIA
POLA PERUBAHAN Ketibaan kapal di pelabuhan Pulau Pinang, Pasir Gudang dan Labuan dari tahun 2007 hingga tahun 2008 menunjukkan pola peningkatan. Pada tahun 2007, bilangan ketibaan kapal di pelabuhan Pasir Gudang ialah sebanyak 8874 buah kapal. Bilangan ini meningkat kepada 9597 buah kapal pada tahun 2008 iaitu menunjukkan peningkatan sebanyak 723 buah kapal atau 8. 15%.
POLA PERBANDINGAN Seterusnya, ketibaan kapal yang tertinggi pada tahun 2008 ialah di pelabuhan Pasir Gudang manakala ketibaan kapal yang terendah ialah di pelabuhan Labuan. Ketibaan kapal di pelabuhan Pasir Gudang mencatatkan bilangan yang tertinggi iaitu berjumlah 9597 buah kapal, sementara bilangan ketibaan kapal di pelabuhan Labuan ialah berjumlah 1137 buah kapal.
LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH NEGARA BAGI MEMASTIKAN JUMLAH KAPAL YANG BERLABUH MENINGKAT
Antara langkah yang boleh diambil oleh negara tertentu bagi memastikan jumlah kapal yang berlabuh meningkat ialah dengan menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan selesa di setiap pelabuhan. Sebagai contoh, kerajaan boleh membaik pulih kapal yang mengalami kerosakan di pusat pelabuhan kerana hal ini mampu menarik lebih banyak kapal untuk berlabuh. Tempat ketibaan penumpang juga antara kemudahan infrastruktur yang boleh disediakan di pusat pelabuhan untuk kegunaan pengguna.
Selain itu, langkah lain yang boleh diambil adalah dengan memberikan perkhidmatan keselamatan. Dengan adanya perkhidmatan keselamatan di pusat pelabuhan, hal ini akan menjamin keselamatan pedagang di pelabuhan tersebut. Keselamatan kapal dan barangan juga akan turut terjamin. Kerajaan sesebuah negara juga boleh menyediakan pengawal keselamatan untuk melakukan pemantauan atau memasang kamera litar tertutup untuk mengawasi setiap pergerakan di kawasan pelabuhan tersebut.
- Slides: 6