PESTA RAKYAT BORNEO SARAWAK Melakut Karat adalah permainan
PESTA RAKYAT BORNEO, SARAWAK
� Melakut Karat adalah permainan tradisional masyarakat Sarawak. Dalam bahasa Iban istilah melakut karat bermaksud ‘tarik dan tolak’. Permainan ini bertujuan untuk menguji kekuatan lelaki apabila mereka perlu menarik keluar kayu balak yang hujungnya ditanam di dalam tanah, dengan sekuat hati dan sejauh yang boleh. Kayu balak yang berjaya ditarik keluar diukur jaraknya ditarik keluar dari dalam tanah. Pemuda yang berjaya menarik paling jauh biasanya menjadi sebutan dan perhatian wanita
� Pisa Tibow adalah permainan tradisional kaum Melanau yang biasanya dimainkan sempena menyambut musim buah, lazimnya pada awal tahun. Permainan ini juga popular terutama dalam kalangan generasi muda kerana pada waktu musim buah inilah mereka mencari jodoh. Dahulunya permainan ini dimainkan ketika bulan mengambang disebabkan pada waktu ini suasana di sekitar tapak permainan tampak terang
� � � Tumutu merupakan permainan tradisional kaum Kadazan. Dusun ini adalah gabungan kemahiran dan ketangkasan memproses padi secara tradisional. Ia memperlihatkan keunikan dan keindahan budaya dalam memproses padi selepas dituai sehingga menjadi beras yang sedia untuk dimasak. Terdapat tiga peringkat dalam permainan ini, dimulakan dengan mengasingkan biji padi daripada tangkai dengan cara memijak yakni " mengoggik" tangkai padi. Kemudian " mengatap" yang menguji kemahiran mengasingkan padi daripada hampas menggunakan " raya' atau bakul. Peringkat terakhir ialah " monutu' atau 'moniri' yakni kemahiran mengasingkan beras daripada kulit padi dengan menggunakan lesung dan " tolu" yakni alu.
� � Momolisitik atau melastik adalah aktiviti anak-anak remaja kaum Kadazan. Dusun di Sabah, seperti lastik yang popular di Semenanjung Malaysia. Lastik adalah sejenis senjata untuk lontaran kecil menggunakan dua jalur tali getah disambungkan ke dua bahagian atas kerangka batang berbentuk "Y". Terdapat kantung tempat menyimpan bahan lontaran yang disambungkan ke kedua-dua jalur tali getah tersebut. Cara menggunakan lastik ialah bahan lontaran seperti batu kerikil, biji getah atau tanah liat kering diletakkan di dalam kantung. Sebelah tangan memegang batang kerangka "Y" manakala sebelah tangan lagi menggam kantung dan menarik jalur getah ke belakang. Semakin jauh atau panjang tarikan jalur getah itu semakin tinggi kuasa lontaran dan bahan lontaran bergerak lebih pantas, padu dan jauh.
- Slides: 5