POLA PERUBAHAN MENINGKAT Soalan 17 Berdasarkan maklumat dalam
POLA PERUBAHAN: MENINGKAT Soalan 17: Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan perubahan pola tangkapan rakyat Malaysia mengikut jantina di luar negara berkaitan dengan kes pengedaran dadah bagi tahun 2011 dan tahun 2012. Berikan faktor-faktor berlakunya jenayah tersebut.
Tangkapan rakyat Malaysia mengikut jantina berkaitan dengan kes pengedaran dadah di negara Thailand menunjukkan pola meningkat pada tahun 2011 dan 2012. Pada tahun 2011, tangkapan golongan lelaki mencatatkan bilangan sebanyak 17 orang manakala tangkapan golongan perempuan adalah seorang. Bilangan tangkapan rakyat Malaysia di Thailand meningkat pada tahun 2012 dimana bilangan tangkapan golongan lelaki meningkat kepada 30 orang iaitu berlakunya peningkatan sebanyak 13 orang atau 76. 47% manakala tangkapan golongan perempuan pula meningkat kepada 7 orang iaitu menunjukkan peningkatan sebanyak 6 orang atau 85. 71%.
Faktor yang menyebabkan berlakunya kes pengedaran dadah di luar negara yang melibatkan rakyat Malaysia ialah tahap pemikiran individu yang mudah ditipu. Hal ini demikian kerana mereka mudah terpedaya dengan janji-janji manis daripada sindiket pengedar dadah, yang berjanji untuk menawarkan gaji yang lumayan kepada mereka. Hal ini sangat malang kerana mangsa baik lelaki mahupun perempuan dengan mudahnya telah terpedaya dengan sogokan yang dijanjikan. Ada juga segelintir daripada rakyat Malaysia yang tidak sedar akan tujuan sindiket ini mempelawa mereka untuk melancong ke luar negara. Dalam masa yang sama, sindiket ini mengambil kesempatan untuk mempergunakan rakyat Malaysia sebagai keldai dadah.
- Slides: 3