POLA PERBANDINGAN HARGA BARANGAN MAKANAN ASAS ANTARA MALAYSIA
POLA PERBANDINGAN HARGA BARANGAN MAKANAN ASAS ANTARA MALAYSIA DENGAN NEGARA SERANTAU
PENDAHULUAN Graf menunjukkan kedudukan harga barangan makanan asas antara Malaysia dengan negara serantau berasaskan kadar tukaran wang pada 3 Mei 2011.
ISI 1 Harga barangan makanan asas antara Malaysia dengan negara serantau berasaskan kadar tukaran wang pada 3 Mei 2011 yang paling rendah ialah beras dan tepung gandum. Harga beras Malaysia mencatatkan nilai yang paling rendah iaitu hanya bernilai RM 1. 8/kg berbanding dengan negara serantau seperti Singapura (RM 2. 8/kg), Thailand (RM 3. 5/kg), dan Indonesia (RM 2. 05/kg). Harga tepung gandum Malaysia juga rendah iaitu hanya bernilai RM 1. 35/kg berbanding dengan negara Singapura (RM 2. 10/kg), Thailand (RM 2. 70/kg) dan Indonesia (RM 2. 67/kg).
ISI 2 Seterusnya, harga daging tempatan antara Malaysia dengan beberapa negara serantau iaitu negara Thailand dan Indonesia mencatatkan nilai yang paling tinggi berasaskan kadar tukaran wang pada 3 Mei 2011. Nilai harga daging tempatan di Malaysia adalah tinggi iaitu bernilai RM 21. 78/kg berbanding dengan negara Thailand dan Indonesia iaitu masing-masing hanya bernilai RM 12. 0/kg dan RM 15. 6/kg.
ISI 3: Sebab harga barangan asas tertentu lebih rendah di Malaysia Harga barangan asas tertentu di Malaysia lebih rendah berbanding dengan negara serantau kerana penggunaan teknologi semakin meningkat. Hal ini demikian kerana penggunaan teknologi yang lebih moden kini membolehkan sesuatu barangan makanan dapat dihasilkan dalam kuantiti yang lebih banyak. Oleh itu, harga barangan makanan yang dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak akan dijual dengan harga yang lebih rendah.
ISI 4 Selain itu, harga barangan asas tertentu di Malaysia lebih rendah berbanding dengan negara serantau disebabkan oleh kawalan harga barangan makanan. Kawalan harga barangan makanan dilakukan bertujuan untuk mengawal harga pasaran daripada terus meningkat secara mendadak. Hal ini demikian kerana pihak kerajaan akan mengawal harga barangan dari masa ke semasa sekiranya permintaan produk atau barangan yang tinggi di pasaran khususnya pada musim perayaan.
KESIMPULAN Kesimpulannya, pelbagai usaha haruslah dilakukan bagi meningkatkan taraf ekonomi Malaysia. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam melaksanakan usaha untuk mengukuhkan lagi ekonomi negara kita.
- Slides: 7