POLA PERBANDINGAN PENGGUNA INTERNET DI NEGARA ASEAN TERPILIH
POLA PERBANDINGAN PENGGUNA INTERNET DI NEGARA ASEAN TERPILIH BAGI TAHUN 2012
PENDAHULUAN Jadual menunjukkan bilangan pengguna Internet bagi setiap seratus orang penduduk di negara-negara ASEAN terpilih pada tahun 2012.
Isi 1 Jumlah pengguna internet yang paling ramai ialah pengguna internet dari negara Vietnam manakala jumlah pengguna internet yang paling sedikit ialah dari negara Myanmar. Pengguna Internet bagi negara Vietnam adalah sebanyak 35 864 341 orang pengguna Internet atau 39. 5% pengguna Internet bagi setiap seratus penduduk daripada jumlah keseluruhan penduduknya, iaitu 90 797. 3 ribu orang. Bagi negara Myanmar pula, pengguna Internet adalah sebanyak 580 770 orang pengguna atau seramai 1. 1% bagi setiap seratus penduduk daripada jumlah penduduknya, iaitu 52 797. 3 ribu orang.
Isi 2 Antara masalah yang dihadapi oleh Negara Malaysia dalam memajukan ICT ialah masalah kadar pengetahuan komputer penduduk yang masih rendah. Kadar pengetahuan komputer dalam kalangan penduduk Malaysia masih rendah terutamanya di kawasan luar bandar. Hal ini demikian kerana penduduk di kawasan luar bandar kurang diberi pendedahan tentang pendidikan komputer di sekolah. Rangkaian Internet juga sukar untuk diperoleh di kawasan luar bandar. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ICT.
Isi 3 Selain itu, masalah yang turut dihadapi oleh negara Malaysia dalam memajukan ICT ialah masalah kebolehcapaian internet yang tidak menyeluruh. Capaian internet yang disediakan adalah tidak menyeluruh terutamanya di kawasan luar bandar. Hal ini demikian kerana masih terdapat gangguan capaian internet yang dihadapi oleh negara Malaysia. Kesannya, penduduk di kawasan luar bandar sukar untuk mendapatkan maklumat atau mengetahui tentang isu-isu semasa disebabkan tahap ketercapaian internet yang rendah.
Isi 4 Di samping itu, kos perbelanjaan yang tinggi juga merupakan antara masalah yang dihadapi oleh negara Malaysia dalam memajukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Hal ini demikian kerana negara Malaysia memerlukan pelaburan yang besar dalam menyediakan rangkaian jalur lebar. Selain itu, peruntukkan kos yang tinggi juga diperlukan oleh Malaysia untuk membina dan membangunkan infrastruktur yang berkaitan dengan ICT terutamanya di kawasan luar bandar.
KESIMPULAN Kesimpulannya, penggunaan dan pengetahuan yang berkaitan dengan ICT haruslah diketahui oleh seluruh masyarakat dunia pada masa ini. Oleh itu, negara-negara ASEAN yang maju dalam bidang ICT perlu membantu negara-negara anggota yang lain untuk menangani cabaran dalam bidang ini.
- Slides: 7